Saturday, January 31, 2009

Upin & Ipin di kulit hadapan Majalah G3

Seperti yang telah dijanjikan, ini merupakan majalah ke-2 yang memaparkan watak GENG sebagai kulit muka hadapan. Kali ini Majalah G3 dengan kerjasama Les' Copaque Production dengan bangganya mempersembahkan kulit hadapan Majalah G3 isu Februari.

Kepada peminat Majalah G3 semua pasti terkejut dengan penampilan Codet di dalam bentuk 3D. Ini merupakan salah satu hasil usahasama dengan majalah G3 yang sememangnya sudah mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia. Selain dari kulit muka hadapan, isu ini juga menawarkan hadiah menarik barangan eksklusif GENG. Cepat dapatkan isu ini sekiranya ingin mengetahui cara untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut.

Terima kasih kepada editor dan team G3 terutama sekali kepada saudara Apai dan A'an Budak Baik kerana akhirnya idea untuk menampilkan Upin & Ipin bersama Codet berjaya.


GENG di dalam majalah isu Februari

Bulan Februari ini merupakan bulan penantian bagi tayangan filem GENG di pawagam seluruh Malaysia. Laporan mengenai filem GENG di dalam majalah pada isu Februari kali ini merupakan salah satu bentuk sokongan yang diterima dari semua pihak media terutama sekali dari pihak majalah-majalah di bawah. Kepada semua peminat-peminat majalah berkaitan jangan lupa mendapatkan isu-isu ini dipasaran sekarang.


Ini merupakan isu majalah Utopia yang sudahpun berada dipasaran sejak 1 minggu lepas. Selain mengandungi maklumat mengenai filem GENG, pembaca juga berpeluang menangi hadiah eksklusif barangan GENG melalui peraduan yang disediakan.
Manakala wajah adik Fathiah pula telah mewarnai ruangan "Si Comel Pilihan" di dalam majalah Keluarga. Terima kasih kepada editor majalah Keluarga kerana telah sudi menulis dan menemuramah pelakon suara Upin & Ipin ini.


Akhir sekali ialah sambungan artikel mengenai proses animasi di dalam Majalah Pc. Isu kali ini menerangkan proses modelling yang patut diambil untuk menghasilkan sesebuah animasi. Jangan lupa dapatkan isu ini kerana para pembaca juga berpeluang memenangi hadiah menarik GENG.


Friday, January 30, 2009

Saksikan Upin & Ipin : Dan Kawan-Kawan

Kepada semua peminat setia Upin & Ipin jangan lupa menyaksikan siri baru Upin & Ipin yang bakal menemui peminat bermula pada bulan Februari ini. Episod kali ini akan menampilkan kisah hidup seharian Upin & Ipin bersama kawan-kawan mereka yang pasti mencuit hati. Jangan lupa tontoni gelagat mereka bermula 2 Februari 2009 hanya di TV9. Jumlah episod untuk bulan Februari adalah 6. Musim ini akan berterusan sepanjang tahun 2009.


Berikut ialah jadual tayangan siri Upin & Ipin:

Isnin : Episod 1 (7:30 malam)
Selasa : Episod 2 (7:30 malam)
Rabu : Episod 3 (7:30 malam)
Khamis : Episod 1 (Ulangan) (7:30 malam)
Jumaat : Episod 2 (Ulangan) (7:30 malam)
Sabtu : Episod 3 (Ulangan) (7:30 malam)
Ahad : Episod 1 + Episod 2 + Episod 3 (7.00mlm - 7:30 malam)

(episod yang lain akan mengikut konsep ini pada setiap minggu)

Sedikit screenshot dari siri baru ini:

Sila layari laman web Upin & Ipin untuk maklumat terkini atau anda boleh berbincang mengenai siri ini di forum kami.


Monday, January 26, 2009

Happy Chinese New Year!!!


Happy Chinese New Year from Les' Copaque Production!
May the year of the Ox brings you more luck, prosperity and happiness.
Gong Xi Fa Cai!!!

Thursday, January 22, 2009

Shooting rancangan Filem di 9

Pada hari Selasa lepas, 20 Januari 2009 beberapa staff dan pelakon alih suara Les'Copaque telah terlibat dengan shooting rancangan Filem di 9. Shooting tersebut diadakan di TGV One Utama, Bandar Utama. Untuk shooting kali ini, yang terlibat adalah pengarah animasi Geng iaitu Usamah Zaid, 2 pelakon suara utama iaitu Nur Fathiah (Upin & Ipin) dan Kannan (Rajoo) dan juga maskot Upin & Ipin.

