Showing posts with label Dari Hati. Show all posts
Showing posts with label Dari Hati. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Rumah Kita, Jannah Kita

Saya masih lagi nak berkata tentang maid-maid saya yang dah lari tu.
Masih geram. Masih lagi rasa dizalimi.

Syukurlah, tanpa mereka, saya mampu menguruskan semuanya sendiri. Insya Allah.
Sesekali Mak dan rakan datang membantu saya dengan kerja baking saya, jika banyak tempahan.
Alhamdulillah, still can manage.


Baking area saya selepas pemergian pembantu saya, lebih clear. :oP


Dan saya rasa saya tidak lagi perlukan maid buat masa ini.
Lagilah dari negara itu.
Being with them is like being in their sinetron.
Penuh adegan.


Setakat housekeeping, we think we can do it ourselves, together.
Insya Allah.
Me coping up myself with laundry and house chores.



Cooking - my department eversince. 
So, takde terkejut-badak. :o)






Biarlah kami aman sentosa tanpa-nya, atau tanpa mereka.

Ada dua, serupa ada satu.
Ada satu, serupa tak ada.

Dah daripada tak ada, biarlah tak ada.

Rumah kita, syurga kita.
Takde time limit, takde obligation apa-apa.
Nak buat, buat. Taknak buat, biar je.

Kan...?

*geram tapi lega banyak*

Seriously, rasa lega.
Alhamdulillah.

Sunday, March 4, 2012

Home Sick

Maisarah home-sick.
Marieah home-sick.
The reason I quit my job last year have left for the best. Insya Allah

Sedih dengar suara anak-anak di hujung telefon, menangis.
Hari-hari menangis.
Sabarlah duhai hati si ibu.
Doakan mereka.
Selalu.
Hati ibu yang sebenarnya sangat rindu.
Seperti tiada makna memasak.
Seperti tiada makna balik ke rumah.
Itu cuma perasaan.
Sabarkan hati.
Mantapkan perasaan.
Anak-anak itu sedang menuju kejayaan, Insya Allah.
Ketakutan mengenangkan yang lagi dua ini yang sangat mahukan kehidupan asrama.
Itu bermakna anak yang tujuh hanya tinggal satu sahaja nanti.
Tak lama, setahun sahaja lagi.
Rindu mengenangkan yang jauh.
Sayu mengingatkan setahun lagi.
Sabarlah wahai hati.
Tentu Allah sedang menyusun yang terbaik, Insya Allah.
Kita adalah insan yang selalu tidak mengetahui.
Amankan hati si ibu Ya Tuhan kami.



Tuesday, October 11, 2011

Saya Mahu


Ada perkara yang perlu saya improvekan dalam hidup saya sekarang :
1. Solat awal waktu
2. Be efficient in time management
3. Improve cooking skill
4. Nak mengaji lagi dan spend masa yg lebih untuk belajar balik tajwid
5. Curi masa untuk belajar taranum
6. Labuhkan tudung
7. Longgarkan pakaian
8. Start collect niqab
9. Kerap bangun malam untuk tujuan baik tu (bukan setakat buat susu atau gi tandas je)
10. Be efficient dalam macam2 perkara.
11. Be supermak.
12. Be more focus dengan kehidupan dunia dan akhirat
13. Nak pandai khusyuk

Doakan saya.


Monday, September 5, 2011

Terima Kasih Bulan!





....meskipun cahayamu kejauhan

tapi, terima kasih Bulan!

telah sudi menemani malam

kala bintang tak lagi bertahan


Terima kasih Bulan

meski tak seterang Mentari,

tapi kamu ada di sini

tak berlalu meninggalkan


Terima kasih Bulan

Terima kasih Allah

di atas penciptaan sang Bulan yang sering mendamaikan hati


Friday, July 22, 2011

Bonda Raja Enom

Terdetik di hati ingin bersua
Menatap wajah nan bersih mulia
Yang sudahpun tua dimamah usia


Syukur 19 Julai dipertemu
Di balik kedut wajah itu
Tertanam 1001 kisah hidup
Gembira..sedih..suka dan pilu

Ranjau dunia tabah diharungi
Anak dididik serta disayangi
Kasih disemai setulus hati

Bondalah ibu yang sejati
Pengorbananmu selayak ibu mithali

Setinggi penghargaan buatmu Bonda

Mudahan Bonda dirahmati Tuhan
Ampunkan segala dosa dan keterlanjuran
Masukkan dirimu ke syurga Firdausi

Amin Ya Rabbal Alamin

***



Buatmu Bonda, 'tidurlah' dengan tenang, semoga syurga tempatmu. Alhamdulillah, sempat bertemumu 2 hari sebelum kepemergianmu mengadap Ilahi. Alhamdulillah, sempat ku dodoikan zikir buatmu yang sesekali tertidur dan terjaga dek keluh kesah menghela dan menghembus nafas tua. Sebelum pulang meninggalkanmu Bonda yang tertidur selesa, sempatku cium pipimu berkali-kali seakan redha itu mungkin untuk kali yang terakhir.





Bonda, pertemuan di Bangi itu pertemuan terakhir.

Ku redha pemergianmu Bonda, ku mengerti kesedihanmu di dunia. Insan solehah sepertimu ku doakan syurga buatmu.



Al-Fatihah.


Amin, Amin, Amin.

Saturday, June 4, 2011

Saya Rindu



Kawan-kawan saya.











  • Nak kuar makan-makan




  • Nak borak panjang-panjang




  • Nak gelak-gelak




  • Nak bercakap dan share about things that happening around




  • Nak spend masa lama-lama




  • Nak duduk je, tanpa cakap2 apa.. just to enjoy time together











Saya rindu kawan-kawan.(*sebak*)

Saya rindu lah..

Tau tak? (*nak nanges*)

Saya harap rindu saya ni reach each and everyone of you, I really mean it.








Pernah Tak?

Saya selalu nak share pasal perkara ni, tak tau la kalau saya sensorang je yg selalu kena benda ni ke, atau orang lain pun ada yang kena sama..


Cam ni, pasal saya dan baju saya.. scenario : bila saya pakai certain-certain baju tu, saya kan terjumpa dengan orang yang sama dan itu-itu juga.


Contoh, saya pakai skirt hitam dengan baju blouse warna purple, ada bunga-bunga green gitu.. tudung pun saya pakai yang berkenaan la kan.. masa jenjalan ke, gi pasar ke, gi emporium ke (ayat lama ni.. hehehe) .. kata-lah saya terserempak dengan kawan lama (jarang jumpa), Pn C. Pastu, next time.. setahun ke, sebulan ke.. seminggu ke, 3 bulan setengah ke.. masa saya pakai baju tu balik (walaupun selangnyer 2 bulan 17 hari..) saya mesti terserempak, atau terjumpa dengan Puan C balik kat mana-mana tauuu... jadinya, si C ni pulak akan nampak saya pakai baju yang sama jek gitu! Tak ke mengharukan tu? ....walaupun sebenarnya, putaran baju itu adalah berjarak sama sekali tauuuu...


Hah, itu yang selalu terjadi pada saya.. dah banyak kali dah.. sure orang yang saya jumpa tu akan ingat koleksi pakaian saya sangat terhad, macam takde baju lain kannn? hehehe.. haru tau cam tu.. (saya tak kisah pasal orang ingat saya takde banyak collection, sebab saya memang tak banyak mana pun collection baju) ...tapi kan... takkan la 5 ke 6 kali terserempak dengan orang yang sama tu mesti tengah pakai baju tu jugakkk.. cehhh.. adakah itu suratan atau kebetulan? hahahaha.. hah, itu la yang selalu terjadi kepada saya..


Bila saya pakai baju lain, baju kurung ke, maxi ke, jubah ke.. saya akan terserempak dengan kawan-kawan yang lain pulak, Puan D ke, Puan J ke, Puan Z ke, Puan W ke... cam tu tau.. cam setiap baju saya dah di-destiny-kan siapa yang akan saya jumpa gitu.. hmmm.. agak berat juga kes ni kan? hehehe.. pelik? .. memang pelik. Saya sorang je ke?


