Ingin menyertai kelas? Isi form ini

Name:
Email Address:
FB
Phone No
Lokasi Anda
Ingin Menyertai Kelas Di Lokasi Mana?

Form provided by Freedback.
Sila BACA syarat dan Silibus kelas. serius sahaja isi Form ini, JANGAN buang masa Anda dan masa SAYA.

Isnin, 11 Januari 2010

Kelas di Putrajaya dan Cheras



Bagi mereka yang belum mendaftar masih belum terlewat untuk memasuki kelas Langsir dan juga tudung ini.


Tarikh : 16hb January 2010
Lokasi : Putrajaya, Persint 8 (dewan sebelah Pasar)
Bermula : 9.30 pagi sehingga 2.30petang.
Fees : Rm 450
Pendaftaran Rm50

Kelas Tudung pd 2.30ptg.
Fees rm50 -- Wajib bawa seorang Rakan yang ingin belajar.




Tarikh : 17hb January 2010
LOkasi : Bandar tasik selatan ( refer map sebelah kanan)
Bermula: 9.30pg sehingga 2.30petang
Fees : Rm450
Pendaftaran RM50

Kelas Tudung 2.30petang
Fees Rm50 --- Wajib bawa seorang rakan yang ingin belajar.


Selasa, 5 Januari 2010

Kelas Langsir dan Tudung di Ipoh


Pada 9hb Januari 2010,
Kelas Langsir dah tudung akan di adakan Megoplex billion tingkat 3,
Kelas bermula pada 9.30pagi.


Perserta di kehendaki membawa
-Pembaris L
- Gunting
- Calculator
- Jarum Peniti
- 4Meter tape langsir putih ( bg peserta kelas Langsir sahaja)


Pendaftaran masih di buka.

pada yang berminat boleh mendaftar rm50, dah baki yuran boleh di jelaskan pada 9hb january nanti.

Acc pembayaran boleh di pilih di sebelah kanan blog ini.



Berikut antara Testimoni peserta yang telah mengikuti kelas jahitan ini.


** Terima Kasih, kejap aje jahit langsir tadi, Nanti kalo akak buat kelas romand blind kat cni bagi tau ya, taun depan boleh kumpul budget. TQ ----- Hafiza Putrajaya.


**Akak dulu saya pernah belajar manik dengan akak, dan saya masih ambil tempahan manik sekarang. Saya harap bila saya masuk kelas langsir nanti saya akan ambil tempahan langsir pula.---- Azna Ipoh.


**seronok gi kelas roman blind ari tu...tak sgka semudah itu jahitnya...thanks kak ina atas ilmu yg diberi....mmg rugila sapa yg tak belaja paten RB tu :)--- Najjah Sepang.


**Kak, kelas langsir memang best, rupanya senang je jahit langsir ye. Tq kak sebab ilmu yang akak trunkan lia dpt belajar teknik2 jahit langsir yg canggih2. Ade rezeki nak join kelas ke 3 plak.---Lia Ipoh.


**komen saya setulus hati...asalnya saya ni zero bab jahit langsir ni...tapi teringin nak belajar sbb minat menjahit...ternampak iklan kelas langsir online kak ina ni.... sajala nak join kan...saya dari tak tau apa2 skrg dah bykla design yg saya da blajar...rupa2nya senang...byk tips dan trick yg saya dpt...tak rugi join kursus langsir ni berbanding beli buku langsir yg tak tentu boleh faham tu......memandangkan kerja full time, so teringinla nak ambil kelas online dgn kak ina boleh suit dgn time free saya...alhamdulillah walaupun secara online, kak ina byk bantu saya dari segi penyediaan nota dan contoh sebenar, siap dgn kain utk latihan dibuat langsir..sgt rasa berbaloi...kak ina pun rajin online dan membls setiap sms saya kalu saya masih tak faham ttg sesuatu...apapun servis kak ina mmg best... thanks a lot :) --- Subang jaya Radziah.

