September 12, 2008

Kisah sebak

Alkisah sebenarnya berlaku semalam masa ibu dan abah nak berbuka puasa. As usual, si kecik Insyirah ni pun menyibuk gak la...nak dok sebelah ibu nak 'berbuka puasa' jugak. tapi bila disuap, insyirah tutup rapat mulutnya...takpun menggelengkan kepala. sudahnya ibu bagi sepinggan kuih utk insyirah makan sebab kalo bagi nasi, mmg akan disepahkannya. pesan kat dia makan molek2 skit..dia pun nikmatilah kuihnya tu... dapatlah ibu n abah berbuka dgn harmoni skitkan..tp tak lama pun, insyirah bangun nak amik botol vitamin ibu plak..pastu ambik botol mayonis plak. yg botol vitamin tu dicampak ke bawah..ibu pun tertinggikan suara suruh insyirah buang la lagi botol2 vitamin ibu tu..tp merajuk la pulak anak ku sorang ni...(merajuk buat2 jekk).

pastu insyirah sambung main lagi..amik kuih diurai2kan..semak la tmpt makan insyirah tu...ibu dah malas nk layan..jgn terjatuh dr kerusi sudah la..ibu pun biarkan insyirah ..tp yg agak mencabar minda bila insyirah dh start nk panjat meja tu pulak...arghhh...sudah... ibu pun tarik la insyirah cakap.."cubalah jadi anak yg bersopan skit insyirah...." (erk....dia faham ke tu..?). tapi biasalah, bukan nak dgr ckp...lastly....

abahnya yg senyap dr td bersuara dgn nada tinggi.."insyirah...!!!! dok molek skit laaaa...!!!" terus insyirah pun diam terpaku pandang direct ke botol vitamin tak berkedip langsung...diam membisu..merajuk pun tak..main pun tak..seolah2 tau yg abah tgh marah akibat huru-hara insyirah atas meja makan. ibu tgk insyirah senya gitu..kesian la pulak..abah pun pandang insyirah tak berkedip..ibu ckp kat abah.."dah la tu...kesian dia..." "jgn nak bagi muka sangat.." abah kata...ibu tgk insyirah angkat muka nk pandang abah...tp cepat2 dialihkan kat ibu...seolah2 nak mengadu yg insyirah kena marah..ibu pun peluk insyirah sambil kepala insyirah terus lentok atas bahu ibu..huhuhu...mesti insyirah sedih yer...sabar ye sayang...lain kali dgr ckp ibu..dgr ckp abah..

tapi yg peliksss tapi benarnya...kenapa insyirah tak merajuk pun bila abah marah???? amboi..kalo ibu tinggikan suara skit ke...tak nak dukung dia ke..cepat jer merajuk...merajuknya tu kelakar plak tu...pandai pilih tmpt yg beralas..like tilam,(tilam di ruang tamu...hehehe) selonggok kain, bantal, etc... kalo simen semata2 tak sampai cecah ke lantai pun...tau sakit kepalanya kalo terhantuk...hehehe. pastu yg kelakarnya mlm td, insyirah merajuk la sebab ibu nak landing kat tilam tak bwk dia sekali...dia pun merajuk la...tutup muka sambil berjalan then bila sampai kat penjuru tilam, terus rebah...wahhhh.....bagussss pnye merajuk...hehehe...
ragam anakku...pastu yg touching nya..abah tido kan insyirah sambil minta maaf sebab marahkan insyirah td beserta kata2 nasihat...fuuhhh poyosss je bunyi. hopefully insyirah blh la memahami apa yg abah katakan itu...

September 10, 2008

Suspected dengue...

Kesian abah...semalam doctor call abah mmg confirm ada virus denggi tu tapi tak terlalu serius. tapi tak sebut plak bpe byk yg kurang. tapi memang kena repeat amik darah lagi utk tgk bilangan platelet dlm bdn... so pagi tadi ibu bawak abah pegi panel klinik ibu kat wangsa maju plak..dgr penjelasan doctor kat sana, baru la faham serba sedikit pasal denggi ni. sebenarnya dlm badan kita perlu ada sebanyak 150 000 platelet. so kalo yang betul2 teruk sampai kena admit hospital, kalo platelet berkurang kepada 10 000 shj. setakat yang kena repeat utk cek darah ni maknanya masih ditahap tidak merbahaya. hopefully can recover soon without admit hospital.

tapi ibu cuma risaukan insyirah sebab setahu ibu, demam denggi ni kan berjangkit. kalo si kecik tu yg kena, alamak....kesiannya. dah la baru nk membina antibodi. manja plak tu dgn abahnya. harap2 insyirah kuat jugak mcm ibu...insya Allah....semalam masak sup ketam kat abah. Alhamdulillah..dengan paksa2 sayang, makan la jugak sup ketam tu. minum 100plus pun kena paksa... hari ni kena beli lagi 100plus, kat rumah dh abis. hari ni abah td kata nk makan mknn mamak...erkkk nak beli ke nak buat makanan ala2 mamak. mana le ibu tau..huhuhu..beli jelah nnt ye abah..hehehe
Menu berbuka semalam - Sup Ketam