Salam 1baju, 1 kawan. ^_^ (ah comei..)

Monday, January 31, 2011

Apabila Dia Bukan Sahabat

Lanjutan dari entri awal saya Pesanan Untuk Yang Bukan Sahabat

Apabila Dia Bukan Sahabat Kita

Setiap perlakuan kita, dianggap ada sahaja yang tidak kena
Setiap perbuatan baik kita kepadanya, dianggap ada makna
Setiap perkongsian nasihat kita, dianggap nak tunjuk terror
Setiap teguran kita, dianggap kita dengki dia
Setiap pemberitahuan kita, dianggap berlagak dan tiada kena mengena
Setiap perkataan kita, ditunggu masa untuk diselitkan kata-kata pedas mengena
Setiap perbualan kita dan dia, dia sahaja yang lebih sempurna

Lantas, apa yang perlu?
Jauhkan diri, nyata-nyata dia bukan sahabatmu.

Tak boleh ditegur, tak boleh berbuat baik, tak boleh berkongsi
Tak boleh diberitahu, tak boleh berbicara lagi
Agar semuanya tidak ada sebab untuk itu dan ini.

Untuk apa
Kalau masih berbicara, bertegur-sapa, berkongsi perasaan, berkawan hanya untuk mendapat sakit di hati?
Akhirnya niat baik dalam hati, hanya jadi kudis dan duri

Apa yang boleh dikategori jika hatinya begitu?
Bukan kawan, bukan sahabat, bukan juga manusia yang bermutu.

Jadi, bukankah manusia yang tidak bermutu ini perlu dijauhi?
Agar persahabatan sejati menjadi dengan orang lain yang mencari harmoni.

Oleh itu, jauhilah dia.
Jangan jadikan dia sahabat kita
Ternyata dia bukan orangnya
Bukan aniaya, tetapi berpada-pada dan berwaspada

Siapapun dia, doakan agar jiwa dan hatinya tidak menjadi sia-sia
Agar dia juga punya sahabat sejati di akhirat, apatah lagi di dunia

Al-Fatihah, walau masih hidup pun dia, sedekahkan untuk rohnya.


***

Saya menulis dari jiwa, berkongsi sama untuk sahabat yang benar sahabat agar tidak disalah-sangka


Jika boleh dijadikan panduan untuk sahabat semua, agar kehidupan kita di dalam rahmat Allah sentiasa.


Amin.

Sunday, January 30, 2011

Kalau Sudah Rezeki

Satu hari dalam last year, Q (Fatimah) bagitau saya yg kek pisang saya hampir sama macam rasa Kek Pisang Villa yang popular as Oleh-Oleh dari Batam. Saya teringin benar nak rasa. Tapi takde kawan-kawan yang nak gi kot boleh la nak kirim.. saya ordered through website, tapi takde response.

Sehingga satu ketika yang saya rasa saya 'ngidam' bebeno, sampai termimpi la gitu.. saya ajak (paksa) Hubiby decide nak gi sendiri tempat tu kat Batam. Tapi dari Johor, kena naik feri sampai 4 jam la pulak. Sekarang musim laut bergelora. Takut pulak mabuk laut. Cari alternative lain, cekonon nak naik flight, ada.. Riau Airlines.. tapi naik kat Melaka, then transit kat Pekan Baru.. baru sampai ke Batam.. naik 1 hari pulak perjalanan.. laaaa.. cemana nak rasa kek pisang ni? Tekak sangat-sangat teringin. Takleh bayang kek pisang ngan cheese on top. Cemana rasanyer..? Hubiby suruh try n error sendiri. Saya dah beli la barang-barang yg patut. Lom jugak berkesempatan nak buat sebab macam-macam urusan.. Tapi, saya memang nak yang itu. Tak sama la kalau buat sendiri...

Tiba-tiba (cam Nazmi Raja Lawak pulak.. hehehe) ..last Friday, dalam perjalanan nak gi fetch Yuyun (new maid -- anak saudara Su, kenalan 'tersangat-baru' saya) ke Port Klang, belum keluar dari Johor pun lagi.. Su yang duduk kat tempat duduk belakang kereta offered saya, "Kakak, saya ada potong-potongkan untuk kakak kek pisang dari Batam, tak tau la kalau Kakak nak makan atau tak, saya bawak aje.."

Masa dengar dia cakap cam tu je, something macam strike my jantung.. berdebar-debar, cam nak jadi juara Ratu Kebaya Bomba gitu.. berfikir-fikir (sambil tak sabar nak tunggu Su pass ke depan)

"Ini ke?.. Ini ke..?" Hati menjangka-jangka tapi berdebar nak tahu kebenaran.. sangat berharap agar itu kek pisang yang satu itu, tapi takut terlebih harap..

Bila dia pass je polysterine kuning, saya macam (bukan macam lagi.. memang) 'gelojoh' bukak..

"Masya Allah.. Subhanallah.." .. tengok je, rasa cam nak buat sujud syukur!




Allah Maha Mendengar. Allah Maha Besar.


Saya sangat bersyukur.
Ini lah yang saya nak sangat. Nak sangat rasa.



Ya Allah, terima kasih.

****

It's miracle. Benar, Allah Maha Mengetahui dan Bijaksana.

Percayalah, rezeki itu datang dari Allah.

...dan apabila ada rezekimu,

Allah akan mendetikkan dan mendatangkan jua ia kepadamu
dengan cara yang tidak kamu sangka-sangkakan..

Allah Maha Besar.

Terima kasih Allah atas kurniaan rezekiMu ke atasku yang sangat berharap ketika itu.

Saturday, January 15, 2011

Pesanan Untuk Yang Bukan Sahabat

Wahai orang yang budiman

Jauhilah saya jika setiap perlakuan saya menjadi kudis di hatimu

Jangan dekati saya lagi sekiranya setiap kejujuran saya menjadi bisa di jiwamu

Jangan cuba berbual dengan saya jika perkataan saya menjadi nanah di dalam badanmu

Jangan datang kepada saya jika nasihat saya menjadi sakit di mindamu

Jangan berkelibat di depan saya sekiranya keperibadian saya menjadi racun di matamu

Jangan berkawan dengan saya jika kamu rasa kamu tidak boleh sayangi saya sebagai kawan

Mungkin perkataan dan keikhlasan saya berkongsi menjadi pedih kepadamu

Jauhilah saya jika itu yang lebih baik untuk saya

Kerana saya tidak mampu memikirkan apa yang tidak baik yang memungkinkan saya tidak mahu berkawan lagi

Kerana saya sangat lemah dan tetap lupa dengan apa yang berlaku semalamnya dan sebelumnya

Kerana saya jujur tidak bertempat

Kerana saya ikhlas membuta tuli

Kerana saya tidak berprasangka

Kerana saya orang yang naif

***

Today, my husband asked me to remember this

"Our circle of responsibility is only our own family members and only few true friends, other than that, do not bother. Our concern becomes criticism to them. Out of the circle, they cannot accept criticism"

I-I Sir!

I am drawing a circle.

Those who are in, besides blood, proven through times and challenges.

Those who have not - stay there.

I stay in.

:o)



Tuesday, November 23, 2010

Suara Hati II

Nov 23, 2010 ~ Selasa

Today pagi-pagi lagi saya ikut B pergi hospital to undergo an MRI for his spinal pain. Muhsin saya tinggalkan dengan jiran depan rumah.

After one full stretch month with him, hati tak keruan tinggalkan anak kecil itu walaupun hari ni cuma cuba-cuba sahaja. Esok saya start kerja semula ~ after a month of house chores, cooking, washing, 100% (over)worked.. jiwa saya jadi sangat tak tentu. Bercampur baur.

