Friday, October 31, 2008

Les' Copaque wins President's Award from MCBC

Atuk on stage receiving the award from the Canadian High Commissioner to Malaysia, H.E. David G. Summers and Y.B. Datuk Liew Vui Keong, Deputy Minister of International Trade and Industry.

On Thursday 30th October 2008, Les' Copaque was honored with the President's Award at the 5th Malaysia Canada Business Council (MCBC) Business Excellence Awards. The event, which is held bi-annually, is designed to recognize the achievements and contributions of successful Malaysian or Canadian businesses. This year's event was held at the Sime Darby Convention Centre in Kuala Lumpur.

The President's Award is given to new companies which have grown in leaps and bounds within a short period of time and which display great potential and promise for the future. Indeed, Les' Copaque is proud to have received this award as it is an acknowledgement from an internationally-linked organisation that Les' Copaque is spearheading the growth of the Malaysian animation industry. Besides receiving an award trophy, the winner will also be featured in future editions of MCBC's The Bridge magazine and also in the MCBC's website for 2 years.
We hope that by receiving this award, Les' Copaque will become more renowned and our profile raised amongst Malaysian and Canadian companies. We also hope it will be a stepping stone to closer ties with Canada as a potential destination for presenting Geng and future Les' Copaque productions.

Nazrul, Faiz & Nizam at the Les' Copaque table in the main hall.

Atuk flanked by (from left) Faren, Nazrul, Safrizan, Haris, Safwan, Faiz, Asyraf & Nizam.

Thursday, October 30, 2008

Upin dan Ipin popular di Indonesia

Artikel didalam Berita Harian, 30 Oktober 2008, bahagian Hip, muka 28.



TULANG belakang dan tenaga kerja yang terbabit dalam pembikinan drama animasi Upin dan Ipin serta Geng Pengembaraan Bermula.

Siri animasi dua beradik akan dipanjangkan tempoh siaran

SEJAK bersiaran di saluran Dekat Di Hati, TV9 sepanjang dua bulan lalu, drama animasi Upin dan Ipin begitu pantas meraih populariti penontonnya. Karakter lucu dan bersahaja dua beradik ini berjaya membuatkan sesiapa saja yang menonton terhibur dengan gelagat mereka.

Berlatar belakangkan pemandangan kampung yang indah lagi permai serta dibarisi watak-watak yang begitu dekat di jiwa penonton membuatkan drama animasi ini sentiasa di nanti-nantikan kemunculannya.

Namun, selepas dua musim drama ini menamatkan siarannya, ramai ternanti-nanti apakah akan ada sambungannya untuk musim ketiga. Begitupun, jangan risau kerana pihak yang mencipta watak ini berjanji pada musim ketiga Upin & Ipin tetap akan menemui peminatnya.

“Kami gembira kerana sejak disiarkan sepanjang bulan puasa lalu, Upin dan Ipin berjaya memperolehi rating sehingga 1.5 juta penonton. Dan kami juga mendapat permintaan daripada TV9 yang meminta kami untuk membuat sambungannya.

“Memang kami sedang merancang ke arah itu. Walaupun kami dapat tawaran, namun itu tidak bermakna kami harus membuat drama animasi ini tergesa-gesa. Kualiti harus dijaga dan kami akan pastikan piawaian untuk musim ketiga Upin dan Ipin lebih baik dari yang terdahulu. Sebab itu kami perlukan perancangan yang teliti dari segi pembikinannya selain mencari skrip yang sesuai,” Ketua Render Artis Les' Copaque Production Sdn Bhd, Mohd Zarin Abdul Karim ketika ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri rumah produksi terbabit di Shah Alam, Selangor petang Sabtu lalu.

Tambah Zarin lagi, untuk siaran akan datang, tempoh siarannya mungkin menjadi lebih panjang.

"Kalau ikutkan, setiap siaran memakan masa lima minit. Untuk siaran akan datang, kami menambah menjadi tujuh minit menjadikan tempoh siarannya kira-kira 30 minit.

"Penambahan masa ini dilakukan kerana ada pihak dari luar berminat untuk membeli animasi ini. Ada pihak dari Timur Tengah yang menyatakan hasrat untuk membeli animasi ini dengan syarat kami menukar format tempoh siarannya menjadi lebih kurang setengah jam,” kata Zarin sambil dipersetujui Pengarah Produksi Animasi Les' Copaque, Kee Yong Pin.

