Thursday, May 22, 2014

Anda ada masalah resdung ker? Shaklee ada rawatannya

 Haaa tu dia! resdung!!! sapa ada masalah resdung sila angkat tangan cepat? walau tak banyak sikit pasti ada sikit... rasa merenyam gitu kat muka kan?

Dulu masa study dekat poli saya pernah pegi buat rawatan resdung dekat salon cleopatra. Sekali ja pon. Sekarang tak pasti wujud lagi ke tak salon clepatra tuh. Sebab dah lama tak pegi memanjakan diri di salon kan. Kesian3...

Tahukah korang yang resdung nie adalah sejenis penyakit yang bernama sinusitis. Haa tu nama saintifik dia lah kan. Nampak macam penyakit biasa tetapi jika dibiarkan ianya sangat berbahaya. Makan dalam tu!

Mengikut pengalaman member seopis saya nie. Lelaki yer bukan perrempuan. Muka elok tak da jerawat semua tapi disahkan doktor ada resdung yang sangat kuat. Aritu dia sakit. Masuk hospital KPJ, Shah Alam. Koma beberapa hari kena jangkitan otak. Saya pernah cerita kat blog nie. Ok lepas tu kan doktor dapat detect dia ada resdung so doktor buat operation untuk buang segala lendir yang ada tuh.

Menakutkan yer tak??? yelah sebab dia pon tak tahu dia ada resdung... haa bagi kita yang dah ada resdung tapi buat2 tak tahu nie sangat bahayalah kan.



Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.




 Mencegah lebih baik daripada mengubati... jom elak sekarang! 

"Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus."



Jangan risau shaklee ada penyelesaianya... set resdung shaklee sebagai rawatan untuk penyakit resdung. Terdiri daripada B complex, Vitamin C dan Alfalfa.

Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.


Jangan bertangguh lagi..jangan biar sampai melarat ke otak baru nak menyesal. Bukan nak menakutkan korang tapi berdasarkan pengalaman rakan sekerja.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma.

012-5417451
jivebumz@yahoo.com

yang ikhlas,

-mama comel dan cute-


Wednesday, May 21, 2014

Family Vacation : 2D1N di Cameron Highlands

 Bismillah....

Bermulanya percutian singkat kami 2d1n di Cameron Highlands pada 11-12 Mei lepas sempena cuti hari wesak. Plan lebih kurang sebulan jugak la alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 

Pagi Ahad kami bertolak ke simpang pulai. Melalui simpang pulai naik ke cameron. Bebudak sedang lena diulit intan kami angkut aje. Mandi dekat rnr rawang sana.

Malam tu kemain lewat lagi dorang tido jangan harap la nak bangun awal pagi sudahnya terpaksa mengangkat dorang masuk dalam kereta berdesup ke highway.

my driver...sayang...


 Time nie esya dan sara dah wangi2 mandi di rnr rawang. Tengok seronok melayan cerita Frozen dia tuh sambil menyanyi riang. Ate nak bercuti kan.

Singgah makan di hentian rehat Tapah. Tempat rehat yang paling best di highway utara-selatan. Lepak di restoran tu dia paktam namanya. Best lepak sini berbanding tempat makan biasa tu. Sebab tempat dia agak cool sesuai la ngan kita yang bawak budak kecik nie kan.





 Pekena roti bakar pak tam. Sedap baq hang! kalo kat kg aku kami panggil roti benggali. Sebab roti nie hanya benggali roti yang jual.



 Hampir dua jam juga kami di tapah. Lepas kenyang makan dan solat semua kami pon bertolak ke cameron. Yahuuuu! exsaited ko dah lama tak jejak kaki ke sana. Last masa zaman sekolah dulu kot.



Sesampainya di homestay... ye inilah homestay yang kami sewa selama 1 malam. Nie depan rumah yer uols. Ada gazebo lagi tau. Boleh lepak santai makan2 kat situ. Best!!! Ok tengok halaman rumah dulu yer kawan2... rumah kejap lagi keluar haha.


 nie masa sesampainya di cameron... hujan ler pulok.. singgah melawat kawasan.



Beli jagung uolsss haha. Jagung kaler putih. Sedap gila manis wei! makan berebut. Beli satu jer huhuhu.

Dipendekkan cerita, malam tu keluar makan kat luar. Pegi pekan tanah rata. Round punya round akhirnya singgah makan kedai mamu ismail. Mamak jer.. tak puas mamak kl pegi mamak cameron pulok kata mak mertuaku haha.
adik ipar saya dan isteri... anaknya dah selamat malam (tido) dah dipangkuan...

my adik2 ipar... yang paling exsaited nak pegi bercuti haha.

Sorilah uols gambar berterabur skit.. banyak gambar daripada caption. Lagipon korang nak tengok gambar je pon kan.
Aryan, Sara dan Esya.. sepupu
My twin..my gegirl... suka gila dapat bunga.. peminat bunga ropenya.. mujur dekat depat rumah jer.
Yesss... nindia homestay kami!!! amacam cantik tak? Ada dua bilik. Kitorang tido luar jer kat depan ruang tamu tu. Bagi bilik pada mak ayah dan adik2.

Okla muat je untuk kitorang sekeluarga. Dekat atas tu ada loteng. Tangga dia kemain curam lagi. Tapi ku tak berani tido atas. Takut anak2 main tangga.

Ah tetiba gamba makan pulak... sori uols malas dah nak alihkan...

#ilaizatfamily
 
Mama dan babah in law

Ok nie kitorang barbeque kat sana. Jenuh nak hidupkan api sebab tak bawak starter. Dekat sejam jugak la pon. Alhamdulillah dengan adanya 4 orang hero malaya nie dapat la kami makan kambing bako hehehe.

Pemandangan waktu pagi keesokkannya... cantik tau.. tenang aje.. masa time kami 3 branak blom mandi... sejukkkk angat... Aku letak la gambo nie dalam fb.. adikku komen.. macam sejuk sangat jer pakai sweater tuh! cisss dia tak tau sejuk tahap 20 darjah celcius tau! haha jeles lettew

Posing..posing.. peminat bunga lah kan.. asek nak pose dengan bunga jelah...

nie pulak petang nya.. pegi cameron valley bharat teh. Sampai aje hujan pun turun. Lari masuk lepak dalam nie sambil pekena teh tarik rm 3.50 secawan. Rasa teh sama jer macam teh tarik kedai mamak. Tapi sebab kaulitinya sebab itulah mahal harga aku rasa.

Me n nurul.. my biras..
hijau.. ketenangan... ai like!!!! 100x

esya mengepow mama dia blueberi kek... rm8 sepotong.. seb baik sedap... mama tolong settlekan hehe

Lepas kenyang mengetah cadangnya nak pegi jalan2 kan... sekali tu hujan turun dengna lebatnya...huhuhu makanya beginilah pengakhiran percutian kami. Dah ko nak kemana kalo hujan cam gini bawak budak kecik pulak tu. Ok tak pa ku pasrah.... 


Balik ke homestay.. kemas2 mau pulang sudah...

Balik singgah kea farm memborong sayuran segar. Murah2 jugak... beli paket2... amek 10 paket rm10.. murah gilaaa
itu saje... kisah percutian kami... simple kan...2 hari satu malam dan hujan... nasib ada barbeque penyelamat.. dapat makan kedai mamak.. ermmm tu je yang penting anak2 hepi.. mak bosan tak ape.. tak penting pon kan.. lain tahun ada umur pegi lagi...

Ok sapa nak contact nombor homestay tu?
Meh sini meh

Homestay Encik Zainodin 019-5768480
Tempat : Kampung Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands



Sekian dulu daripada,

-Mama hati gembira berbunga riang-

Tuesday, May 20, 2014

Herb-lax shaklee untuk detox


Entry kali nie saya nak cerita pasal herbalax. Sebenarnya baru 4 kali telan herbalax uolss.. haha exsaited ko nak cerita kan. Oklah mai saya kenalkan dulu apa benda herbalax nih.
 


Herbalax lebih dikenali sebagai detox. Kalau dah terover makan tuh boleh la telan herbalax cepat2. Apa itu detox?

"Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum."



Kali pertama telan herbalax nie saya blom rasa perubahan apa2 pon. Tetapi selepas pengambilan kali ke tiga tu diaaa habaq hang! dia punya detox hahaha... lega membuang. Rasa macam habis semua telah dibuang dengan jayanya. 
Saya amalkan 2 hari sekali. Telan 4 biji sebelum tido. Esok pagi2 tu dah memerut. Sangat sesuai untuk yang berada di dalam pantang. Kan susah nak membuang. Yang nak kuruskan padan nak kempiskan perut dialu-alukan.
Sekarang saya tak rasa risau lagi. Makan jer apa yang nak dimakan tapi sebelum tido wajib telan herbalax. Kalau rasa nak tau macam mana penangan herbalax anda patut cuba satu. Insyaallah masalah sembelit anda dapat diatasi.

Mari kita baca testimoni dibawah:-


"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam..."
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"


Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen



Pertanyaan & konsultasi berkaitan produk boleh hubungi saya:-
ila kamilah
012-5417451

-Your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam, Selangor-

Friday, May 2, 2014

Mealshakes untuk anak-anak saya..terbaik!


 Assalammualaikum semua....

Selamat datang Mei... Selamat datang Rejab!

