The loved ones..

The loved ones..
Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Wednesday, May 20, 2015

seari lagi di rumah sahaja

Nama nye cuti.. tapi cuti dari kerja opis jela.. kerja kat rumah lagi berlambak dan tak abis2.. ingatkan boleh la pergi berjalan kat shopping mall ke tapi orang tak bergaji.. macamanala nak berjalan2.. xde orang nak sponsor.. susah jadi orang tak bergaji ni..

Sunday, July 31, 2011

Apa??

Masih banyak lagi pekerjaan di rumah yang nak dilakukan tapi.. iskh.. bila fikiran ntah kemana.. semua kerja tak berjalan.. em.. fikiran mu ke mana sayang?? Fikiran ku ke sana nun disana.. Nun di mana?? Di sana.. Di Sungai Buloh.. haha.. ada kata dengan mak nak gi ke SUngai Buloh minggu ni.. tapi dah macam janji tinggal janji.. Sungguh rasa sangat hampa, bersalah n so so on.. iskh2.. Mau teriak... sudah protes pun tadi.. Em.. malas nak citer, bertambah sakit hati, hampa + sedih..

nota kaki : Why not, i do the same to you?? Then maybe u'll understand..? Maybe la.. 

Friday, July 29, 2011

Dah pandai berfikir? Eh ya ke??

Apakah tajuk itu?? Haha.. Sapa pandai berfikir?? Me la of coz.. takkan nak citer pasal orang lain pulak.. :) Apa yg difikirkan?? Okies2.. walaupun banyak menda nampak cantik menarik tertarik didepan mata ku.. namun, ku terfikir.. eh terfikir ker or berfikir?? Ku menanyakan soalan2 ni kepada diri sdiri...
a) Adakah ianya perlu & wajib dibeli?? -meaning kalau takde menda tu, memang sgt sakit la..
b) Bernilai ke pada wang ku??
c) Lama ke nak guna jika beli??
d) Perbandingan harga.. cek dlu mahal sangat @ cheap.. n affordable..?
e) Ada wang ker?? haha...
So tadi apabila ku berjalan ke Alamanda.. kunun2 nak cari botol MAM.. haha.. first place, Parkson..
- tak beli apa2
2nd place - MPH.. em, berjaya beli 2 buku.. - Suria vs kacamata dan Satu buku motivasi utk cara menghindar hutang dan murah rezeki.. (eceli banyak lg buku2 yg menarik perhatian.. cuma apabila mata tertarik ke rega yang dipamerkan di kodbar yg dilekatkan itu.. oh.. tunggula bila ber'wang' nati..- see.. soalan ke 5, ada ke wang telah digunakan disini..)
3rd place - Poney.. tak beli just tengok Angah beli.. hehe..
4th place : Mother's care - tgk botol susu MAM rega RM 33.50.. (tengok saja dlu..haha.. nak survey online pula..) xde diskaun lak tu..
5th place : Kedai Buku - beli Mag Mami & Baby.. dan juga air ribena + strwberry..
6th place ~ Taska la.. eh tak2, singgah kereta dlu.. alih tempat dekat supaya tak susah anak2..
7th place ~ Taska la.. melepak bersama Afif..:) (Moment tak dapat dilupakan..)
Banyak tak tempat ku lepak?? Ingat nak ke KKM, tak kesampaian.. masa amat mencemburui.. hehe..
Adui.. k la.. mata dah ngantuk gile. Chaos la..

Friday, July 15, 2011

Lega..

Apabila banyak terbuku di fikiran dan hati, diri jadi gelisah, gundah gulana.. merintih saja.. senyum diukir, tapi hati hanya Allah sahaja yang tau.,.
Setelah yang terbuku di luah, dilemparkan jauh2.. fuhhhhhhhh.. hati sangat lega.. fikiran jadi sangat tenang.. badan terus tak sakit2.. Alhamdullilah....
Apa terjadi kemudian, biarkan saja....

Thursday, May 5, 2011

Cuti best @ tertekan??