Bukan saja dari negara Timur Tengah, malah populariti Upin dan Ipin turut menular di negara seberang. Drama animasi ini kini menjadi sebutan di stesen TPI (Televisi Publi Indonesia)

"Stesen TPI seperti TV9 di Indonesia. Pemiliknya memberitahu sejak musim pertama animasi itu disiarkan, ia mencecah rating yang tinggi. Jadi, mereka melahirkan hasrat untuk menyiarkannya pada musim kedua,” katanya.

Labur RM 4 juta untuk Geng Pengembaraan Bermula

PADA awalnya, animasi Upin dan Ipin adalah sebuah spin off kepada filem pertama mereka berjudul Geng Pengembaraan Bermula. Namun, atas sebab tertentu animasi itu muncul terlebih dulu sebelum filem itu ditayangkan.

Selepas empat tahun menjalani proses pembikinan, filem animasi pertama terbitan Les’ Copaque ini sudah bersedia untuk ditayangkan kepada umum.

Apa yang menarik, kos pembikinannya saja mencecah RM4 juta, satu angka yang cukup besar untuk penerbitan filem animasi di Malaysia.

Namun ketika ditanya apakah rasionalnya melabur sebanyak itu untuk industri yang tidak menjanjikan apa-apa, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi mempunyai jawapan tersendiri berhubung perkara itu.

"Apa yang membuat saya berani membuat pelaburan ini adalah kerana saya begitu percayakan bakat muda yang bekerja di syarikat ini. Saya tahu saya bakal berdepan dengan risiko yang tinggi tetapi apa yang saya lakukan ini adalah kerana saya begitu menghargai usaha mereka.

“Industri animasi di negara kita sebenarnya sudah wujud sejak 15 tahun dulu tetapi di Malaysia, saya lihat potensi untuk berkembang ada cuma tak banyak yang memberi sokongan. Disebabkan itu saya berasa terpanggil untuk membantu anak-anak muda ini. Mereka amat kreatif dan setanding dengan animator dari luar, dan sayang andai bakat yang mereka ada itu disia-siakan.

“Saya juga mahu melihat animasi menjadi satu industri. Bukan sekadar dilihat di sekitar nusantara ini, tidak banyak negara yang mahir dalam bidang ini," jelas Burhanuddin sambil memberitahu kos RM4 juta itu merangkumi keseluruhan pembikinan termasuk untuk perisian dan perkakasan.

Mengulas pembikinan filem Geng Pengembaraan Bermula, jelas Burhanuddin, apa yang membanggakannya adalah ia adalah sebuah produk buatan Malaysia sepenuhnya. .

"Untuk filem ini, kami menggunakan animator tempatan, kebanyakannya graduan yang baru saja menamatkan pelajarannya. Bukan saja tenaga kerja tetapi juga dari segi perisian," katanya.


Oleh Farihad Shalla Mahmud

farihad@bharian.com.my

Tuesday, October 28, 2008

Event Kolej Komuniti Kepala Batas

Pada 23 oktober 2008,Les' Copaque telah dijemput ke program “Visual Communication Art 2008” anjuran Kolej Komuniti Kepala Batas untuk memberikan ceramah dan pameran. En. Mohd Nizam dan En. Mohd Zarin serta beberapa krew Les' Copaque telah mewakili Les' Copaque Production sempena program tersebut.

Setibanya kami di sana, kami telah disambut oleh En. Azman selaku pengurus program. Booth Les' Copaque telah disediakan sempena pameran untuk mempamerkan serta menjual produk-produk Upin Ipin kepada peserta dan pengunjung. Selain booth kami, terdapat juga beberapa booth lain dari kolej-kolej komuniti dan karangkraf yang turut mempamerkan hasil kerja mereka.

Sambutan di booth Les' Copaque adalah amat menggalakkan. Ramai peserta dan pengunjung yang datang melawat dan membeli produk-produk Upin Ipin.

Ceramah pada sebelah pagi di sampaikan oleh pihak Karangkraf kepada para peserta yang hadir pada sesi tersebut.

Ceramah pada sebelah petang pula disampaikan oleh En. Mohd Nizam dan En. Mohd Zarin mewakili Les’ Copaque Production.

Para peserta yang khusyuk mendengar ceramah dari En. Mohd Nizam mengenai Les’ Copaque Production.

Peminat juga tidak melepaskan peluang bergambar di booth kami.

Krew Les’ Copaque juga sempat bergambar bersama krew Karangkraf sebelum majlis bersurai.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kolej Komuniti Kepala Batas yang sudi menjemput kami dan tidak dilupakan juga kepada peminat kami yang menyokong Les’ Copaque Production. Terima Kasih.

