Monday, December 31, 2012

hari ini masa kita untuk menjadi superstar



semalam anak-anak akak sebelah datang main kat rumah aku.. nak main dengan iman la, takkan main dengan aku plak kan.. dorang anggap rumah aku macam Toys R Us sebab mainan banyak.. tunggang langgang dah rumah aku dibuatnya.. tapi tak pe la, asalkan iman hepi ramai kawan.. 

tetiba akak sebelah panggil.. 

akak sebelah : cik ema, cik ema.. tengok channel 611..
cik ema : cite pe kak?
akak sebelah : superstar.. final..
cik ema : dah tengok dah pukul 11 tadi..
akak sebelah : ye ke? akak lupa nak tengok tadi.. sape menang?
cik ema : gemersik tari!
akak sebelah : ok, ok.. 

ini adalah perbualan tepi pagar antara cik ema (umur: 20-an) dan akak sebelah (umur: 30-an).. tak padan dengan umur dah overdue layan astro ceria untuk kita-kita aje.. mesti astro tak bajet ada geng mak-mak jadi follower superstar kan.. lepas superstar, sambung tengok tom tom bak plak.. kekadang budak-budak tengok tak seberapa tapi mak-mak yang over.. hehehe.. eleh, ko pun mesti layan ceria gak kan, kan.. ko jangan nak membongak..


penonton haus.. kaki harus gaya breakdance..



lepas menari jangan lupa gi sekolah tau..



sekali sekala bila tengok katun, teringat masa kecik dulu.. dulu tak banyak katun buatan malaysia.. paling tak boleh lupa, kisah sang kancil dengan buaya; satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk.. juga kisah monyet makan cili.. kan sang kancil dah pesan; jangan monyet....  

ingat tu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.. *pesanan khidmat masyarakat :) 




Wednesday, December 26, 2012

panggilan hangin



aku masih lagi bekerja kat sini.. bersama bapak-bapak dan ibuk-ibuk polisi.. kalau la aku jadi tukar hari tu, hari ini adalah hari aku kena lapor diri di tempat baru.. waaaaaaaaaaaaa.. sedih.. bencik..

(2 minggu yang lalu..........)

petang, dalam pukul 4 camtu, kak ita tepon.. Ema!! (high pitch) Ema dapat tukaq!! Aku, hah?! Kak ita jangan main-main.. (kak ita memang suka main-mainkan aku).. Ya allah, kak ita tak tipu ehh.. nih kak ita baca.. kak ita bacakan sebijik-sebijik isi kandungan surat tu.. linda yang dari tadi sibuk pasang telinga, dah mengelabah lebih.. Maembong, ko dapat tukar ke? aku pun macam blur-blur je.. terkejut kott..

linda panggil aku maembong sejak-sejak emma maembong femes ni.. since keje sini, aku dengan linda memang BFF paut jari kelingking punya.. dulu kat opis lama, masing-masing buat tak kenal.. aku kata linda sombong sebab dia senior, linda kata aku sombong sebab aku budak baru.. pening daaa.. kat sini, jabatan lain kerani ramai.. jabatan aku, kat opis ni aku dengan linda je.. so kat mana ada linda, kat situ ada aku.. gi makan bedua, gi amik surat bedua.. bila salah sorang tak de, mesti orang tanya, linda mana? ema mana? so bila dapat tau aku dapat tukar, of cos la linda hujan lebat tak sangka-sangka.. sin chan puas pujuk.. dia kata, kak ema pindah jitra je kak linda, bukannya pi keje kat singapore.. huhu..

alhamdulillah, aku dapat balik jitra.. dekat dengan rumah.. tak de la pukul 6.30 pagi dah kuar rumah.. lepas tu cuti jumaat, sabtu.. sama dengan apek.. boleh spend more time with iman.. minta tukar dah lama dah.. masa pregnen iman 4 or 5 bulan masa tu.. ada follow up skali masa lepas bersalin.. lepas tu terus senyap.. aku pun macam dah lupa aku penah minta tukar.. huhu.. 

dalam masa 5 minit je, berita ni dah tersebar ke seluruh kontinjen.. aku tak bagitau kat sape-sape pun lagi, tapi cik kiah, cik som suma dah bercerita kat tempat parking dan kat bas stop sambil menunggu laki masing-masing datang amik.. orang yang tak penah kenal aku pun sibuk nak kenal yang mana satu budak yang dapat tukar tu.. mana tak kecoh, kalau dah keje sini, memang susah nak dapat tukar.. melainkan ko naik cc, lepas tu tak de post kat sini, atau ko keje la kat sini sampai pencen.. kalau surat tukar ko tu dapat lepas dan di’forward’kan tu kira bertuah sangat dah tu.. ramai kata aku pakai kabel.. ha’ah, aku pakai kabel car dengan kabel tnb..    

