Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

Showing posts with label humidifier of the day. Show all posts

08 January 2015

Rintangan arus kehidupan..Banjir besar 2015 yang tak terhalang.

RINTANGAN ARUS KEHIDUPAN

It is not easy...
and when you are tested with hardship,
you will know it is difficult to apply.

Mungkin jika tiada sabar,
saya sudah menyalahkan takdir..

Susah utk terima perkara buruk yg berlaku,
 tp cubalah untuk bersabar,
bukan sewaktu mengalami dugaan besar sahaja.

Setiap hari akan ada waktu kita tidak puas hati dngn keadaan.
Dan ketika itu sabarlah menghadapi situasi.
Bila kita selalu sabar dan memaafkan (dan mungkin perlu selalu mengalah),
tidak mustahil hati akan terlatih untuk bersabar
dan bersedia untuk menghadapi dugaan yang lebih berat.

Alhamdulillah..
sy jumpa jalan tarbiyyah sebelum mengalami dugaan berat.
Itulah salah satu sumber kesabaran.

BANJIR BESAR  2015 YANG TAK TERHALANG

Semenjak dua menjak ni memang keje update pasal banjir di Pantai Timur
Kuasa Allah tiada terhalang.
Allah nak uji.
Allah bagi kesusahan bukan semata-mata bermaksud Allah bagi bala.
Ingat, Nabi pun Allah uji.

Sekarang memang selalu terfikir-fikir kesusahan mereka, emosi mereka.
Yelah, saya pernah hilang nikmat besar.
Saya tahu macamana perasaan tu.

Tapi saya kagum dengan mereka yang diuji.
Masih mampu tersenyum.
Ya, Allah tahu mereka mampu hadapi ujian tu.

Sekarang ialah fasa pembersihan 
Juga fasa  teruskan hidup dngn keperluan asas yg terhad
Teruk..memang teruk kesan banjir.
Sedih T_T
Gambar boleh view dekat page FB Warga Prihatin.

Jom mudahkan urusan mereka! ^_^
Boleh menderma SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR melalui NGO2 seperti berikut:

Akaun Maybank 5621 4240 5154

Akaun CIMB Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek 8600-56-3331
Akaun Maybank Norazila Abdul Aziz 5127-7250-1950

Ni untuk projek pembangunan semula rumah. Boleh telefon nombor tertera.

Akaun Maybank: 5644 9041 3882
Akaun Bank Islam: 140 140101 47470
Akaun Bank Muamalat: 4010 0076 54717
Akaun RHB: 26 2120 0000 4747

Akaun Maybank 5621 4270 8704
Akaun Affin Bank 10 671 000278 4
Akaun Bank Islam 12 029 01 006564 3
Akaun Bank Rakyat 11080 10000 35
Akaun CIMB 8602 0738 18

Bank Muamalat 14030002540719

Rumah Pengasih Warga Prihatin
Diorang sedang plan untuk buat proses pemulihan skala besar.
Memerlukan dana yang besar juga.
Akaun Maybank 562021607398/ 562021611721

Orang kuat aktiviti sukarelawan menolong mangsa banjir 
Sangat kuat semangat walaupun kurang upaya.
Akaun Maybank 5130 4105 0271

Ok..Selamat Beramal.
Jangan lupa inform kat penerima if ada menderma sebab kadang2 mereka takut nak guna duit yg xtau dr mana.

10 December 2014

PLANNER 2015 ISLAMIC VERSION

New post.again.

^_^

Actually..minggu ni memang nak habiskan draft2 blog yang terbengkalai.
Nak sngt cerita psl penyakit Afiyah.
Dah tertulis dah.
Harap jika ada yg cari info pasal tu, dapat sikit dari blog ni.
---------------------------------------------------------------------------
Last week was CFX ANSYS Start Again Week.
Setelah sebulan lebih berehat.
(Lebih2 lagi tak daftar sem ni.)
Try run CFX tp hasilnya xmemberansangkan.
masih perlu improve mesh quality.
Entah kali ke berapa.
-----------------------------------------------------------------------
So sambil run CFX try completekan design planner utk diri sendiri
Entah kenapa sejak mengandungkan Afiyah tahun lepas
Jadi suka design planner ni.
Dan mungkin terikut aura kak fizah pemilik blog susunatursioca.blogspot.com
Oh..dia PhD candidate juga..tp dia dah maju ke depan
Aku ni still la menapak2.
Sementara aku cuti ni memang banyak usha page design2 n organize rumah
Lagipon teringat dulu time hujung tahun 2013..
Aku semangat buat planner 2014..
Semangat nak sambut Afiyah n jaga dia sambil belajar.
Tapi lepas bersalin hujung bulan 5,
planner tak guna pon sebab waktu memang banyak kat Afiyah je.
Lagipun..sedih tengok harapan2 yg ada dalam tu.
Tp kita akan rasa suka buat benda bersama org trsayang.
Detik2 design planner aku ulang sambil ingat Afiyah.
----------------------------------------------------------------------
Sebenarnya kalendar biasa je.
cuma tambah ayat2 Alquran dan hadis Rasulullah untuk motivasi diri.
Tambah detail reminder untuk aktiviti pagi, petang dan malam setiap hari.
Tambah ruang untuk planning islamic activities.
Tambah budget planning yg sesuai utk diriku.
Tambah menu planning and groceries untuk senang masak.
Dan hasilnya..

