home button Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

STICKY NOTE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA DARI HENNA RATU SEHARI??

DROP BOOKING SEKARANG!! ;)




ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be sepanjang TAHUN 2014
(OPEN FOR Oktober, November, Disember)!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

P/S: Kepada Mobile User (online thru Smartphone, tab) sila scroll ke bawah dan click 'view web version' untuk paparan yang jelas.
Thank you.

05 May 2012

With love from Henna Ratu Sehari

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua client yg sudi memilih khidmat henna dari Henna Ratu Sehari..

Maaf jika terdapat kesulitan, kekurangan dari pihak saya..

Semoga anda berpuas hati dengan hasil henna yang telah dilaksanakan untuk majlis bersejarah anda..

Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.. ;)

with LOVE,
Amrina

















Henna on hand and keliling kaki for Ratna @ Puncak Alam

Today kerja di pagi Sabtu..
Thank you Ratna..
Selamat bertandang n Selamat Pengantin baru.. ;)

08 March 2012

HENNA by Amrina... with love ;)


Henna for Lela | Hulu Langat | 24.12.2011






**Picture taken from Lela FB with her permission. ;) TQ Lela..

view more picture HERE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA SAYA?? DROP BOOKING SEKARANG!! ;)

ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be TAHUN 2012!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

27 September 2011

TEMPAHAN MASIH DIBUKA

Salam..

Buat bakal pengantin di luar sana.. Saya masih menerima tempahan henna untuk bulan Oktober 2011 dan bulan-bulan yang mendatang.. Just drop your booking details di sini yer ---> http://hennaratuseharibook.blogspot.com/

Saya ada mood jer update blog ni..huhu(maafkan saya).. Tapi service still jalan taw.. Untuk melihat koleksi gambar henna hasil kerja tangan saya boleh refer di sini ---> Henna by AMRINA

Thanks kepada yang berminat dgn hasil kerja saya.. and many thanks kepada yang telahpun menjadi customer Henna Ratu Sehari.. Semoga anda berpuas hati dengan hasil kerja saya yang tak seberapa tuuu... ;)



Salam sayang dari saya..

30 May 2011

HENNA - MIMIE KUSYA | 20 MEI 2011


Mimie Kusya adalah kenalan se-universiti.. Kami belajar di UTHM, Batu Pahat.. Tapi kami xpernah bertegur pun mase kat sane.. hehe.. Fakulti lain2.. Kampus pun lain2.. Kami kenal pun dari Frienster jer.. zaman tu FS la famous kan.. Sekarang ni FB jer.. So, dari FB jugak Mimie tau saya buat henna untuk wedding.. dan di FB jugak die booking dgn saya untuk lukiskan henna untuk wedding die.. Sangat xsangka okeh, Mimie yg ramai kenalan tu pilih saya jugak.. ramai jgk mutual friend Mimie add saya lepas dia tag gambar henna.. huhu.. Mesti bride-to-be je yg add tu pun.. hehe.. ape pun saya accept semua.. ;)


I'M BACK!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah buat pertama kalinya untuk tahun ni saya update blog. Sudah bulan Mei rupanya.. esok lusa dah masuk June! Masya Allah..lama sungguh saya meninggalkan blog ni bersawang berserabut.. huhu.. Maafkan saya..

Okeh! Dengan sukacitanya saya ingin maklumkan di sini, SAYA SUDAH PUN MEMULAKAN TUGAS MELUKIS HENNA MULAI MEI haritu seperti yang dijanjikan sebelum ini.. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan hidup selepas selamat melahirkan baby girl yg cukup sempurna di mata kami.. Sejak pregnant cik baby dah ikut mama die pergi buat henna ni..tp mase tu die dalam perut lagi kan.. sekarang dah lahir pun die still ikut jugak.. Tak boleh tinggal la buah hati mama n papa.. Encik suami pun takde la boring tunggu sorang2 time saya berinai mcm sebelum2 ni.. papa dah ade teman untuk bermain, berborak.. ;) Alhamdulillah Allah telah berikan kami anak yang sihat, behave dan mudah di bawa ke mana sahaja.. Harap Allah kekalkan kesenangan ini kepada kami untuk meneruskan kerja sampingan buat kami sekeluarga.. Amin...