Isnin, 28 Disember 2009

Salam tahun Baru




Rasanya blom terlewat mengucapkan tahun baru Ma'al Hijrah dan selamat tahun baru 2010 yang bakal menjelma.

Ribuan terima kasih pada yang telah mengikuti kelas jahitan saya. Di harap Ilmu yang di pelajari akan memberi manfaat buat kalian. Sering kali saya katakan disini, 'Cekgu terbaik adalah pengalaman sendiri". Ini kerana setelah ilmu diberi dan telah di beri tunjuk ajar. Di harap dapatlah di parktikkan ilmu tersebut. Di tambah dengan minat, maka lebih cepat untuk dipelajari. Tujuan mencari ilmu adalah untuk menambah keyakinan diri serta menghasilkan hasil jahitan cantik.

Di harap kedatangan tahun baru dengan azam baru, dapat memberi ruang dah peluang diri sendiri untuk mengubah sesuatu dalam hidup, Bak kata pepatah "hanya diri sendiri dapat mengubah nasib sendiri". Insyaallah dengan usha yang tak pernah padam, serta minat yang mendalam, tak mustahil untuk kita menjadi mahir dalam bidang ini.

Selamat menceburkan diri di bidang jahitan.

Rabu, 16 Disember 2009

Tips menjahit Langsir

Sering kali pertanyaan didalam kelas Langsir saya,
"mengapa jahitan saya senget sedangkan saya telah meletakkan jarum peniti?? "

Disini saya berikan sedikit tips untuk para peminat langsir semua. dah tips ini juga boleh diguna pakai dalam menjahit apa pun, sedari baju, cadar, kusyen dan sebagainya.
semoga tips ringkas ini memberi manfaat buat semua.


Pin kan bahagian yang ingin dijahit seperti gambar diatas.


Mulakan langkah menjahit seperti biasa, dan jangan lupa laraskan mata jahitan lebih besar dari mata jahitan menjahit pakaian.


Tanpa membuka jarum peniti anda, teruskan menjahit dengan melanggar jarum peniti yang telah di pinkan tadi.

Selesai jahitan tanpa membuka pin peniti.


Siap, hasilnya... Langsir anda tidak senget lagi setelah bersusah payah meletakkan jarum peniti.


Tips
- Jarum di letakkan menegak. (lihat gambar)
- Mata jahitan lebih besar untuk langsir
- Apabila menjahit tidak membuka pin, teruskan menjahit, langgar jarum peniti.
- Tak patah jarum ke? tak patah, sebab kedudukan menegak.
SeLaMaT MenCuBa....

Jumaat, 4 Disember 2009

Coming soon Kelas di Johor Dan Sabah

Salam buat semua,
Insyaallah saya akan buat kelas Langsir di Johor dan Sabah.
Jadi pada mereka2 yang sebelum ini bertanyakan kelas di lokasi saya nyatakan boleh lah mendaftarkan diri.

Seperti biasa saya update tarikhnya disini,

Jadual kelas 27hb Disember 09
di Johor lokasi di Hotel seri malaysia Johor Bharu.



Kelas langsir rm480
bermula 9.30pagi.
kelas petang Romand blind rm400
mula 2.30 Petang.

Di sabah pula di Dewan perniagaan Melayu kota Kinabalu.
pada 20hb Disember 09.




kelas langsir rm580
bermula 9.30pagi
petang kelas romand Blind rm400
bermula 2.30petang.

## mengapa yuran berbeza, adalah faktor jarak lokasi. harap maklum.


Selasa, 1 Disember 2009

Perubahan jadual kelas, Di Ipoh.


kelas sulam riben dan tudung akan diadakan di Ipoh pada hari ahad. Bertempat di megoplex billion Ipoh.
6hb Disember 09.
kelas sulam riben rm180 bermula 9.30pagi,
dan kelas tudung rm50 (syarat wajib lihat sebelah kanan) bermula pada pukol 2.00petang.


pada yang berminat boleh booked tempat sekarang.