Untuk setiap bulan ada ayat Alquran dan hadith Rasulullah s.a.w untuk motivasi,
ada juga yg bertepatan dngn bulan Islam

Ruang reminder untuk setiap hari, setiap slot pagi, petang & malam.
Sesuai untuk yang banyak tanggungjawab sampai ke malam.
Cth: yg bawak usrah/ bnyk meeting persatuan

ni untuk improve diri sendiri setiap bulan. Ibadah kita perlu evaluation juga. ye

Ruang untuk cek hafalan ayat Quran yang selalunya susah nak buat kalau takde proper management

Checklist untuk bayaran2 yang perlu diuruskan.Selalu husband tanya dah bayar ke belom bil ni bil tu. 

Rumusan kewangan setiap bulan. Sebab selalu kira2 dah berapa ringgit habis untuk bulan ni..Tapi tak catat.

Ruang untuk nota..If pergi majlis ilmu dah siap sedia nak catat.

Sebenarnya warna dia tak macam kat atas ni. 
Entah kenapa jadi kusam.
And sebenarnya tak print and bind lagi.
Minggu ni InsyaAllah habiskan.

Alhamdulillah selesai juga benda ni..
Kalau tak asyik terfikir2 je.

Thank you to these blogs for sharing ideas

DIYHSHP blog..Really awesome

Creative borders from

the 3am teacher
and
 
compilation of creative art source
--------------------------------------------------------------------------------------------

So..lepas settle benda design2
Bolehla proceed for simulation things.
Harap Allah mudahkan urusan.

02 October 2014

Rindu dua Amna..Rindu itu indah

Sudah 14 hari selepas ketiadaan Afiyah

Sangat terasa perbezaannya

kekadang kami suami isteri tergelak mengenangkan perilakunya yang comel
kekadang kami menangis bersama bila sedih terkenang ketiadaan afiyah
kekadang kami imbau-imbau saat di hospital menjaga afiyah
kekadang kami view gambar yang hanya beberapa..alhamdulillah ada juga gambar afiyah
kekadang kami senyum bersama mengenang saat afiyah buka mata dan beri respond apa yg kami buat
kekadang kami ke kubur si kakak dan adik yang selang satu kubur..sekejap di safiyya sekejap di afiyah

kekadang aku sengaja buat2 kemas barang afiyah..bayangkan afiyah pakai semua barang tu
Tapi..yang afiyah sempat pakai hanyalah socks, topi, baby oil, lotion, baby bath sikit, nappy rash.baby oil la yg paling bnyk pakai tp xsmpai habis sebotol afiyah da pergi..
Di syurga sana..mereka berdua pasti memakai baju yg terlebih cantik.
Ummi ambil guna ye afiyah lepas ni.macam dulu ummi gune brng kakak jgk.
Teringat ketika aku beria menyusun brng2 baby safiyya sebelum adiknya keluar..
Teringat ketika aku beria menyusun baju afiyah supaya abahnye senang untuk cari.
Dah memang ketetapan..barang baby yg tersedia belum hendak diusik.
Sementara tunggu tuannye ade..bg orang sikit2..
Yang lain2 biar di situ saje.InsyaAllah akan dipakai juga nanti
Susu aku untuk Afiyah ade 4 bekas lagi..sebab mengharap yg dia akan balik..aku simpan sikit susu tu.
Mungkin bagi pada anak buah lepas ni.

Kalau petang2 tu rasa mcm nak pergi hospital
Tapi setelah kami melawat PICU HSA BR2 balik hari tu untuk uruskan sijil kematian, da dpt terima yang afiyah da xde kat katil no. 5 tu. Da diganti dngn kanak2 lain.
Terkadang trngiang bunyi machine oxymeter..menandakan peratus oxyigen rendah.
Tapi dulu kat NICU HSA A4..Oxigen Afiyah excellent dngn nasal pronge ^_^
Tp after 25hb Ogos..hujung2 Syawal tu..oxygen Afiyah semakin berkurang