Kepada bakal-bakal pengantin di luar sana, tempahan untuk henna di majlis tunang, nikah, sanding masih di buka untuk tahun 2011. Untuk cuti sekolah bulan June ni pun masih available.. Cepat-cepat hantarkan borang tempahan yang terdapat di http://hennaratuseharibook.blogspot.com/. Saya akan memberikan maklumbalas segera kepada anda.

Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, tempahan dari anda amatlah dialu-alukan.. Buat masa ini, saya hanya cover sekitar Kuala Lumpur sahaja.. Memandangkan cik baby masih kecik, masa yang ada terhad. Tak dapat nak pegi jauh-jauh melainkan sekitar Kuala Lumpur sahaja.. Sorry yer.. Harap maklum.

Cepat-cepat hantar tempahan yer!
1st come, 1st serve..
Selamat membuat persiapan perkahwinan.. ;)


15 December 2010

ATTENTION TO ALL BRIDE TO BE


Assalamualaikum buat semua pengunjung blog Henna Ratu Sehari..

Dikesempatan ini, saya ingin mengumumkan bahawa saya AKAN BERCUTI MULAI JANUARI SEHINGGA MEI 2011.. (JAN, FEB, MAC, APR, MEI) INI BERMAKNA, SAYA TIDAK AKAN BEROPERASI MELUKIS HENNA SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT.. TARIKH MULA BEROPERASI AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.. SEBARANG KESULITAN HARAP DIMAAFKAN..

Segala penjelasan telah dimaklumkan pada post CUTI REHAT 2011 sebelum ini..

Kepada yang telah emel kepada saya request utk henna, saya memohon maaf sebab tak dapat nak penuhi permintaan saudari semua.. Memandangkan keadaan fizikal perut saya yang semakin membesar, terdapat sedikit kesulitan untuk saya melaksanakan tugas yang disayangi ini.. Kesian jgk dekat baby mesti die rase tersepit time saya tunduk2 lukis inai tu.. huhu.. Sakit belakang pulak, mmg xterkata.. ;( Kesian dekat baby, kesian jgk kat diri sendiri..
Doakan semuanya selamat yer.. baby and mommy.. Doakan kesihatan saya, supaya selamat melahirkan baby nanti.. Insyaallah ada rezeki, kita bakal berjumpa pertengahan tahun hadapan..

THANKS KEPADA SEMUA YG SUPPORT HENNA RATU SEHARI.. ;)




10 November 2010

WEDDING HENNA FOR SABRINA AND SURAYYA


Salam kepada pengunjung blog..

Post kali ni tersangatlah sudah basi.. im so sorry sabrina and surayya.. baru ade kesempatan nak update about your henna session.. Actually Sabrina adalah on of my customer yang agak terkenal di kalangan blogger.. Terutamanya bride-to-be blogger.. Saya dipilih untuk melukis henna kepada sabby and her sister untuk majlis perkahwinan mereka berdua.. Disebabkan oleh beliau juga saya punya blog menjadi agak popular (popular ke??) selepas sabby post dekat blog die berkaitan henna session dgn saya haritu.. tp dah lama dah sebenarnya.. huhu.. on July 2010.. sudah 4bulan maa..

Many thanks to Sabby.. sebenarnya lepas sabby post and promote my henna on her blog tu memang ramai sangat yg email saya xputus-putus.. Sampai xtertanggung saya nak handle satu2.. Sbb ada yang request henna untuk tarikh yg sama, and ada juga yang dah nak book untuk Disember 2011!! huhuhu.. u all semua sangat mengagumkan.. ;) Maaf saya ucapkan kepada penghantar email yg saya xsempat nak reply tu.. Sebab-sebabnya telah pun saya explain pada post yg lepas.. Harap-harap u all faham situasi saya, and saya masih dalam proses membalas email-email yang telah tersedia dlm inbox.. don't worry ok.. just wait for my feedback soon.. ;)

Back to the post title, saya just nak share gambar-gambar yang telah di ambil oleh suami saya semasa menginaikan sabby and surayya 4 bulan lalu.. ;) Hopefully sabby and surayya xkisah sy publish gambar u all untuk dikongsi bersama pengunjung blog..

HENNA 1st SESSION FOR: SABRINA
DATE: 2nd JULY 2010
LOCATION: IMPIANA KLCC



(code: TA_sabby)

(code: KA_sabby)

Sabrina with her wedding henna.. ;)


HENNA 2nd SESSION FOR: SURAYYA
DATE: 2nd JULY 2010
LOCATION: IMPIANA KLCC








07 October 2010

LAST MINIT PUNYA CONFIRMATION

SALAM..

Tajuk post kali ni sangat-sangat penting buat sesiapa yang telah email, send booking form kepada saya.. Untuk makluman cik cik bakal pengantin semua, maaf taw sebab saya terpaksa bagi feedback or confirmation last minit ni di atas sebab-sebab tertentu yang xdapat dielakkan.. So, hari ni saya nak bongkarkan kat semua yang tertunggu-tunggu emel dari saya tu kenapa saya bagi feedback "LAST MINIT"..

PERTAMANYA: Saya hanya boleh beroperasi ke mana-mana bersama suami sahaja.. sebabnye saye xde lesen.. huhu.. kesian kan.. Ade pun lesen L je.. dah setahun pegang lesen L sampai sekaragn xjadi P lg.. nak sambung kelas L pun xde masa.. punya lah busy.. haih~ so, kemana sahaja saya memerlukan driver iaitu suami tercinta.. sebab die je yang setia nak teman saya ke mana pun..

KEDUA: dah kena bergerak kesana kemari dengan suami, terpaksalah pulak tunggu time yang die free.. Alhamdulillah setakat ni suami saya xde lg kena hantaq p outstation jauh2.. kalau x, pening la saya nak cari pengganti driver nak bwk p rumah berinai.. huhu..

KETIGA: Faktor kesihatan. baru2 ni saya dilanda alahan 1st trimester kandungan anak pertama.. Alhamdulillah rezeki lepas kahwin terus dpt baby.. Sekarang dah beransur pulih.. alahan pun dah hampir takde.. tapi kena jugak jaga kesihatan diri and org tua2 xbagi sangat saya jalan jauh2 lagi2 keluar malam.. nak buat cemane kan? mmg saya free time malam je.. n time malam la org pakai inai.. haih~

KEEMPAT: Masa untuk online terhad. Time kerja xdpt nak bukak emel, sbb kerja saya sering ditinjau oleh bos tercinta.. hukhuk.. Saya dibebani projek develope coffee table book yang melibatkan banyak fasa.. sat sat meeting la, discussion la, dateline, mork up, design saye sorg je yg handle.. mmg pening sikit keje saya ni.. huhu.. Sbb tu sy xboleh nak edarkan fon number saya.. dengan keja yg xmenentu, mood juga xmenentu risau semua keja jd kucar kacir.. Balik ofis, smpai rumah dah malam penat terus tido.. Biasenye saya curi2 masa je untuk reply2 emel ni..

Haih~ cukup la empat je alasan yang perlu saya luahkan kepada anda ye.. Banyak2 nanti nampak mcm saya ni suka bg alasan.. huhu.. bukaann taw..sebenarnya bukan nak bgtau saya ni suka bg alasan.. tp alasan yang ada ni memang xdapat dielakkan lagi..huhu..maafkan saya ye..
harap2 mana yang sy dah reply emel tu dpt memahami beban yang saya alami ini.. doakan saya dapat luluskan Lesen saya suatu hari nanti.. Insyaallah mudah untuk saya kesana kemari.. xde la tertunggu2 nak bg confirmation kat client.. hehe.. nanti kalau ada masa saya nak upload gambar2 henna yang baaaaaanyak sangat dah tertunggak ni.. heheh.. mmg banyak giler sy peram dalam collection saye.. Tunggu time yg betul2 free..