Di hospital, over lunch during waiting for B consultation with doctor, I met Auntie Kamariah who is 75 years old. First acquaintance, I already like her. I feel so close to her, with chemistry. She said suddenly she feels like I am like her daughter. Alhamdulillah. The quick acquaintance left me with the confidence to conclude the finale of my istikharah. It was a blessed short and sweet meeting. Allah, it's all from You, I know. Thank you Allah. Dear Auntie Kamariah, may Allah bless you, saya teringin nak cium tangan Auntie lagi dalam perjumpaan kita yang akan datang, Insya Allah.

Back to B's story, he got admitted. Tomorrow, he has to go through an anaesthetic injection to one of his (worn out) discs and will not be conscious for almost a day. Ya Allah... Macamana nak lalu kehidupan 2/3 hari ni... Saya perlu pergi kerja esok. Muhsin for the first time I will have to leave him to a new babysitter for 9 hours, at least. And, my husband dalam ward. I cry silently today.

My pray, semoga semuanya berjalan dengan baiknya. Insya Allah..

Hai anak, sabarlah.. wahai suami, semoga cepat sembuh. Duhai esok, cerialah seadanya.. Wahai matahari, bersinarlah seperti sediakala... Ya Tuhanku, berikan daku kekuatan..

Monday, November 15, 2010

Kisah Siti Fatimah r.a
www.iluvislam.com
Oleh: Ummu Muslim
Editor: NuurZaffan


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

***

Saya sedang rasa penat without maid.
I cried being too tired.
Semoga Allah memudahkan urusanku, Amin Ya Rabb.

Tuesday, October 19, 2010

Parenting Lagi..

Macamana nak kasi anak berlumba-lumba buat baik? Hmm..

Kita tanya Cik Sri Pandan Mangi (wangi)....


...


...


...



Cenggini, Cik Sri Pandan Mangi jawab... (saya cuba ye..)


***

Cik Sri Pandan ada 4 orang anak pompuan yg semuanya sama besar, sama lorat, sama leceh-leceh, sama kecoh, sama banyak cerita bila suruh buat kerja.. dia suruh dia, dia kata dia dah buat, dia kata orang tu kurang buat kerja, yg ni kata asik dia jek... pastu bila dah buat, kecohnyer.. kuss semangat.. pastu, kerja separuh jalan. Bila kena suruh jek, muncung panjang sedepa sesorang.. leh gantung 3 ke 5 hanger sorang.. hehehe..

Pening kepala Cik Sri Pandan (Cik laaa.. bukan Puan..?) Cemana nak selesaikan masalah dalaman negara Cik Sri Pandan (oit, leceh la nak type Cik Sri Pandan.. Cik Sri Pandan.. tulis jek la 'saya'.. penat tau nak nyamar-menyamar ni..) hehehe

Balik semula.

Pelbagai usaha telah dilakukan. (Iye-iye jek..), satu hari yg tenang tu Allah telah memudahkan urusan saya, saya jumpa cara dalam Internet cemana nak buat. Sekali google jek, dah jumpa. Alhamdulillah.


Guna sistem marble. Cemana tu? Kek marble ke? hehehe.. bukan, marble = guli.

Good one. Senang dan mudah. Serta MURAH. Saya pun start sediakan balang (balang kuih raya kosong jek) sorang satu.. ada 4 semuanya. Bersusun kat atas meja tepi pintu bilik saya. Sebelum nak buat tu, saya terangkan prosedurnya, masing-masing setuju dan sangat teruja. Wahhh..

Cenggini..

Setiap kali salah sorang buat perkara baik, satu marble masuk dalam balang dia. Kalau weightage perkara yg dia buat tu agak besar & berat, saya akan masukkan 2/3 marble dalam balang (tuan punya buat baik) tu.. Tapiiii.. kalau ada perkara yg kurang baik cam malas, pastu gaduh-gaduh, cakap kasar.. saya akan potong 1 atau 2 atau 3 marble (ikut berat kesalahan) dari balang individu. Kalau yang satu buat lagi yang satu lain, marble dia akan berpindah balang kepada si 'mangsa'. :) Setiap satu marble tu bernilai RM1. So, setiap hujung bulan, masing2 akan kira marble masing2 dan tukarkan pada nilai duit. Sorang leh la dapat tolak, campur dalam RM25-RM30 cam tu. (Bila 4 orang, kopak la dalam RM150 sebulan cenggitu). Duit yg diaorang dapat tu, diaorang boleh beli apa juga barang yg diaorang nak. Suka hati. Jangan yg bukan-bukan, sudah. Tu yg diaorang suka tu.
contoh dari dalam salah satu balang