Friday, October 24, 2008

Peraduan "TIRU GAYA UPIN & IPIN"

Les' Copaque Production dengan bangganya menganjurkan peraduan terbaru iaitu "Tiru Gaya Upin & Ipin". Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan semua peringkat umur.


Cara Menyertai :
  1. Rekod video lakonan sebagai Upin & Ipin dan hantarkan melalui pos atau email.
  2. Lakonan tersebut mestilah menampilkan ciri-ciri sebarang watak dalam siri animasi Upin & Ipin.
  3. Semua video rakaman mestilah dalam lingkungan 30 saat.
  4. Video yang dihantar mestilah dalam format VCD/DVD atau format komputer seperti .avi atau .mov
Hadiah :
  1. Pemenang mingguan akan memenangi hadiah eksklusif barangan Upin & Ipin.
  2. Pemenang Utama untuk hadiah bulanan akan diumumkan pada setiap hujung bulan.
Untuk sebarang berita terkini sila layari http://www.upindanipin.com.my

OPAH SAKIT

Sekembalinya kami dari Cannes pada pagi 19hb Oktober, Opah mengadu kaki sebelah kirinya sakit dan kebas. Olih kerana itu, ia tidak dapat menghadirkan diri ke majlis bertemu dengan Fan Club pada hari tersebut. Pada kesokan harinya, sakitnya bertambah dan berlaku kekejangan kaki dan pada sebelah malamnya Opah telah pergi berurut dan sakitnya berkurangan sedikit. Pada kesokan harinya, keadaan Opah bertambah buruk dimana kakinya bertambah sakit dan mula pening dan hampir pitam. Setelah Atuk membawanya keklinik, doktor telah menasihatkan supaya di bawa ke hospital dengan segera kerana dipercayai menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis atau DVT, ejaannya cam tulah. Setelah Atuk bawa ke sebuah hospital swasta yang terkenal, Opah terus dimasukkan keward dan pemeriksaan rapi dijalankan.

Hari ini hasil pemeriksaan telah diketahui, alhamdullilah, beliau hanya mengidap DVT. DVT adalah pembekuan darah dalam saluran darah yang kecil dan boleh menyebabkan komplikasi kepada paru-paru dan jantung. Penyakit ini biasanya terjadi bila kita menaiki yang penerbangan yang lama tanpa bangun untuk berjalan bagi memberi ruang pengaliran darah. Oleh kerana Opah takut terbang, beliau tidak bangun dan berjalan selama 14 jam penerbangan tersebut.

Doktor memberitahu, ia memerlukan masa 1 minggu untuk memulihkannya dengan suntikan ubat dijalankan 2 kali sehari. Hari ini, keadaan Opah beransur baik setelah 2 pint darah dimasukkan. Atuk harap semua peminat dapat mendoakan Opah cepat sembuh dan dapat berkarya semula.

Atuk harap semua peminat harap bersabar...
Opah sedang menunggu giliran untuk di X-ray....

Opah tak lalu makan, makanan hospital tidak menyelerakan...tadi anak-anknya belikan Kentucky baru berselera untuk makan...

Tuesday, October 21, 2008

Lawatan Dari Universiti Malaya

Pada 21hb Oktober 2008, kami telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Seramai 25 orang Mahasiswa dan Mahasiswi dari Jabatan Kesenian Melayu dan diiringi oleh 2 orang pensyarah hadir untuk mengetahui bagaimana proses kerja berjalan di Les' Copaque Production. Lawatan kali ini dikendalikan oleh En.Asyraf bersama En. Azfaren dimana lawatan terbabit bermula pada pukul 2pm sehingga 4pm. Berikut adalah gambar-gambar yang telah di ambil semasa proses penerangan berjalan.

Kelihatan semua sedang memberikan tumpuan kepada pengendali lawatan yang sedang memberi penerangan tentang penubuhan studio Les' Copaque.

En.Asyraf sedang menerangkan serba sedikit proses animasi yang dijalankan di Les' Copaque.

Seterusnya kami membawa mereka untuk melihat sendiri bagaimana kerja-kerja production berjalan dan seperti biasa tentulah staff Les' Copaque akan melayan serta memberikan maklumat yang berguna kepada mereka.


Seperti biasa, orang pertama yang mereka temui semestinya dari department audio yang terletak di tingkat bawah. Penerangan mengenai audio disampaikan oleh En.Shafiq

Cik Ida rahayu sedang menerangkan kepada mereka proses Storyboard

En.Faizu pula sedang menerangkan proses Character Modeling kepada mereka.