aku dapat surat 12hb.. 13hb kena lapor kat putrajaya.. surat sampai lambat, posmen naik basikal 8 hari 8 malam baru sampai.. nak minta tangguh, dia kata lapor diri kat kementerian dulu, kat sana baru bagi surat tangguh tu.. so balik opis petang tu terus packing-packing, rehat-rehat, pukul 11.30 mlm naik bas dari alor setar, sampai shah alam pukul 6.00 pagi.. duduk kat kedai bapak aku jap, pukul 7.00 pagi naik teksi gi putrajaya, pukul 8.00 pagi sampai kat kementerian tu.. sampai sana, kena tunggu lagi sampai pukul 11.30 pagi.. dah la penat, ngantuk, lapar, boring suma pakej.. fikir positif je, nak tukar punya pasal, lautan api pun sanggup ku renangi.. hak tuii..

lepas isi borang dan dapat surat penempatan, aku kena gi lapor diri kat jabatan dia plak.. kat bangunan sebelah je.. jumpa dengan person in-charge.. ok, puan ema.. basically, kat sana nanti puan ema akan buat sebut harga dan segala tugas bagai.. selamat bertugas puan ema..

sekarang aku nak tanya.. apa perasaan ko kalau ko dah excited lompat bintang, lepas tu dah nangis-nangis dengan collegue, lepas tu akak opis dah buat makan-makan masak bakso untuk menyambut hari-hari terakhir ko kat opis, lepas tu planning nak gi makan steamboat dan karok, ada yang dah siap sedia nak belikan hadiah, tetiba.......... TAK JADI TUKAR!! Diulangi.. TAK JADI TUKAR!! (high pitch)  

hanya dengan 1 panggilan telefon, senang-senang je pegawai kat kementerian tu kata tak jadi tukar la, tak de post.. suka-suka ko je kan.. nak aje aku maki depan-depan tapi aku fikir nak keje lama lagi, so pendamkan je la.. kalau dah tau jumud, kenapa nak kena aku gi lapor diri jauh-jauh baru perasan jawatan tu jumud.. sampai hati.. penat letih aku terkejan-kejan tu sia-sia belaka la? kira halal je la? dah la rugi masa, rugi duit.. tak baik aniaya orang macam ni.. malu dohh.. masa aku dapat tukar, heboh sekampung, aku pun jadi top arr.. bila aku tak jadi tukar, lagi la top.. huhu.. jenuh plak aku nak menerangkan sebabnya berulang-ulang kali kat suma orang.. buat sakit hati je..  

sabar je la ema.. bukan rezeki ko.. mungkin tempat tu tak sesuai untuk ko.. mungkin tempat tu tak best.. mungkin ko akan dapat tempat yang lagi dekat dengan rumah.. mana tau kan.. sementara tu, aku keje la balik kat sini macam biasa.. sin chan kata, lepas ni kalau kak ema kata dapat tukar, kita jangan nangis dulu.. tunggu kak ema pi lapor diri, dah keje seminggu, baru nangis.. huhu..

tambah lagi 1.. angry ema.. huhuhu..


Thursday, October 18, 2012

baju kurung wonder girls


Sabtu lepas bertempat di Stadium Negara telah berlangsungnya konsert Wonder Girls (WG) Wonder World Malaysia Tour 2012. Dihadiri hampir 4,000 orang peminat, kesemuanya kelihatan terhibur dengan persembahan mantap dan bersahaja Wonder Girls apabila membawakan lagu ‘Be My Baby’ dengan berbaju kurung. 



Sopan je nampak. Tak yah pakai seksi pun comey kan. Baju tu nak cari kat mana yek? Nak beli untuk raya haji la.. 



Lepas ni nantikan kemunculan wonder woman dan wonder pets pakai baju kurung pulak.. Hehehe..


Wednesday, October 17, 2012

pemakan #1



bila dah lama sangat outstation, mula la rasa malas nak masuk opis.. bila dah masuk opis, mula la rasa malas nak buat keje.. tambah pulak bila tengok fail berlonggok-longgok.. rasa nak jual je selonggok 8 inggit, macam jual jagung.. motif??

motifnya ialah kat opis ni hanya ada 2 benda yang biasa dilakukan.. kalau tak keje, makan.. kalau tak makan, keje.. aku?? makan je kejenya.. huhuhu.. tok wan yang cakap.. dia kata, aku dok komplen kata gemuk, tapi makan tak benti.. lepas dia cakap camtu, aku benti makan jap.. lepas tu sambung la balik.. hahaha.. kuajaq.. tapi memang aku kuat makan pun.. kalau tak, takkan bawak toaster letak atas meja.. tak gitu? senang la sambil makan buat keje dan sambil buat keje, makan.. (camni punya orang pun ada ke??)




tu tak tengok lagi pagi tadi kak faizah beli nasi, sin chan beli nasi, anuar pun beli nasi.. dah macam kenduri kendara la plak.. petang kang ada yang beli cucuq, kulat, macam-macam la.. aku bawak pe?




aku bekalkan stok makanan yang sesuai dihidangkan sebagai minum pagi dan minum petang.. bijak kan aku? 