contoh balang-balang untuk anak..
(saya bagi contoh 2 jek..) hehehe
So, Alhamdulillah.. semuanya jadi baik-baik jek lepas tu.. semua berebut-rebut nak buat baik, berlumba-lumba nak angkat pinggan, cucikan pinggan lepas makan.. berebut pinggan sampai pecah-pecah pinggan dibuatnya.. cehhh.. hehehe.. takpelah.. barang boleh ganti.. Kalau sebut jek, tolong... masing-masing cega jek.. tak sempat lagi nak abis kan ayat.. diaorang dah kata 'kita.. kita.. kita..' Pergghh.. tak ke baik-baik, anak teladan tu namanyer.. hehehe (Insya Allah, Amin..)
Sekarang anak-anak perempuan yg dolunyer kecik-kecik itu telah pun membesar. 12-11-11-9 tahun masing-masing. Sistem marble ni dah tak buat lagi, balang dah ada yg pecah.. (sbb berebut nak kira marble). Apapun, I think it's good to instill good attitude at the same time boleh menabung untuk anak-anak.. then they can enjoy hasil 'buat baik' diaorang.. memang la nampak macam berunsurkan duit.. tapi to instill is not easy. Bila dah ada that good attitude, at least they know that they've done that and they can do that. They can help, they can speak nicely, they wont dare to do wrong things sbb nanti demerit (kena potong markah). Along the way, we tell them sebenarnya itulah konsep buku kanan dan buku kiri. Setiap perkara baik, akan dicatat oleh malaikat Raqib, dan 'Atid mencatat amalan buruk. And (pray) bila they grow mature, they know that they need not the 'marble' to reward the good things they have done. Itu akan di'hisab' di alam akhirat, just like the way they count their marbles every end of the month.


***


Boleh pakai? Cubalah.. Insya Allah, boleh. Allah bantu setiap niat baik kita. Insya Allah.


Sekadar berkongsi, salam kekeluargaan, meh salam semut sikit.. Muahh!


Semoga dalam rahmat Allah jua.. Amin.

Monday, September 27, 2010

Subhanallah

Flipping through my old note book,
found this neatly pasted at one of the pages
"What I See Myself Three (3) Years from Now..."
"Age 35 :
I shall look into opportunity to learn and sharpen my knowledge
in something for a business kick-start,
looking for fund to support the business I intend to do"
Wrote this at this particular date and time

Subhanallah.

Wait till I get 40 soon.

Insya Allah

The affirmation (written in there) :

"Age 40 :
Kalau tak bekerja lagi, I shall already have started business, preferably catering.
Tengah kena hard working towards the successful and flourishing business,
tengah busy going here and there.. to intensify business growth.
(I like to see my catering business expanding and established)

Catering? I am now baking.
Would that be the same thing (later)?
Only Allah knows.

***

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari
limpah kurnia Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,
Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan
sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku
dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta
natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.
Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku
dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku
sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Amin Ya Rabbal Alamin


Saya Rindu



  • cooking (not baking)

  • being at home untuk jangkamasa yg lama

  • TV programs

  • TV (TV yg TV tu pun saya jarang dapat tengok tau..) hehehe

  • mendalami ilmu, saya nak belajar perkara yg saya nak belajar (dunia & akhirat...)

  • gi training (campur orang yg pelbagai)

  • color-coding housekeeping (cam dolu-dolu)

  • MUHSIN! (I dont want to miss this toddler progression and regression -- kurang tido etc)

  • ntah.. ada lagi yg kalau saya kenang-kenangkan, mau saya rasa cam nak nangis..

adakah ini bermakna..... hmmm...

Friday, August 27, 2010

True Friend

Friend gives you smile
But true friend gives you happiness
Friend will lie about you
But true friend won’t tell your weakness

Friend knives your back
But true friend will slog your face

Thousands friends come when you’re happy
But only one true friend comes when you cry

Friend comes when he needs you
But true friend comes when you need him

Friend leaves when everybody does
But true friend comes when everybody leaves

Friend comes and leaves
But true friend is yours forever

****

To you

Nora Abd Rahman @ Angah
You are my true friend

Thank you Allah for giving me such a lovely and wonderful friend like you.
We are apart, but our hearts bind.
And never be apart.

(cry) -- tu yg maleh nak tulis pasal sahabat-sahabat ni..
gembeng jadinya.. ko la ni Ngah.. hehehe (sambil kesat air mata)

***

Nora is one friend whom I know since my ITM's time. Kalau campur this year.. it has been 17 years now. Banyak yg kitorang lalui, semuanya manis belaka.. (bukan takde yg pahit, tapi dah lupa..) dan saya menganggap apa yg kitorang lalui bersama tu semuanya lovely moments. Memang leh tergelak sorang-sorang. Dia punya marah-marah pun kalau saya remember leh tergelak, apa lagi dia tarik suara ala-ala Amy Search nyanyi lagu Search - Mentari di Ufuk Timur.. hahaha...
I must admit there are things that reminds me so much of her (of all the things we went together) -- perkataan kaki ulu, rambut bercabang, 'putek', fos-opis (hahaha)... There are moments I go through here that I wish her to be besides me, giggling over things that need not to be said. There are also moments when we together cry over happy things.. pelik. And that's the chemistry. I need not to explain over things kalau dengan dia. Paham-paham aje sudah. Dah boleh tergelak dan termenangis sesama. We reach to that understanding 'level' without having to say anything. Itu yg special. Especially when we just say our heart about our friendship, tears may rolling down our cheeks unnoticed.
She's a true friend, she's a loving person and she is beautiful inside out. She is Nora Abdul Rahman.
(I googled, and I found this.. sorry babe.. hehehe)


And to you Angah, I love you to bits. I swear.

