Aku selalu terfikir tentang hak aku tehadap diri-sendiri. Setakat aku hidup hampir 30 tahun ni (hampir je, belum lagik ibukumbang di usoa 30-an, hokey), seberani mana aku mempertahankan hak aku?
Adakah aku sanggup bermati-matian mempertahankan hak aku kerana benda sebesar hama?
Iskh! takdelah macam tu sekali.
Adakah aku sanggup dipijak-pijak, menderita diri, hidup dalam kegelapan kerana takut mempertahankan hak sendiri?
Rasanya pun aku tak sanggup jugak!
Bila aku fikir dan ingat semula akan kejadian-kejadian atau peristiwa yang lepas, aku pasti aku adalah orang yang akan memperjuangkan hak aku bila aku rasa aku terancam ataupun bila sampai satu tahap yang hampir melampaui batas! (memperjuangkan hak yang betullah, bukan menegakkan benang yang basah).
Sebagai seorang wanita yang berumah tangga, aku suka nak bagi contoh kisah rumahtangga jugak. Alasan aku supaya boleh aku buat panduan hidup aku sendiri, lagipun aku percaya sangat kebanyakan insan-insan yang singgah ke Blog aku ni adalah wanita yang telah berkahwin.
Jiran mak aku, namanya PIAH (bukan nama sebenar) berkahwin ngan RAHIM (bukan nama sebenar juga). Sebelum itu sekiranya ada anak-anak atau sedara-mara diorang yang terbaca dan dapat tangkap cerita ini adalah pasal diorang aku nak minta maaf, bukan niat nak memalukan diorang tapi hanya sebagai kajian kes ataupun sebagai panduan hidup sahaja.
Sepanjang perkahwinan diorang ni, diorang dikurniakan 7 orang anak. Mula-mula tu hidup diorang miskin. Rahim ni ada perangai mengada-ngada sikit, kalau nak makan nak dimasak menggunakan kayu. Disebabkan taat dan sayang kat suami, Piah ni sanggup cari kayu api untuk masak untuk suami dia ni.
Entah macam mana ditakdirkan Ilahi, diorang dlimpahkan rezeki, berubah lah kehidupan, buat rumah baru, beli kereta dan pasti hidup mewahlah. Tapi biasalah kalau lelaki dah duit banyak, makanya lupa daratan, mulalah episod duka dalam hidup Piah.
Rahim mula berpoya-poya ngan pompuan, pernah memadu 4 kan si Piah ni, bukan itu saja, dia pernah suruh piah ni jaga anak dia dengan bini lain dari bayi sampai Tadika. Tapi Piah ni baik dia jaga anak tiri tu, sampai satu tahap anak tiri dia tu lagi sayang dengan dia berbanding mak dia sendiri.
Bak kata orang harta ni tak kemana, kalau tak pandai jaga, abis semua kereta kene tarik, takde kerja dan bini semua lari kecuali Piah. Tapi episod duka dia tak berakhir lagi, kalau Rahim ni ada duit lebih mesti dia cari pompuan, pernah dia cakap piah ni maca B**I.
Kali terakhir aku jumpa Piah ari sabtu lepas, masa aku ngan mak aku nak pegi beli lauk, mak aku nampak dia tengah main-main ngan cucu-cucu depan umah, mak aku suruh aku berenti. Dia kata lama tak jumpa Piah ni. Sambil tu Piah tu cakap,
"ko tengok cucu-cucu ngan anak-anak aku ni, kurus dan pucat kan?". mak aku tanya balik
"kenapa kak?",
"masa aku takde aritu Rahim yang jaga budak-budak ni, tak di bagi makan, malam dibagi maggi je". Untuk pengetahuan korang parent cucu-cucu dia tu dah cerai, jadi mak cucu-cucu dia ni terpaksa hantar anak ke kampung dan cari rezeki kat KL, dengan cara camni dia boleh tolong mak dia juga.
"Mak, cik Piah pegi mana?""Dia pegi hospital 2 minggu buat kimoterapi!""Oh..."Piah ni dia sakit cancer rahim.
Pendapat aku, dalam kes ni memang yang bersalah adalah Rahim. Tapi selain itu Piah pun bersalah juga. Sebab sepanjang aku ikut kisah diorang ni, Piah langsung tak mempertahankan hak dia. Dia membiarkan diri dia dipijak oleh Rahim. Aku selalu terdengar cerita kezaliman Rahim tapi aku tak pernah dengar Piah menuntut hak. Aku tak pernah dengar Piah pergi merujuk kes hidup dia kat Pejabat kadi. Tapi aku selalu dengar Piah merungut.
Pada aku pengorbanan Piah ni sia-sia. Bagi aku pengorbanan yang berbaloi sekiranya dia dapat mengubah Rahim, tapi setakat ini apa yang aku lihat Rahim ni bertambah-tambah naik tocang. Korang rasa ada tak macam kes kat dicelah-celah kehidupan? hehe.. aku rasa macam lebih kurang je. Tapi kisah ni, kisah benar aku tak reka tapi nama je aku reka. Sekiranya Piah tahu hala tuju hidup dia, pegangan hidup dia dan hak dia sebagai seorang manusia, mungkin keadaan sebaliknya terjadi. "Tiada tuhan ubah kehidupan sesuatu bangsa kecuali dengan keinginan/usaha mereka sendiri". Setuju tak?
Bila agaknya mak abah aku akan memainkan peranan mereka sebagai ibubapa?Berdasarkan analisis aku, berpandukan aku ngan si cakap kosong tu dah berkahwin, maka selepas kami nikah tanggungjawab dan hak terhadap kami sudah menjadi milik si suami. Tapi itu tak bermaksud hak mak abah aku abis begitu sahaja. Sebabnya kami berkahwin dengan golongan marhaen yang tak terlepas dari membuat kesilapan. Mak dan abah aku akan menggunakan hak dia sebagai mak ibubapa sekiranya "anak-anak perempuan kesayangan dia ni (abaikan adik-adik lelaki aku untuk sementara waktu) kena lempang ngan laki memasing ataupun sekiranya apabila mereka mendapat signal yang menantu-menantu mereka sudah melampau batas atau mereka lihat anak mereka tidak dapat menghandle dengan sendiri lagi. Abah aku berperwatakkan garang, mak aku perwatakan lembut, tapi aku sangat percaya mak aku akan lebih mempertahankan haknya, sementara abah aku menyokong dan memberi pendapat segala tindakan mak aku. Tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia. Wahai adik-beradikku sekiranya ini terjadi jangan terkejut, sebab aku selalu lepak ngan mak aku, selain membuli dia, aku jugak mengambil kesempatan menyelami hati dia ni. Anyway, mak aku selalu baca
dicelah-celah kehidupan, selalu dia buat revision ngan aku.
Tidakkah aku rasa terganggu dengan tindakan mereka itu?Tidak, malah aku bangga dengan mereka, kerana mereka mempertahankan hak dan melakukan yang sewajarnya. Aku rasa hidup aku lagi kuat kalau mereka buat mcm itu, tapi dengan syarat biarlah yang sewajarnya dan berlandaskan sesuatu yang baik tanpa ada niat yang terpesong.
Upssss.. cukupla dulu.
Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 27 tahun kepada adik bujang aku yang bernama LUQMAN UL - HAKIM! All the best and good luck!selamat malam!
Nota : Apa yang ditulis adalah pendapat peribadi penulis iaitu ibukumbang, tanpa niat menyakitkan hati orang lain.