Kenangan terindah di hospital adalah semasa aku duduk bermalam di wad A2, dapat jaga Afiyah sendiri dibantu oleh nurse2.waktu tu Afiyah dikatakan sedang tunggu discaj, mak Afiyah kena belajar jaga dia.
Seronok sngt..Walaupun duduk di wad tu selama seminggu sngt tak selesa dan stress sebab tengok baby2 lain yg lebih sihat dr Afiyah
Dapat dukung Afiyah..tunjuk pokok kt dia..mandikan dia..bedungkan dia.Pujuk dia nangis..
Bagi susu pakai tube, sedut lendir dan kahak guna suction machine.bagi ubat ikut schedule.salinkan pampers..waktu tu Afiyah berak banyak..hii..
Alhamdulillah dapat jugak aku jaga seminggu.mungkin ibu lain rasa biasa dengan benda tu.
Tapi kami ni yg setia menanti anak balik rumah sngt menghargai moment2 tu

Sekarang..pandang saja almary Afiyah buat aku rindu dalam senyuman.
Tapi..saat aku rindu sngt Afiyah ialah waktu lepas solat.
Rindu nak doa supaya paru2 dia kuat dan dia dapat bernafas sendiri.Sekarang Allah dah beri yg terbaik untuk dia.
Waktu lepas solat.. waktu tu aku berdoa yang kami suami isteri dapat bersama dngn anak2 kami di syurga.InsyaAllah
Dan aku doa supaya Allah gantikan dengan yg lebih baik.
Amin

15 January 2012

bila hatimu mahu

Apabila saya disuap dengan bijiran2 dakwah dan tarbiyah..
Pelbagai perasaan berbaur..
Yalah..siapa yang dapat menyangkal ianya tidak memberikan kebaikan
Malah ianya memberikan kebaikan berganda

Namun.......jujurnya..
Mahu dielak..buruk diri sendiri..
Mahu ditelan..payah diri sendiri
Sememangnya manusia sering memilih jalan yang mudah
Allah pun maklumkan fakta ini dalam Al-Balad..
Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.(Al-Balad:11)
Yalah..siapa yang lebih kenal manusia daripada penciptanya??

Suapan dakwah dan tarbiyah..
Dielak..buruk diri sendiri..ditelan..payah diri sendiri
Aduh..tanggungjawab seorang Muslim itu..
Menyempurnakan haq Syahadahnya...
Mempaparkan dan menyebarkan Islam.
Pastinya ramai yang terpinga-pinga
Hendak bermula dari manakah?

Kalau mahu diikutkan fitrah manusia
Pastinya telah distatikkan saja diri sendiri
Biarlah baik diri sendiri sahaja
kerana payahnya untuk tinggalkan rasa selesa
Biarlah tersimpan keislaman sendiri
Biarlah dipilih jalan yang paling mudah
Menjadi penekan butang 'share' sahaja sudah cukup

Tapi..........apalah salahnya untuk berusaha lebih sedikit
Berkorban nikmat Allah yang banyak ni...lebih sedikit
Menjadi muslimah dan mu'minah yang lebih baik sedikit
Keluar dari zon 'selesa' sedikit-sedikit
Sambil yakin yang usaha sedikit-sedikit ini lama-lama jadi bukit
Sambil percaya yang pemaksaan diri ini akan menghasilkan ikhlas
Yang sememangnya bukan janji kosong Allah yang
Maha Pencinta hambaNya

Ya..di sana ada jalannya..jika hati betul-betul mahu mencuba
Sungguh..ayat ini adalah pemujuk diri sendiri juga..
Yang masih juga liat untuk bersusah payah
Ah....sungguhlah berjaya jahiliyah memujuk jiwa
Tapi bila telah dihidangkan dengan suapan dakwah dan tarbiyah
Takkanlah kita ini mahu menjadi golongan yang tiada syukur
Bila hati betul-betul mahu mencuba..
Allah beri jalan yang sememangnya bukanlah mudah
Tapi...................sampai bila nak sekat keinginan itu??
Keinginan untuk menjadi hamba dan khalifah Allah dengan menyeluruh
Sampai bila ye......tapi...susah kan?
Ya..Tapi ada jalan yang memudahkan.percayalah!
Kita kan beriman dengan Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang?
Allah pastinya membantu hambaNya dan khalifahNya yang
berusaha untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya...!

Maka di sini..ingin ku ingatkan kembali
Bersyukurlah jika anda orangnya yang terasa ingin sekali berkongi keindahan Islam
Bersyukurlah jika anda orangnya yang terasa ingin sekali menyebarkan Islam
Bersyukurlah jika anda orangnya yang terasa ingin sekali menjadi saksi kepada Islam
Langkahlah ke usaha yang seterusnya..walaupun kelemahan diri masih menyala
Percayalah...dirimu akan mampu...
Kerana Allah takkan membiarkanmu..^_^

Penconteng
-CikFafa-

09 November 2011

Mengasah dan mengasah

Salam..

Lama dah aku xupdate ye Muni!!

[Ok..Nak habaq la yang hidup Cik Fafa macam labih senyap sepanjang menjadi post graduate student.Er..status kat FB pun mcm dah malas nak update. YM xbukak.Kuikui..Konon2 buat perkara penting je kat internet.Tp bukak je FB tu.]

Sebenarnya..entah.Sekarang ni agak malas. Takut benda yg diperkatakan tu tak berfaedah n menjadi salah satu riak..(kot)

Sepanjang hidup menjadi postgraduate student ni, makin xpandai jaga waktu.Sebabnya, xde jadual kelas. (Kecuali 1 kelas wajib) So, Lantak la nak buat ape.Lagipun, makin bnyk kerja yg perlu dibuat. A variety of work. Sebenarnya xboleh salahkan kerja2 tu sebab benda tulah yang membuatkan kita rasa diri dan masa begitu berharga.Kerja tu yang buat kita tak rugi dek kerana masa. Sebab Allah cakap dalam surah Al-Asr, Manusia ni akan larut dalam kerugian dengan berjalannya masa. Kecuali manusia yang 'hidup', yang berpesan kepada kebenaran dan dengan kesabaran. (Doa banyak2 supaya kita dapat berjalan hari2 dengan kebenaran dan kesabaran).

So...xboleh salahkan kerja2 tu. Yang salah sebenarnya kita.Tak pandai jaga masa. Salah kita juga sebab xtau diri kita ni mampu buat kerja tu sampai tahap mana. (apa lah diri sendiri tak kenal).

So untuk hilangkan rasa bersalah pada diri sendiri, Cik Fafa cuba untuk merendahkan tahap kerugian yang ada dengan mencari kebenaran dan kesabaran. Macamana??Pergilah majlis ilmu, buatlah majlis ilmu dan sebarkan majlis ilmu.^_^

Sahabat Anas bin Malik, khadim (pembantu) Rasulullah SAW menyampaikan bahwa Rasulullah SAW bersabda (yang artinya): “Jika kalian melewati kebun(taman) surga maka bersenang-senanglah (di dalamnya)”, sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah kebun surga itu?”, beliau menjawab: “Perkumpulan dzikir” (HR. At Tirmidzi)
Dalam riwayat lain, beliau bersabda: “Majlis-majlis ilmu”.

Al Habib Abdullah bin AlawiAl Haddad berkata:
“Ketahuilah bahwa berkumpul dengan orang yang baik (soleh) akan menanam di dalam hati kecintaan pada kebaikan dan membantunya agar mudah melakukan kebaikan itu. Sebagaimana duduk dan bergaul bersama orang yang jelek akan menanam dalam hati cinta kejelekan (maksiat) dan membuatnya mudah melakukan kejelekan itu. Siapa yang bergaul dengan suatu kaum, maka otomatis akan mencintai mereka. Dan seseorang akan dikumpulkan bersama yang dicintainya di dunia dan akhirat”.
Sekarang ni..sedang dalam proses mengasah diri yang sebenarnya kurang mahir untuk menggerakkan ilmu, juga kurang mahir untuk berpesan. Sebab tu CikFafa xpandai jaga waktu sekarang. Sekarang masih belum stabil sepenuhnya. Sebab tu perlunya sabar dalam benar.^_^So senyum and bahagialah jiwa-jiwa yang menggunakan waktunya dengan kebenaran dan kesabaran. Berkumpullah dengan orang solehah..mungkin kita rasa iman kita tak setanding dia, kita tak sebaik dia, ilmu kita tak setinggi dia, tapi siapalah yang tahu tahap ketaqwaan kita dan manusia lain macamana selain dari Allah..and penilaian Allah lebih berharga dari penilaian manusia.

PEACE....

07 May 2011

Masalah datang tak henti-henti..Dah nama pun manusia..