yang ni aku import khas dari KL dan stok sendirian berhad.. membawak balik barang-barang yang ada kat hotel sebagai souvenir adalah menjadi satu habitat habit bagi orang jakun macam aku.. tapi tu tak dikira mencuri okey.. sebab siti kata, 'kita bayaq la'.. hahaha.. 

lepas balik dari outstation ni, ramai pulak yang tegur kata aku makin berisi.. camne tak berisi, PT trafik malam-malam ajak makan nasi kandar.. asben kata, kat sini bercambah nasi kandar, gi KL makan nasi kandar lagi? huhuhu.. kalau dah 3 minggu asyik melantak malam je, balik pejabat ramai la yang dengki.. sin chan kata, 'kak ema gemok sebab duk KL asyik makan ayam je.. kat sana ayam lagi murah dari ikan'.. camtu plak dah.. lepas tu si basrun, pendengki no.2 dan si anuar, pendengki no.3.. hangpa ni kan, kang aku jadi hantu cite 'jangan tegur' baru hangpa tau..



Tuesday, October 16, 2012

teman pengganti


Ketawa bersama. Menangis bersama. Ku bersumpah harap kita. Mati pun bersama.

Sejak dua menjak ini. Makin kerap ku diganggu visi. Bila celik, juga bila mimpi. Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi. Dia membelaimu dengan izin dan permisi. Sentuhan katanya semuanya kau iakan. Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan. Aku redha walau tidak ku damba. Walau hampa semuanya dah dijangka.

Beberapa purnama dulu cinta bertahta. Kenangan dibina kita indah belaka. Ketawa bersama, menangis bersama. Ku bersumpah harap kita mati pun bersama. Namun hakikatnya, bukan mudah. Ku sembunyikan gulana-gundah. Segalanya kan berubah. Dengarkan apa yang ku mahu luah.

Rahsia ini. Telah lama ku pendamkan. Tiba masanya. Segala-galanya. Ku ceritakan. Aku kan pergi. Pergi ku tak akan kembali. Tiba masanya. Kau cari teman pengganti.

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias. Kita tak terlepas dari terkena tempias. Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias. Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas. Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks. Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks. Bila dunia seolah tak memahami. Kau sudi selami, dalami dan mengalami.

Setia mendengar, sentiasa hadir. Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir. Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal. Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal. 70 000 hijab harus ku singkap. Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap. Dalam diam ada, seorang yang ku puja. Kau teristimewa tapi dia yang sempurna.

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan. Dalam persekitaran yang penuh kejumudan. Terperangkap dalam jasad, ku keliru. Mujur ada kau si peneutralisasi pilu. Namun aku tetap murung, berkurung. Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput. Komplikasi di halaman rusuk kiri. Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan. Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan. Jaga diri, jangan makan hati. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi. Cincin, kunci, dompet dalam laci. Ada sikit wang, itu saja baki. Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.

Aku kan pergi. Bertemu kekasih abadi. Tiba masanya. Kau cari teman pengganti.


Malique & Black, kenapa lagu ni sedih sangat?? :(




Monday, October 15, 2012

ku update kau dengan bismillah


(tajuk post diinspirasikan dari lagu 'ku pinang kau dengan bismillah' by rossa & pasha ungu)

hari pertama di opis setelah 3 minggu di'outstation'kan.. masuk-masuk opis, tuuu diaaa.. keje bertambun.. tapi dalam pada keje bertambun tu la tetiba teringat + teringin nak update blog.. pulakkkk..

nape dah lama tak update blog? akak busy la dik oii.. anak nak gi mengaji, nak gi tusyen, pensel box hilang, pemadam kawan curi.. sebab tu la tak update blog.. (boleh tak camtu?)

eceli, yang rajin nak berblognya kat opis.. so apabila perjalanan sang siput lebih laju daripada nak melayari laman sesawang, maka bersawang la blog aku ni.. aku saspek ni mesti keje geng-geng IT yang sepakat nak sabotaj line ternet dalam usaha untuk meningkatkan mutu kerja dan produktiviti warga kerja IPK.. puii.. hari tu nak bayar bil pun terpaksa pinjam brodben basrun jap.. sin chan kata, 'kak, orang buta pun tau malu kak'.. statementtttttt..

berbalik kepada cite outstation 3 minggu tu, (aku nak cite gak), pada minggu pertama, aku kena gi bukit aman buat penjajaran perjawatan.. seminggu duduk bertapa kat situ, balik sampai pukul 1-2 pagi.. jangan ditanya apa yang aku buat kat situ.. pendek kata, makan minum mandi kencing berak suma kat situ la.. minggu seterusnya, ada majlis dialog dengan pengarah jabatan pengurusan kat cheras.. lepas tu, kena gi bukit aman lagi.. kali ini ada semakan dengan audit plak.. fuh!! dulu duduk seksyen latihan pun tak penah outstation lama macam ni.. din kata, PT trafik pun ada masuk pejabat, ema.. huhuhu..

macam nak tengok wayang je..


cukup la kot untuk hari ni.. sekadar untuk warm up je.. lagi 2-3 bulan aku update lain ye.. hahaha..


Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru - budak sekolah yang nakal


kalau tak nakal tu bukan budak sekolah la namanya.. dan kalau namanya budak sekolah tu mesti la nakal.. aku pun dua kali lima je.. walaupun sekolah suma pompuan, tapi aku tetap nakal.. buku tak bawa.. homework tak buat.. subjek yang aku suka ialah BI.. sebab masa tu cinta pertama aku adalah david beckham.. time tu teen pop tengah hot macam backstreet boys, 'n sync, britney spears, christina aguilera.. aku tak main new boys atau a to z ok.. bila form 4-5 (dah matang sket) aku layan linkin park dan limp bizkit.. konon rock la.. 


bila orang lain sibuk dengan trial SPM, aku sibuk nak menang free giveaway kat majalah galaxie.. ada banyak hadiah boleh pilih.. aku nak sangat si robot burung makan jagung sebab aku rasa ia sangatlah futuristik.. kalau nak menang kena complete kan slogan not more than 10 words.. 


"i want it so badly.............. even more badly than marry a backstreet boy


macam hape! grammar lintang pukang pun ada hati nak join contest tuh.. ala, time tu kan tengah kemaruk boyband.. susah payah aku pikir tau.. tapi boleh menang, kira hebat la kan? extra credit for the effort kot.. hehehe.. 


lepas tu nak ngambik hadiahnya kat pejabat The Star kat PJ.. itu la pertama kali aku menjejakkan kaki keluar dari kawasan klang, kira hari ini dalam sejarah la.. macam jakun pun ada.. aku angkut kawan-kawan aku, sal dan wani yang sama-sama tak reti jalan gi temankan aku.. dah la tak reti jalan, naik bas, nak turun kat mana pun tak tau, sesat, duit pun tak berapa nak ada, nak minta tolong orang pun tak tau.. dah macam upin & ipin geng: suatu pengembaraan.. memang adventurous la.. (betul ke eja camtu? oh my english!) 


least favourite subject, kimia.. sebab tak kira la camne skalipun cikgu tu mengajar, aku tetap tak paham.. tak tau la sama ada cikgu tu yang tak pandai mengajar atau memang aku yang lemm.. cikgu sabariah, i'm sorry (tiru amer raja lawok)..  


kesian cikgu tu ngajar sorang-sorang.. huhuhu..
p/s : ni bukan classmate aku okey..



zaman sekolah memang seronok.. yang seronok gi sekolah nak jumpa kawan-kawan.. bila pikir pasal exam semua jadi gatal kepala.. cinta monyet, aku tak de.. kan aku dah cakap aku sekolah semua pompuan.. abis kelas pukul 2, pukul 3 bapak aku mesti tepon rumah.. dia nak buat spot check tengok aku dah balik rumah ke merayau lepas sekolah.. aku baik okey, bapak aku je yang tak pecaya kat aku.. cuma hari sabtu ahad bila aku balik kelas tusyen, aku singgah kat cybercafe, chatting.. hah, yang tu bapak aku tak tau.. hehehe.. 


kepada semua murid-murid sekolah, jangan nakal-nakal, jangan buli cikgu.. dulu kalau kita kena marah dengan cikgu, balik rumah ngadu kat mak, kita kena marah balik dengan mak.. tapi sekarang, mak ayah datang serang cikgu kat sekolah.. macam-macam..


dan kepada bekas-bekas murid sekolah, hargailah jasa guru-guru anda.. kalau dorang tak bersusah payah ngajar kita dulu, tak de la kita jadi celik IT macam sekarang sampai pandai main facebook dan jadi blogger kan.. hehehe..




Tuesday, May 15, 2012

selamat hari jadi - iman no.1


tahu tak, hanya 5% baby yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka.. kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.. dan antara yang termasuk dalam 5% tu adalah anakku yang tercinta, tercomel, terbijak, muhammad ilham iman.. weeee ~~


13 mei tahun ni adalah sangat sangat special.. selain aku menyambut hari ibu buat kali pertama, iman juga menyambut hari jadinya yang pertama! double celebration, double the happiness! cheers!


sekejap je dah setahun.. aku rasa macam baru semalam aku admit kat hospital banting.. pakai baju wad bersalin kaler pink.. duduk katil no.12.. aku admit sehari awal sebab dah rasa sakit nak bersalin.. tengok-tengok baru buka sikit.. so kena la overnight kat situ pulak.. kebetulan hari tu hari jururawat.. dapat la cupcake sorang sebijik.. huhuhu.. keesokan harinya iman pun lahir, sama dengan due date yang doktor bagi.. hebat kan, kan??


menjadi seorang ibu adalah the bestest thing ever happen to me.. macam tak percaya pun ada.. dulu hidup sorang, lepas tu berdua, lepas tu bertiga.. tanggungjawab dah bertambah.. cara hidup dan gaya hidup pun kena berubah.. kadang-kadang kesabaran kita teruji, jadi kena banyak bersabar.. sabar tu kan separuh daripada iman.. itu lah ujian..