Cuti tu akan jadi best bila kita leh kuar jalan2.. or kalau duk umah pun, umah berseri2.. dan kemas sentiasa.. Tapi akan jadi tertekan sangat cuti ni bila duk kat umah dgn umah yang sepah2, yang sana sini menyakitkan mata memandang.. dah puas kemas sepah balik, dan tak sempat nak kemas.. tak sempat nak makan sebab sebuk nak kemas umah.. mulala sakit perut bagai sebab sumer lewat dilakukan.. pastu tak dapat bantuan apa2 lak tu.. bila dah sound siren banyak kali baru nak beri bantuan.. kalau tak wat tak tau... Pengalaman berpantang kali ini amat memeritkan... bukan perit sebab apa.. perit sebab takde bantuan.. perit bila orang2 sangka kita ni berpantang bukan macam berpantang... leh wat sumer menda sendiri.. kira cam superwoman lah gitu.. kalau tak de siren berbunyik, takde langsung bertanya.. takde langsung nak cuba hulur bantuan sendiri2.. tanpa ditanya @ dipinta @ diperli.. Minggu depan akan lebih tertekan.. dengan adanya budak berdua yang besar tu pulak.. dah la yang ada ni tak tertahan aja nak menjaga.. Ni bukannya sebab apa, Afif ni jenis yang suka menyusu banyak kali hinggakan nak wat keja lain pun susah.. Anas tak susah jaga.. dia banyak dengar walaupun kadang kala tu merjauk, menangis, melalak juga.. Tapi sesetengah orang ni dah tengok keadaan yang macam tu, sampai hatikah nak menambah pulak beban menjaga lagi yang lain?? Pastu nak suruh potty training pulak?? Ya pada permulaannya ku setuju, sebab ku sangka kan anak ni (Afif) tak jenis meragam macam Anas juga.. jadi senang la kalau nak train yang berdua sibudak besar tu potty training.. ni dah macam ni.. laratkah ku?? Sedangkan takde mereka berdua pun ku dah habis tenaga.. langsung tiada masa rehat.. hati sakit memikirkan rumah sepah, berselerak.. em.. soal hati pulak yer.. apa salahnya potty training tu tetap dipratik cuma bersambung dengan di taska.. tak boleh ker?? Susah bila orang hanya nak tau senang aja.. tak nak susah menghantar anak.. kononnya taknak balik lambat.. tapi pleasela.. bila tak amik anak lagi la balik lewat.. percayala.......... sedangkan amik anak ari2 pun bleh kuar balik dan balik lewat.. nati bila dah tak de tanggungjawab menghantar mengambil anak lagila menjadi.........

nota kaki : Saja lepas geram..................... supaya tak simpan dalam hati dan jadi gila..

Saturday, April 30, 2011

Bila ada rasa tak penting??

Bila kita ada perasaan tak penting, kita mesti rasa susah hati.. rasa sangat tensen.. sangat marah.. dan segalanya.. Lagi2 bila kita sakit.. kita penat.. lagila tensen tu membuak2, marah tu menjadi2.. jadi semua kita nak marah, semua kita nak tengking2.. Kalau la duit byk di tgn mungkin tak tensen sgt.. leh shopping.. even pun tak leh gi window shopping.. leh screen shopping di internet.. skrg kan byk online shop, blogshop pun berlambak2.. takyah gi kedai sumer.. kan best.. bila shopping jadi tak tertekan.. kurang marah.. betul.. Ni namanya terapi shopping.. haha.. Itula ku sebenarnya.. rasanya dulu kurang tertekan, sebab duit sentiasa ada di tangan.. leh shopping mopping.. biarpun tetiba lepas beli barang2 tu iskh tak de kegunaan sangat pun barang ni.. Tapi keseronokan bershopping tu ada.. ada perasaan gembira yang muncul di hati.. Tapi sekarang bila semua duit rasa macam tak cukup.. bukan tak cukup sebab apa.. sebabnya ada keperluan lebih penting.. nak kena simpan utk barang2 anak, nak kena bayar bil itu ini, nak beli bekalan makanan & barang utk rumah.. mula la tensen tu muncul.. sebab dulu, ada juga bayar bil, ada juga beli barang anak2, ada jga beli bekalan makanan & brg utk rumah.. tapi xdelah sampai semua duit gaji ke situ.. sebab ada gak kongsi2.. tapi sekarang ketara sangat nampak duit gaji ku semuanya ke situ.. kalau tak wat potongan gaji dalam ASB & Lem Tabung Haji (itupun ciput jer potongannya..) takdela duit lain.. Sangat terukkan situasi sekarang.. bukan masalah anak makin bertambah atau apa.. itu takleh dijadikan alasannya.. sebab anak2 itu anugerah Allah.. kita kena jaga dengan baik.. cuba beri yang terbaik dan bersederhana, setakat kemampuan kita.. Tapi kekurangan duit ni terjadi bila org memang menaruh harapan pada kita saja.. Sebab orang tau kita mampu buat semua.. mampu bayar itu ini dengan duit kita.. Orang2 begini yang berubah bukan kerana keluarga tapi berubah kerana nak seronok hidup.. memang amat menyusahkan.. Memang amat menyakitkan.. Yang lebih pentingkan orang lain.. daripada ahli keluarga sendiri meaning.. isteri & anak2.. yang suka menipu utk kepentingan diri sendiri.. adalah lebih baik mereka2 ni,... duduk je sendiri.. tak payah ada keluarga...

nota kaki : Luahan dari hati,,,,,,,,,,,akibat terlalu sakit hati.. Maafkanlah...

Wednesday, March 16, 2011

Iskh.. masih lagi suka shopping..

Tadi gi Carrefour... nak cari susu Anas kononnya.. last2 ada barang sampingan.. 'Terbeli' lak tshirt untuk budak2.. Tshirt Transformers.. hik hik.. budak2 tu sekarang suka betul robot2 ni.. Asik2 "Pa, pasang robot..." Yang si kecik tu, Si Anas pun suka tul.. 'Bot2.. hehe.. dah macam bunyi boat pun ada.. nak beli robot Transformers tu takleh lagi.. dorang ni masih tak reti jaga barang mainan elok2.. N nak dijadikan stori... semalam, dorang buat lagi hal yang sama.. dorang leh buang mainan, dan anak2 patung mama ke bawah.. dari tingkap bilik dorang.. Ada yang tersangkut kat tepi tingkap tu.. dan ada yang pa kutip kat bawah.. mesti ada banyak yang jatuh kat rumah orang.. Marah betul papa dan mama.. Selamatla abang tuan punya kedai makan bawah tu kutip mainan2 tu.. especially ma nyer katak dan kucing (anak patung sebelum kawin ni...) dan letak dalam plastik.. Bila pa turun cari, dia beri.. iskh anak2 ni.. Pa memang marah betul.. kena la sedas dua.. ma pun marah juga.. Tapi cuba jer lebih banyak bersabar.. betul2 geram.....

Monday, March 14, 2011

Macamana yer?

Pening sangat kepala ni.. Adam dah nak masuk 5 tahun ujung tahun ni, Cabid pulak nak masuk 4 tahun.. Masalahnya dua2 dah diajar potty training.. tapi still wat cam tak de apa2.. Ku dan papa sudah pening.. bila tak dipakaikan pampers, mulala merata2 dikeluarkan pembuangan.. padahal setiap 5 minit ku tanya nak kencing tak, nak yak tak?? adoi.,. susah betul.. dorang buat tak paham jer.. Adam lagila, makin besar ni, makin kerap basah & penuh pampers dia.. ku sangat pening.. dah nak masuk sekolah next year.. apa nak buat ni.. dalam keadaan ku yang memboyot cam ni, ku memang tak larat nak bersihkan pembuangan mereka berdua tu.. tapi ku try juga nak bagi dorang no more pampers.. ada idea?? Tolong bantu ya...

Thursday, March 10, 2011

Ada juga rasa amarah ari ini..

Ari specel atau tidak.. ari ni rasa sangat marah.. Petang ari ni adalah check up 37 weeks ku.. dan as usual, kalau ada cek up, ku akan tinggal nota atas cermin keta ku kat dashboard menyatakan Sesiapa nak block keta, boleh. Tapi Sila ALihkan kereta anda pada pukul 1 petang kerana saya ingin keluar.. dan tadi ada keta Wira Merah block keta ku.. tinggal no hp.. dan ku rasa dah beberapa kali juga tuan empunya keta tu block keta ku.. tapi tak pernah jumpa.. tapi tadi dah la memang kami Unit Kewangan makan di luar.. call2 dekat 10 kali tak berangkat telefon.. lagu caller ringtone dah tukar 2 kali setiap dua call.. kejap lagu sedih, jap lagu gembira.. tapi mungkin nasib, keta sebelah yang parking tu keluar.. dan dapatla ku keluar juga.. dan masa tengah makan, empunya keta reply " Kata dia tinggal hp, tak sedar.. sori.." Wat the h***!! Awak dah block keta orang awak boleh tinggal hp awak suka suki jer..?? Pastu mesej cam tak bersalah, apa hal?!! Cuba la kalau emergency.. macamana?? Pastu ku mesej la dia, ku kata, cuba timbang rasa sikit lain kali, ku dah tinggal nota di cermin keta dari pagi... kata nak kuar tepat kul 1 petang.. jangan la tinggal hp bila dah block keta orang.. n dia leh la reply "Kata orang Islam tapi takleh sabar... cubala sopan sikit, pastu takde pun nota atas cermin keta dia!!" Malas ku nak reply lagi mesej orang tak sopan macam dia.. sapa block keta sapa ni.. sapa yang patut marah...? dahla sebelum2 ni pernah gak block keta ku tapi ku tak kisah sangat bila petang.. yalah bila takde hal apa2 oklah kan.. sebab apa ku kata pernah block?? Sebab bila ku dail no dia, dah ada dalam phone book.. hah.. pastu wat cam takde apa2.. besar sangat ke dia sampai camtu sekali perangai.. buruk perangai.. ku rasa cam dah ingat2 dah sapa.. orangnya.. Buat ku sakit ati jer pada ari bahagia ku.. Menyampah orang macam tu.. semoga Allah balas perangai dia yang macam tu.. Ku biasa juga block keta orang.. tinggal gak no hp.. dan bila orang call ku terus turun.. yalah, kekadang amik masa juga nak turun kan.. sebab skrg dari aras 11 nak kena naik dua lif.. tapi walaupun orang tak call, tengahari time rehat mesti ku bawak kunci keta turun.. manala tau ada parking kosong di mana2 ku terus alihkan keta.. Tapi yalah, bukan semua orang macam tu.. tak pernah tau kesusahan orang... biarkanla..

Friday, March 4, 2011

Anak2 yang macam ragam...

Pagi ni lagi dah jerit cam tarzan.. iskh2.. dah la kelam kabut anak2 ni banyak lak ragam pagi ni.. oleh kerana ari ni ku dah kelam kabut sebab semalam tertidur agak awal.. tak sempat kemas barang2 anak, tak sempat gosok baju kerja.. jadi pagi2 ni baru wat semua.. jadi memang agak kelam-kabut.. sebab sedar pun takla awal sangat... Si Cabid ni la.. aduhai.. ku memang tak sempat langsung tengok dorang pagi ni sebab kelam-kabut.. lagipun tugas menyiapkan dorang adalah tugas papa dorang.. bila ku dah siap berpakaian kerja, baru la ku tengok anak-anak.. Yang dua orang dah siap berpakaian.. yang sorang ni masih pakai pampers lagi.. Iskh.. dahla dah lewat.. pastu budak Cabid ni tak tau pula mana dia letak baju yang ku dah sediakan pagi tadi.. memang hangin betul.. tak pakai baju dah satu hal, baju tu pula takde.. memang nak kena ni.. Puas la ku cari baju tadi tak jupe2, last2 ku capai jer baju lain.. aduhai.. mana la baju dia letak.. Adui papa, tugas yang satu tu pun tak setel sampai abis.. iskh2.. slamat lewat seminit aja tadi.. kalau tak lagi berangin-angin.. hehe

Wednesday, February 23, 2011

Tak tau nak wat apa..

Iskh2.. apala.. padahal banyak giler housework yang bleh dilakukan.. ari ni cam lembab2 jer ku ni.. Ku el ari ni.. memula ingat nak gi amik mc.. tapi aduhai sangat la tak larat nak membawa diri & ketiga-tiga askar comel tu ke klinik.. jadi ku tekad amik el.. (iskh lama2 abis cuti ku ni.. ) Kalau kat opis, masa ni.. mesti leh borak2 ker, lagipun minggu ni petang ku kena jaga kaunter.. so lepak la kat depan tu sampai kul 4.30 petang.. mendengar lagu2 dari Era.fm.. hik2.. umah ni sebenarnya belambak keja2 nak dilakukan cuma ku ni SANGAT MALAS.. HOPEFULLY la.. haha.. biarkan... nati ku wat lah jap gi.. nak buka MukaBuku pun xleh.. ada la sesetengah website tak leh buka lepas pa format komputer ni malam tadi.. iskh2.. terseksa je rasa.. doakan ku cergas esok untuk kerja, mencari rezeki halal untuk diri & keluarga... ~Chaos~

Monday, February 21, 2011

Waktu Rehat Ari Ini..

