Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 4, 2019

Main air

Tua tua pun nak main air banjir jugak.
Lepas kelas dewasa tadi kami mokcik2 gi tgok air.
Drive dgn kawan2 menyusuri jalan2 yg ditenggelami air.
Tengok pesta musim banjir.
Suka suka saja sambil buang masa.
Seronok tau.

Tuesday, December 3, 2019

Kuda ini dah tak bergerak.

Tak suka.
Tak nak tengok.
Kesan bahagia yg tertinggal.
Bagi orang lain mungkin tu hanya kuda stuff toy.
Terbaring atas meja di ruang tamu.
Orang lain tak tau apa tuan kuda itu telah buat pada saya.
Rindu tau tak?
Tuan kuda dah tak ada di sini, cuti dah tamat.
Tinggal hanya kuda yg sudah tidak lagi berlari lari.
Kuda dah tidor, dah diam tak bergerak.
Waktu mengemas selepas anak negeri meninggalkan sarang adalah
waktu yg paling saya tak suka.
Kalau setakat tuala dan cadar tak jadi masalah, masuk mesin basuh saja.
Terus bersih dan boleh dijemur.
Tapi jejak2 yg mereka tinggal dan melekat di fikiran ni
yg payah nak kikis dari fikiran.
Kalau boleh selepas kereta mereka keluar dari pagar dgn tangan2 melambai didalam nya tu,
rasa nak masuk rumah, nak pejam mata dan tidor.
Tak nak mengemas, nak biar macam tu saja.
Tapi makin duk tengok kesan ketawa, kesan riuh anak cucu, makin teringat ingat pulak.
Tu pasal la....
Hanya nenek lain yg paham rasa hati seorang nenek ini.
Hanya  nenek2 lain yg tau rindu hati seorang aku yg bergelar nenek.
Sabar jer laaa...
InsyaAllah, panjang umur jumpa lagi.
Nok tiok wei lokkkkk!


Monday, December 2, 2019

Buah hati

Jumpa sekejap sekejap
Bila mereka balik semula ke sana
yang di sini mula rindu semula.
Dah senyap sunyi di sini.
Dah tamat riuh suasana
Di hati nenek, rindu membiak.

Lumba lari

Matahari keluar malu malu pagi ni.
Semalam hujan lebat dan banjir sana sini.
Tak sangka pulak pagi ni hujan reda.
Tapi sinaran mentari pagi ni bukan boleh percaya sangat.
Tiba tiba boleh hujan nih.
Tu awan mendung dah datang dah tu...
Halah halah halahhh..., baru jer jemur.
Bila cuaca tak menentu begini,
Bermula la acara mengejar mentari.
Nampak panas, keluarkan kain di jemuran.
Kain baju dah bau semacam sbb dah lama tak jumpa cahaya mentari.
Elok jer jemur penuh ampaian, mendong berarak.
Awan nampak berat..
Ai....mau nya mandi hujan pakaian tu nanti.
Jadi kerja seterusnya ialah angkat kain dari jemuran..
Jemur, angkat...jemur, angkat...
Altiviti keluar peluh secara paksa rela.
Mata asyik tgok langit, duk kaji hujan ke tidak..
Waktu begini tak boleh keluar rumah tinggal kain di jemuran.
Nasib tak baik lenjun semula kain yg dah hampir nak kering tu.
Tapi kalau kain baju tu di biar dlm rumah tapi kat luar meriah panas,
rugi pulak laa!
Dalm hati mesti duk rasa kalau tadi aku jemur kat luar pun dah kering dah...
Memang dilema melanda hati.
Kadang2 nak tergelak juga.
Apa tidak nya, musim ni lah nak tengok mokcik2 berlari lari.
Lorat gaduh berjudi nasib dgn kain di jemuran.
Acara tahunan nih...
Dah berlari lari tu kenapa pulak tak kurus2?
Camna la nak kurus oiiiii, musim hujan begini diet ke laut!
Makan, tido, nak keluar rumah pun hujan.
Makan, tido
Makan, tido
Sekali sekala jer berlari lari urus kain di jemuran.
Teringat cerita pendekar bujang lapuk..
"Ani...., angkat kain di jemurannnn, hari nak hujannn..."



Sunday, December 1, 2019

Bukan payah punn

Orang kelantan jati.
Dibesarkan dgn nasi dagang.
Kalau tau makan saja tapi
tak tau masak nasi dagang toksah ngaku orang kelantan lah.
Wajib tau.
Saya selalu pesan kan anak2, kena tau masak nasi dagang.
Betul lah kalau beli lebih mudah,
tapi yg beli tak sama dgn yg masak sendiri.
Setiap keluarga ada resipi turun temurun.
Lain dari orang lain.
Kena belajar dan khatam!
Mesti pandai masak kalau suami atau ahli keluarga nak makan.
Kalau nak jamu kawan2, buat sendiri lebih puas.
Saya ni setiap kali masak nasi dagang mulut tak berhenti ajar, tunjuk cara.
Ulang2 duk bagi tips dan rahsia...
Anak menantu entah hadam entah tidak.
Tak pernah lagi saya biarkan mereka masak nasi dagang tanpa saya awasi.
Mesti nak mencelah jugak, nak guide jugak.
Hmm...nasib kamu lah jadi anak menantu mummy.
Menanah telinga pun kena hadap jugak.
Mummy ni kalau boleh semua ilmu masak nak curah kat kamu semua.
Kot esuk2 mummy dah meninggal kamu terkulat kulat nak msak tak pandai.
Nak org lain ajarkan bukan senang, bukan semua orang ikhlas ajar rahsia2 masakan nih.
Hari ni mummy ajar.
Esuk2 mummy harap kamu masak lebih baik dari mummy.
Boleh kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...