iman baru bangun tido pada pagi hari jadinya..



lepas mandi, makan biskut sambil tengok katun.. tangan kiri pegang sikat.. 
sila rujuk rambut yang skema tu..



seronok tengok iman membesar.. dari meniarap, merangkak, duduk, berdiri, sampai la sekarang dia dah pandai melangkah 2-3 langkah.. iman is very friendly and talkative.. love to smile and laugh.. makan kuat tapi badan tak naik-naik pun.. camne nak naik, lasak kemain..  gigi ada 4 batang (2 atas, 2 bawah).. suka tengok lori..


sempena besday iman yang ke-1 ni, ibu doakan semoga iman panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh, bijak, baik budi pekerti, rajin, mendengar kata, tak nakal-nakal.. mmmmuuuuuaaaaahhhhh untuk leng chai ibu..    





Monday, May 14, 2012

selamat hari ibu - 10 fakta best pasal kelahiran


kat sini aku ingin mengambil kesempatan (tak baik amik kesempatan tau!) untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada suma kaum ibu di seluruh dunia terutama sekali kepada mak aku, mak mertua aku dan tak lupa juga kepada aku!! hellooo, aku mak-mak gak ok.. hot mama lagi.. blueekkk..

opismate : ema, iman bagi pe kat ko sempena hari ibu?
aku : *kerut dahi*
opismate : tak pe la.. aku tanya orang lain la yang anak dia besar sket..
(aku bengong ke, opismate aku yang bengong?)


menjelang detik bakal bergelar ibu @ hospital banting 2011


wahai ibu-ibu sekalian, tahukah korang bahawa:

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka.
    Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal
    untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas
    bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses
    bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka
    telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi
    semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20
    tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Sumber : my networks



Wednesday, May 2, 2012

selamat hari pekerja - opisku panas


panas betul cuaca sekarang.. kalau panas, panas sangat.. kalau hujan, kang banjir plak kedah/perlis ni.. kat opis pun ada air-cond macam tak de air-cond je.. tiap-tiap bulan ada orang datang servis, tapi setakat cuci je, bukannya nak check ke hape.. aku rasa gas dia dah abis la (kata seorang pekerja air-cond yang tak bertauliah)..

dulu sebelum cermin di'tinted' lagi kesian.. asal pukul 10 je dah tak boleh nak tengok monitor, silau.. lepas tu bila matahari dah mula naik, lagi la rasa bahang.. maka terpaksa la mendapatkan khidmat kipas angin.. nasib baik la ada.. tala betul-betul depan muka ko! tak semena-mena dapat makan angin free waktu pejabat.. hehehe..

kan best kalau dapat keje kat tempat macam ni.. sejuk mata memandang, sejuk badan merasa.. woosshh..




pape pun, selamat hari pekerja kepada semua yang bekerja tak kira la opis korang sejuk ke panas.. yang penting, keje elok-elok ye, jangan stress-stress.. kalau stress, pikir camni.. hujung bulan ni dapat gaji, aku nak gi bershopping.. mesti hepi balik kan.. (motivasi yang tak patut diamalkan).. ok, jom sambung balik buat keje..



Friday, April 27, 2012

agar tido lebih lena


* Tutup TV, komputer, telefon bimbit, jam digital atau apa-apa peralatan yang mengeluarkan lampu biru sejam sebelum tidur kerana gelombang pendek lampu biru itu boleh mengganggu tidur.


* Elakkan tidur di waktu siang, jika letih sangat pun tidur sebelum pukul 3 petang dan pendekkan ke 20 minit sahaja. Jika anda merasa mengantuk juga, bawa berjalan, telefon kawan-kawan atau minum segelas ais.


* Jangan letak jam dekat dengan katil, kerana ianya akan membuatkan anda asyik tengok jam sudah pukul berapa. Letakkan jauh-jauh, dalam laci ke, bawah katil ke.


* Jika belakang badan atau pinggang anda selalu sakit semasa tidur, cuba letakkan bantal di bawah kaki semasa tidur bagi mengurangkan sakit belakang dan pinggang.

* Jika anda selalu merasa sakit tengkuk bila bangun tidur, salahkan bantal, samada bantal terlalu keras dan gemuk atau terlalu nipis. Cari bantal kepala yang cukup menyokong kedudukan leher anda bila baring. 



* Kalau anda suka tidur mengereng, pastikan kedudukan hidung sebaris dengan tengah badan. Elakkan tidur meniarap.


* Alergi di waktu tidur seperti bersin, selesema dan hidung tersumbat mungkin disebabkan oleh bantal dan tilam yang berabuk, ada kulat atau najis hama. Gantikan tilam atau bantal yang dah berlapuk atau gunakan sarung khusus untuk alergi.

* Bilik tidur hanya untuk tidur dan bersenggama (bagi yang dah berkahwin). Bilik tidur sepatutnya tempat untuk berehat dan relax. Jadi elakkan menonton TV, buat kerja pejabat dan berbual di dalam telefon di bilik tidur.


