Tetapi, aku baru je dapat... Nak tahu bagaimana untuk mendapatkan RM30,000.00? Wahai para pembaca sekalian, aku telah menerima satu pesanan ringkas atau SMS daripada satu nombor yang tidak dikenali. Tetapi, aku pasti ramai lagi yang pernah mendapat seperti yang tertera di bawah ini:-
Bagaimana cara aku mendapatkan RM30,000.00?
(p/s: Bacalah, kalau tak mahu dengar rakaman perbualan aku. Kalau malas baca, tengok yang aku hitamkan je...)
Rakaman perbualan penuh aku dengan individu tersebut. Sebanyak 5 panggilan telah dibuat.
Siapa yang tidak gembira dengan message itu, dengan penuh perasaan syak wasangka dan keraguan aku pun teruslah menelefon nombor yang dinyatakan tersebut. Maka berlakulah perbualan yang tidak jelas dengan seorang lelaki. (lebih kurang la perbualan itu) Sebelum itu, aku telah bertanyakan mengenai lokasi pejabat tersebut, dan dia menyatakan pejabatnya terletak di Jalan Ampang No 82, Blok B1, KLCC Tower 2, Tingkat 27. (tak jelas sangat). "Hello, saya nak buat pertanyaan berkaitan message yang telah saya terima bahawa saya telah memenangi RM 30,000.00." kataku. "Ya, ada no pin disitu? Apa no pinnya?" tanyanya untuk mendapat kepastian.
Selepas aku memberitahu no pin tersebut, "No pin yang diberikan betul dan apa nama Encik dan no telefon?" soalnya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aku pun memberikan nama dan mengesahkan no telefonku. Justeru dia berkata "Ok, tahniah saya ucapkan kepada Encik 'Sarip' (p/s: nama aku Sarip ke?) sekeluarga, yang mana no encik telah terpilih oleh cabutan bertu ah oleh coca-cola yang mana syarikat coca-cola... (ntah ape die cakap xjelas)… 2010. Yang mana no encik telah nampak berjaya duduk di tempat ketujuh daripada 27 yang berjaya dicabut semalam… 30,000.00 daripada coca-cola. Jadi di sini ada sedikit panduan… Yang mana hanya setiap yang berjaya mesti nak di bank in masuk ke dalam akaun bank simpanan setiap pemenang supaya… tidak kena bayar-bayar lagi. Tuan Sarip mempunyai akaun bank simpanan daripada bank apa supaya nak bank in mesti nak transfer RM 30,000.00 confirm masuk akaun tuan Sarip." Aku pun tanya la lagi, "Bagaimana kalau saya pergi terus ke pejabat?". Dia pun menjawab "Encik boleh datang ke pejabat, tetapi encik tidak boleh angkat hadiah kerana yang mana hadiahnya telah disiapkan dekat bank". Dia sekali lagi mendapatkan kepastian dan aku pun mengatakan bahawa akan ke pejabat. Dia pun memberikan jawapan yang sama "Sebentar ya… Encik cuba datang ke pejabat tapi encik tidak boleh angkat hadiah kat pejabat ye, kerana ianya telah disiapkan dekat bank… Ok selamat petang". Terus diletaknya tanpa sempat aku bertanya lagi.
Aku cuba hubungi semula no tersebut, dan memberitahu bahawa aku tidak jadi pergi ke pejabat dan menanyakan prosedur untuk bank in melalui mesin ATM. Dia pun memberitahu dia nak bank in RM 30,000.00 ke akaun tuan dan bertanya "Encik gunakan akaun simpanan daripada bank apa?." Aku pun mengatakan bank CIMB. Dia pun bertanya "Semasa tuan guna CIMB bank, ada guna tak kad ATM?". "Ada" jawabku. "Ok sekarang ni bagi no akaun daripada CIMB bank supaya nak confirmkan RM 30,000.00 masuk dalam akaun tuan petang ini juga, supaya tuan boleh tengok bukti hari ini boleh dapatkan bila-bila masa encik nak angkat RM 30,000.00 dalam akaun." Aku pun memberikan no akaun 4701 55… (dia pun menyampuk 66, aku pun tambah lagi) iya lah.
Dia pun ulang 4710 6636 00… ". So, iya la sangat lain aku sebut, lain dia tulis. Dia pun suruh aku ulang, then aku ulang 4701 5566 3600. "Ok, supaya nak confirmkan RM 30,000.00 masuk dalam akaun tuan, tuan kena pergi ke mesin ATM daripada CIMB bank, mesin boleh guna nanti ya, tuan kena call semula ke nombor talian saya supaya saya nak bagi arahan cara-cara pastikan RM 30,000.00 confirm masuk dalam akaun tuan, supaya… tak da silap confirm terima hari ni ya, ok lepas encik bertolak ke mesin ATM agak-agak dalam berapa masa?" katanya panjang. Aku jawab la 5 minit. "5 minit? Ok, lepas encik bertolak ke mesin ATM, hati-hati di jalan, utamakan keselamatan sebab keselamatan itu lebih utama daripada segalanya tuan ya, Ok saya nak tunggu call daripada encik tuan dalam masa 5 minit kalau encik boleh guna mesin ya. Ok, thank you, Selamat petang, bye." Lalu diletaknya.


Aku pun dah letih mengorek teknik yang diguna pakai oleh penyagak untuk memperdaya masyarakat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan habuan yang sangat besar walaupun langsung tidak dapat dilihat pada zahirnya. Jadi berhati-hatilah, tanyalah orang lain sebelum membuat keputusan. Secara ringkas, aku simpulkan daripada perbualan di atas. SMS memberitahu anda menang RM30,000.00 dan perlu di bank in ke akaun pemenang. Kemudian, pemenang perlu bagi tahu bank yang sering digunakan dan mengikut arahannya apabila berada di mesin ATM.
AMARAN :-
1. No akaun bank adalah rahsia.
2. No Kad ATM juga adalah rahsia.
3. No pin juga adalah rahsia.
Oleh yang demikian, aku pun terus mencari maklumat mengenai syarikat coca-cola di Malaysia. Aku terus menghubungi talian 0392352288 untuk pengesahan peraduan, lalu aku diminta menghubungi bahagian peraduan di Shah Alam di talian 0351014288. Aku diberitahu oleh pihak coca-cola bahawa mereka tidak pernah memberikan hadiah RM30,000.00. Mereka juga telah banyak menerima banyak panggilan mengenainya dan mengakui tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan nombor yang digunakan adalah status prabayar dan boleh didaftarkan atas nama mana-mana individu yang tidak dikenali. Oleh itu, jelaslah tiada satu pun syarikat yang akan menawarkan hadiah yang begitu lumayan tanpa menggunakan atau memberikan secara jelas maklumat mereka. Antara yang boleh dianggap sesuatu maklumat itu betul adalah berdasarkan :-
1. Nama Syarikat.
2. Alamat syarikat.
3. No telefon.
4. Cara pengumuman pemenang yang jelas dan diwar-warkan.
5. Cara pemberian hadiah yang sah pada zahirnya.
6. Tidak meminta maklumat peribadi melalui talian.
Untuk pengetahuan para pembaca, aku tidak kemana-mana pun, Cuma duduk dalam bilik je membuat panggilan telefon tersebut. Segala maklumat yang aku bagi pun tidak benar sama sekali. Oleh yang demikian, si lelaki itu pula la yang dipermainkan aku. Walaupun begitu, demi ingin merasai bagaimana kita ditipu, aku cuba la untuk rasainya dan berkongsi untuk info kita bersama.
Di sini, saya juga menyeru agar para pembaca dapatlah mengingatkan antara satu sama lain, ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja agar tidak terpengaruh dengan maklumat atau SMS palsu yang ingin merompak kita secara senyap. Mana ada orang nak bagi duit dalam jumlah yang banyak secara senyap tanpa kita ada usaha untuk mendapatkannya atau sebab-sebab yang munasabah. Kalau ada pun, mungkin orang itu perompak, gila ataupun rasuah. Sekian. Terima kasih. =)
MINDA INSAN – "INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"