May 31, 2011

Will I...

"Macamni ok?" soal gua kat Copin yang baru bangun pagi. Jam kat kompiter dah nombor sebelas. Busuknya toksah cakap. Mya laju2 lari turun tangga.

"Tu.. ko tolong tukar nombor plat tu bulih? Taruk 11022011. kn? kn?? haaa..." arahan rasmi dari mulut tak gosok gigi. Kesian nak kelahi2, gua ikut saja. Kalo kelahi pun memang gua nak serender saja. Sape nak bayar gua weh?

Jari mulus gua terus ketik2 tikus sambil sekali2 duk tekan2 kibod. Kerja kena komited. Baru bulih maju. Walaupun gambor pelanggan huduh macamana sekalipun, kena lawa kan juga. Ni lah contohnya. Copin.

Seploh menit berikutnya...

"Macamni?" gua bersoal lagi.

"Haa... baru semat kn? kn? kn??" tersengih beliau menampakkan gigi2 yang macam rel keretapi kena rombak.

"Kena saman JPJ kang lu tanggung seniri aa~" main ejas2 nombor pendaftaran ni kes berat juga. Syaitan simbah asid pun pakai modus operandi macamni.

"Ahh.. takpe. Kan setail tu kn?kn?kn?kn? Ce tengok gambor depan plak..."

Gua skrol imej dalam kompiter ke kanan menampakkan imej depan cover album beliau. Sekeping gambor beliau melutut pakaikan sepatu di kaki tunang beliau. Ye lah. Takkan pakaikan sepatu di telinga pula dok?

"Haa.. semat kan tu. Baru la macam 'Will I marry U' kn?kn?kn?kn??"

.
.
.
.
.
.
.
.


"Lu tengok entry gua esok~" gua kasi sneak peek kat beliau awal2.





Hasil akhir. Puas ati deh~

May 30, 2011

Air Semayang

Di satu pagi di majlis nikah2 di rumah pengantin perempuan di sebuah kampung indah permai di Terengganu, dimana gua sedang menjalankan aktiviti mengabadikan memori terindah pasangan pengantin baru, dimana majlis di orgenaiskan oleh makcik pengantin yang tersangatlah tegasnya dengan protokol serta pegangan adat resam perkahwinan Melayu, gua lapar sebab belum brekfes.

Lapar2 pun gua steady. Komited. Hal2 makan gua simpan. Kasi setel kerje dulu. Baru cerah harapan mahu pekena ayam golek sama udang besar cucuk2. Lazimnya begitulah.

Tinggal bab makan. Ni gua nak cerita, selesai acara akad nikah sama lafaz taklik sume2, makcik si pengantin tadi merangkap orgenaizer, laju2 kasi arahan untuk acara seterusnya. Full of kelamkabut lagaknya. Macam ada acara sumpah2 politik pula.

"Duduk situ. Acara batal air semayang pulak. Cepat2..." tegas beliau kasi suruhan.

"Kenapa nak batalkan air semayang pulak nya. Dah elok ada wuduk tu tak payah laa nak batalkan. Kan nabi galakkan kita ada wuduk tiap masa." suara tok imam steady mencelah. Slow tapi deep.

Wajah makcik orgenaizer bertukar jadi kaler buah naga.
Mahu letak jawatan gua syak.




May 27, 2011

KaraK


Orang kata filem KaraK tu best. Gua dah tengok dia punya poster sama trailer. Rebiu pun dah baca. Tinggal filemnya saja tak tengok lagi.

Apa antu ntah ada kat highway tu. Dah sepuloh tahun lebih gua ulang alik Teganu-KL lalu kut situ. Jalan lama dan jalan baru. Siang dan malam. Naik bas, kereta, van dan juga lori. Tak pernah pula gua jumpa mende pelik2. Habis2 pelik pun bas pancit saja lah. Tak pun lori besar2 merangkak selow2 macam siput nak mendaki cerun. Gua cakap benar saja. Bukan cakap besar ye.

Ni entry gua dedikated sempena tayangan filem tu semalam.











Lambok, lu memang lejend!!!



*credit to MM. my MM ;)

May 23, 2011

Cari Benda Tersembunyi


Sila cari pemilik blog Dekonstruksi dalam gambar di bawah.




Kepada pemenang, tolong carikan Akhbar Sinar Harian Edisi mana2 pun boleh bertarikh 18 Mei 2011.
Gua nak buh dalam frame bagi anak cucu tengok.