* Pastikan suhu di dalam bilik tidur tidak terlalu sejuk atau panas.


* Tetapkan waktu jam badan anda dengan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari walaupun di hari minggu.


* Elakkan kafein selepas pukul 6 petang. Ini termasuk berhenti merokok selepas waktu tersebut kerana rokok juga mengandungi kafein. AMARAN! Sesetengah ubat penahan sakit dan ubat menguruskan badan juga mengandungi kafein.


* Bersenam selalu dapat memperbaiki kualiti tidur. Pastikan anda bersenam 3 atau 4 jam sebelum tidur.


* Elakkan makan makanan yang banyak dan berat selepas pukul 8 malam. Ini membebankan sistem penghadaman dengan memaksanya bekerja lebih masa sehingga waktu tidur. Waktu tidur diperlukan oleh sistem badan untuk membaiki sel-sel yang dah rosak, bukannya memproses makanan.


* Susu suam dan teh chamomile boleh membantu melenakan tidur anda.


* Jangan minum selepas pukul 8 malam bagi mengelakkan anda terpaksa bangun tengah malam untuk ke tandas.


* Tutup atau kurangkan cahaya lampu 2 3 jam sebelum tidur dapat menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan melatonin,hormon yang membawa kepada tidur.


* Jangan tidur bersama haiwan peliharaan anda. Bukan sahaja pergerakkan mereka semasa tidur boleh mengganggu tidur anda, malah mereka membawa bersama kutu, bulu, air liur yang dah kering dan debunga. Eeeee! Tak geli ke?


* Tenangkan fikiran anda sebelum tidur dengan mencuba mandi air suam, membaca buku atau mendengar musik yang menenangkan atau lebih baik lagi berzikir.


* Berhati-hati apabila menggunakan ubat tidur, kerana ubat tidur boleh mendatangkan kesan sampingan yang teruk jika digunakan kerap.


* Sekiranya selepas mencuba mana-mana tips di atas, anda masih tidak boleh tidur (insomia) dan melebihi sebulan, kaji semula apa punca yang menyebabkan anda tidak boleh tidur. Mungkin disebabkan masalah tekanan hidup, masalah kesihatan seperti asma, arthritis, refluks asid dan sesetengah ubat. Cuba dapatkan nasihat pakar.


* Atau pun lupa nak baca doa tido kot.. hehehe..




Tengkiu petua petui.. tapi kalau dah ngantuk tu, depan komputer ni pun boleh tertido kan.. zzzz..


Thursday, April 26, 2012

wonderful world of cake


aku suka makan kek, tapi buatnya tak pernah.. rumah aku tak ada oven *alasan*

aku suka tengok kek.. sebab kek melambangkan happiness.. yippie!! especially bila cake tu cantik, colourful, wonderful.. rasa sayang nak makan.. kalau boleh nak tengok je..

sama la macam slip gaji bulan ni.. saja je letak atas meja sebab suka tengok.. ntah bila gaji nak banyak camtu lagi.. huhu..

pada suatu hari iaitu hari ni, aku terjumpa kek Azlita Masam Manis kat ternet.. one word, K.I.U.T!!







Wednesday, April 25, 2012

kaki kencing


sepanjang hari aku menahan sakit kat bawah perut.. aku tak tau orang panggil pe, tapi kak ita kata kat bahagian ari-ari tu.. malam sebelum tu dah sakit dah, tapi aku gagahkan gak gi keje dengan harapan akan beransur baik la kot.. tengok-tengok makin teruk.. nak jalan pun sakit, kena slow-slow macam siput ba.. jalan pun kena menyeret, tak boleh nak hentak-hentak.. linda kata dah macam orang baru abis pantang.. huhuhu.. kalau naik kete terlanggar bonggol ke, lubang ke, aduiii sakitnya rasa nak berjujuran air mata.. kat opis pun nak batuk sakit, nak gelak pun sakit.. sori la pada sape-sape yang buat lawak ari tu, aku bukan gelak tak ikhlas tapi aku memang tak boleh nak gelak.. sakit dowh..

petang tu muka memang dah pucat lesi, tahan sakit punya pasal.. balik terus gi klinik dr.noriah.. doktor tanya sakit kat mana, dah kawin ke, bila last period, kita test air kencing ye.. aku dah macam, OMG!! takkan lah...?! lepas amik sample air kencing, doktor sahkan aku.............................

kena kencing kotoq! doktor cakap, maybe aku tak cukup minum air or selalu tahan kencing.. ooo.. mungkin kot.. doktor nasihatkan banyak minum air masak.. air barli dan ayaq nyioq pun elok la minum.. lepas tu doktor bagi ubat lawas kencing, ubat angin, antibiotik dan pain killer.. aku bagitau asben, dia kata kencing kotor tak penah dengar, kencing tikus ada la.. hampesss betolll..

so semalam aku mc.. duduk kat rumah, berehat..

ni bukan rumah aku.. gambar hiasan je.. huhuhu.. *berangan*


Monday, April 23, 2012

menggelabah anak ayam


baru je minggu lepas aku menggelabah tengok fb aku jadi timeline, minggu ni si blogspot ni plak nak berwajah baru.. aku ni dah la buta IT.. orang ada blog, aku pun nak ada blog gak.. tapi bila bertukar sket, terus jadi tak tentu hala.. mata melilau tengok keliling monitor cari button pe aku nak klik ni.. tak pe, pelan-pelan belaja.. asalkan ko tak delete blog ko sudah.. huhuhu..


