Pages

Friday, December 23, 2011

Ujung-ujung show cause entry peginya... :0



maaf kerana sudah sekian lama saya tak publish entry.... ada beberapa sebab saya menyepi..... dan sebab paling utama adalah saya sangat sibuk sekarang.... 


kemudian dgn kehilangan modem saya lebih mengecewakan saya untuk membuat entry dari rumah...... saya berharap kawan2 faham dengan situasi saya......

insyaallah saya akan mulan entry yang tertangguh mulai tahun depan.. sebab hari ini adalah hari terakhir saya bekerja bagi tahun 2011... :) saya akan start bercuti minggu hadapan..... 

hari2 terakhir cuti sekolah ni lah saya dan keluarga mahu pergi melancong..... saya berharap kawan2 mendoakan semoga kami selamat pegi dan selamat kembali....

sekian, terima kasih.....




nota hati: semoga masing2 ceria...dan gembira...








Friday, December 16, 2011

tazkirah Jumaat 16122011




Hadis : Dugaan Menghapuskan Dosa 
 
Hadis :
Dari Abdullah r.a katanya:"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:"Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda,"Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda:"Semoga!" Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." (Muslim)

Huraian :
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah) 




nota hati: ada hikmahnya....




 

Monday, December 12, 2011

teaser Photoshot..... :)

biar gambar menceritakan segalanya... :)



























nota hati: semakin positif... :)






Friday, December 2, 2011

Tazkirah di Pagi Jumaat 02122011



Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)


Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)



Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.



Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.



Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*  Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*  Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.





nota hati: ketenteraman jiwa datangnya dari hati..... oleh itu peliharalah hati kita sebaiknya....




Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah



Selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh Dunia.... Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik.... 
Semoga penghijrahan kita tidak mendatangkan muslihat sebaliknya.....

‘’Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan pertolongan( kpd muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman’’. (Al-Anfal:74) 





nota hati: sedang cuba mendalami cintaku kepadaMu.... aku mohon....




 

Friday, November 25, 2011

Tazkirah di pagi Jumaat 25112011



Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


HADIS

Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah

(Hadis riwayat At-Tirmizi dan Abu Dzar)
 
 
 
 
 
nota hati: Now see heart!

Thursday, November 24, 2011

konsep 5S.....



APA ITU 5 S

Aku bagi erti dalam 3 bahasa


asalnya dari bahasa Jepun
Seiri
Seiton
Seiso
Seiketsu
Shitsuke



Bahasa Inggeris
Sort
Set in Order
Shine
Standardise
Sustain



Bahasa Melayu
Sisih
Susun
Sapu
Seragam
Sentiasa Amal



aku rase kat tempat lain dah lame kot amalkan sistem nih.. tp kat opis aku baru nak kecoh pasal sistem nih... tunggang langgang dibuatnya..... kelam kabut..... letih otak ...letih badan nak settleh semuanya dlm masa less then 1 month...... konon2nya dept aku nih nak dijadikan contoh 5s.. so opis aku la kena start dulu...huhuhuh..... 


rasenye opis lain buat 5 s nih ambik masa 6 bulan kot.... tp opis aku ambik masa less then 1 month..... lau leh settle dgn jayanya dan ade error sana sini tuh kira ok la kan?? not bad....  dlm masa yg ditetapkan ni aku adalah terlalu sebok... balikkejer pun smpi umah kol 11 kot.... kol 12 lebih baru tido... tdo pun ala2 pengsan dah tak sedar ape lg dah.... sgt letih......


huh.... harap2 next week sumer nih akn settle..... ari Jumaat ni aku nak blk kg pulak... takleh nak dtg opis wat kejer weekend nanti.... yg paling penting... aku settlekan sumer sistem failing aku dulu...then kemas sekemasnya workstation aku... then baru aku leh blk kampung dgn amannya... :)


sori ye aku tak dapat nak update selalu blog.... maybe lepas settle sumer nih ..then aku aktif update blog lg.... :)



nota hati: jauhi segala kesulitan... :)