Isnin, 16 November 2009

Kelas Tudung




Gambar tudung yang telah di touch up.
dengan bunga sulam tangan.



Atas permintaan dan pertanyaan yang sentiasa tak putus2,
saya membuka kelas menjahit tudung.

Fees rm50 sahaja.
syarat - Bawa seorang Rakan

kandungan Kelas Tudung ialah
- belajar 2 jenis tudung, tudung buterfly (Bahagian di jahit hadapan di letakkan atas bahu) dan tudung biasa (bahagan jahit di hadapan) saiz M.
-Pola diberi untuk 2 paten ini.
- Awning disediakan
-Teknik potong dan jahit siap.
-Bawa balik 2 jenis tudung.

Peralatan yang perlu dibawa.
1. Gunting
2. Jarum Peniti
3. 2 Meter kain jersy tudung ( boleh request utk sy belikan)

Kelas terdekat di

Putrajaya
22hb November 09 - pukul 2.30 petang di Persint 8 (dewan serbaguna sebelah pasar)

Ipoh
24hb November 09 - di Megoplex ipoh ( atas billion)

Pulau Pinang
29hb November 09 - pukul 2.30 petang di kompleks sukan Batu Uban ( depan USM)

Taiping, Perak.
di bukan setiap hari with booking date.

Sabtu, 7 November 2009

Diskaun kelas November dan Disember.



Diskaun diberikan untuk penyertaan pada bulan November dan Disember.
Kelas langsir rm500, Kini rm450.
Kelas sulam Riben rm200, Kini rm180.
Kelas sulam Manik rm200, Kini rm180.

Terhad kepada 10 orang satu kelas.

Tutorial sulam manik

Tutorial membuat Sulam Manik bunga Melur


-Masukkan sebiji manik bulat untuk dijadikan tapak kelopaknya nanti.


-Masukkan sequin berselang, bersaiz kecil dan besar serta sebiji manik. lihat gambar dengan
jelas.


- Ulang langkah diatas hingga membentuk 5 kelopak.


-Contoh ulangan.

-Lakukan ulangan ini mengikut bilangan bunga melur kesukaan anda.


=== Siapp. selamat mencuba.

Jumaat, 6 November 2009

Kelas November dan Disember



Kelas Langsir, Sulam manik Dan Sulam Riben untuk November telah di update di bawah, lihat posting yang terdahulu.

manakala kelas yang bakal berlangsung pada Disember 09 akan di update kemudian.
Bagi mereka yang beminat boleh menghubungi saya.

Lokasi Kelas Ada di beberapa tempat seperti=====

1. Taiping, Perak

2. Ipoh Perak ( Megoplex billion)

3. Penang (batu uban dan seberang Prai-dewan dato haji Ahmad Badawi)

4. Subang jaya ( 3k sports- lihat map)

5. Bandar tasik selatan (lihat Map)

6. Putrajaya - Presint 8. dewan serbaguna sebelah Pasar

7. Kelantan - Kompleks sukan Panji (depan JPJ kota Bharu)

Kelas Langsir merangkumi, Asas dah lanjutan RM500, 12 Paten ,
juga terdapat kelas lanjutan Romand Blind RM400.

Bagi yang berminat boleh lah mendaftar rm50, sebagai bukti anda berminat dan serius untuk menyertai kelas ini. Terhad kepada 10 orang yang mendaftar.

Kelas meliputi teori dan juga praktikal. Anda akan membawa pulang hasil jahitan anda. Nota dan kain untuk langsir akan disediakan. Apa yang perlu anda bawa adalah
=Pembaris L
=Calculator
=Gunting
=Jarum peniti
=Tape langsir 4meter.


bagi kelas manik dan sulam riben.
setiap satu kelas berharga RM200
Termasuk bahan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails