Pengarah Pilihanraya DMPK
Antara Tetamu VIP yang hadir
Ketua DMPN menyampaikan sumbangan kepada wakil Syiria
Bacaan ikrar Dewan Muslimat yang diketuai oleh Dr Najihah
Ucapan wakil Syiria
Barisan AJK DMPN bergambar bersama YB Husam.
Muslimat penuh semangat berikrar
Pada 30 jun
2013 yang lalu Dataran Fatehah, Padang Rengas telah menjadi saksi bekumpulnya
muslimat perak dengan bertemakan hitam di dalam himpunan GERHANA 13. Himpunan
yang membawa maksud Gerakan Hapus Aniaya ini membawa suara muslimat perak yang
begitu agresif menolak keputusan PRU 13 yang dilakukan secara tidak bermaruah
untuk kerajaan terus kekal berkuasa.
Perhimpunan
yang bermula pada awal jam 8.00 pagi itu telah dihadiri oleh tetamu2 jemputan
iaitu, Datuk Paduka Husam Musa, yang turut membawa wakil syiria, selain itu YB
Timbalan pj, Ustaz Misbah Masduki, YB Ustaz Zawawi Abu Hassan, dan Bekas ADUN
Lubuk Merbau, TN. Hj. Zainuddin.
Datuk
Paduka Husam Musa diberi peluang berucap dan beliau banyak menegaskan isu
syiria. ‘Ketahuilah rakyat Syiria kini hidup dalam ketakutan. Mereka diseksa,
disekat makanan, pendidikan, wanita2nya dikasari dan dibunuh kejam. Ayuh kita
bersama2 membantu syiria ’. Beliau juga berbangga kerana muslimat perak berani
bersatu dan terus gigih berjuang tanpa penat untuk mencapai kemenangan walaupun
dikecam dengan pelbagai agenda jahat pihak lawan.
‘Walaupun
berpanas dengan berpakaian serba hitam namun anda masih terseyum dan ini
menunjukkan anda semua tabah dan sabar dalam perjuangan Islam insyallah ‘ Kita
berhimpun disini untuk memberi pendedahan tentang penipuan2 yang telah
dilakukan semasa pilihanraya yang lalu.
Tim. Pesuruhjaya Juga berpeluang untuk menyampaikan ucapannya. Himpunan
tersebuat diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada pengarah pilihan raya
muslimat setiap kawasan bagi menghargaai segala usaha gigh mereka sepanjang PRU
13 yang lalu.
Majlis
diakhir dengan bacaan ikrar serta doa wehhda. Para peserta dan tetamu menikmati jamuan sebelum bersuarai.