Followers

Saturday, March 23, 2013

Berminat jadi ejen dropship???


Salam untuk semua...

Saya dalam usaha mencari ejen dropship untuk jualan Peanut Candy... Dalam bisnes dropship ini, apa yang perlu anda tumpukan ialah cara bagimana anda mahu menjual produk anda. Sama ada menggunakan blog, di laman sosial seperti fb, tweeter dan sebagainya. Pembekal (fiza-on9booth) akan menguruskan tempahan, menguruskan pembungkusan produk dan penghantaran kepada pelanggan yang telah anda cari.

Kelebihan menjadi ejen dropship:

*tidak melibatkan modal yang besar.
*tidak perlu simpan stok.
*tidak perlu menyewa kedai dan menggaji pekerja.
*risiko perniagaan ini amat rendah.
*tidak perlu menghabiskan masa yang banyak.
*boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
*amat senang dan mudah diuruskan.

Daftar sekarang dengan menghubungi 03-8322 1708 atau sms/wasap:017-3113 226

Tuesday, February 05, 2013

Open Sale!!


As salam,

JUMAAT - 8/2/2013
*SABTU - 9/2/2013
*AHAD - 10/2/2013

OPEN SALE utk 3 item di bawah....
durian crepe (limited-siapa cepat dia punye...)
Kek Durian (Crazzzyyyyy sedap - penggemar durian mesti rase niehhhh)
Kek Coffea Nut (Lemak2 merdu dgn adunan krim beshhhh)

Boleh call/sms/whatsapp untuk menempah.

Fiza Nordin
03-8322 1708
017-3113 226
 Kek Durian  
rm7/slice

 Kek Coffea Nut
rm7/slice

 Durian Crepe (HOT sale!!!)
rm10/6pcs

Thursday, January 17, 2013

Jumpa Saya di Hentian Kajang, Jalan Reko!!

As salam... Masih belum tlewat mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua... terlalu lama membiarkan blog ini sepi tanpa post. Sesekali terfikir untuk berhenti blogging, tapi rasa sayang pula. Tak apalah... just go on. Bila sesekali ada masa, ter'update'lah dia.

Minta perhatian, saya akan berada di Hentian Kajang, Jalan Reko selama 2 hari HARI INI - RABU (16/1) & KHAMIS (17/1) - siang sahaja. Kepada kawan2 yang berada di area berdekatan, nak mendapatkan produk2 jualan saya secara terus, boleh call/sms/whatsapp sy di 017-3113 226.

Choc Hazelnut
rm22/50pcs

 Tart Shell
rm18/50pcs/size:5.25cm
#peluang baik klu nak dapatkan ni sbb sy TAK AKAN GUNA KHIDMAT POS untuk belian tart shell#

 Jalapeno Cheezy Powder
rm12/200g

Crepe Premix
rm10/+-190g
#dapat mghasilkan +-100 keping *bgantung pd saiz pan yg digunakan

Tiada sebarang caj pghantaran dikenakan...
Jumpa di sana!

Wednesday, November 14, 2012

Jualan Durian Crepe

As salam & selamat sejahtera...

DURIAN CREPE open order untuk esok - KHAMIS (15/11/2012)
sile2 place order di sini melalui sms 017-3113 226/ call 03-8322 1708 (sertakan nama & bil set)
rm10/6pcs

*serius buyer only
*self pick up only-la cottage, tmn putra perdana 

Tuesday, October 30, 2012

Vantage Magic Pan


As salam... 

Alhamdulillah, dapat juga memiliki ape yang diidamkan. Sebelum ni kalau kawan2 buat tayangan amal kat blog & fb, rase... alahai!!! Dan akhirnya minggu lepas, Allah SWT makbulkan permintaan & hajat hati.

Minta tolong kawan, Zura tolong belikan semasa beliau berkunjung ke Langkawi. Hujung tahun lepas kite sendiri p Langkawi, tak tau plak pasal pan ni. Kalau dak, haruslah daku memborong beli bebanyak, bawak baik buat juai hahaha!!!

Ok, pan ni aku dah rasmikan pon... dah bakaq ayam dan ikan. Nanti2 nak try bakaq kek dan lain2 macam yg disuggestkan kawan2. Bukan ape2 pun... oven ade 2 bijik wat pe la susah payahnye membako dlm pan ni,kan... sajalah aiiii... suke2! saje nak try2... xde salah pun, kan....

... merasmikan pan ajaib vantage aka pecah dara ...

Ok, ade yang tanye... aku bakar ayam dlm pan ni ade letak minyak ke? 
Jawapannya: takde. betui, setitik pun xde letak. Tapi alhamdulillah ayam aku tak melekat kat pan pun. yang 1st time bakar ayam mcm dlam gambar kat atas, yg kerak itam2 tu memang melekat kat pan. Ayam tak lekat ye.. ulang2 kali aku balik2kan ayam tu,angkat2 camtu je.
Kerak2 yang lekat tu, aku tuang air dan biarkan dlm 15 minit. Masa nak basuh tu, dah lekang dah dia dari pan. Yang ada masalah lekat, maaflah...xtau ape sebabnya walau mungkin dari jenama pan yg sama.

Resipi untuk ayam di atas simple aje...

Perap ayam 1/2 jam dengan kicap, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sos tiram.
Tuang dalam pan, tutup dan bakar dengan api perlahan.
Balik2kan untuk ayam masak/bakar rata.

*Buat makan dengan nasi ayam pun sodap. Takde, nasi putih pun sedap jugek!*




Kek Lapis Prune (Bakar)


As salam...

Kek buat untuk sambutan Eid Ul Adha kelmarin. Dah lama stik dengan resipi dari Kak Fida @MyrR ni. Pernah beberapa tahun dulu, masa baru nak menjinak2kan diri mengambil tempahan dari pelanggan internet, kek inilah yang aku buat. Semalaman tak tidur. Masa tu buat versi kukus pulak tu. Senyum2 ingat memori dulu :D

Jom tengok resipi. Merata2 dah ada resip ni. Kalau tak silap, kat blog ni pun aku ade letak resipinya. Tak apa, aku letak lagi. Kalau rajin, bolehlah try buat ye. Kalau tak rajin, boleh order je dr aku hihii :D

Bahan2:

5 biji telur
225g gula halus
220g tepung gandum
150ml susu segar
1sb ovellete
1sb baking powder
1sb esen vanila
100ml minyak kelapa/jagung
pewarna
*hirisan prune secukupnya untuk ditabur d permukaan kek*

Cara2:

Panaskan oven 180c.
Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak. Putar hingga kembang dan putih. 
Masukkan minyak dan kaup balik hingga sebati dengan menggunakan spatula.
Bahagikan adunan pd 2/3 bahagian (terpulang). Letak pewarna dan kacau hingga sebati.
Sediakan loyang 9' (segi 4). Lengser minyak dan lapik dgn kertas baking.
 Tuang 1/2 dr adunan yg telah diwarnakan.
Kukus setiap lapisan, 15 minit. 
Taburkan hirisan prune sebelum dituang adunan kek.
Untuk lapisan terakhir bakar xtra 20 minit.

Selamat Mencuba :D

Monday, October 29, 2012

Lasagne Beef Segera


As salam,
ok, ni kisah minggu2 lepas... tak ingat dah berapa minggu yang lepas. Terlupa nak n3...
Bukan ade ape2 pun sebenarnya. Just nak share dgn semua yang mengunjungi blog ni... 
Sape2 yang pernah rasa lasagne ni, yg mungkin 1 tekak dan 1 rasa dengan aku, mesti rasa tak ralat lah membeli. Sedap... enak!

Boleh di dapati bahagian frozen di pasaraya2 besar. Alamak harga tak ingat berapa. Tapi kalau tak silap RM5++ (klu x silap ye). Kalau silap, minta maaf.

n3 ni promosi percuma. takde terima bayaran pun. suke2 aku je nak share ngan semua... :D
sesape yg suke lasagne beef, harus cuba!


Murtabak Sardine Cheese Cracker


As salam... 
Selamat Hari Isnin untuk semua... ade yang masih bercuti mungkin bg sambutan Eid Ul Adha... selamat bercuti dan kepada yang sudah bekerja, selamat menjalankan tugas. 

Dah lama tengok resipi ni... kalau tak silap dari tahun2 lepas lagi. Tapi macam tak teringin nak buat. Baru2 ni ntah kenapa, terasa nak buat pulak. Hasilnya, not bad. Mierza suka. Ulang2 dia datang ambil dan makan. Suka hati mama tengok anakanda suke :D

Resipinya di bawah ni ye... Tq Noorsha. Minta izin ye kopipes resipi dan kongsikan di sini.

Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur


Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)


Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.


Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)

*UNTUK SETIAP LAPISAN LEPAS TUANG SARDIN, AKU TABUR DENGAN MOZARELA CHEESE*




Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)