Wednesday, November 23, 2011

Sekadar nak bergelak... :)




Penangan kemenangan Harimau Muda ke atas team Garuda di Sukan Sea baru-baru ini... :)





 








sudahnya mane ade dpt cuti pun...hahahhaahah...... lau la dapat cuti... harus la bergembira kita semua...hhuhuhuhu......



kredit to fiza di atas kiriman emel beliau......





nota hati: practice make perfect.... :)






Friday, November 18, 2011

tazkirah di pagi Jumaat 18 November 2011

Penghulu Istighfar


Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan, 


 

(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).


Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari) 




nota hati: speechless....



Tazkirah di pagi Jumaat 18012013



How to use the Surah Al-Fatihah


1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : 
Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
 
 2. For terminal diseases: 

Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

 3. For the mentally ill:
 

Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

 4. When in extreme pain:
     Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it. Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

 5. For babies who cry at night or at any time: 

Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

 6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door  

Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.
 
 All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:  


i) Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
ii) Read it with full "khusyuk" Tawakal to Allah  
iii) Use it with GOOD "niat" /intentions. 




nota hati:  One who accumulates goodness will encounter goodness, and one who accumulates evil will encounter evil....






Thursday, November 17, 2011

Cinta Elysa



Aku adalah peminat tegar cerita Cinta Elysa..... aku pun tak tau naper... aura ape yg ade kat drama bersiri ni aku pun tak tau... rasenye aura same dgn Suffya & tentang dhia kot... tp citer suffiya & tengtang dhia aku takde la sgt ternanti2....  tp citer cinta elysa nih mmg aku sgt ternanti2 tiap2 minggu... sebab seminggu sekali jer pun.... mcm tak puas jer nak tgk 1 jam..... nih ngah ternanti2 lg next episod punye..... dah nak ke episod 11 baru aku nak up entry pasal citer nih.... :)

Owh aril...... sgt egoistik & hipokritnye kamu.... hahahahahah emo plak aku.... aril .. samseng yg ensem... :)



Sinopsis Cinta Elysa


Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa (Fasha Sandha).


Jasman, bapa saudara Aril, membawanya pulang ke rumah kerana Aril anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman. Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej dari diganggu oleh lelaki. Kira Aril ni jadi bodyguard Elysa lah.


Jasman mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anaknya sebelum dia meninggal dunia dan berpesan kepada Aril supaya menjaga anak-anaknya hingga mereka tamat pengajian. Walaupun Aril seorang samseng dan dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudaranya (Zila Bakarin) dan sepupunya (Fasha Sanda), tapi dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.


Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar, dalam diam Aril menaruh hati dan menyintai sepupunya Elysa. Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elysa, Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya. Elysa pada mulanya tak suka Aril, namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputiklah sayang dia pada Aril..


Ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok dan mahu Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.



Drama Cinta Elysa terbitan Suhan Movies ni yang akan menemui peminat pada setiap Selasa jam 9.00 malam, di TV3!







kita satu - spider


Sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan


Kita telah ditakdir bersama

Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Kerana engkau adalah milikku




Drama terbitan Suhan Movies





nota hati: terjadi di dunia nyata....




Wednesday, November 16, 2011

kari kepala ikan....


kadang2 dok umah nih sesekali weekend nak jugak masak yg special...yg jarang2 sgt aku masak.... then MFS decide suoh aku masak kari kepala ikan.... aku lom pernah masak lg sebelum ni... takat masak kari ikan tu pernah la.... tp cuba jer lah..... takde masalah pun.....


dan hasilnya seperti gambar di bawah... mmg sedap owh....hahhaha puji sendri ekh... janji MFS puji sedap.. untuk first time masak ok la kan...





then aku rebus ulam jantung  dan petai.... up lagi dengan sambal belacan... nikmat owh... mmg sedap sgt.....  dah kena sgt... org utara mmg favourite lah sgt mkn mcm nih.....







sekian entry malas ari nih..... sori la lately nih agak bz sgt... tak smepat nak bukak blog..nak bace blog ape tah lg..... next update tunggu la ekh....



nota hati: biar jelas... biar adil... biar saksama.....






Monday, November 14, 2011

chit chat wt Linda









ntah biler ekh... aku dah tak ingat..huhuhhuu aku ade kuar lunch dgn Linda.... actually dah lame plan nak kuar lunch same2... tp tak kesampaian coz si linda nih very busy u know.... huhuhuh... lau bos die ade die takleh nak kuar lunch awal sikit.... blk pun lewat... coz bos die workaholic....... so die pun kena jd workaholic.... itu la die kejer sebagai PA nih... :I....... nasib badan la kan.....   

kami lunch kat secret recipe .... sambil makan sambil chit chat.... itu ini ... mcm2 hal ok.... kehidupan seorang PA... leh wat cerpen gitu ...hahahha..... yg pasti kami bersemangat sekali cerita pasal diri masing2.... get ready to go...huhhuhuhuhu... :) ngeri seh ayat....



settle makan... linda teman aku gi carefour jap ... beli benda penting..huhuhuhhu....... selepas itu kembali la kami ke opis masing2... huhhuhuhuhuhuhuhuh.... sepanjang blk ke opis.. dlm keter tak abih2 lg kami bercerita itu ini.... tak cukup masa kot... haish...... jom linda kita lunch same2 lg next time... boleh??? to linda.... nice knowing you... semoga kita kekal bersahabat ke ujung dunia.... :)




nota hati: jgn mencari musuh.... :)








Friday, November 11, 2011

Tazkirah di pagi Jumaat 11112011...

Wednesday, November 9, 2011

pose.... Nur'ain Shah


layan jer la gambar Ain kat bawah nih.... skrg die lau kite nak snap gambar jer... kepala melentok2... hehehehe... cam kelakar jer.....


ok rambut tuh... mmg cikgu die selalu ikatkan mcm tuh... gambar2 ni ambik time baru ambik die kat taska blk dr kejer... sambil2 tunggu ayah die... lepak ambik gambar le dulu.... kejap jer dah besar dah Nur'ain..... Nur'ain Shah sekarang dah berumur 1 tahun 3 bulan.....dah tumbuh 6 batang gigi... dah boleh berjalan....  dah boleh bercakap 2 -3 patah perkataan... : sayang33333 sgt.....



















nota hati: my heart beat.....






Tuesday, November 8, 2011

jumpa Onie.... :)



Onie nih dulu officemate aku.... then die pindah ke JPJ Alor Setar... nak dok dekat dgn mak...maktak sehat katenye..... now dah kawen stay kat Putrajaya blk... coz husband die kejer satu kementerian dgn aku... :) pegi blk pegi blk.... ke sini jua..... :) 


aku yg sememangnya dulu sgt rapat dgn die.. pun dah beberapa kali kuar lunch dgn die.... dan lunch kali nih jer yang aku buatkan entry... :)


pd suatu hari Jumaat.... rehat yg pnjg.. aku ajak Onie gi South City Plaza.... ... sajer jejalan..... dah lame kot tak pegi situ pun....




sampai2 jer.. terus cari mkn dulu...melapar owh....... aku pulak ngah sakit gusi.... ape lg.. nak mkn yg sup2 jer la.... aku try bihun bakso... sedap leh tahan la....kena la dgn tekak aku nih... :)






air jus apple + asam bioi nih... mmg terbaik.... walaupun manis sikit...tp sedap... :)






setelah chit chat2 segala..... dan meronda sikit2... aku ade la beli bj Nur'ain sehelai dua.... mana nak lengkap aku lau tak beli bj anak...lau tak ingat kat anak. tak sah kot.....haish.. dah lumrah kot...ibu namanya....


cukup masa rehat kami pun kembali ke kantor masing2...:) sekian dulu entry kalinih....huhuhuh




nota hati: tanya sama pokok...... apa sebab goyang??????