(i cried again) nyampah tau...
hehehe (ketawa. nangis. ketawa)
That's the craziest things happen between us most of the time we communicate.
~~~
Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat sejati yg lain, you know who you are and I love you very dearly too. Too many names to mention; Marsya, Achik, Arwah Murni, Gia, K Eyta, Toin, Shukor, Alin - to name a few. And my office friends, you know who you are too.
May peace be upon you always, my friends. May Allah keeps you and people you love safe. May your future be filled with greater enrichment and enlightment. May Allah bless all of you, darls. I am really hoping for these friendships last till the last breath of ours. Semoga kekal abadi hingga ke alam akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.
(nangis) -- ceh.. gembeng.. tak pasal2 biji mata bengkak sebab tulis blog ni tau.. teruk! :o)

Tuesday, August 17, 2010

Mencik!

Ini adalah mesej yg selalu saya nak tulis, tapi saya selalu lupa bila depan computer. Sekarang ni, bila saya teringat jek, saya takmau tangguh-tangguh lagi untuk memasukkannya agar saya tak marah diri sendiri nanti-nanti. Hah, geram saya tau.. ini tajuknya :


Antara perkara yang saya rasa saya takde 'jodoh' with :



1. Emulco (korang tau tak emulco tu apa? hehehe) - - hanya jauhari yg mengenal manikam (sebab tu nama saya bukan johari.. patut la saya tak kenal maniam) hahaha (sorry, entry lewat malam.. tu yg agak merapu tu..)

2. Karamel @ gula hangus.. (tak pernahnyer jadi) - boring ahh!

3. Sarung ketupat. (tangan saya la yg keras kot.. tak menjadi2)

4. Bunga straw (oitttt! mana ada lagi sekaranggg....) hahaha

5. Tak terfikir lagi. Ooh saya ingat.. kolam air panas. Tak tau kenapa.. setiap seorang dari ahli keluarga saya termasuk anak2 dan emak, dan sepupu dan jiran depan rumah saya dan ada kemungkinan pakcik rumah ujung tu semua dah pergi, tapi kenapa saya sorang jek yang tak pernah pergi lagi kan? Kat mana saya masa semua orang pergi, ek? Pelik tak cenggitu?? ....Saya pun.


Dah tu jek buat masa ni, dah puas hati saya bila saya dah taip 'emulco' tu tadi. Ngeh ngeh.. ngeh.. (paling geram sebab buat kek kukus hawflakes semalam letak cocoa emulco tapi rasa kurang (tak) sedap, rasa cam chemical. i dont loooike. i geram hokey? grrrr...


Sejuk kat luar tu, saya rasa rugi kalau tak masuk tidur sekarang. Salam awal malam nan indah.

Friday, June 4, 2010

Puisi Hati

hati - sila berhati hati,
cepat cepat tinggalkan rasa itu,
rasa ini, saya tak lelah,
saya lalui.
hati orang yang macam-macam,
saya dah lali.
penat sudah kait ratakan semuanya
tapi ada juga yg tak menjadi
tak boleh bantu lagi.
tak daya.
henti meminta, henti berharap

kebaikan tak boleh nak balas semuanya
dengan apa yang di dunia.

takdir itu Allah kerjakan untuk kita
dan kita kerjakan dan terima dgn senyuman.
ikhlas dari hati.
bisa-bisa itu nikmat.
tapi itu hati kita.
hati orang, entah.
saya faham satu je,
niat baik, dapat baik.
dan hati, kena cuci selalu.
jauhkan dari resah gelisah.
matikan terus rasa dengki.
yg baik itu, ambillah.
yg tak baik itu, jauhkanlah.
doakan.
saya nak jadi orang yang disenangi.

Saturday, May 22, 2010

Siapa aku?

Aku tidak wujud walau dalam kehidupan nyata

Tidak pernah hadir walau dalam alam mimpi

Aku wujud hanya ketika kehidupan bukan untukku

Ketika kehidupan itu menuntut kesempurnaannya

Ketika kesempurnaan itu menjadi nadi dan nyawa

Friday, May 21, 2010

Duhai Hati

DariManusia ni kadang-kadang pelik, kan? Ye lah, maksud I tu.. bila cam ni, nak cam tu.. bila cam tu, nak cam ni pulak.. Serba-serbi.. ada je yg tak memuaskan hati gitu..

Adakah manusia memang cam tu? Ke ada sesekelumit (se-se.. apa ek?) jek yg macam tu? I rasa I pun cam tu.. tapi apapun sebenarnya hidup kita ni kita kena moderate almost about everything.

Redha dengan setiap apa yang mendatang.. kalau baik, itu rahmat Allah.. kalau not-so-nice pulak, itu dugaan dari Allah. Bila kena sakit Allah nak hapuskan dosa kita. Bila kehilangan, Allah nak ganti dengan yang lebih baik.

I have gone through much in life. Yang pahit, yang manis, yang masam.. semua ada.. :o)

Cakap pasal kehilangan ni, I think I dah master. Yang paling I sayang pun I pernah hilang dulu. I tak tau macamana nak teruskan hidup ketika tu. Sakit, kurus, stressed, rambut gugur everywhere, tak ceria - masa tu takde tempat bergantung langsung kecuali Allah. Ketika tu air mata, sampai perlu ditahan-tahan keluarnya. Tak mau sampai orang tahu. Tak mau orang nampak kesedihan tu.

Dan... Allah Maha Besar. I berani berkata, bila manusia sudah tidak mengharapkan apapun sekelilingnya kecuali Dia ~ Dia memberi apa yang terbaik He has ‘in store’ for you. Niat baik, dengan izin Allah dapat baik. Itu janji Allah. And I am such a big believer in it.

And I always pray to be a better person each day. I akui tiada manusia sempurna.. tetapi I tetap berdoa untuk jadi orang yang lebih baik dan sempurna dari semalamnya.