30.9.14

Musim Haji-Rindu Baitullah!

AssaLamualaikum
Musim Haji tiba lagi. Rindu panggilan Baitullah. Sukar digambarkan perasaan itu. 
Walaupun belum pernah sampai ke sana.
Bila dengar lagu ini memang rasa hati terpanggil-panggil. Moga Allah mendengar doa-doa kita semua untuk menjejak kaki ke Tanah Suci. Amin!
\
Teringat. Sedikit ralat. Tapi aku tau mungkin ada hikmah semuanya. Allah maha mengetahui. Tahun 2011 ada dapat offer dari company untuk mengerjakan haji. Perbelanjaan ditanggung. Tapi aku tolak masa itu, sebab Tumpis belum sampai setahun dan ada lagi beberapa masalah peribadi. 
Mental pun belum bersedia, sebab dapat offer tiba-tiba. 
Mungkin Allah merencanakan yang lebih baik. Aku percaya itu.
WasSaLam^_^

Ini sahaja??

AssaLamualaikum
Jam 7.10minit dah sampai office. Sarapan apa pagi ini? Aku ni sarapan ikut mood. Kadang makanan berat, kadang ini sahaja. Tapi kurus nya tidak. 
Mimpi lah nak dapat 45kg seperti zaman-zaman anak dara dulu. Haha! 
Suka sebenarnya dengan Oat Krunch (Dark Chocolate) tu. Dari pertama rasa terus jatuh cinta. Banyak khasiat Oat terutama dalam menurunkan kadar kolestrol dalam darah. So, ini adalah kudapan kegemaran dikala senggang. Dalam beg mesti ada. Boleh kunyah di masa lapar. Hihi! 
WasSaLam^_^

29.9.14

UPSR-Paper Ulangan. Moga Berlapang Dada..

AssaLamualaikum
Esok anak-anak yang UPSR akan mengulangi paper Bahasa Inggeris dan Sains. Dilaksanakan serentak seluruh negara. Moga anak-anak dapat melaluinya dengan lapang dada. Ramai kawan-kawan mengadu, anak mereka down lepas dikatakan dua kertas tersebut bocor. Nak belajar pun dah malas. Ditambah lagi dengan subjek Matematik pun bocor. adoi! Kesian anak-anak.
Apapun moga berjaya mengharunginya. Ayat-ayat di atas yang paling memberi makna. Belum tau semua dapat melaluinya. Ya Allah! moga dipermudahkan 'perjalanan' kita nanti.
WasSaLam^_^