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

salam...
Pernah tak kita ditimpa pellllbagai masalah..lepas satu ..satu..Mcm sudah jatuh ditimpa tangga then jatuh bnda lain dr atas..(Er..taik burung jatuh dari atas..).Then Pengsan..
Janganlah anggap yang hanya kita seorang je yang pernah kena or sedang diuji sebegitu. Orang lain pun sama. Hidup manusia memang ditakdirkan untuk ada MASALAH. Sengaja Allah nak uji kn? Kita ada 2 pilihan; be positive or negative..
Kalau be positive. Mesti kita akan dapat bersangka baik yg selepas ujian itu adanya ketenangan dan kemanisan. Memang..orang akan fikirkan kita ni too optimistic. But who care. Biarlah kita jadi optimis dengan usaha. Jngn jadi optimis and duduk diam tak buat apa2.
Ada orang..(diri sendiri juga) akan terlepas cakap or marah2 bila dapat masalah. Biasalah..bila marah ni syaitan senang je usik..Kita pun terlayan and mula lah nak salah kan itu salahkan ini..salah kan Allah…(Nauzubillah)..Sebabnya..benda susah siapa suka kan.?
Bersyukur lah..andai kita ditimpa masalah sekalipun…kita masih ingat Allah.. Ada orang..bila ada masalah dia mngadu kat orang lain..makhluk lain..Dah salah tau..Boleh jadi syirik..Kita ada Tuhan..maka perlulah merasakan kita ni hanya ada Allah sebagai tempat mengadu..Orang sekeliling boleh membantu, tetapi siapa yang takdirkan mereka bantu kita? Siapa yang bagi kemudahan kat orang lain untuk bantu kita? Allah jugak kan?^_^
So macamana nak bersangka baik dengan Allah?
Bila ada masalah..lekas2lah tarik nafas..feel the oxygen..Think. Where I got the air from? Who created it..Who created the breathing system..See..! Allah still loves us. Even dia bagi masalah bertimbun pun..Try to compare..
Nikmat yg Dia bg and ujian yg Dia bg..Mana lebih banyak???
Selama 22 tahun hidup, (more or less) pernah tak Dia tinggalkan kita hidup tanpa Nikmat? And think, kita ni tak da ape2 sngt ke yg boleh digunakan untuk selesaikan masalah? Memang tak boleh hadapi sangat ke? From that, kita akan rasa betapa Allah tahu keupayaan kita..Dia nak suruh kita gunakan nikmat yg Dia bg sebaiknya.
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ.....
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…...
[Al-Baqarah:286]
SEE..Siapa yg paling kenal kita? Mestilah Pencipta kita. Yakinlah..Kita mampu.Yakinlah. Dia ada untuk bantu. But then..some says dah doa but His help does not come..Yes..It does not come…yet. Suka hati Dia lah nak tolong bila..Cuba sedar diri yg kita ni just hamba. And then..fikir2 balik..perintah Dia kita takdelah patuhi on time, bila nk sesuatu dari Allah, nak cepat aje…Hm..betapa selama ni kita jadi hamba yg tak malu..
فَبِأَىِّ ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿١٦﴾
“ Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” [Arrahman:16]
Ok..sampai di sini sahaja..
Don’t stop the doa..He always be there..InsyaAllah.^_^
Semoga kita semua mendapat redhaNya..Amin.

24 April 2011

Mari bertenang sejenak

salam..

bulan dugaan..jadi mari menduga diri

Actually setiap hari kita diduga.

Namun kenapa minggu study week,minggu exam..minggu interview..minggu presentation lebih ramai yg sedar dirinya sedang diuji?? Tahu tak..sebenarnya ujian Allah itu selalu ada untuk kita..'kita' yang dengan ikhlas mengaku diri beriman..yg percaya dengan Allah.

"Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried? But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars." (Al-Ankabut:2-3)

...SEE...

Ujian kesenangan selalu Allah bagi..tp kita selalu xnmpk..Allah bagi nikmat, Dia nak uji kita bersyukur ke tidak. Saya mengaku saya selalu kurang bersyukur. Anda bagaimana?

"......Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur" (As-Saba':13)

Mari jalani ujian kesusahan dan kesenangan dengan sabar dan solat.
Disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 45 (yang bermaksud): “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”

One more thing.. try to yakin and bersangka baik dengan Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kita kan dah beriman dengan Allah..^_^
Takkanlah dah beriman tp xde rasa berTuhankan Allah.

Minggu depan saya ada ujian2 :
Presentation Projek Sarjana Muda 25 minit..
Final Small Craft Technology
Ujian menahan diri dari mengingati seseorang..
Ujian nikmat masa yang perlu dibahagi dengan baik
Ujian dapatkn result yg sbnr utk PSM
Ujian mem'push' diri untuk tarbiyah + jauhkan wat dosa

Hm..Banyak kan..
Oh ye..Actually I nnt present result yg kurang benar
But adalah kebenarannya..sikit
Harap2 sy dapat jujur..Berani utk jujur..
Berani untuk menjawab dengan baik..
Hope panel terbuka hati untuk dengar dngn baik dan be considerate
Hm..dapat markah sikit takpela..
Janji apa yg saya buat diredhai Allah

[Hari Jumaat depan nak balik..wee..Dah sebulan xbalik..woo]

