Pinjaman Tanpa Faedah MiMBAR Selangor Bantu Rakyat Berpendapatan Rendah di Bandar
Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) baru sahaja dilancarkan semalam (3 Mac 2011) bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka. Dari apa yang saya tahu MiMBAR ini menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM5,000 dan pembayaran balik dalam masa satu tahun.
Syarat-syarat pinjaman adalah:
Syarat-syarat pinjaman adalah:
- Pendapatan seisi rumah kurang dari:
- RM1,500 bujang atau berkahwin tanpa anak
- RM2,500 berkahwin dengan anak kurang 3 orang
- RM3,000 berkahwin dengan anak melebihi 4 orang
- Warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas
- Warga Selangor atau bermastautin lebih 8 tahun
- Memiliki asset tidak lebih RM50,000 dalam segala bentuk
- Menetap di bandar-bandar Negeri Selangor sahaja