Friday, April 20, 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.





Thursday, April 19, 2012

the fresh-faced girl aged 15 who become ............ jessie j







what a difference nine years makes..




seems like everybody's got a price
i wonder how they sleep at night
when the sale comes first and the truth comes second
just stop for a minute and smile

~ price tag ~







Monday, April 9, 2012

hari polis ke-205


pada 25 mac setiap tahun, negara kita akan meraikan hari polis.. tahun ni 25hb jatuh pada hari ahad.. aku rasa boleh je kalau IPK nak postpone hari lain, tapi nak jugak buat majlis sambutan tu 25hb.. maka aku dan rakan-rakan terpaksa la datang keje ari ahad.. sangat tak best..

suma dikehendaki berkumpul di perkarangan IPK pukul 7.30.. so pukul 6.30 gerak dah.. on the way tu singgah dulu kat petronas nak beli roti dgn air kotak untuk alas perut takut pengsan.. tengok-tengok pintu kedai mesra tu berkunci lagi.. so ktorg order je dari tingkap, pekerja petronas tu tolong amikkan.. kesian dia.. bila dah masuk dalam kete, baru aku terpikir, kenapa tak gi 7E je? awat laaaaa..

pukul 8.15 KP mai.. nyanyi-nyanyi sket, baca doa, baca ikrar, baca perutusan.. macam biasa la.. yang aku nak tengok sangat ni, kawad.. dah seminggu aku dok skodeng dari bilik ccc, ada sorang anggota ni ganteng banget kok.. dia duk barisan belakang, 4 dari kanan.. kalau orang tu terbaca blog aku ni, aku.. emm.. you ada fb tak? nak add! (mode: gatal)


kalau cameraman tu ke kiri sket, nampak la muka aku.. apadaa..



sape bising aku tembak..



orang kuat polis perlis..



dalam pukul 9.30 perhimpunan pun tamat.. kaki macam dah kehilangan semua sendi dan tulang temulang.. lepas abis perhimpunan, semua WAJIB bergerak ke c-mart.. opps, bukan untuk bershopping sempena hari gaji ok.. tapi IPD arau ada buat program community policing bersama masyarakat kat perkarangan c-mart arau..  planning asal, nak tulis nama, tunjuk muka, lepas tu blah.. tapi tengok ada gerai-gerai jualan, pompuan kalau tak abiskan duit tak sah la kan..

pukul 11 program bermula.. highlight program of cos la pertunjukan t-baton dan motosikal besar.. pulak tu aku kenal dengan si firdaus dan si khairuddin yang participate.. bos kak zue, tuan che yob pun ada, so we decided to stay.. bila tengok dorang buat aksi-aksi stunt yang mencabar dan marabahaya, aku rasa sangat kagum dan sangat menghargai penat lelah dorang dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai.. betapa dedikasinya dan komitednya polis-polis ni.. tetiba aku rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada warga prdm.. ni yang buat aku nak nyanyi ni.. polis sedia berkhidmat, demi negeri dan rakyat, hidup berbahagia, aman sentosa, polis sedia berkhidmat..


aku still tak paham apa tujuan tarian siam ni..



penat je orang tu bersilat, bos-bos tak tengok pun T.T



mana si mat ni? aku suruh pi beli gunting.. perasmian nak start ni..


tak pe.. i dah bawa gunting siap-siap dari rumah tadi..



tepuk amai-amai belalang kupu-kupu..



pertunjukan t-baton..



jom kita menari zapin.. ewahhh...



jangan tiru aksi ini di rumah..



dorang kata malam ada karaoke..



cite john carter pukul berapa yek? eh, ni bukan jadual wayang ke?



kopi tarik satu (malaysia)..



saya dah terlebih minum kopi tarik.. cer check blood pressure dgn sugar level saya..



gerai yang pinky winky..



 baulu dgn dodol ni brand pe yek? hahahaha..




