Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, December 9, 2019

Wad 1 U HUSM.

Zana,
Runtuh hati ku.
Melihat kamu begitu.
Keras nafas mu.
Rapat mata mu..
Diam dan tidak lagi peka pada kehadiran ku.
Yang kedengaran hanya bunyi mesin dan alatan.
Dan berkedip kedip cahaya di alat itu menandakan
kamu masih bertahan di situ,masih bersama kami.
Di kedua tangan mu berselirat tali hayat membelit harapan.
Lebam2 tanda usaha ikhtiar yg tak berkesudahan.
Zana,
Ku usap tangan mu perlahan
Terjerut tangisan di kerongkong ku
Ku hadiahkan doa yg baik baik buat mu
Ku pohon hanya yg terbaik dari Dia.
Permudahkan lah...
Zana,
Putih bersih kulit mu seperti selalu.
Halus jari jari mu
Cantik nya kamu.
Bertabah lah sahabat
Sakit ini sementara..
Setiap payah yg kamu rasa,
adalah penghapus dosa..
Tuhan sedang menyediakan mu untuk pulang
Semoga di sana kamu lebih tenang dan aman.
Bebas dari azab sakit yg sekian lama kamu simpan.
Zana
Aku undur dari katil sakit mu
Memberi ruang utk tetamu lain mendekati mu.
Melangkah ke pintu dgn hati yg berat.
Aku pulang dulu sayang,
Aku tidak meninggalkan mu
Doa2 ku, ku tambat di katil mu
Dan aku heret pulang rasa gundah ku
bersama kenangan kita bersama,
suka duka kita dulu,
tangis tawa kita bermain di mata.
Zana,
Pagi ni, waktu ni....
Aku sangat teringatkan mu


Sama sama kita sedekahkan doa buat kawan baik saya dari sekolah rendah ni yg sedang bertarung nyawa dengan cancer tahap 4.
Tuhan ku, hanya Kau lah tempat kami memohon.

Update Terkini : Baru mendapat perkhabaran yg kawan saya ni telah pulang ke rahmatullah sekejap tadi.( setelah baru 10 minit saya update posting ni)
Innalillahiwainnahirojiun.





Sunday, December 8, 2019

Tak fokus





Mokcik yang sentiasa tak fokus.
Fail sungguh
Orang lain pandang belah sini, mokcik ni pandang belah sana.
Ke semulajadi juling nih?
Tak faham betul lah!
Jap jap...
Yang ni mokcik fokus tau!
Tapi terlebih senyum la pulak....
Halah halah halah....
Fokus ke tidak tak ada beza.
Mokcik tetap dah tua lar.
Sedar diri tak apa.

Saturday, December 7, 2019

Dunia saya

Anggapan saya saja rupa nya.
Saya ingatkan hidup saya ni perlu semua ni....
Perlu tau perkembangan semasa ekonomi dunia.
Perlu tau pergolakan politik negara..
Kena peka dengan berita2 terkini
Kena tengok perubahan dunia fesyen dan gaya hidup
Hari2 bukak media sosial dan berinteraksi dgn warga dunia
Rapatkan perhubungan antara semua yg mengenali
Berkasih sayang dan bergembira riang ria sentiasa
Be human.
Be one of them!

Rupanya tidak
Rupanya hidup saya ni tak perlu semua tu.
Dunia saya kecik sangat.
Apa yang penting buat saya tak sama dgn kepentingan orang lain.
Sangat tak serupa.
Dunia saya hanya lah....
Seluas bumbung rumah saya saja.
Yang saya perlu ambik tau hanya lah...
Adakah anak saya yg sakit dpt penjagaan yg baik?
Adakah kebajikan dia terjaga?
Cukupkah segala keperluan dia?
Selesa kah dia?
Tenang kan dia?
Dan selain itu saya hanya perlu pastikan
rakyat negeri saya yg lain, yg masih memerlukan saya terurus sepenuhnya.
Sentiasa cuba untuk memberi apa yg termampu
dah sentiasa berdoa semoga Tuhan permudahkan masa depan kami.
Dunia saya hanya mereka.
Yang penting hanya mereka.
Malah diri saya sendiri sudah tidak mendapat tempat di hati saya.
Tidak ada peruntukkan untuk diri sendiri.
Tak apa, cukuplah bila Tuhan berikan saya kesihatan yg baik untuk saya
terus mengurus mereka.

Dunia saya
Susah senang saya
Hanya saya yg pikul dan yg telan.
Dunia luar hanya untuk saya tonton..
Seperti menonton tv..
Tukar channel berkali kali
Tengok kelebihan orang, diri rasa kekurangan.
Tengok kekurangan orang, diri rasa bersyukur dah.
Allah hu...
Allah hu Akhbar.


Friday, December 6, 2019

BML terkini : 26.3....

Tak.
Tak sihat.
Lebih timbangan.
Ala ala kenderaan lebih muatan gitu.
So?
Am I disturbed by this ?
No!
Tua tua ni dah tak kisah gemuk ke kurus
Janji sihat.
Kan?
Ke x betul apa saya cakap?
Alah, kalau slim pun dah tak cantik.
Gemuk pun tak merubah apa apa
Kedut dah mewah dan uban dah meriah.
Overweight ke underweight ke, nothing matters.
Hati mau baik tu jer
Hentam jer la labu.


Thursday, December 5, 2019

Apa yg 18? 19?

Mula tu tak faham kenapa la semua orang duk update pasal 18, 19..
Ada benda ni?
Sekarang dah tau.
Lawak laaaa......
Dah viral dah 18, 19 ni...
Tu pasal la...
Jangan kita mulakan sesuatu yg akan memalukan diri sendiri
Kan dah satu msia duk jadikan bahan lawak apa yg keluar dari mulut tu.
Pengajaran buat kita, buat saya....
Semua orang buat silap.
No body is perfect.
Tapi dah tau silap tu ngaku saja lah.
Tak perlu tegakkan benang basah.
Be humble.
By the way....
Pagi tadi saya dah 18 kali dah kejut anak bangun solat subuh.
Yg ke 19 baru nampak dia masuk bilik air utk berwudhuk
Sib baik!
Kalau yg ke 20 saya bukan ketuk pintu bilik dah,
Saya cabut pintu bilik tuh....
Dah, tak pasal2 berjangkit penyakit 18, 19 ni....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...