Monday, November 7, 2011

bila roh masak merasuk.... hehehheeeh



entry masak memasak  bila roh masak dah datang merasuk..... pagi petang siang malam aku nak memasak.....  heheheheh.......  ok aku tak pernah masak kari sotong.... tiber2 tanya MFS nak mkn kari sotong tak?? nak try masak..... jawapan die masak jer la apa pun dia makan... :) i like senang kejer...so lepas ni bgtau jer nak maska ape jgn ditanya kat die... jawapan standard die akn bg..huhhuhuhuu... 


so layang gambar kari sotong aku.... masak dgn sayur kobis..... lengkap la menu aku lau berserta dgn sayur.... :)







the next day aku masak pulak daging masak kicap..... potong cili api sikit bergu dengan buncis goreng telur..... :)




next day pulak aku buat ayam masak merah dan kobis masak lemak... bab masak lemak mmg antara favourite MFS....  :)





lau weekend seronok leh masak mcm2... desert pun leh buat... tp lau time letih.... takat masak yg simple jer la.... :)  janji aku masak utk anak suami aku makan.... dan alhamdulillah syukur aku masih mampu masak...:) 








 nota hati: santapan minda... sentapan hati.....










Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha.....





Since the Hari Raya Aidiladha is just around the corner, I wish you Selamat Hari Raya Aidiladha.I wish to ol my readers and family blessed with goodness.





nota hati: I gonna celebrate Hari Raya Haji at Kg Ulu Choh, Johor. on leave till Wednesday...   wish me & my family wt ol da happiness .








Saturday, November 5, 2011

Luncheon wt Mya @ Lanai



aku baru nak buat entry nih... lau kat blog mya dah berzaman kuar citer nih kot...hhuhuhuhhu.... biasa la aku kan bz...hahhahahahahahah dan malas nak update kat umah...sejak2 kehilangan broadband nih... uhuk........ so ade kesempatan ni aku try la update dan buat auto publish entry2 byk sikit supaya korang tak boring tgk blog aku.... tak berupdate kan...... :)


actually biler bace blog mya jer asyik la dok citer pasal mkn2 kat lanai nih... harus la aku menjeles...tmpt mmg high class dan food presentation die... mmg sgt2 menyelerakan... dan harga sgt2 munasabah...... then one day aku cuti... kebetulan pulak nak anta kain suoh mya buatkan baju kurung.... aku terpikir nak ajak die lunch kat Lanai... dekat sgt pun dgn opis si mya..... :)


so hajat aku pun kesampaian...mya pun on jer...... disamping boleh la kami berchit chat... meluahkan perasaan... :) ....


first time aku gi sana aku mengkagum kot tempatnya... sgt menarik...... dan aku try menu2 kat bawah nih....:) air jus 3 jenis buah.... :) name tak hengat owh...




 nih adalah lamb chop... mya order... rasenye not bad..... leh tahan....


aku order nasi goreng ikan masin..... dan mcm2 lain die letak... ada drumet goreng.. sambal udang telur dadar dan keropok.....  marveles owh.... aku mkn smpi licin kot....hehheheeh....





dan ini adalah desert yg menjadi kegemaran ramai di situ...... sagu gula melaka.. dan diletak ais krim vanila..... sedap oooiiiii.... :)




last sekali ofcourse la posing maut di area lanai.... menghijau sgt disitu... pencinta alam gitu.....







dan diakhiri dgn gambar aku dan mya..... semoga ko normaya mukhtar akan menjadi seorg muslimah sejati..... aku sentiasa mendoakan ko..... sayang ko....




terima kasih untuk mya... coz bayar aku makan di lanai... :) ko la kwn aku dunia akhirat..... :)






nota hati: pimpin tgn bersama2.....