Petang tadi sekali lagi daun menyibukkan diri di PWTC, perginya tak lama terus ke dewan dua mencari buku yang tak jumpa hari isnin lepas. Hari ini orang sangat ramai, maklum hari ini cuti dan esok pula hari terakhir. Malas nak berasak asak, tanpa toleh kiri kanan terus pergi ke gerai yang berkenaan. Sebelum itu sempat juga singgah ke gerai Kementerian Dalam Negeri yang tak sempat daun ambil gambar isnin lepas.
Sembang sikit sikit dengan pegawai bertugas yang peramah tu minta kebenaran ambil gambar.
katanya jangan beli ayat ayat Al Quran yang ditulis di kulit kulit binatang, dikhuatiri disembelih tidak mengikut peraturan dan lebih kepada keperluan perniagaan sahaja. Juga yang salah baris atau ejaan,mana kita tau kan, kita tak pandai bahasa arab.
Antara Al Quran yang dirampas kerana ada kesalahan kesalahan tertentu
pinggan pinggan dan bekas makanan ynag dicetak ayat Al Quran, juga di rampas bimbang dibeli oleh orang bukan islam dan diguna dengan tujuan yang salah
ramai antara kita tidak fasih bahasa arab dan tidak tahu ada kesalahan di dalam Al Quran di kedai, sila pastikan ada cop sebegini sebagai tanda sah kandungannya betul 100%
buku yang telah diharamkan tetapi masih banyak di pasaran, diharamkan kerana menimbulkan keraguan di kalangan pembaca. Sila jangan beli buku ini. Banyak lagi buku buku yang diharamkan termasuklah buku buku berunsur lucah yang melambak di pasaran. Buang masa je ambil gambar buku buku tak bermoral tu.
Lepas ambil gambar gambar ni terus ke gerai berkenaan untuk membeli buku Ustaz Nooli, ustaz yang selalu daun dengar suaranya di radio dan membaca bukunya. Alhamdulillah ustaz ada hari ini, daun membawa buku lama ustaz dan bertanya itu ini begitu begini, terima kasih ustaz dengan tunjuk ajar, semoga dimurahkan rezeki dan menulis banyak buku lagi, daun budget ngam ngam je rm untuk beli buku buku ustaz, semoga pelaburan ni membawa kebaikan. Sempat juga ustaz autograf.
terima kasih sekali lagi ustaz
Lepas tu daun terus balik tanpa toleh lain lain gerai lagi. Terus menuju parking. Duit dah habis.