Saturday, May 14, 2016

Masak simple2 je


Assalamualaikum.

Lama rasanya aku tak share resepi masakan or cerita pasal makanan lam ni. Padahal tu aku punya semangat lam bloggimg. Asal cerita pasal makanan terus rasa semangat blogging tu berkobar-kobar. Ewahhhh!

Sekarang ni nak kata masak sokmo sokmo tu tidaklah jugak. Tapi banyak masaklah dari beli kat kedai. Kalau balik kerja aku tanya laki aku nak makan ayam ker ikan? Lepas ni kita singgah beli. Tapi laki aku kekadang baik hati. Kita bungkus jelah. Sian awak balik kerja penat-penat. Tu time dia baik hati lah. Time tak baik hati, aku dah mengantuk pun boleh lagi, 

Tolong masak meggi boleh? Laparrr.

Sabar jelah huhu. 

So, kalau beli lauk sayur aku just beli untuk masak haritu je. Aku memang tak suka sangat simpan stok lam beli. Lagipun aku ni jenis perut cerewet. Nanti cari pasal pulak. Kalau beli ikan memang aku ambik setengah kilo je. Ayam pun half je. Tapi petang-petang biasanya tak dapat half. Kalau nak memang kena beli sekor. Kalau time laki aku nak makan ayam memang aku pesan nanti singgah beli ayam separuh je eh. Beli sayur pun singgit je. Sawi seikat singgit. Laki aku dia punya pebret sayur air. Senang je. Dalam belanja beli lauk ni memang jimat sangat. Kekadang habis dalam RM6 camtu je sekali ngan sayur. Tak pernah lebih dari RM10 lah. Lpeas tu boleh makan reramai. Kekadang untuk 3 orang, boleh share lagi ngan kucing 3 ekor kat sini.

Kalau dikutkan memang senang bungkus je sebab tak payah sesusah masak hahaha. Tapi kekadang naik muak jugak. Sampai tak tahu nak makan apa ntah. Lastly laki aku makan megi, aku biskut cicah milo panas. Setel, kenyang. Hihi.





Ayam kicap + salad

Menu camni aku paling suka sebab tak perlu masak sayur, hihi. Jimat masa. Aku kalau buat goreng kicap memang suka letak halia banyak-banyak. Ngan halia aku telan. Lepas tu biar ada rasa pedas sikit-sikit. Yang nampak kaler hijau tu daun bawang. Aku campak je sekali. Lebihan buat suap. Nanti layu jugak lam peti.



Ikan talapia + sayur campur + ulam + budu

Talapia memang pebret aku laki bini. Kalau ikutkan selera aku, takde sayur pun takpe sebab dah ada ulam budu. Tapi laki aku tak makan budu. So, masakkan sikit sayur untuk dia biar ada kuah. 




Ikan kembung goreng + sayur campur + peria goreng + ulam + budu

Peria goreng tu memang pebret aku. Laki aku memang hadap sayur campur dia je. Goreng campur ngan telo lepas tu jangan masak sangat. Biar masa makan tu bunyi kruk krak kruk krak. Rasa pahit-pahit pulak tu. Yang tu lah lagi aku sukaaaa. Dapnyaaa!  Berair mulut aku huhu.

Tadi aku masak ikan kicap, ulam salad lepas tu budu hiris pulak mangga muda. Kat tempat aku panggil pauh rekngey. Ya Allah sedap sangat. 




Ikan singgang + sawi goreng + ulam petai + budu.

Ikan singgang tu aku lagi suka kalau ada bunga kantan. Belah dua campak je. Tak payah letak asam keping dah. Dia punya rasa masam pun sedap.


Semoga aku terus istiqomah dalam memasak ni, kihkih. Tapi bila masuk bulan puasa nanti macam tak berapa nak istiqomah je, huhu  >____<

Okbai!






Monday, May 9, 2016

Tenkiu my besfreng!

*ENTRY KEPAM*

Assalamualaikum

Salam Jumaat uolss. Entry kepam kembali lagi. Ni cerita bulan 3 haritu lagi. 05 March aritu besday aku. Genap umur 29tahun dah aku ni. Jiwa maintain muda remaja lagi, ewahhh~

Tapi tak tahu lah nanti berganjak ke 3 series jiwa aku sedikit merudum ker kan. Sape tahu. Hmmm.

Aku sebenarnya tak reti nak ngejas pic ni jadi betul camne. Lantaklah asal ada pic sebagai bahan rujukan. Okey pic kat atas tu sebenarnya muka aku ngan besfreng aku. Ada sorang pakcik ni lukis. Ala-ala macam karikatur lah lebih kurang. Tapi bila tenung lelama tak jelas sangat pun muka kitorang tapi bolehlah. Yang paling tak tahan, tetiba besfreng aku ado jerawat kat pipi. Padahal tu jerawat sebenarnya. Tapi pakcik tu selamber badak je wat tahik lalat. Haahaahaha.


Taraaaa inilah empunya pelukisnya. Kiranya dia akan sapa table ke table. Aku lupa lam bape hinggit kena bayar haritu. 10 hengget jer kot. Tapi murahlah. Pakcik ni tangan ngan mulut sama naik. Ya Allah mulut tak berenti duk potpet potpet. Aku sbnrnya tak berapa paham sangat pun dia cakap apa. Main angguk-angguk je. Pasal politik, pasal unibesiti, habis segala hal dia campur uli. Aku kejap-kejap jeling lukisan tu. Kan tetiba dia lukis jadi Kakmah parah aku nanti.

Tapi aku salute kat pakcik ni. Pandai dia cari rezeki. Secara tak langsung menghiburkan hati lah jugak, hihi.




Ni ketiow celup aku makan kat Moksu. Tapi hampaaaaa T_T
Tok sedakkkkk macam dulu.



Taraaa ni lah besfreng aku. Aku kelik mache umah ma ayoh aku haritu dia mai ambik aku kat umah. Nak belanja besday aku katanya. Auww terharu kejap kita, hekhek. Aku pun apa lagi on jelah. Aku tinggal je laki aku kat umah, haha. Lagipun dia tido je pun. Aku ada takde takpe. Takde kesan. Salam salam aku cakap baiiii saya gi merendek dulu, ewahhh~

Seingat aku kitorang kawan since standard 3 kot. Masa darjah 1 ngan 2 tak ingat sangat. Masa tu umur 9 tahun. Sekarang dah 29 tahun. Harap-harap 39 tahun nanti camni gak, 99 tahun nanti pun camni jugak.

okbai!


Wednesday, March 9, 2016

teruskan hobi itu

Aku tengok blog aku ni makin lama makin sendu. Macam tuan dia jugak gamaknya. Sobsss
Kata hobi menulis apalah tapi habuk pun tarak. Gitulah kalau keadaan tak mengizinkan. Sebenarnya aku punya laptop dah berkurun rosak. Nak repair takde duit, sayang duit. Nak beli baru lagilah tak mampu. Masa kerja dulu nak buat kerja pinjam laptop office je. Tapi nak update blog memang taklah sebab rasa tak selesa. Nanti kang tersalah log in matik aku punya blogspot ni.

Sekarang aku duk pinjam laptop adik aku. Bukan apa kekadang mari jugak rasa rindu nak berblog ni. Lepas tu senang nak setel kerja yang sama waktu dengannya. Moga-moga lepas ni mood berblogging aku makin bersinar-sinar. Kihkih.

Banyak benda yang nak update. Gambar berkepam dalam draft ni hah. Okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...