My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Firaas. Show all posts
Showing posts with label Firaas. Show all posts

Friday, November 28, 2014

gambar Firaas

Anak  bujang saya. Adehhh..jarang mummy upload gambar Firaas dalam blog. Firaas tak minat bergambar, tetiba petang semalam mummy cakap nak ambil gambar adik, terus bagi kerjasama..

Adik dah 2 tahun 2 bulan. Sangat berbeza dari segi perangai dengan kakaknya.Almaklumlah anak bujang. Kalau sehari tak kena jerit dengan mummy memang tak sah.  Kawan gaduh kakak, suka sangat usik kakak Humaira. Apa-apa pun mummy tetap sayang kedua2nya..Semoga terus membesar menjadi anak yang sihat dan soleh.

Rambut dah mula panjang. Jangan harapla nak bawa gunting kat luar. Menangis macam kena dera. Dah 2kali trim rambut adik, itupun ketika dia tidur.

Bila adik tersenyum..


Aksi ketuk ketampi..haha kakak yang ajar adik ketuk ketampi

Pipi labuh


With kakak

Kakak jeles bila mummy upload gambar adik jer..ok belanja 2 gambar kakak.

Sunday, October 12, 2014

Happy 2nd birthday Firaas

121012 hari Jumaat dua tahun yang lepas, Firaas selamat dilahirkan secara cser. Pengalaman mengandungkan adik, mummy diuji dengan masalah bleeding bila masuk trimister kedua sehingga trimister ketiga baru bleeding stop. Alhamdulillah, adik selamat lahir. 

Berjaya breastfeed adik untuk tempoh dua tahun ini. nampak gayanya kena extend bf, xde tanda2 nk berhenti. takpela...selagi ada rezeki adik, mummy akan usaha ke arah itu. 

Memandangkan dekat rumah ni, takde siapa peminat kek, jadi untuk birthday adik mummy beli fresh fruit. kita hias bentuk ala2 kek..mummy tak kreatif, tapi untuk anak, mummy cuba sehabis baik. Bagus juga beli buah2..berkhasiat dan macam2 boleh buat dari buah ni. Masa Firaas setahun pun mummy buat kek buah. Buah2 yang masam boleh buat aiskrim dan dip coklat. Buah tembikai kalau tak habis boleh buat jus.

Happy 2nd birthday Hadif Firaas. Semoga  adik menjadi anak yg soleh, berjaya dunia akhirat. ketahuilah dik...mummy halalkan setiap susu yang mengalir dalam darah adik sehingga titisan terakhir. Daddy, mummy dan kakak sayang adik...

 
Kek birthday Firaas..


Bukan senang nak ambil gambar hero sorang ni..


Kakak Humaira pun nak jugak..layannn
Budak comot makan roti dgn nutella. pakaian kalau tak salin 4 kali sehari memang tak sah dengan ini bodakk..
Gambar tahun lepas..Plannya nanti kalau buah2 tak habis, kita buat aiskrim. Entry DI SINI.. Selalunya buah yang masam memang lambat habis. Rasberry kita try buat jem nanti.


Saturday, April 12, 2014

Happy 18 months old Firaas

Betapa cepatnya masa berlalu. Hari ini 12 April genap setahun setengah usia anak bujang mummy. Macam2 keletah, usik kakak sampai menangis itu sudah pasti. Membesarkan adik Firaas dengan kakak jauh bezanya walaupun dalam acuan yang sama. Hehe..Adik dengan sifatnya yang lasak tetapi malu2 bila berhadapan dengan stranger. Kakak Humaira pula dengan sifat lemah lembutnya..Adik banyak mengajar kakak menjadi kasar.

Adik...
Semoga terus membesar dengan sihat. Masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Ada lagi 6 bulan untuk complete kan misi penyusuan. Semoga segala urusan dipermudahkan. Bab makan memang susah nak control. Semua benda Firaas bedal bila nampak kakak makan. 

Malam tadi daddy try shoot guna DSLR setelah lama terperuk dalam beg. Inilah hasilnya...Tak berapa sharp disebabkan kurang pencahayaan. Ceh...ayat kemain skema!!

Merenung masa depan



Bersama kakak kesayangan...

Monday, October 14, 2013

Happy 1st birthday Firaas..