*gua harap sangat dapat jumpa abam Deus erk888 kat final Piala FA nanti~

May 19, 2011

Singkat2


Sikit masa dulu Singular pernah gi Indon. Kota Jakarta.
Kat sana katanya macam2 hal di singkatkan sukukatanya.
Bunyi pun kompem lah pelik2. Contoh :

Wartel - Warung Telekomunikasi
Warkop - Warung Kopi
Warnet - Warung Internet
Pemilu - Pemilihan Umum
Gateng - Garis Tengah
Golkar - Golongan Karya
Manula - Manusia Lanjut Usia

...dan lain2. Lu orang pegi laa sendiri sana kalo nak rasa. Tak pun gi tanya Ashraf Sinklaer.




Alkisahnya baru2 ni gua alik Teganu, gua jumpa ni...

Jauh benor menularnya gejala sukukata singkat2 nih.
Oh. Tak tau gorpis dia sedap ke tak. Gua beli otak2 kat kedai sebelah je~




May 7, 2011

Siput Tarek


Truuutttt.. Truuutttt.. Truuutttt..


Gua : Hello bro... best bro.. wat de best bro..

Singular : Assalamualaikum..

Gua : Waalaikumussalam (menjak kawen takleh bro-bro dah ke mamat ni?). Hah Mel, ada apa call aku tadi?

Singular : Malam nanti jemput datang rumah..

Gua : Hah? Ada apa?

Singular : Ada la.. buat makan2 sikit. Aku balik Sabah aritu ada bawak makan lebih sikit. Ajak kawan2 makan.

Gua : Housewarming?

Singular : Tak la. Abiskan makanan dalam peti je.

Gua : Siput tarek ada? (bab2 makan dgn kwn2 ni gua memang takde kompromi. malu2 tolak ke laut)

Ferst time gua pekena menda ni time gi Sabah itu hari. Memang eksotik tahap Bear Grylls. Dia punya feel time tarik2 tu macam tarik flybot! Terimakasih Encek Zakaria dan family sebab blanje makan besar ituhari.

Dia punya bentukmukabuminya macamni~


Dia punya tariknya macamni~

Dia punya cara makan paling eksennya macamni~



.
.
.
.


Singular : Takde la bro. Ada pun aritu yg dah kena tarik. Tak bes. Lenkali balik Sabah aku carikan oke..

Gua : Oh. Takpe2.. (cuba selindungkan hampa.. gua cari2 balik malu yang gua buang ke laut tadi) )


May 4, 2011

Yus


Beliau ni kawan gua menjak masuk U. Sama2 tak abis mengaji. Kena extend sama2. Jadi super senior sama2. Pernah kongsi nasik dalam polisterin sama2. Tapi skarang beliau lagi berjaya dari gua. Jauh gua kena tinggal. Pesen kepala otak bisnes. Pandai betul meniaga. Tahun lepas bukak lagi satu bisnes. Cita2 beliau bukan kodi2 punya - jadi jutawan sebelum umur 30. Sempat lagi tu.. Insyaallah. Gua doakan.

"Ko main game dapat apa? Buat game la baru dapat duit..." - tegur beliau dulu2 time gua tengah hebat main game kompiter yang gua masih ingat sampai skarang. Dah nampak kat situ sifat2 orang berjaya ni macamana.

Sejak hari tu, gua dah tak main game kat kompiter dia dah.
Gua beli kompiter sendiri~


April 29, 2011

Gua Pun Pergi Soping Juga

Pagi2 buta di kem motosikal Sentul...


Gua : Appollo berapa?

Amoi : 35.

Gua : Kurang lagi tak bleh?

Amoi : Sudah kurang meh~

Gua : Kurang lagi la..

Amoi : 30.

Gua : Yang tu berapa?

Amoi : Mana satu?

Gua : Tuu.. LTD tu..

Amoi : Ini tak dapat 30 loorr~

Gua : Berapa yang tu?

Amoi : 60.

Gua : Last price berapa?

Amoi : 60 la. Sudah habis last ni kita bagi.

Gua : Oke. Angkat~

Amoi : Banyak duit lu meh~



Bertanyakan yang murah2 dahulu. Last2 beli yang mahal sikit. Barulah tidak dipandang kopak di mata masyarakat walaupun lu tengah kopak rabak.

Inilah orang puteh kata Collective Buying Power.
Kan sedap bunyinya tu~

April 27, 2011

Like Like Dislike


Fakta : Bancian worldwide - 5 daripada 10 video di Youtube paling banyak dislike adalah Justin Baiber.

Tapi yang championnye memang takleh blah. Nasib baik bukan budak bibir tuh. Cekidout sini~
Dah tengok tu jangan lupa kasi ibu jari ke bawah sebanyak lu orang ada.

Pelik juga video budak Charlie gigit2 tu masuk list jugak. Hasad dengki mungkin. Kesimpulannya, bukan Melayu saja yang ada penyakit ni. Sila noted.

Berbalik ke isu adik Baiber tadi. Gua tak paham betul la.





Apa jadah kah???? Tak tau gua nak ekspelin macamana gua punya kompius ni. Pelik pun banyak juga. Nak keji kang tak baik pula. Gua dah insaf. Lagipun makwe embeng tak suka gua carut2. Baik kan beliau?
Senang kata konsep dia sama lah dengan Dr Rozmey, Amir 'i'm sorry', Akademi Fantasia dan juga Adib.

Gua rasa Nora Danish ni beratus kali lagi umppph kut. Kadang2 bulih sampai luruh hati~


.......


Oh. Gua bukan apa. Semenjak opis gua dah blok laman2 sosial ni, gua banyak bawak bekal loading youtube dulu sebelum masa pejabat menjelma. Paham tak ni? Lantak~

Feveret gua - Masterchef. A'ah. yang US punya yang lama tu.. Bukan gua tak haptudet. Cume terlepas episod yang awal2. Comel kan gua suka tengok ritual masak2?

Saje nak bagitau ni. Yang champion...


omg!!!!

Whitney is young, beautiful, is studying medicins and can cook!!!

That is a girl you wanna marry.


Err.. Makwe Embeng sila jangan marah2. Bukan gua yang komeng tu~




Yang cempiang...

Gua ada respek kat beliau sebab beliau adalah jurutera software yang handal memasak. Kat Mesia ada??

Tapi gua nak ludah beliau sebab eksen nak mampus!


Iras2 kan dua ni? Dua2 gua tak suka. heh~




*rindu pula gua scene layan wresling dengan Singular yang kadang2 ada soundtrack dengkur2. lagi menarik ada iklan ngigau2~

April 25, 2011

Satu Malam di Kepsi~


"Jom gi makan Seh." pelawa Chez sebaik pulang dari salon dengan kondisi penat biasa2.

"Dah makan laa.. Lagipun ujung bulan ni weh.." gua mengargue sementelah gaji belum check in.

"Jom la.. lapo ni. Kepsi nak? Orang kampung kan.. ujung bulan masuk gaji stended laa gi makan Kepsi. Paling up laa tu.." agak humor alasan beliau.

"Gile. Gaji aku blom masuk weh..." gua menafikan.


.....



"Jom la. Aku teman je." kasihan sungguh gua tengok. Terbayang2 semalam beliau sanggup ke Subang cari kawan mengeteh dek kehambaran semangat setiakawan di VWM akhir2 ini. Ya.. VWM dah tak meriah macam dahulu. Hanya menunggu saat pembubaran sahaja. Umpama telur di hujung tanduk. Atau dalam bahasa Prosper, umpama tikus dicurah gasolin - menunggu mancis diketip sahaja.

Tiba di kepsi nombor 555, gua pilih seat paling grand stand depan tiwi 42 inci sambil Chez pilih hidangan paling grand sebagai orang kampung. Menarik betul cerita kat tiwi tersebut. Gua tak habis2 senyum. Kadang2 terhambur gelak apabila nampak seorang pakcik tua termencangkung di pinggiran.

Sambil makan sambil sembang. Ya. Tak elok. Adik2 tolong jangan tiru ye. Dari topik kerier hingga ke makwe. Dari Arsene Wenger ke Mr. Bean. Dari Gatsby hingga ke aifon. Dari isu semasa balik ke hal makwe2 semula. Sambil2 tu, perhatian gua tetap ke rancangan tiwi tadi.

"Jahat betul budak2 Arsenal kan? Kasian betul aku tengok
orang tua ni." Chez Hair Setudio.



.......




"Jom blah. Dah bayar blom ni?" tanya gua usai megudap, atau lebih tepat usai kekalahan Arsenal.

"Gile orang kampung ko ni.hahaha.. Jom2. Aku nak singgah 7E jap ni. Kang tutup pulak." Chez melawak trend orang kampung juga.

"Hahahahahaa... Gile Lepih kao!"





*lawak 7E tu origin Pipistuta~

April 19, 2011

Orang Tua2 Kata...


Yang mustahak sekarang, anak2 kucing gua dah hilang. Dah 4 hari.

Teori Copin, kena gigit anjing achi rumah depan.

Teori Chez , mati bawah tangga tak ada mayat.

Teori Ude, kena makan musang.

Teori gua, jiran selang satu rumah belah kanan yang pakai Honda Accord tu yang curi. Dalilnya, ibu kucing ulang alik rumah beliau dan balik rumah mengadu kat gua dalam bahasa kucing.

Sekarang ni gua tengah menyemai nilai2 murni untuk nak berbaik2 dengan jiran. Tapi beliau asik takde saja. Nak gua pecahkan lampu parkir beliau dulu ni kut baru bulih jumpa.


Gua pernah baca...
Orang tua2 kata tak elok tangkap gambar kucing. Kalau sampai tujuh kali, mati kucing tu nanti. Gua tak tau jauh mana bulih pergi kata orang tua2 tu.
Jauh tak jauh, si Mya tu dah tujuh ratus kali gua tangkap gambor dia tak mati2 juga.

April 14, 2011

VWM - Masih Ada Yang Sayang


Dulu gua ada citer VWM dah bela kucing. Gile. Gua carik2 balik entry, dah dekat 10 bulan Mya duk umah free2 tak bayar sewa. Dah laa tak bayar, makan minum pun free. Dalam masa tu juga la kami warga VWM bertungkus lumus ajar berak kat pasir beli, cuci tahi belakang tivi dan bawah tangga, jangan clubbing, jalan depan orang tua kena tunduk, tido tilam gua, mandi pakai shampu, jangan makan sampah, berjalan kaki dua, tempek diri kat dinding, panjat grill, nak makan jangan malu, menabung SSPN, cari kerja halal dan jangan jadi bohsia.

Dalam banyak2 misi tu, ada juga yang kecundang yakni bab2 bohsia. Kira2 sebulan lepas, sebelum episod sedih Singular meletak jawatan, gosip2 yang sebelumnya hangat diperkatakan bahawa beliau mengandung anak luar nikah akhirnya terjawab jua. Hampir2 nama beliau nak ditukar jadi Nora Danish. Kemuncaknya 3 budak comel berjaya dilahirkan ke dunia. Jangan terperanjat jika tangan yang memegang gunting mampu menjadi bidan. Chezzo berjaya membidankan Mya selewat 3:34 pagi dibantu Copin merangkap wartawan fesbuk lantas mengeposnya time2 tu juga.

Sekarang ketiga2nya dah boleh berjalan, berlari dan bermain. Tak lupa juga berak. Agak2 dah boring duk membusukkan bilik gua, mereka berkeluarga di bawah tangga pula. Syukurlah. Tak payah gua transfer jadi kucing. Kat sini gua nak kasi introduksi sikit ahli2 baru VWM - merangkap tributasi kepada bekas anchor2 VWM yang lepas~


Mya di zaman solid2 cun. Digilai kucing2 jiran.
Dan anjing biri2 juga.


Yang bongsu - Azrie a.k.a Prosper.
Perlahan tapi pintar. Pernah cuba menarik kotak spanar
pakai gigi.


Yang tengah - Samel a.k.a Singular.
Punyai masalah mata yang kronik. Seringkali meraba2
umpama Singular kehilangan spek.


Yang sulung - Arep a.k.a Arepsomat.
Besar. Taff. Gebu. Hyperaktif. Dan kiut yang hamat.
Suka buli adik2. Ketiak takde bulu.


Yang dokter - MM a.k.a Makwe Embeng a.k.a Cek Tunang.
Konsultan merangkap caretaker. Jarang2 datang jenguk. Hypersuka kucing.
Makan Friskies ni kecik2 dulu gua syak~






"Kalo orang tanya berapa orang duk umah ni, ko jawab 4 plus 4 la..." Singular betul.

"Haa..?" gua.

"4 binatang, 4 separuh binatang." Singular betul.

"Binatang lu!!" gua.