♥ Doa Murah Rezeki ♥

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Amin, Ya Robbal Alamin

syurga bukan lagi milik mu

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Di saat kau menjelma di rahim nya...
kau di tatang bagai minyak yang penuh...
kau dibelai mesra..
kau dimanja...
kau disayangi secukup-cukup nya...
di saat jatuh bangun mu menjadi seorang manusia...
doanya mengiringi mu sehingga berjaya...
tiada apa2 kekurangan seorang IBU di dalam menjaga mu sehingga dewasa..
itu lah ibu... yang tiada galang gantinya...

Jangan sesekali kau lupa segala-galanya tentang IBU...

Biar pun solat mu beribu-ribu rakaat,
sedekah mu berjuta-juta ringgit,
hajimu berkali-kali,

Tapi di saat kau gores hati IBU...
di saat kau titiskan air mata IBU..
SYURGA itu bukan lagi milikmu..


Isteri diuji ketika susah...Suami diuji ketika senang

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Bukan niat nak menghina...bukan niat nak mengherdik
Sekadar nak berkongsi cerita...

Sudah menjadi lumrah dalam hidup berumah tangga... ada kala susah.. ada kala senang...
Ingat lah masa susah...isteri yang membantu...
dan bila dah senang...jangan lah pula dilupa isteri itu..

sesungguh nya pengorbanan seorang isteri amat besar nilainya bagi suami..
jangan lah dilupa pengorbanan nya...walau sedetik
kasihi lah dia isteri..sebagaimana dia mengasihi suami nya..


**isteri diuji ketika hidup susah...suami diuji ketika hidup senang...

Jaga diri dan kediaman dari makhlus halus

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

seperti mana yang kita tahu...
syaitan adalah musuh terbesar kita umat Nabi Muhammad...
kat bawah ni ada beberapa perkara yang boleh kita ikuti
 untuk mengelakkan gangguan syaitan laknatullah...
semoga kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t dari makhluk bernama syaitan..



PENJAGAAN DIRI DAN KEDIAMAN DARI MAKHLUK HALUS 

1. Lafazkan assalamualaikum , Bismillah dan ayat kursi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana- mana pintu ( kecuali bilik air ) sebab port- port syaitan kebiasaannya di pintu- pintu.

2. Lazimi membaca dan mengamalkan ayat suci alquran di rumah serta memperbanyak solat - solat sunat dan tahjud

3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.

4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dll sebab tu semua makanan jin. 

5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam- malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin. 

6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu mghrib dan ke atas. 

7. Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia. 

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

9. Bagi rumah yang pintu- pintunya berhadapan dengan pintu- pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu- pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus 

10. Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.

11. Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.

12. Elakkan duduk di pintu. 

13. 'Pagar' rumah setiap hari.

14. Selalu - selalu baca surah Al-Baqarah. 

15. Selalu alih- alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda- benda macam ni yang tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

Salinan Coretan Daripada : Ustad Sahidan KUIS

10 AMALAN MEMBENTUK ANAK SOLEH

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Dalam kehidupan kita seharian...kadang2 kita terlalu alpa mengejar masa..
sehingga terlupa untuk bekalan anak2 kita nanti...
sesungguhnya masa tidak menanti kita...
tuturkan lah kata yang indah indah...dan kata2 serta doa yang baik untuk permulaan anak2 kita..

semoga amalan zikir dan selawat ini dapat menjadi panduan berguna untuk kita...
Inshaa Allah


sharing is caring
sumber

MISTERI SURAH AL-FATIHAH

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥




Janji Allah Itu Pasti.
MISTERI SURAH AL-FATIHAH


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu


SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA ...

Sile share..link

Tanggungjawab nafkah seorang ayah dan suami

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Tanggungjawab nafkah seorang ayah pada anaknya terhenti 
bila anaknya telah bekerja dan mampu menanggung diri sendiri, 
tetapi tanggungjawab nafkah pada isteri 
tetap tidak terhenti sehingga kiamat 
selagi isteri masih hidup dan tidak bercerai, 
walaupon isteri bekerja dan gaji lebih mahal dari suami.
Suami jangan main-main bab nafkah istri... 
Ianya suatu kewajipan yang besar...

dari Ustaz Azhar Idrus

Atasi masalah SkinTags(lebihan kulit) dengan cuka epal

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Salam tengahari untuk semua..

tengah2 dok sibuk gugle..terjumpa pulak menda ni...
so untuk
kebanyakan orang2 kita yang mengalami masalah ni boleh la cuba...
mana tau kot2 menjadi...tak perlu lah habiskan duit ratusan ribuan ringgit untuk pusat rawatan..



Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan.
Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.
Menurut pakar, Dr Doug Willen yang juga dikenali sebagai The Health Fixer, satu lagi cara atau proses yang boleh digunakan untuk menghapuskan skin tags (lebihan kulit) yang biasa ada di leher, celah ketiak, bawah mata adalah dengan bantuan cuka epal.
Medicine Net menjelaskan skin tags merupakan perkara yang biasa dan tidak merbahaya. Menghilangkan skin tagsboleh berlaku dalam pelbagai bentuk, ada yang melibatkan teknik khusus yang dilakukan oleh ahli dermatologi.
Dalam video di bawah, Willen menjelaskan bagaimana menggunakan cuka epal membantu untuk menghilangkanskin tags. Anda hanya perlu meletakkan cuka epal di kawasan yang terlibat, lakukan rawatan berulang kali. Dari semasa ke semasa, anda boleh lihat skin tags

info di SINI

Ketemu lagi di sini...terima kasih

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Syukur Alhamdulillah...
Dapat lagi kita bertemu di sini..
...
hari ini dan semalam yang lepas adalah memori terindah...
setelah lama menyepi
sesudah bertahun tiada berita...
hanya menanti kunjungan teman2 tanpa ada sesuatu...

terima kasih ku ucapkan pada semua..
di atas titip langkah dan kata disini...

peace yooo!!

Belon Udara Panas dah mai dah

Assalamualaikum semua...

mai mai mai... dia dah mai dah..
dari jauh dah nampak dah dia di depan nuuuun...
 
baru start hari ni kot..karnival belon udara panaih ni...
 

 

so silakan bawak anak2 kengkawan yer
ho ho ho.
selamat berkarnival semua...


Allah selamatkan kamu..

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu semua...
Allah selamatkan kamu...

tak salah untuk mengingati sesama kita...
kannnnnn!!!

: Kusyuk nya peminat UpinIpin ni

Bila dapat tengok UpinIpin...tak terkedip matanya....siang malam pagi petang.. .selagi tak ngantuk...macam tu lah keje nya...

Tak pernah puas...tak pernah boring...tak pernah jemu tengok upinipin...

Pi kedai makan tengok upinipin...
Pi kedai runcit tengok upinipin...
Pi jalan2 pon tengok upinipin...

Pendek kata...semua nya upinipin... hohoho

Kalau benci

Bak kata Ustaz Kazim...

kalau benci orang...
jangan lah benci melampau-lampau.
silap-silap, orang yang kita benci tu lah yang tolong kita...


Bak kata mak pulak...

Kalau selalu dok benci orang...
nanti terbalik jadi nya...
dok teringat-ingat...
gila bayang jadiknya nanti....
makin dibenci semakin sayang...


: Rindu tetiba

Assalamualaikum w.b.t


Tetiba jer....aku rindu
Rindu arwah ayah..rindu arwah atuk...arwah nenek dan juga arwah ayah baru juga...
semoga semuanya ditempatkan bersama orang2 yang beriman...amin...

Alfatihah...

: TEsco sale

Assalamualaikum semua...

Jom pi tesco jom...
Tengah offer bagus ni...murah2 lak tu...

: Kopol keghas ke koko krunch

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

bila balik rumah..

Sikecik : mama...mana kopok keghas ale...ale caghi takdak pong...

maknya : haaaa!!...kopok keghas(pelikbinhairan)...mana ada kopok keghas dik...

sikecik : alaaaa...yang tadi tu..ale beli tuu...adaaaa...yang kopok keghas ale beli tu...mana diaa

Maknya : haah...mana ada kopok keghah dik ( tercengang lagi..)


Aduhaiiiiilahh anak...asyik lah dok mintak kopok keghas kopok keghas...

Pening kepala omak aiihh dok mikir nye...kopok keghas apa pulak nih...tak pernah2 dengar dia mintak kopok nih...sambil nangis sambil membebel...mana kopok keghas...kopok keghas ale ni...napa mama tak wak balik kopok ale..

tiba2 tiba bapaknya mencelah...
"...koko krunch la mama"...katanya

si kecik : haaaa...kopok keghas la...baba..tengok mama ni tak bagi kopok keghas ale

lorrr! koko krunch ker???...
mana la ku tau...tak pernah dengar yer sebut camtu....
boleh pulak koko krunch dibilang nya kopok keghas...memang ternganga2 lah maknya...heran hairan!..hahahaaiiilaaa koko krunch...







: serba ringkas

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

sebut pasal ringkas...
semua nya kalau boleh nak diringkas kan
memang dah jadi trend dah sekarang ni..

sms ringkas...cakap pon ringkas....
jalan ringkas...makan dan pakai pon nak ringkas jugak...
tanya khabar pon ringkas..

"Apa khabar semua??"

ish ish..apa nak jadi dengan dunia sekarang...
semua nya nak ringkas...

hokey...cukup lah dulu...
kang panjang kan jemu pulak...
janji blog tak berhabuk...sudah...
babaiii


: Siang kutip derma, Malam pecah tabung

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

harian metro 3.10.2013

Remaja siber...
mencuri semata2 nak main game di cyber cafe...

Ish ish...mintak lah dijauhkan dari anak2 kami..ya Allah


: Termenung dan merenung

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥



Hrmmm...apa yang tak kena ngan bunga ni ek???

: Bahaya waktu Magrib.

♥ Assalamualaikum semua...

Di mana anak2 anda waktu ini (waktu maghrib) waktu gelincirnya matahari..panggillah dia jikalau masih bermain...jangan dibiarkan dia di luar rumah lagi kerana besar nya bahaya di waktu Maghrib...

----------------------

Dari Jabir r.a katanya:

“Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”(Riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

“ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”. [Riwayat Bukhari]

Wallahualam..

: Kupon untuk member card HERO

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl ♥

Valid : 11/10/2013 - 10/11/2013

Terma dan Syarat:
mesti lah kena ada Kupon asal &kad HERO...
kalau tak jangan harap nak dapat harga diskaun tu..

syarat yang lain..leh tengok kat bawah..




"NUFf"

hb

Popular Posts

LuvLy KiDdy'sss

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Labels

. (1) ape2 jer (115) berita (34) besday (12) blog (25) buah mulut (1) cuti2 malaysia (38) GA join (10) hiburan (55) info sihat (23) info/hiburan (7) jalan2 cari makan (56) kawan (1) keluarga ku (45) lawak (1) makan-makan (8) Mia (36) opis (37) peringatan (16) PpuM (8) Puasa (35) Raya (22) respi (2) sekolah (9) shopping (11) Syafiq (7) Syamrie (5) TaZkiRaH (43) wordLess (8)