Seterusnya ialah proses Rendering yang telah diterangkan oleh En.Radzuri dan En.Raffe

Semangat melihat mereka memberi tumpuan terhadap penerangan yang disampaikan oleh En.Mohd Asyraf mengenai proses animasi.

Seterusnya penerangan mengenai muzik di tunjukkan oleh En.Azfaren dan mereka sangat tertarik dengan muzik yang dimainkan olehnya.

En. Firdaus pula menerangkan proses Compositing kepada mereka

Seterusnya ialah penerangan mengenai skrip dimana contoh-contoh skrip yang telah siap ditunjukkan oleh Cik Ida Shaheera kepada mereka

Kebetulan pada hari lawatan tersebut Kannan @ Rajoo datang untuk tujuan voice recording, pelawat yang datang tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersamanya

Sesi bergambar kenangan bersama Staff dan Voice Cast dari Les' Copaque

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi daripada Universiti Malaya kerana sudi hadir membuat lawatan ke Les' Copaque. Kehadiran anda memberikan kami lebih semangat dan diharapkan anda semua akan terus menyokong kami dalam memartabatkan industri animasi di Malaysia


Rumah Terbuka Aidilfitri Fanclub Upin & Upin 2008

Les' Copaque buat pertama kalinya telah menganjurkan hari Rumah Terbuka Aidilfitri khas buat Kelab Peminat Upin & Ipin. Sudah pasti hari tersebut merupakan hari yang dinanti-nanti oleh peminat Upin & Ipin kerana ini merupakan perjumpaan pertama kelab Peminat Upin & Ipin selepas kelab ini dibuka keahlian beberapa minggu lalu.

Majlis tersebut bertempat di perkarangan Les' Copaque Production dan dikendali oleh tenaga kerja Les' Copaque sendiri. Pelbagai perancangan awal telah diteliti dan diambil kira sebelum bermula acara dan meja pendaftaran dikunjungi peminat seawal 9:30 pagi.

Semua acara dilangsungkan di bawah khemah kuning ini yang memuatkan hampir 150 orang.

Antara bahagian yang sibuk pada hari tersebut sudah tentulah kaunter pendaftaran. Pada hari tersebut ahli kelab peminat bukan saja diberikan kad ahli malahan berpeluang memiliki poster Upin & Ipin edisi khas.

Selepas semua peminat hadir maka acarapun bermula dengan sketsa pendek oleh pelakon suara Upin & Ipin. Ida Shaheera iaitu pelakon suara bagi watak Kak Ros menjadi hos pada hari tersebut. Watak-watak lain seperti Fizi (Ida Yusuff), Mei Mei (Yap Ee Jean), Ehsan (Shahmi), Jarjit (Syafiq) dan Mail (Hasrul) turut menyertai sketsa tersebut. Pelakon suara Upin & Ipin iaitu adik Fathiah mendapat perhatian ramai apabila beliau bersuara kerana suaranya yang sama seperti di dalam siri animasi tersebut.

Ramai peminat-peminat yang terhibur dan kagum kerana tidak mengangka wajah sebenar disebalik pelakon suara bagi animasi Upin & Ipin.

Watak Jarjit (baju melayu merah jambu) sedang berpantun bersama peminat.

Rata-rata peminat begitu teruja dan gembira menyaksikan persembahan mereka.

Di bawah merupakan antara peminat-peminat yang hadir pada hari tersebut.


Peminat-peminat juga dihidangkan jamuan hari raya.

Selain persembahan dan permainan, peminat-peminat juga diberi sesi bergambar bersama maskot dan pelakon-pelakon suara.


Krew TV9 juga turut membuat pengambaraan bagi segment di TV9 kelak.

Acara terakhir pula ialah cabutan bertuah yang dipilih secara rawak oleh pelakon-pelakon suara. Peminat yang bertuah mendapat hadiah hamper untuk dibawa pulang.

Berikut merupakan antara peminat yang bertuah pada hari tersebut.


Kami di Les' Copaque mengucapkan ribuan terima kasih pada semua peminat yang hadir pada hari tersebut. Kami memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dan kesulitan yang dihadapi oleh mana-mana pihak.

InsyaAllah, pada masa hadapan kami akan mengadakan lebih banyak aktiviti bersama Kelab Peminat Upin & Ipin. Diharap aktiviti pada masa hadapan akan lebih baik dan menyeronokkan.

Harap maklum, keahlian baru akan dibuka pada masa terdekat. Sila rujuk laman web http://www.upindanipin.com.my untuk sebarang kemaskini.