Rehat ari ni sebenarnya ada terniat nak ke Anjung.. hehe... nak cari buah jambu yang sangat rasa segar tu.. tapi mengenangkan ari ni nak menjaga kaunter petang nanti.. dan kaki pun agak lenguh... niat tu dikuburkan sahaja.. Jadi makanan Pak Jalil juga menjadi pilihan menu makan tengahari ku ari ni... Sekadar makan nak bagi perut tak berbunyi petang nanti.. lauk hanya ayam goreng, ulam, kuah sikit dan sikit sambal belacan.. tiba-tiba rasa nak minum air teh ais.. hik hik.. jadi beli teh ais.. banyak betul teh ais nyer.. mesti nak menghabiskan stok air teh pagi tadi.. dan pastu ada sorang lagi ibu preggy, betul2 di sebelah ku.. turut memesan teh ais.. haha.. memang orang preggy suka minum teh ais agaknya.. :)

Wednesday, February 16, 2011

Not good.....

Hari ni mood memang agak tak baik.. sebab ada rasa sakit ati.. Sakit ati sebab bila orang suka culas tanggungjawab dan suka susahkan orang.. Sakit ati.. tak terkata.. last2 sapa jadi mangsa..?? Anak-anak la yang jadi mangsa.. kesian diaorang... apakan daya.. selamat jadi mangsa marah2 jer, tak mangsa dera.. sekarang ada okay sikit mood.. arap okay sepenuhnya nanti.. Amin..

Tuesday, February 15, 2011

Sebab tulis blog...

Ada orang suka tulis blog sebab nak popular..
Ada orang suka tulis blog sebab nak ketengahkan isu2 semasa.. nak bincang2 sumer tu..wat perbandingan itu ini....
Ada juga yang suka tulis blog sebab nak jual2 barang/ memberi perkhidmatan..
Ku tulis blog sebab nak simpan memori manis dengan anak2.. dengan kawan2.. dengan keluarga.. juga nak ilangkan rasa bosan di hati.. ilangkan rasa benci.. ilangkan rasa tak puas ati..sebab di blog ini, ku bebas.. berkata2.. biarlah takde orang nak baca, tengok n so so la.. dah nama pun Fareen's Life.. so everything about me... n people around me.. cuma takdela ku menulis sehingga menyakitkan hati individu itu, or individu ini.. :)

Nota kaki : Ku tensen ari ni.. tu jadi merapu tu... sori........

Thursday, January 27, 2011

Malas

Oh.. tolongla beri ku kerajinan..... sangat MALAS ari ini... sangat NGANTUK.. pergilah jauh2 rasa MALAS & NGANTUK!!! Jangan datang-datang masa ku di ofis... Please!!!

Saturday, January 22, 2011

Macam2 rasa..

Tadi ada rasa.. rasa yang macam2.. sumer dah bergaul-gaul rasa itu.. Eceli kejadian itu dah menunjukkan ketidakprofesionalan si pemilik kata-kata.. Suka mencari salah silap orang lain tanpa pedulikan kesilapan diri sendiri.. Manusia memang gitu.. tapi manusia yang satu ni, ada terlebih sikit.. Tak boleh dikata oleh orang, diperbetulkan lagi tidak boleh.. Dia 'besar'.. jadi sapa boleh kata dia?? Apa yang ku boleh kata?? Hanya ku boleh kata pada hati & rasa ni, sabar la yer.. tapi sabar sampai bila?? Sampai bila nak menurut kata sahaja?? Lastly, bila pulang ke rumah, citer dengan pa, ku rasa relieve.. sangat best.. ilang rasa yang macam2 tu.. tak peduli apa 'si Dia yang besar' sangat tu nak kata.. if so, jumpala secara berdepan.. bersemuka la.. kenapa kata di belakang2..?? Salah orang semua nampak, salah diri sendiri?? Ada tau?? Ada perasan?? Tiada.. bila orang tegur, mulala cari salah orang yang menegur.. sudahla.. kita yang menjadi mangsa, cuma boleh doa.. agar Allah bersihkan hati kita semua.. dan moga hati si Dia yang besar tu pun turut bersih.. barula tak pandai nak cari salah silap orang untuk tutup salah silap sendiri... Lama-lama pikir pun menyakitkan ati.. luahkan saja.. biar sumer ilang dari lubuk hati..:)

Friday, December 3, 2010

Sangat bosan...

Kenapa ada ayat bosan itu?? Ya, ianya adalah kerana papa membawa pergi kamera SONY itu juga.. bersama2 kamera LUMIX itu ke Kenyir.. Memang tak leh terima rasanya.. sampai ati dia.. Okay, kita beli kamera baru.. murah2 punye.. SAKIT HATI... Bukan gi sekejap-sekejap.......... Arghhhhhhh Tensen................