12 oct...happy 1st birthday Hadif Firaas. Mengandungkan adik membuatkn mummy susah hati dengan masalah bleeding di awal trimister yang tidak berkesudahan....Alhamdulillah hari ini dah setahun dah dia...membesar dengan sihat. Adik jarang sakit, demam pun tak pernah lagi. Syukur ya Allah, atas pinjaman Mu ini...

Birthday boy...mummy doakan semoga Firaas menjadi anak yg soleh, taat perintah Allah. Mummy tak punya kemewahan untuk hadiahkn kepada Firaas, tapi mummy akan usahakan untuk breastfeed Firaas sehingga 2 tahun. Insyaallah nak...
 
Mummy, daddy dan kakak Humaira sayang adik. Entry kelahiran adik DI SINI. Untuk setahun yang indah ini, mummy buat kek dari buah-buahan khas untuk adik. Mummy tak kreatif, so inilah hasilnya..Jadilah kan..
Mummy buat khas untuk adik. Yang penting berkhasiat.

Birthday boy tak sabar nak menerkam buah. Geram sgt rupanya.. Hahaha


Buat watermelon juice pula..
Watermelon juice without sugar.

Kemain lagi adik minum..
Hasil buah-buahan yang banyak tu boleh buat aiskrim.

dan lagi..

Kakak dan ais krimnya..

Untuk birthday boy, mummy doakan yang terbaik untuk adik.  Genap setahun adik dah mula nak melangkah. Sebelum ni kalau kita agah baru dia melangkah, tetapi genap je setahun Firaas dah mula praktis berjalan. Cayok cayok..Hari ni 14 Oct semakin panjang langkahnya. dari dapur sehingga ruang tamu.. Patutla dalam pukul 5.00 pagi dah meragam nak bangun. Sudahnya Firaas teman mummy sahur hari ni. Rupa-rupanya punyalah excited dia nak praktis berjalan. Cayalah bro...Hahaha..

Tateh...


Tuesday, October 1, 2013

firaas hampir setahun..

12 oct ni setahun usianya...lasak jangan cakaplah..baby gate, pintu bilik sentiasa kena tutup. Suka sangat buat aktiviti sendiri, masuk bilik air, kecahkn pakaian...sentiasa kena awasi bodak ni...

Baru lepas trim rambut Firaas, rimas tgk rambut dah pjg. Bagi dia remote astro, leka dia main. Senang mummy potong
dah taknak duduk dlm walker atau baby chair. Memanjat sana sini..

Budak baik sampai bibir pun berdarah...

Friday, September 13, 2013

Happy 11 months old Firaas..

Terasa cepat masa berlalu, semalam genap usia Firaas 11 bulan. Lagi sebulan nak masuk setahun. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je mengandungkan dia...

11 bulan yang indah...tak banyak ragam jaga adik...Masih breastfeed..Dah mula praktis lepas tangan untuk berdiri. Nak melangkah tu macam takut sikit. 

Semalam masa mummy sibuk di dapur, dengar dua beradik ni ketawa. Rupa2nya tengah main nyorok2 dalam kotak. Si kakak menyorok dalam kotak, adiknya mencari. Sekali jumpa kakak kat dalam kotak, dia punya happy...Apa lagi grab kamera, terus ambik gambar dan rakam. Kenangan bila mereka besar nanti..

 happy main kotak sampai lunyai kotak tu. Adik ni kena sentiasa tgk, kita leka mulalah nk mkn kotak
Video adik mencari kakak

Bila kotak dah lunyai...mummy keluarkan benda ni..apa nama ek???aku panggil khemah je. hahaha




Wednesday, July 24, 2013

Happy 9 months old Firaas

Bulan July my second junior dah masuk 9 bulan. Makin lincah, banyak akal dan peel terbaru buli kakak Humaira. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik. Since dari newborn belum pernah lagi demam. Cuma sekali je masa bulan May ada batuk dan selsema sedikit. 3 hari dah recover sepenuhnya. Masih breastfeed. Dah ada 8 batang gigi. Memang taknak makan bubur dah.

Usia 9 bulan baru mula merangkak. Mula2 belajar merangkak kemain tinggi bont*t.

