semalam cikgu ajmal call dlm pukul 10am,
dia bgtau ajmal muntah2...
pastu dia kata, perut ajmal kembung sikit...
bgtau mr azam, dia kata nnti lunch, call balik tnya.
lunch tu aku call, sama jugak..still muntah2 lg.
tp dia masih aktif, bermain, belajar.
aku cakap kat cikgu, ptg ni aku ambik awal la...
klau ikut plan, nak ambik dia lewat sikit sbb nak tunggu mr azam balik, br g ambik dia.
aku plan nak g gym dulu sementara tunggu mr azam habis kerja since pg semalam mkn roti telur.
cadang nya nak bakar la kalori2 tu semua....
rezeki ko kalori, dpt duk dlm badan aku ni lama2 sikit...:)
balik semalam ikut maharajalela-loke yew. jammed agak teruk.
kalau aku tau, baik la aku balik ikut jalan tun razak.
sama jugak, kena cilok sana sini....
bila dah clear sikit, aku terlepas lorong utk masuk
'tidal flow' ...
x sempat nak cilok ke lane kanan sbb seronok pecut kat lane paling kiri....
lepas tu mengadap lg jammed...lepas leisure mall br la ok.
tu pun 630 jugak smpai school ajmal.
ms ambik dia, tgk dia weak sgt.
cikgu2 bg full report, brp kali dia muntah dan berak.
smpai baju 3 helai dan towel semua dah kotor kena muntah.
so, semalam dia pakai uniform school yg last year punya.
dah la girl punya. nak tergelak pun ada.
tp bila tgk muka x bermaya dia, terus la x jd gelak.
ingat kan nak shoot terus ke klinik, tp bila tgk dia mcm tu,
singgah rumah jap, ambik baju, towel, plastik.
in case dia muntah2 lg kan.
smpai je kat klinik, alhamdulillah xde patient.
so, xyah menunggu lama2.
kejut kan dia, bw dia dlm bilik doctor.
dr check2 semua, dr kata angin bnyk sgt dlm perut dia ni.
perut dia mmg berangin, bnyk angin...
dr suruh kuang kan pengambilan susu buat sementara, since susu nespray tu ada lactosa.
dr suruh cari susu yg lactosa free(LF) or minum susu soya.
aduh ya tuhan...dugaan apa kah ini....
minggu lepas aqil, minggu ni ajmal plak.
so, lepas ambik ubat semua, terus ambik mr azam kat lrt then ambik aqil.
ajmal mmg tidur je dlm kereta.langsung x terjaga.
mmg lemah sgt kot badan dia.
kejut kan dia sekejap, tnya dia nak mkn apa.
dia kata nak mkn fish.
sebelum balik, tapau mknan jap.mkn2, bg ajmal makan.
bnyk jugak dia mkn tp lepas 10 minit mkn, muntah balik.
aqil plak cirit birit.actually aqil since sunday hr tu dia cirit birit.
pastu demam. tp demam dia sekejap je la...
cirit birit tu smpai ke hari ni ada lagi.
dugaan sungguh aku rasa.
xpe..aku kena terima semua ni.
tuhan nak uji kami sbb dia nak tgk kami kuat ke x utk hadapi semua ni.
bertabah lah wahai ana dan mr azam.
malam td, semua tdo awal...
seb baik la ajmal dan aqil x buat perangai..
ajmal terjg sekali je nak susu...tp x minum pun...
pukul 430 aqil terjaga sbb cirit..
lepas minum air, terus tdo balik.
alhamdulillah, diaorg ni jenis senang minum air masak.
diaorg berdua mmg kurang minum air manis....
so, biasa pergi mn2 mmg aku bw air masak....
pukul 5 pg td terjg, ajmal plak cirit..
patut nya aku terus bangun
tp x larat sgt nak bgn.
last2 pukul 6 br terjg balik.
owh dah lambat ni...
terus la aku x puas hati sbb aku ngantuk.
marah2 kat mr azam x tentu pasal.
seb baik dia cool je layan aku.
630 ajmal terjg, cirit birit dan muntah lg.
erm..kemas2 baju diaorg utk g rumah tok mimi.
hari ni biar tok mimi jaga ajmal, aqil g rumah bbsitter.
sorry anak2 mama, mama x dpt nak cuti hr ni.
papa pun tgh x cukup staff, so mmg xleh cuti.
kuar rumah 740am. mmg melampau2 la lmbt kan.
seb baik anak2, mr azam yg hantar.
sekali lagi aku terlepas nak masuk
'tidal flow'bengapssssss.....
tp xpela sbb lepas tu aku tgk,
'tidal flow' jammed teruk....
cilok kiri kanan kiri kanan,
finally 840am aku smpai ofis.
lmbt jugak....
tp xpe sbb bos lg lambat dari aku..
hah3x...
td masa kat rhb jalan tun razak, dia masuk depan aku...
then aku cilok dia balik, yeay...aku smpai dulu.....:)
dan hari ni aku menulis blog dari ofis......
sila...sila...report kat bos aku...:)
erk..skrg ni aku rasa perut aku sebu...masuk angin..loya2 plak....
erm..ni kes mlm td agak nya...
kitaorg dinner lmbt sbb lmbt smpai rumah.
hopefully aku xde apa....aku kena sihat utk jaga anak2....
ya allah ya tuhan ku, lindungi lah kami sekeluarga dan juga kedua ibu bapa kami...