Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 5, 2020

Fesyen musim covid.

Hanya sekadar fesyen di musim covid.

Ikut trend, tak lebih dari itu.

Takkkkk, bukan kerana nak kawin dgn PU, jangan merepek!

Saja suka suka, sekejap pakai mask, sekejap pakai niqab.

Untuk ke masjid saja.

Tengok kawan2 hadir ke kelas di masjid pakai niqab, kita pun pakai jugak.

Tau, pakai niqab tidak sama dengan pakai mask

Kkm tak galakkan.

Dari pakai mask sangkut di leher pun tak bagus juga

Pakai niqab ni tak ada sangkut macam tu pulak.

Pakai niqab ni kurang sikit rasa lemas, ada pengudaraan.( tu pasal kkm tak lulus tuh!)

Spec pun tak jadi berkabus bila hembus nafas.

Alah, jangan la kecam saya...

Saya pun tau tak selamat dari jangkitan covid kalau berniqab ni.

Apa salahnya sekali sekala 'follow the flow' kannn.

Niqab bermusim saja ni..

Apa yang paling best nya di musim semua orang kena tutup mulut dan hidung ni?

Bagi saya paling best dapat sembunyikan wajah.

Lebih tepat dapat sembunyikan riak wajah.

Yang paling lawak nya dapat sembunyikan 'tua'

Hari tu si penjual sayur cakap " Yang tu 3 seringgit dik"

Dik? DIK.?? Hellooooooo........

Mokcik wei bukan adik!




Wednesday, November 4, 2020

Moh ke masjid kita.

Nak kemana tu mokcik?
Pagi pagi dah ready ni
 
Alhamdullilah.
Kelas2 di masjid dah boleh berjalan seperti biasa.
Baru2 ni semua masjid diarahkan supaya KIV kelas2 agama
Covid punya pasal kann
Jadi pagi tadi, aktiviti saya bermula seperti dulu semula.
Pagi2 lagi bersiap sedia dengan beg berisi apa yang sepatutnya.
Tengok jam dah hampir lapan pagi.
Panaskan enjin kereta sambil tunggu kawan.
Di masjid kawan2 lain dah ready menunggu ustazah kami.
Hari ni kelas bahasa al Quran.
Kami ni geng pencen yang hanya nak isi masa lapang
Sambil belajar tambah ilmu dapat juga jumpa kawan lama dan baru.
Seronok.
Selagi sihat dan selagi Tuhan permudahkan urusan kami.


 

Tuesday, November 3, 2020

Kesembuhan buat kakak ku.

Kak
Dia kakak ku
Dia menyaksikan aku membesar dan menjadi dewasa.
Mengajar dan membimbing 
Sekali sekala memegang watak ibu.
Kak
Kelmarin kakak ku mendapat serangan jantung
Sewaktu di rumah dia rasa sesak nafas dan sakit dada.
Mujurlah anak menantu kak ada bersama
Cepat cepat bawa ke unit kecemasan HRPZ
3 hari kak berada di sana.
Wad 8 jadi rumah sementara
Sabar la kak, sakit itu penghapus dosa.
Tanda Tuhan ingat kita, sayang kita.
Kak
Nie belek foto2 kak yang ada dalam simpanan.
Dalam foto ni ada kakak ku yg sorang lagi
Di mata mereka berdua, aku tidak pernah dewasa.
Sentiasa perlu di tunjuk ajar dan sentiasa perlu di selia
Sayang kamu berdua.
Kak
Cepat sembuh tau.
Cepat kembali sihat macam biasa
Nanti kak boleh ke masjid semula.
Boleh jalan2, makan2,isi masa macam biasa
Kak,
I am always here for you.
 
Kak
Kak sentiasa ada dalam setiap doa ku.
InsyaAllah Tuhan akan permudahkan segala nya.
I love u to the moon and back.

Monday, November 2, 2020

Jangan libatkan saya

 Dari zaman kanak2 lagi saya tak suka bersukan.

Tak pernah sertai acara apa pun waktu ada kejohanan di sekolah.

Hari sukan adalah hari berehat buat saya.

Jadi penonton. Jadi tukang tepuk tangan.

Sebenarnya saya tak suka berlumba lumba.

Tak suka berebut untuk jadi juara.

Dari kalah baik saya tak sertai dari mula.

Biarlah orang lain yg sandang piala.

Tak apa, saya tak terkilan pun.

Pengecut? Ya mungkin juga.

Dalam hidup seharian pun begitu.

Jika saya rasa saya seperti terpaksa berlumba untuk mendapatkan sesuatu, saya cepat tarik diri dari bersaing begitu.

Saya tau saya tak kan menang pun.

Tau banyak nya kekurangan saya berbanding dgn kelebihan pihak lawan.

Biarlah kalah awal2 dari berusaha untuk menang tapi gagal.

Kecewa gagal lebih teruk dari kecewa bila menarik diri.

Begitu juga soal kasih sayang, soal hati..

Untuk berada di hati orang, untuk disayangi pun saya tak suka berlumba lumba.

Berebut perhatian dan kasih sayang bukan cara saya.

Terima saya seadanya atau tinggalkan saya saja.

Atau lebih baik saya saja yang berundur dari berlumbaan itu.

Biarkan luncai terjun dgn labu nya...

Saya hanya nak duduk diam2 dan perhati saja.

Hati  tidak terluka

Jiwa tidak terseksa.



Sunday, November 1, 2020

Jauh di mata.


Tiba tiba
Sayu tengok dia berdiri sorang sorang di situ
Jauhnya anak saudara ku ini
Di bumi Korea yg sangat tidak sama dengan tanah kelahiran dia
Tapi saya kagum dengan semangat dia
Kuatlah wahai anak demi masa depan mu
dan demi orang2 yang kamu sayangi.

Terpandang foto ini di facebook 
Status yg baru kamu kongsi.
 Terdetik di hati
Untuk mengirimkan sedikit isi hati
Buat anakanda Nazmi
Ciknin kagum dengan Mie
Sentiasa begitu
Ciknin doakan Mie berjaya dunia akhirat.
Semoga segalanya di permudahkan.
Aamiin.
i

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...