September 9, 2008

Abah demam

Lately, abah got high fever since saturday...i'm worried if it cause by denggi. my house area was suspected by jbtn kesihatan...huhu... mudah2an abah sihat. Hari ni amik darah, tp result belum kuar lagi.. Dah bg minum 100Plus dh...insya Allah, ibu masakkan sup ketam utk abah n insyirah nnt.. org kata sup ketam ni bagus utk naikkan bilangan platlet dalam badan bak kata Klinik Ummi.

"Kajian ringkas saya mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini."

semalam masak tomyam. kot nk bagi abah selera skit..but he doesn't want to eat much now. maybe lost appetite because of fever and cough.. huhu..sedehnya. Ibu buat cekodok pisang pun abah tak mo. biasanya kalo abah demam, mkn la jugak..ini skit sangat2 la...dah la posa..tak nak makan plak tu. ibu suruh bukak posa, sayang katanya. tadi call mak, mak paksa dia bukak posa jugak.. sebab badan dah terhidrat dah tu..abis je efect ubat tu, bdn panas semula..kena minum byk air jugak..ni tak tau la abah dah berbuka ke blom sebab ibu kat ofis. huhuuu

Harapnya takde la dpt result yg -ve...Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yg baik kepada suami dan anakku..semoga dijauhi dr penyakit merbahaya...aminnn

Menu berbuka 1 - Tom yam campur
Menu berbuka 2 - Ayam goreng rangup beroatMenu berbuka 3 - Cucur pisang @ cekodok pisang

September 6, 2008

HARI SABTU....

Hari ni dok umah je, tp kakak ajak bukak posa kat rumahnya plak. Sementara tgu abah balik dr keje, ibu buat puding milo fuze dlu utk dibawa ke rumah kakak aka maklong nnt.. puding yg pakai taram jer buatnya. sebabkan milo fuze tu tak berapa nk laku kat umah ni..hehehe.. Insyirah pulak dr mlm td, bila nk tdo je mesti mengamuk..kuat betul nangisnya..risau gak ibu sebab abah pegi terawikh...tghari ni pun nk tido mesti mengamuk...nak kata tak bg susu, dh bg susu..xtau nak apanya. byk main dah skg ni. mata dah penat tp nak main..pastu agaknya bila dh tak larat mengamuk nk tido..cuba la anak ibu tido je elok2..kan senang..isk..tah kali ni je kot..nk menduga ibu la ni ye..takpe..bak kata emak yg dlm citer semalam (kun fa ya kun - 104 - Ria) "ibu mana penah penat jaga anak2 biar pun dah besar panjang.." huhuhuhu...citer semalam sedih betul..

bulan2 puasa ni memang la banyak citer yg menginsafkan..ye la masa ni syaitan dah diikat..tapi itu itu tak bermakna ada org yg tak bernafsu...hehe..kali ni baru sekali je ibu pegi bazar ramadhan..alhamdulillah blh msk sndr. lg pun abah bukan nk makan nasi masa berbuka puasa tu. cukup mkn kuih je la..tu pun abah selalu beli kuih dr kantin tmpt keje dia. makan nasi cuma time sahur atau pun pas semayang maghrib (ibu le tu..) hehe..kena makan gak sebab sahur tu confirm tak mkn nasi..minum air je dgn roti dah cukup..hehe...

Tahun ni kami beraya di besut...Alhamdulillah..setelah lama tak blk..Keluarga sana pun rindu bangat dah kat insyirah ni...insyirah je ke..hehehe..
k la..insyirah dah bangun..mula kaco ibu dah ni...pantang nmpk laptop terbukak....pantas je nk taip gak...

September 4, 2008

Salam Ramadhan 1429H


Salam Ramadhan dr ibu...

xtau nk tulis apa sebenarnya sebab hati terasa kosong..huhuhu.kena byk muhasabah diri. nak nangis rasanya...don't know y? agak emosional and sensitif skit sejak akhir2 ni...

anyway, ampun dan maaf ibu pohon atas segala kesalahan dan kesilapan yang ibu lakukan tak kira pada anak ibu, suami ibu..mak, babah, adik beradik, sahabat semua...huuhhuhuhuhu

sediihhhhnyaaaaaaaaaaa..............

apsal niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....................

Ya Allah, tenangkan lah jiwa ku yg gundah gelana ini..permudahkan la segala urusan ku. Hanya Engkau yang Maha Mengetahu lg Maha Mengasihani...
Related Posts with Thumbnails