Practice...practice dan akhirnya berjaya..

Now dah mula meniti di sofa. Berdiri pandai, nak turun tak terror lagi. Hampir setiap hari jatuh tapi tak pernah serik.

My handsome boy with kakak Humaira...
 

Wednesday, June 12, 2013

Happy 8 months old Firaas

12 Jun hari ni genap usia Firaas 8 bulan. Macam2 ragam Firaas. 2-3 hari ni asyiklah meragam, semuanya serba tak kena. Ada benda yang dia nak tapi mummy tak faham. Sehinggalah semalam baru tau rupanya selama ni dia nak duduk dalam walker. Dapat duduk dalam walker terus diam. Berjam2 dia boleh duduk dalam walker. Hai lah anak, akal panjang sangat, tak terjangkau mummy. Bila duduk dalam walker semua benda dia boleh capai, itu yang dia suka. 


Milestone terkini:
  • Takmo makan bubur hokey. Apa yang kakak makan semua dia nak. So sekarang ni memang bagi makan nasi macam orang dewasa. Buat sup tanpa garam.
  • Dah mula angkat bontot. Cuma bila gerak tak lepas lagi. Asyik jatuh. 
  • Bila kita panggil Firaas lama baru nak respond. Panggil adik cepat je respond.
  • Suka air masak. Boleh minum guna straw.
  • Dah mula bumbling. Selalu sebut baba,mama..
  • Kalau daddy pergi ofis, mulalah nangis nak ikut. 


Happy 8 months old Firaas.  Kaki Firaas dah mula melecet. Satu rumah habis explore, agaknya bergesel dengan lantai sampai melecet. So mummy pakaikan  stokin untuk kurang melecet. Tapi bila dia start nak merangkak ni, kadang2 buka juga stokin sebab licin. Semoga membesar menjadi anak yang sihat, cerdik.

Gambar Firaas hari ni dengan walker..
Muka happy. Tengah excited naik walker

Mau rampas kamera mummy

Penat sangat boleh tidur sendiri. Pastutlah senyap je. Jangan sesekali ubah posisi, pasti mengamuk macam kena dera. Huhu..


Tuesday, May 28, 2013

Busy...

Halluuu halluuuu..lama tidak bersiaran. Rindu pada blog yang semakin bersawang ni. Ececeh.. Busylah sangat menguruskan rumah tangga terutama si kecik yang semakin lasak. alasan... Semua benda nak dikerjakan. Sejak dah expert meniarap dan mengesot ni, habis tunggang langgang isi rumah. Mummy dia bila dah malam memang lembik habis, tak sempat langsung nak update blog. Huhu tapi tak juga kurussss. Bila dah merangkak nanti banyak benda kena alert. So start dari sekarang, mummy dah mula pasang strategi. Kekeke..

Firaas dah mula pandai buka laci. Eiii risau je jari mulus awak tersepit. Jom kita pasang baby safety locked. Frust muka si kenit ni bila tak dapat buka laci lagi.

Suka juga main suis. Ketup ketap Firaas ni tekan suis. So kena tutup lah.

Yang bagusnya, kakak selalu monitor adik. Sayang kakak dekat adik tau..

Setelah bertahun tidak menggunakan khidmat safety gate, kali ni kena gunakan semula. Safety gate ni pasang laluan ke dapur.
Tak dapat buka gate, dapat jilat pun jadilah yer dik??Semua benda nak masuk mulut..


 Bagi duduk kat walker, lagilah dia suka. Senang nak mencapai semua benda. So NO WALKER kalau takder orang monitor.
Mummy tak kisah Firaas nak melasak, itu tandanya anak mummy sihat, nak explore dunia baru. Mummy lagi susah hati andai anak mummy sakit. Semoga anak2 mummy terus diberikan kesihatan yang baik. Amin...

Monday, May 13, 2013

Happy 7 months old Firaas

Semalam 12 Mei genap umur Firaas 7 bulan. Makin lasak, makin panjang akal. Sejak balik dari rumah Opah last week, si kenit ni dah mula explore satu rumah. Semua benda nak diterokai dan rasa. Kalau benda yang pelik2 pada pandangan mata dia, mulalah pegang, kemudian jilat. Fengsann mak. Semua benda nak masuk mulut. Sejak lahir sehingga kini adik belum pernah lagi sakit. Semoga adik terus diberikan kesihatan yang baik.

