Monday, 28 September 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Entry kali ni adalah untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sahabat2 dan sedara mara yang baru dan akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati. Semoga bahagia selalu, dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah dan tabah menempuh alam rumah tangga yang menjanjikan kebahagiaan dan terselit secebis kesulitan untuk mematangkan kita.

Anggaplah kesulitan itu sebagai asam garam rumah tangga anda. Yang paling penting, berpautlah didahan asal, berusahalah memperbaiki situasi tersebut dengan tenang dan berpandukan ajaran Islam. Cuba jangan babitkan orang luar, contohnya nak dapatkan ketenangan, dok p sembang dengan perempuan lain plk padahal kalau si isteri tu tau kompom merajuk...so, ingat2 lah, macam mana perasaan kita kalau ditempat dia.....begitu juga sebaliknya.

So, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sepupu, sedihnya xleh balik kenduri besar paktam...dah la yang first and last ni..dan kepada sepupu2 lain, sahabat2 hubby...

dan juga kepada satu2nya kakak kesayanganku...hopefully cepat2 lah..xlarat dah kami tunggu nk makan nasi minyak ni haa...

Thursday, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

SALAM KEPADA SEMUA,
sempena ketibaan aidilfitri ini, kami bertiga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua ahli keluarga dan sahabat yang berada di seluruh Malaysia.
Bergembiralah di hari raya ini, jangan ingat yang sedih2, walaupun kami beraya sangat sederhana dalam 2 tahun ni, tapi kami tetap gembira, Alhamdulillah..
InsyaAllah tahun depan kami akan beraya di Malaysia, doakan kami..



Tuesday, 8 September 2009

KALAULAH....(sya, tiru mu punya title..hehheh)

daku juga setuju dengan entry mu semalam bila mana perkara yang sama atau lain tetapi pelakonnya membawa watak yang sama..

kalaulah ...

DIA tahu besarnya cintaku padanya, selepas cintaku pada Allah

tapi nampaknya cintaku seperti layang-layang yang terputus tali

kalaulah ...

DIA tahu betapa sanggup aku lakukan untuk menggembirakan hatinya

tapi nampaknya usahaku belum mencukupi

kalaulah ...

DIA tahu betapa kecilnya hati ini bila apa yang aku buat sangat terkurang pada setiapnya..

Tuesday, 1 September 2009

Thursday, 20 August 2009

CERAMAH

tadi dengar ceramah ustad azhar idrus..berkesan gak walaupun dia ckp bahasa ganu..



pasal isteri solehah..antaranya..



- isteri mesti berwangi-wangian bila bersama suami, (tp den pn xmandi lg ni..huhuhu)

- bila bercakap, dahulukan suami, biar suami abis cakap dulu, baru kita buleh bersuara. Kalau boleh, minimakan perkataan, susun ayat-ayat dahulu..bukan apa, lidah lebih tajam dari pedang, apatah lagi lidah isteri, so berhati-hati bila bercakap dengan suami, sama jugak macam kita nak bercakap dengan mak ayah kita..

- Jangan membangkang suami, ataupun tak setuju dengan apa yang dia katakan. Kalau nak bagi pendapat, mesti dengan nada yang lemah lembut.