Bagi shooting kali ni, mereka bukan sahaja dijemput sebagai tetamu khas tetapi dapat juga menjadi pengacara bersama hostnya iaitu Raja Farah. Jadi, jom kita lihat gelagat-gelagat mereka semasa shooting.



Sebelum shooting, semua dikehendaki rehearsal dulu.

Sesi shooting sudah bermula.

Zaid sedang shooting.

Maskot Upin & Ipin membuatkan pengacara, Raja Farah, tidak kering gusi dengan gelagat mereka.

Aksi-aksi ketika shooting.

Selama hampir 3 jam sesi rakaman dijalankan. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang terlibat, ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan. Terima kasih juga diucapkan kepada krew Filem di 9 dan Raja Farah diatas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih!

Dan seperti biasa, kami juga tidak lupa untuk bergambar bersama dengan pengacara Filem di 9, Raja Farah.


Jadi, pada anda semua, jangan lupa saksikan kami dalam rancangan Filem Di 9, yang bakal ditayangkan pada hari
Sabtu, 14 Februari 2009, jam 12:00 tghhari, hanya di TV9!


p/s: Jika terdapat perubahan jadual tayangan, pihak LCP akan maklumkan segera :)

Wednesday, January 21, 2009

GENG, Di Sebalik Tabir di Gua.com.my

Berita baik kepada semua peminat yang tidak bekesempatan menonton Di Sebalik Tabir GENG yang disiarkan dibeberapa stesyen tv tempoh hari kerana anda masih boleh menontonnya secara online. Caranya amat mudah, anda hanya perlu melayari laman web gua.com.my dan terdapat video Di Sebalik Tabir GENG yang boleh ditonton secara percuma. Anda juga boleh menonton video ini secara 3G dengan hanya mengikut arahan yang diberikan.

http://www.gua.com.my/Video/VideoDetails.aspx?VideoID=1506

Terima kasih kepada gua.com.my kerana sudi berkongsi video ini dilaman web mereka. Selain itu juga, anda boleh melayari laman web rasmi GENG : Pengembaraan Bermula iaitu www.gengthemovie.com untuk menonton video ini secara online. Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat dan idea silalah berbincang di dalam forum rasmi kami.

Tuesday, January 20, 2009

GENG di akhbar dan blog

Seperti yang anda ketahui, kami telah mengadakan pra-tayang filem Geng:Pengembaraan Bermula pada 13 Januari yang lepas. Ramai wartawan dan bloggers telah hadir ke majlis tersebut. Dengan demikian kami telah menerima banyak maklumbalas dari mereka. Baru-baru ini liputan berkaitan majlis tersebut dan mengenai filem Geng sendiri telah banyak terpapar di akhbar-akhbar utama tanah air. Jangan risau, bagi yang tidak berkesempatan membaca artikel-artikel tersebut , sila kilk gambar-gambar di bawah.

Metro Ahad: Ahad. 18 Januari 2009

Berita Harian : Isnin . 19 Januari 2009

The Edge: Isnin . 19 Januari 2009

Malay Mail: Selasa . 20 Januari 2009

Berikut pula adalah senarai blog yang sudi menulis mengenai Geng di blog mereka.

http://miloskilos.wordpress.com/2009/01/17/geng-pengembaraan-bermula/
http://www.budiey.com/gambar-nur-fathiah-who-play-upin-ipins-voice-geng-pengembaraan-bermula-movie/
http://www.voy.com.my/archives/tag/geng

Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak akhbar dan blogger yang telah membuat liputan terhadap filem kami. Kami amat berbesar hati di atas semua komen dan pujian yang telah diberikan.

Monday, January 19, 2009

Geng: Di Sebalik Tabir di Astro Ria, RTM dan TV9!

Kepada semua peminat-peminat Upin & Ipin serta Geng: Pengembaraan Bermula, jangan melepaskan peluang untuk menonton Geng: Di Sebalik Tabir di Astro Ria, RTM dan TV9 yang bermula dari hari ini!




Geng: Di Sebalik Tabir ini merupakan rancangan televisyen eksklusif yang dibuat oleh kami, Les' Copaque Production. Kenali krew-krew produksi Les' Copaque dengan lebih dekat, lihatlah keadaan studio kami yang sentiasa ceria dan penuh dengan gelagat yang kelakar dan menghiburkan dan anda dapat melihat proses pembikinan animasi 3D Malaysia yang hebat ini!



Anda boleh melihat Geng: Di Sebalik Tabir di ASTRO RIA pada hari ini (19 Januari) pada pukul 11.30 malam, di TV9 pada 24 Januari pada pukul 7.30 petang, dan di RTM pada 8 Februari jam 10 pagi dan 12 tengah hari. Don't miss it!

Sunday, January 18, 2009

More Press Preview Writeups

Nope that isn't photoshopped. That was put up during the Press Preview.

Following the Press Preview of Geng: Pengembaraan Bermula, here are some additional blog posts of the event from the various LCP staff. Also added some other extra blogs.

Les Copaqueans
Mediahorizon

Others

It's a good thing many LCPeans are lurkers, scouring the depths of the interwebz for anything remotely related to LCP, Geng, and Upin & Ipin. Why? Because we love reading what you guys think of our work. It's what keeps us going through the hard times. Thank to all who've blogged and written about us.

Saturday, January 17, 2009

Peraduan Reka Dialog Geng : Pengembaraan Bermula

Sejak dari minggu lepas, peti surat kami menerima penyertaan Reka Dialog Geng : Pengembaraan Bermula tanpa henti sehinggalah hari ini. Borang penyertaan boleh didapati dalam Gempak Isu 220. Pelbagai dialog kreatif telah dihasilkan oleh para peminat Geng dan Upin & Ipin. Pemenang yang berjaya menghasilkan dialog yang paling kreatif dan hampir sama dengan filem Geng : Pengembaraan Bermula bakal memenangi barangan eksklusif Geng.

Ini ialah sebahagian daripada penyertaan Reka Dialog yang diterima.

Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini adalah 1hb Februari 2009, jadi apa tunggu lagi! Hantarkan penyertaan anda sekarang!

GENG Online Kits

Webpage ini khas untuk para blogger atau pun kepada sesiapa yang mempunyai laman web peribadi. Marilah menceriakan blogs mahupun laman web anda dengan imej dari filem GENG dengan hanya menggunakan kod yang disediakan. Ajaklah rakan-rakan online anda menggunakan online kits ini supaya komuniti online GENG lebih ramai dan meriah.

Sila layari http://www.lescopaque.com/onlinekits/ untuk memilih sendiri imej yang anda gemari seperti banner mahupun widget. Pada masa yang akan datang kami akan memperbanyakkan lagi banner-banner GENG untuk kegunaan peminat GENG semua. Sekiranya ada mempunyai masalah dengan kod yang disediakan ataupun cadangan sila berhubung terus kepada webmaster@lescopaque.com

Friday, January 16, 2009

GENG di front cover GEMPAK

Kalau kebiasannya kita selalu melihat poster filem atau animasi dari luar negara yang menghiasi muka depan majalah GEMPAK tetapi pada kali ini filem animasi GENG pula yang berjaya menjadi cover muka depan isu terbaru GEMPAK. Pereka grafik untuk majalah GEMPAK ini telah mengadunkan rekaan poster GENG supaya nampak serasi dengan imej logo GEMPAK.


Cover muka depan majalah GEMPAK ini merupakan keluaran isu bulan 1 Februari 2009. Semua peminat GENG atau pun GEMPAK sudah boleh mula mendapatkan isu ini dipasaran kerana isu ini sudahpun keluar lebih awal.

Pada isu ini, selain dapat mengetahui maklumat mengenai filem GENG ini pembaca juga berpeluang memenangi hadiah ekslusif GENG melalui peraduan SMS yang disediakan. Pembaca juga diberikan kupon diskaun 15% ke atas barangan World Of Geng dengan menyertakan keratan kupon dan tiket wayang GENG semasa pembelian di World Of Geng.

Thursday, January 15, 2009

Geng Press Preview Part2


Finally guests and press came. About 30 minutes early actually. The turn out was really good as people were excited to be the first few to watch Geng in cinemas. Press and Media came and interviewed Nizam (Director of Geng) and the many voice actors before the show. Nizam and the actors were more than happy to entertain the interviewers. 

Nizam, Director of Geng being interviewed
Fathiah and Balqis answering questions

Izwan in the limelight

After registration, guests were brought upstairs for dinner and to mingle around. Guests that attended were from MDeC, MIMOS and GB as well as friends from the industry our supporters from many private and public institutions. We even had bloggers who supported us from early on to come and join in on the fun.


Not to forget, we invited orphans from the Rumah Aman Limpahan Kasih Puchong to join the fun. What is a screening for a kid's movie without kids to enjoy the show? Eager and very much obedient, they lined and entered the hall quietly first before all the press and guests did. 