-Fafa-

29 October 2010

SOALNYA HATI

29 Oktober 2010

Memang hati manusia sentiasa berbolak balik

Terkadang kita inginkan keseronokan semata

Walau tahu tidak patut pengikut nafsu semata

Terkadang kita tekun membaca naskah agama

Walau tidak pasti akan mengamalkannya

Terkadang kita mengaut isi-isi tazkirah dan nasihat berguna

Namun selepas itu lupa dan leka

Tiada yang boleh mengetahui apa yang terdetik di hati manusia

Selain dirinya dan Tuhan yang Maha Mengetahui

Hati manusia hati yang dimiliki

BerTuhankan Pencipta Yang Maha Menyayangi

Yang pastinya hati itu fitrahnya mengingati Tuhan sendiri

Namun terkadang dinodai oleh nafsu dan dosa

Manjauhkan tuan punya diri dengan Tuhannya Yang Satu

Dan sungguh..hati akan lebih jauh dari PemilikNya

Andai tidak diberikan makanan…..iaitu pengisian

Yang membuatkan seorang hamba mengingati Tuhannya

Ingat Allah nescaya Allah mengingatimu

Sungguh besar kasih sayang Allah pada hambaNya

Dan sungguh besar kenikmatan apabila Allah mengingati kita

Semua yang dilakukan bersama hati yang tenang

Bila ditimpa kegagalan pun akan mampu berlapang dada

Kerana telah dipelihara daripada penyakit hati

Dan sungguh hati ini akan selalu diuji olehNya

Kerana yang Beriman tidak akan terlepas dari ujian

Namun bila diuji kepada Allah jualah tempat kita mengadu dan

Mengharapkan pertolongan

Dan andainya hati kita beransur malap dan kurang cahaya

Pastilah kepada Allah kita meminta

Allah Sang Pemilik Hati

Yang menerangi hati dari kekelaman

Memberi cahaya mengeluarkan dari kegelapan

Dekatkan diri kepadaNya

Nescaya hati kita dipelihara olehNya..=)

20 August 2010

diam2 jatuh cinta

Alhamdulillah
linesplan patrol boat telah disiapkan..
skrg cikfafa ngh mkn..
lapo..td mkn megi je buka.
bnyknye mkcik ni taruk dlm bkas..huhu

sambil makan teringat lagu yg cikfafa dngr dlm bas td
hehe..sweet ke gedik ke..tp cikfafa suka lirik dia..
lagu diam2 jatuh cinta nyanyian rramlah ram
sesuai untuk org sedang jatuh cinta..lalala
nak pos video tenet slow pula..
sesuai dipasang di maklis kahwin..=)

Diam-diam
.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..
Kau buat begitu..

Jeling-jeling.. kau menjeling
Senyumanmu menggoda..
Lama-lama.. dalam diam
Aku jatuh cinta..

Beginikah rasanya
Sakit asmara..
Siang malam gelisah..
Ingin bersama..
http://www.free-lyrics.org

Ku tunggu, ku menanti
Kata cintamu..
Biar senang dihati
Ku disampingmu

Jangan-jangan kau berpura
Sembunyikan hatimu..
Bukan-bukan ku tak tahu
Debar didadamu..

Kita saling sama cinta
Tetapi malu-malu
Diam-diam jadi rindu
Rinduku padamu

Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya

03 August 2010

Layar impian

Assalamualaikum

Terdetik di hati mahu mengkhabarkan pasal first dinner Persatuan Teknomarin yg berlansung pada 31 Julai 2010..

Alhamdulillah, walaupun kelam kabut tapi time program berjalan tetamu2 yang hadir xnmpk kekecohannya.

Semua nengok cm lancar je..tp sebenarnya..yg ajk jela yg tahu..ngeh2

Dinner marine ,MARINIGTH 2010 dibuat di atas kapal Danga Cruise 8..YEla..dah name budak kapal kan..walaupun bayarannya RM 50 utk makanan +equipment sgale..tp berbaloi la kerana cikfafa pon xpena nek kapal yg brgerak..hanyalah nek kapal yg under construction.=)

Tema pada malam itu ialah 'JUST BLUE'...memang semua kebiru-biruan la...tp ada je yg xblue.

Petang tu CIkfafa memang xpuas hati n geram sebab bnyk yg xsiap lagi..CIkfafa just takut jadi mcm PESBACS je..sebab tu cikfafa yg mengecek satu2 benda..sebab xde keje yg specific..huhuhu..and malam tu Cikfafa tiba-tiba jadi MC di atas sebab-sebab yg xdapat dielakkan..Dan sekaligus jadi gadis dulang..

Yang tak sangka time jadi gadis dulang,no cikfafa jd no bertuah..hehe..best2

Memang best la malam tu..sume lawa2 n hensem2..suka cikfafa nengok sume brjln dngn warasnya..walaupun ade bnde yg xdirancang..

Tu je..hehe..saje nk gitau sebab best.!!