Yer rasa sekejap masa berlalu meninggalkan kita.. tup tup dah menghampiri setengah tahun... ini tak boleh jadi! Semakin kita leka semakin kita akan ditinggalkan ke belakang.. ok saya nak bangkit dari tido yang lena.. saya nak keluar dari zon selesa... fuh fuh fuh semangat!!!

Ahaaa itu selingan... ni nak habaq mai kat semua... pasal meal shakes. Anda pernah dengar atau terbaca pasal mealshakes??? ok nie saya kopikan daripada web shaklee. Sila baca sat sebelum saya terangkan lebih lanjut.. eh nak bersaya pulak lah... lebih sopan gitu :)



Meal Shakes
A delicious, nutritious, convenient meal the whole family will love:
•    A nutritious instant breakfast
•    A delicious, inexpensive meal in a hurry
•    An instant meal for athletes
•    A delectable snack any time of day
•    An ideal meal low in cholesterol, fat and sodium.

Shaklee Meal Shakes is a source of protein with added vitamins and minerals. It provides balanced proportions of each of the nine amino acids that are essential for your body, and therefore must be present in the diet for proper growth and maintenance.  In fact, Shaklee Meal Shakes contains all the amino acids naturally present in protein including the essential and non-essential amino acids.

KENAPA Mealshakes penting untuk ANDA???


Saya dah start bagi meal shakes pada anak sulung saya semasa berusia 2 tahun lagi. Pada mulanya susah juga dia nak terima. Maklumlah peminat susu dugro tegar selepas susu mama dia. Tapi ku cuba juga beri dia. Alahmadulillah perlahan-lahan dia boleh terima. Sebab rasa vanilla mealshakes tu memang buat budak tak boleh tolak. Saya sendiri pon tak boleh tolak wooo... sedap sangat!

Tak percaya? hai la cuba pasti tak rugi.. pelaburan yang baik untuk kesihatan anak-anak kot. Dulu Esya badan kurus, lembik now dah nampak tegap. Maklumlah makan pon dah berselera kan. Demam pon dah jarang. Tiada sembelit. Tiada parut (dulu pernah kene campak).

Insyaallah akan diteruskan. Benda yang baik patut diteruskan ye tak? Tak kan dengan anak pon nak berkira. Setin untuk 2 orang anak boleh bertahan selama 2 bulan.. ohoo jimatnya. Campur dengan susu dorang pasti suka.

Sara: Eh apasal kakak aku nie bambam sangat ar?

Anak sihat ibu gembira.. tak gitu? saya nie bukan apa.. apa yang terbaik untuk anak insyaallah akan cuba diberikan. Mana larat tengok anak demam tiap-tiap bulan. Kalau meal shakes dapat bantu apalah salahnya kita beri.

Antara vitamin yang terkandung dalam mealshakes adalah...

Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic,  Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc..

Sekian...

ikhlas daripada,
mama yang comel :)

-Your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam, Selangor-






Friday, April 11, 2014

Kami dan props for photobooth

 Haaaluuuuuuuuuuuuuuuu semua!

Masih ingatkan kalian pada diri... jivebumz a.k.a kak kem.. dah lama gilaa menyepikan diri gitu. Dulu bukan main tegar ko ya... ahhhh biasalah itu semua faktor usia.. doakan saya kan kembali aktif ya! hehe

Ok hari nie dekat opis saya ada buat makan2 sket sempena besday staf bulan januari, februari dan juga mac. Celebrate sekali harung katakan. Dan kami di unit ict ditugaskan untuk membuat kejutan kepada staff

Apa yang kami buat yelah order kek yang sedap2 dan buat props untuk dorang berselfie. Sekarang kan trend sangat #selfie tu kan sebab tu kitorang buat props nih. Banyak gilerr boleh buat sewa kot lepas event nih. Sapa nak pinjam 2 singgit na... haha lawak jaa


 Teamwork saya... #selfie bersama #monopod

Monopod nih budak opis saya jual.. so pinjam la kejap kan.. hehe bukan beli tapi pinjam... heee teruk betul kan?

 
 Semalam memang tak buat keja pon sebab nak settlekan program pagi nie... nampak macam simple tapi macam nie lah kitorang... buat keja adhoc manjang.. mak ok jer.. suka la daripada dok stress pk kan keja tak siap baik kita hepi2 gitu. Betui tak??

 Lebih nak menunjuk kepada gambar sebenarnya... haha layankan ajelah yer...



 ini gambar pagi nie... yang atas tu semua gambar semalam dan kemarin...hepi dapat tengok staff semua sebok nak #selfie hahaha
  my bos yang pegang kertas keep calm & love pink tu! dia punya idea lah semua nie.. pink lover bos i tu!

Ok yang ini kembar saya... ramai cakap kitorang nie adik beradik... nampak sama tag mana pon tak tau.. layankan ajelah yer

dah habis gambar untuk hari ini... sekian...
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site