Right before the screening, the Upin & Ipin mascots came just in time to spice up the event. Guests were thrilled to see the mascots especially the kids from Rumah Aman Limpahan Kasih. Photographers raced to take pictures of the voice actors with the mascots. 

And finally, yours truly held the mic, said some stuff and it was on with the show. So this was it. Did they laugh and cry? Cower at the Hantu Durian? Were they at the edge of their seats?  Alhamdulillah it seemed they did. The audience applauded 3 times towards the ending and everyone exclaimed their enjoyment of the show. Simply said, the whole team of Les’ Copaque was truly truly happy. 


Right after the screening, press and media were invited to a press conference for questions regarding the film. After much questions and answering the event came to a close and everybody left. We collected the feedback forms and thanked everyone for participating for the event. 


What did they think? Well there are already a few blogs covering about the event, but television and newspaper coverage will have to be seen for the coming days and weeks. We thank everyone again for attending the event and hope everyone will continue to support us especially towards the opening day of Geng: Pengembaraan Bermula in cinemas nationwide.   Oh and don't forget to wait during the credits. There will be some surprises so make sure you wait till the very end. 

==== Online coverage of our event ====

BLOGS

FORUMS

WEBSITES

Many many thanks to the lightning fast bloggers who reviewed and wrote about Geng. Thank you for coming to the event and thank you again for your support. We truly appreciate it. You guys are the best!


Geng Press Preview : Bahagian 2

Ketibaan para tetamu dan wartawan agak awal dari jangkaan kami. Kedatangan amat memberangsangkan kerana mereka amat teruja untuk menjadi antara orang yang pertama menonton filem Geng di pawagam. Kebanyakan wartawan yang datang awal mengambil peluang untuk mewawancara  Nizam (pengarah filem) dan pelakon suara sebelum bermulanya majlis. Nizam dan yang lain semestinya amat gembira untuk menjawab setiap persoalan mereka.

Selepas pendaftaran, tetamu dibawa ke tingkat atas Cathay untuk makan malam dan beramah mesra bersama krew filem. Antara tetamu yang hadir termasuklah dari MDeC, MIMOS, dan GB
, rakan2 dari industri, dan para peminat dari universiti tempatan dan swasta. Kami juga menjemput bloggers yang telah menyokong kami dari awal untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis.

Tidak lupa juga anak-anak yatim dari Ruman Aman Limpahan Kasih Puchong yang menyertai kami.Tidak meriah kan majlis tanpa gelak tawa kanak-kanak? Anak-anak comel yang hadir dengan tertibnya beratur dan memasuki dewan pawagam sebelum para wartawan dan tetamu menyertai mereka.

Sebelum bermulanya tayangan, maskot Upin dan Ipin pun muncul untuk memeriahkan lagi majlis.Para tetamu sangat terhibur dan anak-anak yatim dari Rumah Aman Limpahan Kasih  tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama mereka dan para pelakon suara.

Akhirnya, Anas selaku pengacara majlis, memberi kata-kata aluan untuk memulakan majlis.
Jadi inilah masanya. Adakah para tetamu ketawa dan menangis?Adakah Hantu Durian terlalu menakutkan?Adakah filem ini membuat mereka tidak senang duduk? Alhamdulillah, nampaknya filem ini berjaya mencapai sasarannya. Para penonton berdiri dan bertepuk tangan sebanyak 3 kali di penghujung filem kerana menyangka filem telah tamat. Kesemua mereka bersetuju mereka terhibur menonton filem ini. Krew2 LCP semestinya sangat terharu dan gembira  mendengar respon penonton.

Sejurus selepas tayangan, para wartawan dijemput ke Sidang Media untuk mengetahui  lebih lanjut tentang filem ini. Soalan demi soalan terjawab dan akhirnya majlis sampai ke penghujungnya. Kami telah mengumpul borang maklum balas dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis ini.


