Showing posts with label doorgift. Show all posts
Showing posts with label doorgift. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

Work in Progress


Boleh ke dibanggakan.Banyak kuntum dah aku hasilkan. Purpose DIY: still kabur lagi. Mungkin juga sekadar isi masa lapang. Mungkin juga selit di hantaran. Konon nak buat pomander ball tu.

Kadang-kadang aku risau kalau aku nih hanya hangat-hangat tahi chicken. Beria men-DIY lepas tu terhenti di tengah jalan. Maklumlah, kalau dah banyak + penat = malas.

Tolong serapkan semangat bakal pengantin pada saya boleh tak? Tolong kritik juga.

About door gift aku ada jugak planning. Bersedia la anak murid sekalian. Akan aku kerah tenaga kamu menggunting dan membina favour boxes selepas UPSR nanti. Bila lagi nak balas jasa cikgu bayek nih kan..?

Just simple triangle gift box. Contoh seperti di bawah. Cuma perlu sedikit deko lagi la kan.

Peringatan: ini sekadar percubaan sahaja. Jangan meletakkan harapan tinggi akan bertemu contoh-contoh DIY ini di wedding saya. Again, maybe sekadar warm-warm chicken shit.

Monday, June 1, 2009

sembang-sembang door gift

Sebagai intro jom baca coretan di bawah ini

Kenapa org boleh berubah?
knp perasaaan org leh berubah dlm waktu singkat?
[HARI NI]
cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...
[ESOK]
ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...
[HARI NI]
bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK]
bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."
[HARI NI]
kejap2 si dia msg... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]
8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas
Alahai.. kesiannya.. ini takde kaitan dengan love story aku mahupun sesiapa yang hidup atau mati. Sekadar menciplak komen frenster dr sedara Duke kepada Jengkol

Kembali pada topik utama, berkaitan door gift. Sewaktu melayari alam maya aku telah terjumpa satu door gift macam box yang amat menarik. DIY Box. Boleh disi telur, potpuri atau gula2.



Cute lah.. aku jumpa di laman Canon Creative Park . Pun ada some design yang boleh diguna pakai. Menarik bukan..

Cuma bila DIY nih, harus memikir bajet utk paper, ink untuk printing, masa dan tenaga untuk potong dan lekat-lekat. Agaknya campur tolak semuanya kurang lebih seperti order. Namun bila DIY, kepuasan lebih dirasai. Malahan dibuat untuk majlis sendiri.

Takpe2, nanti aku suruh anak-anak murid aku tolong cekgu dia buat box nih. Aktiviti lepas UPSR.. Geniusnya aku.. Heheheh


*updated
aku dah try satu.Kasik Graysclae sbb nak jimat ink. Sekadar percubaan.