17.5.16

Irshad ku 6 Years+3 Months

AssaLamualaikum
Ramai yang rindu nak tahu perkembangan Pa'e. Ramai auntie-auntie tanya (famous jugak ko Pa'e. Haha!) Banyak sangat cerita sampai tak tahu nak mula yang mana dulu. Hehe! My Muhammad Irshad Rifa'e a.k.a Pae esok genap 6 tahun 3 bulan. Dah masuk Tadika 2. Tahun depan masuk sekolah rendah. Dah daftar pun. Orang selalu ingat dia dah sekolah rendah, walhal baru 6 tahun. Tinggi, kurus. Takpelah, janji sihat kan? 
Gambar masa cuti-cuti Sabah. Di Desa Dairy Farm, Kundasang. 
Tengok lah gaya tu!
View dah cantik sangat, tapi kalau perasan dia buat muka masa ni. 
Saja kembangkan hidung tu. Adoi! haha
Candid! kat belakang tu ada lembu konon, tapi tak nampak
Dia ni sekarang jadi sahabat sejati aku. Dah faham kalau aku bercerita kat dia. Maklum, duduk pun buat masa ini berdua sahaja. Tapi selalu nya dia lebih membebel dari aku. Hahaha! banyak sangat tanya. Sabar jak lah! penghibur hati, walau kadang jadi singa juga. Biasalah kan. Hehe.
Jumpa lagi...
with LOVE Ibu & Pae

16.5.16

Selamat Hari Guru 2016

AssaLamualaikum
Just nak ucapkan "Selamat Hari Guru 2016" buat sahabat-sahabat blogger yang bergelar pendidik. Jasa kalian takkan terlupakan. Teruskan mendidik dengan penuh dedikasi walaupun pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh. Guru juga manusia biasa, punya perasaan. Hargai lah mereka seikhlas yang boleh. Terima kasih Cikgu! 
Sayang guru-guru semua.
With LOVE- atieyusof & Pa'e
Lahad Datu.

13.5.16