Wednesday, January 14, 2009

Geng Press Preview Part1

Finally after a month of preparation, the day of waiting has come. On the 13th of January 2009, Les' Copaque Production organised a Press Preview for Geng: Pengembaraan Bermula at the Cathay Cineplex Cineleisure Damansara, a month before its 12th of February release. The team was anxious, nervous of the outcome. Why? Because after 2.5 years on Geng, it all boils down to this. Will people like it? Would the press enjoy it as an audience at all?
But before we go into that, let's look at the Press Preview itself. 
The Press Preview invitation cards
The Press preview was to start at 7.30. We had set up the registration booth,  World of Geng booth where we sold Upin & Ipin and Geng merchandises, as well as the buffet area for guests. Thanks to Cathay Cineplex Pacific and Cineleisure Damansara for the venue. Cathay Cineplex even changed the coming soon posters to "Geng: Pengembaraan Bermula". They even looped our trailer in the big screen until the end of the event. We also would like to thank MDeC for sponsoring the event.
We’d like to thank the Grand Brilliance team as well for helping us handle the Press Registration. What luck did the press and media guests have because for every registration, goody bags were given which included a Press release of Geng, Media kit for write-ups and images, Geng Notebook, Geng Mineral water (yes there is such a thing), Geng Car bumper sticker, an Upin & Ipin pen, Geng: Pengembaraan Bermula A4 poster as well as Geng badges. Everthing was set to make sure the press received sufficient information and material to follow up on Geng coverage later on.

Tags worn by the crew


Feedback form distributed to guests and press

Customers who passed by to catch a film at the Cineplex were curious with the event.  Some asked for goodie bags and some asked if they could buy tickets to the screening. We declined apologetically and informed them of the 12/02/09 release date. In fact many people actually asked for tickets to Geng at the Cineplex ticket counter that Cathay had to inadvertently display that Geng was sold out on the big monitor. Don't worry guys you have a month to prepare and book tickets early. 


The calm before the storm

Coming up next, the arrival of guests and the show itself.

Written by: Anas

Pictures by: Faizu, Adam, Hidhir, and Yuki





Geng Press Preview: Bahagian 1
Akhirnya selepas sebulan persiapan, tibalah hari yang paling kami nantikan. Pada 13 Januari 2009 yang lalu, Les’ Copaque Production telah menganjurkan ‘Press Preview’ Geng: Pengembaraan Bermula, sebulan sebelum tarikh Wajib Tayang di 55 pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari ini. Kami semua sangat teruja dan agak gementar memikirkan hasil kerja penat lelah yang dibuat selama 2½ tahun ini akhirnya bakal disaksikan oleh para media, wartawan dan jemputan khas.

Makanan sudah pun terhidang, booth pendaftaran telah bersedia menerima tetamu, dan barang jualan cenderahati World of Geng sudahpun teratur untuk dibeli pengunjung.Tepat 7.30 malam, bermulalah majlis Press Preview untuk filem Geng:Pengembaraan Bermula yang bertempat di Cathay Cineplex Pacific,Cineleisure Damansara. Terima kasih Cathay Cineplex yang dengan bermurah hatinya telah menukar semua poster ‘coming soon’ di ruang legar dengan poster filem Geng .Mereka juga telah menayangkan secara ulangan trailer filem Geng di skrin besar hingga tamat majlis kami.Kami juga berterima kasih kepada MDeC kerana telah menaja majlis ini.

Kami juga berterima kasih kepada team Grand Brilliance yang juga telah membantu kami menjaga booth pendaftaran pihak media. Para wartawan dan media yang hadir telah diberi cenderahati yang mengandungi ‘press release’ filem Geng, ‘media kit’ untuk artikel dan gambar berkaitan produksi Geng, pen Upin&Ipin, buku nota Geng, pelekat kereta Geng, poster A4 Geng, dan juga air minuman Geng.Semuanya telah disediakan supaya pihak wartawan mempunyai maklumat dan sumber yang cukup untuk menulis artikel tentang filem Geng ini nanti.

Para peminat filem yang melalui ruang legar Cathay Cineplex juga berminat dengan majlis Press Preview Geng.Ramai yang mahukan ‘goodie bag’ dan ramai juga yang bertanya dengan kaunter tiket di Cathay untuk mendapatkan tiket menonton filem Geng hingga kaunter penjual tiket terpaksa meletakkan tanda SOLD OUT di paparan skrin tiket untuk filem Geng. Diharap para peminat bersabar dan dapat menempah tiket awal untuk menonton filem ini bila tiba 12 Februari nanti.

Sekarang, ketibaan para tetamu pula..

Tuesday, January 13, 2009

Vietnamese website features Geng


And now a vietnamese website has featured Geng on their site. We thank them for the post and for those who don't understand vietnamese (like most of us) here's a translation of the website. 

Monday, January 12, 2009

Get your "Geng" car stickers today!


Check out "World of Geng"'s latest hot seller, the "Geng: Pengembaraan Bermula" removable car sticker. It sticks easily to glass surfaces and is perfect for the rear windshield of your car or home window. Get yours today, only at "World of Geng"!