Port favorite adik..Bawah meja
Milestone terkini:
  • Gigi dah ada 6 batang. 2 kat bawah, 4 batang di atas. Gigit sakit. Pantang leka sikit, jadilah mangsa gigitan. Kakak Humaira selalu jadi mangsa.
  • Usia 6 bulan setengah dan boleh gerak ke depan. Makin laju terokai donia..
  • Pandai minum guna straw. Tak sangka air vitagen kakak dia boleh sedut tanpa rasa bersalah. Tak boleh lagi dik, air tu manis.
  • Masih breastfeed, insyaallah susu mummy cukup sehingga 2 tahun. 
  • Mummy dah start bagi solid food tapi tak berapa suka. Sama macam kakak Humaira. Kakak dulu dalam 10 bulan baru nak makan solid food.
  • Dah pandai buka laci. Takut tersepit je jari mulus awak tu. So daddy please cari safety baby drawer locks.
  • Suka tengok kartun mickey mouse dan special agent OSO. Panggil pun buat tak tahu je kalau favorite kartun dah ada depan mata.
  • Boleh ketawa besar bila kakak Humaira agah.  Suka melompat hasil tunjuk ajar kakaknya. Syabas dik.  
Gigi 2 batang..Susah nk capture gigi atas

Wednesday, April 24, 2013

Kakak ku idola ku

Firaas punya statement...Kakak ku idola ku. Semua kakak Humaira agah dia ketawa sakan. Kakak Humaira suka melompat atas tilam. Punyalah excited si Firaas ni tengok.





Kesayangan mummy...Kakak yang semakin mengecil, adik yang semakin bam bam. Muka adik lagi besaq dari kakak. Tak nampak leher sudaaa..





Tuesday, April 2, 2013

Baby fair di Space U8

Hari Ahad lepas tengok wayang di Space U8. Dekat ground floor ada baby fair. Habis je tengok wayang jom lah kita cuci wallet tengok benda yang menarik di baby fair. Akhirnya beli juga rocker fisher price ni. Dah lama saya aim nak beli rocker fisher price ni sebab boleh guna dari newborn sehinnga toodler. At least sehingga 4 tahun or max 18kg. Cuma harganya membuatkan tak beli2 sehinggalah terjumpa di baby fair hari tu. Saya survey di Toy r Us, harganya dalam RM300 lebih, online pula paling murah saya jumpa RM180. Baby fair hari tu RM165, tak fikir panjang terus ambik. Hehe..

Inilah rupanya dalam box..dari newborn, infant and todler boleh pakai..Gambar dari internet..
 Yang ini plak untuk toodler. Humaira pun boleh duduk

Yang ni plak prince charming duduk. Hahah...

Nampak mainan 2nd hand mulalah rambang mata. Akhirnya terbeli juga brand fisher price dan ELC dengan harga RM35 sajork. Kalau mainan branded ni saya memang suka cari 2nd hand je. Sebab berkualiti, so far mainan mahal2 susah nak rosak. Kalau beli yang baru mahu ratus2. Bas tu pun saya beli 2nd hand juga tak silap saya tahun lepas. Sebiji bus macam ni kat toy R us RM120, saya beli RM20 hinggit je. Yang mana boleh jimat kita jimat ler..
Firaas dah besar skit nanti boleh main. 

Humaira baru2 ni saya ada beli kitchen set untuk dia, so fair lah. Kakak dengan adik dapat mainan. Hahaha..suka betul dia. Hari pertama dapat, nak bawa masuk bilik tidur

Untung budak2 zaman sekarang, mainan bukan main besar gedabak. Mummy dulu main pondok2 je, guna tanah main masak2. Hehe...

Since Firaas ni, peel dia semua benda nak masuk mulut, mainan haruslah beli yang besar-besar. Mainan yang kecik2 harus kena sorok. Kesian kat Humaira tak boleh main benda kecik2, sebab tu mummy belikan kitchen set ni. Humaira zaman baby, bukan jenis masuk benda dalam mulut, so mummy tak risau sangat. Adik ni, memang kena selalu alert, lantai pun dia suka jilat.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails