Seorang anak muda berambut panjang separas pinggang, rambutnya dikaler berbelang hitam dan kuning dan diikat rapi. Berbaju T sendat dan berseluar jeans ketat yg koyak di kepala lutut. Anak muda ini memimpin bapanya yg tua dan agak terketar-ketar ketika melangkah masuk ke dalam bank. Si anak mendudukkan ayah di kerusi sementara menunggu giliran untuk memasukkan duit ke dalam akaun.
Selesai urusan si anak memimpin ayah dengan sabar keluar dari bank menuju ke kereta yg terletak agak jauh. Beberapa kali mereka berhenti di tepi jalan kerana si ayah mencungap kepenatan namun anak muda itu tetap memegang erat bahu ayahnya sambil menguntum senyum.
Situasi 2
Seorang anak muda segak berbaju lengan panjang dan bertali leher masuk ke dalam bank yg sama. Membawa beberapa keping not 100 dan terus menuju ke kaunter.
Anak muda : Saya nak buat payment.
Org bank : Errr, cik kena ambik no.
Anak muda : Takkan nak buat payment sikit pun nak kena ambik no.
Org bank : Maaf cik, semua orang kena ambik no, depan ni semua ada no giliran.
Anak muda : LANCAU la lu, ingat aku takleh pegi bank lain ke? Menumbuk kaunter sambil berlalu dengan muka yg garang.
Aku, terkebil-kebil memerhatikan lagak 2 orang pemuda ini. Mat rock tadi punya ler selekeh tapi berbudi bahasa tapi mat smart ni nampak saja cantik di luar tapi di dalamnya teruk. Bak kata Siti Nurhaliza "Luar napok comeyy, tapi dale abih kuca lember".