Thursday, April 5, 2012

gatorade - quiet storm


hari ni kita layan lagu 'apa kata dunia' - melly goeslaw feat deddy mizwar je ye kawan-kawan.. lagu yang sangat menggoyangkan kepala.. hehehe.. heppi..

sok nak balik kampung.. balik makan oooo balik makan.. yup, tengah pikir nak suruh mak masak pe ni.. nyum, nyum.. tapi balik pun kejap je.. ahad dah balik kedah balik.. isnin keje, nak kena buat kew 8 gaji baru.. lambat buat, lambat dapat.. hingaq depa ni satgi..

tengahari tadi lepak-lepak dengan sin chan dan anuar.. si anuar tengah bangga dengan carta SKDD yang dia hias dengan bantuan aku dan kak faizah.. siap tangkap gambar lagi, sin chan kata anuar nak tunjuk kat orang kampung.. huhuhu.. boleh plak carta organisasi polis letak border bunga-bunga.. asal-asalnya, carta tu sin chan dan pak tam yang buat.. bila sampai bab menghias, dapat plak kat si anuar si mat bunga, lagu tu la jadinya.. anuar kata, "ni la hasil kerja sin chan, pak tam......" sin chan menyampuk, "aku tak moh ngakuuuu.... aaaaaa..."

sin chan : kak ema minum air pe tu?
kak ema : gatorade.. penghilang dahaga..
sin chan : kak....... suma air penghilang dahaga..
kak ema : '-.-


memang betul dia tulis penghilang dahaga.. fernando torres pun kata, yeah!



Tuesday, April 3, 2012

bawal is back


minggu lepas aku ada kursus kat cheras.. aaaahh, rindunya kat KL.. dah lama tak menghirup udara tercemar segar KL.. dapat gi KL rasa macam dapat balik kampung.. kursus tak mula lagi, tapi ktorg dah gi menjelajah Jalan TAR, SOGO.. rombongan cik kiah mai KL la katakan.. bila dah syok bershopping, dah malas plak nak gi kursus.. hehehe.. kalau jalan-jalan kat Jalan TAR tak beli pape bukan pompuan la namanya kan.. so hasil memancing aku dapat lah kain pasang corak batik sehelai.. nasib baik bajet tak berapa ada.. kalau tak, selamat Jalan TAR tu aku borong suma.. 

sedang aku cuci-cuci mata, tiba-tiba aku terjatuh cinta pandang pertama kat tudung bawal dua/tiga tone.. latest trend ke hape aku tak tau la.. tapi sweet sangat.. maka aku pun beli la dua helai, saja nak try test (alasan).. tak mahal pun, RM15 selai.. yang selai lagi tu aku dapat detect ada benang terkeluar, maka akak tu bagi diskaun jadi RM12.. hahaha.. kalau suma customer macam aku, boleh bankrap bisnes..

ooo.. rupanya tudung camni nama saintifik dia AidiJuma-cetusan idea Datin Norjuma.. kat website dia tudung 1 tone baru RM7.. kat Jalan TAR RM10.. tipu orang je.. jom ramai-ramai kita serbu kiosk-kiosk AidiJuma kat Curve-Mutiara Damansara, Pasar Seni LRT, UTEM Melaka, Jengka-Bangunan MARA dan UIA Gombak.. 

"bawal is back - tudung atau skarf yang berasal dari material voile, kain yang tahan lama.. aJ bermula dari Okt 2011, bawakan kepada peminat gaya yang lebih kontemporari tetapi masih kekalkan "identiti bawal" "


 jangan la panggil tudung dua/tiga tone.. tak glamer.. nama dia tudung AidiJuma okeh..



saya dah jadi tauke tudung sekarang..



 aku beli kaler camni satu..



satu lagi kaler camni..



mana gambar aku? emmm, kalau kita letak gambar kita next to gambar orang cantik, nanti nampak sangat kita ni tak cantik.. huhuhu.. lepas tengok muka norjuma yang manis ayu jelita ni, terus jadi low self esteem :( 



Monday, April 2, 2012

cantiknya dress dia


aku tak minat fasha pun.. cuma sejak-sejak kata nak kawin dengan jejai ni, banyak la keluar gambar dia pakai baju penantin.. comey baju dia.. simple but sweet.. less is more kan..


jangan la puji.. i malu..



camni la cara tebar roti canai..



once upon a time, there is a cinderella..



tak puas lagi tengok fasha sandha? memang betul fanatik korang ni.. nah, tengok la kat sini sampai jem..


Monday, March 26, 2012

cheesy and creamy and milky birthday


tau la makan kat secret recipe tu setahun sekali, tapi tak yah la order suma makanan yang cheesy and creamy and milky macam la secret recipe tu tak ada makanan lain selain cheese.. nak nak chicken cordon bleu, white dark chocolate cheese cake, vanilla milkshake, lepas tu paw ayg punya mi kari dan iman punya mushroom soup.. lepas tu sebok kata nak muntah, mual, muak.. tu la, order ikut tekak.. cer order macam ayg.. makan mi kari, minum green apple celery.. balance kan? apa daaa.. tapi ikut suka abg la sebab abg birthday boy kan (boy lagi ke?) to my asben, hepi besday yang ke sebaya dengan aku sebab ktorg satu kelas dulu (perlukah aku bagitau semua ini? huhuhu..)

godek-godek facebook, baru nampak promo ni.. alaa.. rasa rugi la plak.. lepas dahhh.. rugi-rugi.. 



saja aku tampal poster ni beso-beso kat sini sebagai tanda frustration T.T






 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino