Rabu, Disember 09, 2009

~Sunyi ARRR~

Alone Boy Sitting Pictures, Images and Photos

Lamanya aku tak update blog..Jiwa kaco..byk benda yg aku tak ceritakan..Mls nak kongsi sbb ianya terlalu memeritkan..Klu seronok pun hanya perjalanan aku ke Penang..Byk yg aku pk kan kebelakangan nih...Rs rendah dr..Rasa dr tersingkir...
bg aku ms utk berfikir...


sepi sunyi Pictures, Images and Photos


Aidy

Isnin, Oktober 12, 2009

~~AKu Dan Bahau~~

N9 Pictures, Images and Photos

Smlm aku dh sampai di bahau..
pagi2 dh mkn nasi lomak..
Klu tak kat kl time cuti2 camni..
membutalah kejanya..
best plak bgn pagi2 nih...
hehehehhehe
Takde yg lebih meneronokkan dr ader kat sini..

Mood mmg Hepi!!~~
hehehehhehe


happy Pictures, Images and Photos


Aidy

Sabtu, Oktober 10, 2009

~PANADOL MERBAHAYA~



JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)


UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita.. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman..

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.




Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


Aidy

Sabtu, Oktober 03, 2009

~OraNg YanG mEnCiNtAiMu KaMu~

love Pictures, Images and Photos


Khas untuk org yg baru bercinta atau tengah bercinta atau sentiasa dlm alam percintaaaaan mat cintan and minah cintaannnnnn..yg suka angau2..and angan2..hahahahaha! nice to read betul tu dia kata!!


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

love Pictures, Images and Photos

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!

love Pictures, Images and Photos

Aidy

Rabu, September 30, 2009

Walimatul Urus

Selamat pengantin baru Pictures, Images and Photos


Terkejut gak dpt email dr Syam...
dah nak kawen dh dia ngan Zila..
Dalam duk bergaduh 24 jam tuh..erharu sesangat..
Apapun aku tumpang hepi..
Aku????????????!!~~~~
&$%#%$#@$#@#
hehehehehhehe.....

Walimatul Urus

Merisik telah pun sudah, nikah dilafaz tiba masanya, termeterai sudah janji kasih bermadah, maka dijemput Dato/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik suami isteri serta keluarga ke majlis perkahwinan kami : -

Dzulhisyam Bin Mohamad Yusoff

&

Norzilawati Binti Ismail

Inai Di Jari Nampak Berseri

Bersatu Kasih Raja Sehari

Kami Mengundang Setulus Hati

Moga Majlis Diberkati Illahi

Pada
20 December 2009


Bertempat Di:
No 61, Kampung Kandang Hulu,


Kota Lama Kanan, 33040

Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Majlis Pernikahan:
12.00 Tengahari - 4.00 Petang Jamuan Makan



Takde plak pic diorg..
adoilah..
nanti2 lah

Aidy

Ahad, September 27, 2009

~~Laa ilaaha illAlLah~~

besm allah 0 Pictures, Images and Photos

Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah .
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .

Rasulullah saw. bersabda ( mafhumnya ):
' Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!'
Marilah kita ucapkan kalimah ini : ' Laa ilaaha illallah !' x 10

InsyaAllah...

Amien..

lebaran Pictures, Images and Photos


Aidy

Sabtu, September 26, 2009

+ Di Sudut Hati 1430h +

hurt Pictures, Images and Photos

Perasaan nih taktau nak ckp camne..aku keliru sesangat..
Hati aku mmg nak balik jenguk kubur2 arwah yg aku syg..tapi aku takut gak sedara aku tak suka..org keliling tak paham nape sebabnya..Hanya aku jer yg tahu..simpan lama dah dlm ati..Tapi aku kuatkan semangat moga rahmat aidilfitri bersama aku..

Jadi Aidilfitri Ke3 mlmnya aku pulang beraya..walau berat rs hati demi keinginan aku yg nak sgt jumopa diorg2 tuh..aku pegi jugak..Bandar Taiping dh byk berubah..aku sampai dlm kul 1.30 pg..nasib baik ader cousin aku yg dtg amik..kalau tak bermalam dulu kat stesyen bas kemunting..
Best gak sebenarnya...leh tgk gelagat org..tapi tak semeriah puduraya lah..
hik hik!!~~

Kira kira kul 2.30 pg br aku sampai ke umah kg tuh..
sayu jer tgk..yerlah yara ke berapa dah..takde pun yg tunggu aku..hehehehhe...takpelah nak wat camne..aku mmg merempat pun..tak kisah lah..aku tgk bilik lama aku..uzur dah bilik tuh..takde yg urus..dulu bilik nih aku duduk ngan nenek aku..kain batik nenek aku tuh buat kain buruk pengelap kaki jer..tersentuh ati aku..ntah mana baju2 aku dulu...arwah dah kot..sedih2x!!!~~

Esoknya aku pinjam motor kazen aku pegi lepak umah member aku kat semanggol..hepi sgt rsnya..diorg 3 org nih jer yg tahu kisah hidup aku..diorg tau aku camne..thanks ajib,mizan ngan zaini..aku balik lg jumpa korang..hepi sgt..jenjalan kat Taman Tasik Taiping..kat sini aku jumpa kegembiraan aku..Ntah bila lg aku jumpa korang...masing2 keja..sibuk dgn kehidupan masing2..Teringat ms zaman skolah..Diorg byk bantu aku..Terima kasih byk2..

Pagi tuh aku ke kubur..macam yg aku nak buat aku buatlah..bersihkan kubur walau terlewat..mandikan dgn air mawar..sedekah kan byk fatihah..Maaaf terlambat..Klu kubur org len dh cantik dh..tapi raya ke 4 br aku sempat buat sume tuh..lama jugak aku amik masa..takpelah janji aku ziarah..panas nyer tuhan jer yg tahu..insaf jap...

Ptg tuh aku dh kemas brg..Kazen aku ajak balik skali mlm tuh..lgpun dia balik berdua jer ngan anak dia...Berat hati nak melangkah tinggal kan kg..tapi rezki aku nun jauh di kota..InsyaAllah ada rezeki tahun depan aku balik raya pertama...
Amien..!!~~

Aidy

dsd Pictures, Images and Photos


Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak..Bukan cinta namanya kalau perasaan tak pernah terluka..Bukan kekasih namanya kalau hatinya tak merindu dan cemburu..!!~~~

Isnin, September 21, 2009

~~Buka Baju ku ~~

Farm Collage Pictures, Images and Photos

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet. Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan Menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.

Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.

Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang ke rumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.

John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but ku."

John buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."

Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."

Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."

Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."

Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Drag Queen Night Pictures, Images and Photos


kekekek...apa korang pikir haaa?????????

red Pictures, Images and Photos


Aidy

~~Salam lebaran 1430h~~







Nih dia kad raya dr Zue n Syam..
Lama tak update blog..
nih aku curik ms skit wat skit2
hehhehehhe
Esok nk lik kg..
Walau raya ke3..
At least aku balik gak..
Doakn aku slamat pegi n balik kat kl..
Amien

Sabtu, September 12, 2009

+ AidilFitri Di Rantauan+

raya Pictures, Images and Photos

Menjelang jer Aidilfitri aku nih mesti sedih jer...Tahun lepas aku dah tak balik..Tahun nih aku dah janji ngan arwah2 tuh nak balik ziarah diorg..mandikan persemadian diorg dengan air mawar dan bunga2..Sebab aku jer diorg ader..Nak rap kat sape lagi..
Kalau aku di kampung biasanya sehari sebelum raya aku dah pegi bersihkan kubur diorg...
cat ngan warna putih..petang aku dah beli kain putin sbb mlm aku dah rendam ngan air mawar..
Esok pagi sebelum solat sunat aidilfitri aku akan bwk air mawar ngan bunga2..Sbb aku tak boleh nak belikan apa2 lagi..macam org lain..belikn mak dia pakaian salinan baru,belikan ayah baju melayu..tapi aku????
mesti diorg sedih raya nih tunggu aku..aku dah janji..!!
Maafkan aku..
utk sekian kalinya aku terpaksa memungkiri janji nih..
Aku takleh menulis..
aku dah nages pun!!~~
huhu....



apapun..
Selamat Hari raya..
maaf zahir dan batin yer..
berhati2 bwk keta...
akuselalu doakan kalian..

airmata Pictures, Images and Photos



Aidy