29 July 2010

Surah Al-Insyirah

resistance test ialah ujian yg dijalankan untuk mendapatkan rintangan kapal..
inclining test ialah ujian yg dijalankan untuk mengesahkan kestabilan kapal dan menentukan center gravity
Roll decay test ialah ujian yang dijalankan untuk menentukan damping coefficent for rolling motion of ship

Semua ni seperti ada kaitan dengan hidupku sebagai mahasiswi..hehe..yela..hidup sbg student ni kn bnyk rintangan..smpai kdng2 tu kita jadi tak stabil..as known as SENGET..dan kita perlu tahu limit kita untuk mengekalkan kesabaran dan mengelak dari berputus asa apabila mendapat masalah..(roll damping)

Cikfafa sangt suka surah Al-Insyirah yg seperti memujuk kita apabila ada masalah melanda..See..Allah sayang kat kita. Terjemahan ayat bolehlah baca di bawah...

Terjemahan:

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

08 June 2010

sifat wanita

oleh kerana aku tiada kerja..
maka aku mencari pengisian tentang wanita
kerana aku bukanlah wanita yang sempurna.
dipetik dari artikel kt web islam feminis

Terdapat tiga sifat terpuji jika dimiliki oleh perempuan, dan buruk jika dimiliki oleh laki-laki; sombong, penakut dan bakhil (kikir). Apabila seorang perempuan sombong maka ia tidak akan mengizinkan laki-laki asing (non muhrim) memasuki kehidupannya, apabila ia bakhil maka ia dapat menjaga hartanya dan harta suaminya, dan apabila ia penakut maka ia akan selalu menjauhkan diri dari segala sesuatu yang membahayakannya”. [Nahjul-Balaghah, hikmah ke-234 ]

13 October 2009

Hingga Hujung Pernafasan Langitku

Hingga Hujung Pernafasan Langitku
Sofaz
Inilah impian hidupku
dan inilah mahunya hatiku
tercipta satu rasa ini untuk ku memilikimu
ku tahu diriku sukar untuk menyatakan semuanya
ku tahu hatiku selalunya ada untuk dirimu

hatiku ini hanya untuk mu
cintaku ini milikmu untuk selamanya
lamaranku tulus bersamamu
kan ku temanimu hingga hujung pernafasan di langitku

jiwaku tak pernahkan tenang
bila kau jauh disampingku

inilah impian hidupku…
hatiku ini hanya untukmu
cintaku ini milikmu untuk selamanya

ohhhhh..
ooo ooo oooooo
penjagamu…

di langitku…
hingga hujung…
nafasku…

i very like this song..so sincere
wish one day one gentleman will dedicate this song to me.
better he song in front of me..(so sweet)
as the meaning of the song is to propose a girl..
as always..i'm dreaming..

masih terlalu awal untuk memikirkan tentang itu.
its just my dream though
ku brdoa spy menjumpai the gentleman pada masa yang sesuai..Amin..

29 September 2009

kembar

td aku jumpe hawa.kmbarnye haja.
die siap tanye aku tau x yg die tu haja ke hawa
eleh..aku dh tau kot..
.hm..dh lme xnmpk dorng jln brsme2..
aku trbyng baby kmbr..
hehe.kenape aku nak anak kembar ye?
aku pun xtau..
tp selalu kalau jalan2 jmpe twins..comelnya
manela aku nak cri pkwe yg ade kmbr ni..

11 September 2009

11.09.09

sekarang tengah cuba menyelami buku harun yahya di laman web beliau..ni semua affect of aku

bace buku karangan Hlovate..mmmm..memang selalu dia selitkan petikan dari buku Harun

Yahya..Teringin pula nk baca sendiri..Tapi nengok list tajuk buku beliau tadi..huh..dahsyat

gile..tajuk semua mantap..banyak ilham yang Allah bagi kt die..

Antara tajuk buku Harun Yahya yang diperkenalkan oleh Hlovate:
1. Romanticism:A weapon of Satan

2.Solution: The Values of the Qur'an

3.MARYAM : AN EXEMPLARY MUSLIM WOMAN

4.The Collapse of the Theory of Evolution
in 20 Questions

26 April 2009

aku yang addicted to air teh

Teh

Dedaun teh ( camellia Sinensis ) ditakrifkan sebagai minuman yang meransang penghadaman manusia .

Teh mengandungi kandungan kimia iaitu kafin , asid tanik , vitamin A , B2 , C , D dan P , manganese , dan minyak aromatik . Kandungan kimia teh berkesan dalam merawat pelbagai penyakit .Kafin adalah sejenis bahan peransang yang seandainya tidak diambil secara keterlaluan boleh memupuk kesedaran . Individu yang mengalami pening-pening untuk satu tempoh yang panjang selepas bangun dari tidur patut mencuba petua meminum teh kerana ia pasti mujarab . Secawan teh panas boleh menajamkan tumpuan serta mengatasi rasa mengantuk , dan mengendurkan ketegangan saraf-saraf otak .

Selain itu , satu darjah kafin yang memadai amat diperlukan dalam penyingkiran bahan-bahan buangan seperti melicinkan pengaliran air kencing serta menghalang kehadiran unsur-unsur beracun dalam hati . Justeru , peminum teh hijau jarang mengidap penyakit batu karang atau penyakit yang berhubungan dengan buah pinggan . Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa asid tanik memusnahkan racun-racun alkaloid serta berperanan sebagai satu antidot menentang kesan-kesan sampingan lemak dan minyak yang memudaratkan . Asid tanik juga meransang pencernaan makanan . Selain itu , asid tanik juga memusnahkan beberapa jenis bakteria berbahaya di samping berfungsi sebagai antidot meredakan kenaikan suhu badan akibat cuaca panas .

Penyelidikan yang rancak dijalankan membuktikan teh turut mengandungi pelbagai jenis vitamin . Buktinya kaum nomad yang rata-ratanya bergantung kepada teh bata sebagai minuman utama dan amat jarang memakan buah-buahan masih menerima khasiat vitamin C yang memadai menjalani kehidupan yang sihat .

Teh yang mengandungi minyak aromatik dipercayai memainkan peranan penting menenangkan urat saraf , menyalurkan oksigen kepada organ-organ badan , di samping meransang minda dan pernafasan . Tegasnya beberapa cawan besar teh hitam yang pekat dengan campuran sejumlah gula , dipercayai mempunyai kemujaraban yang segera ke atas batuk , suara serak dan sakit kerongkong .

Sarat Khasiat (dipetik dari artikel indonesia)

Dari hasil penelitian, diketahui teh mengandung senyawa organik utama yang dinamakan polyphenol. Teh hitam juga mengandung polyphenol tetapi tidak sebanyak teh hijau. Senyawa antioksidan ini bisa mencegah kanker, sakit jantung, stroke, memperlancar sistem sirkulasi, menguatkan pembuluh darah, menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan membantu penambahan jumlah sel darah putih yang bertugas melawan infeksi. Polyphenol ternyata juga mengurangi pembentukan plak gigi dan mempengaruhi kerja bakteri mulut. Bahkan hasil penelitian University of Kansas yang dipresentasikan di American Chemical Society, menyatakan bahwa teh hijau 100 kali lebih efektif untuk menetralisir radikal bebas daripada vitamin C dan 25 kali lebih ampuh dari vitamin E.

Selain polyphenol, di dalam teh terkandung sejumlah vitamin B, C, E dan kandungan vitamin B dalam teh sepuluh kali lebih besar dibandingkan dengan yang terdapat pada serealia dan sayur. Vitamin C-nya pun lebih tinggi dari buah apel, tomat, atau jeruk. Bila anda minum dua cangkir teh, itu sama banyaknya dengan anda menelan vitamin C dari segelas besar jus jeruk murni.
Seorang peneliti dari Belanda menyatakan bahwa orang yang minum empat sampai lima cangkir teh hijau sehari, 70% terhindar dari serangan stroke daripada orang yang hanya minum dua cangkir atau tidak sama sekali. Penelitian juga menunjukkan bahwa konsumsi teh hitam menghindarkan orang dari serangan jantung.

“Kunci utamanya terletak pada flavonoid” kata John Folts, dari University of Wisconsin Medical School’s Coronary Artery Thrombosis Research and Prevention Center. Ia menemukan adanya flavonoid dalam teh hitam yang mampu mencegah penggumpalan trombosit, mencegah pembekuan yang bisa menimbulkan serangan jantung atau stroke.

Melawan Kanser

Selain banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran, minum teh jelas merupakan cara murah dan praktis untuk mengurangi resiko terkena kanser. Seperti kanser perut dan usus (perut, usus kecil, pankreas, dan usus besar), kanker paru-paru, kanker rahim termasuk kanker payudara. Para peneliti dari Case Western Reserve University of Cleveland, Amerika menemukan bahwa minum teh hijau berarti anda sudah mengurangi 90% kemungkinan terkena kanker kulit. Peneliti di Medical College of Ohio di Toledo, Amerika menemukan bahwa teh hijau mengandung EGCG (epigallocatechin – 3 gallate). Zat inilah yang menghalangi urokinase, enzim yang vital untuk pertumbuhan kanker. EGCG ini menempelkan diri pada urokinase sehingga zat ini tidak dapat menyerang sel tubuh untuk membentuk tumor.

Namun para dokter ahli dari Center for Alternative Medicine di University of Texas, Amerika mengingatkan untuk hati-hati memanfaatkan teh hijau sebagai penangkal utama bagi penyakit-penyakit serius. Soalnya hasil penelitian mereka menyatakan bahwa tidak semua jenis kanser dapat dicegah dengan teh, melainkan kanser jenis tertentu saja karena penyebab kanser macam-macam.

Yang Baik dan Buruk
1.Riset di Amerika mengungkapkan bahwa minum satu sampai empat cangkir teh hijau baik sebagai dosis preventif terhadap kanker.
2. Minum teh lebih dari lima cangkir sehari meningkatkan resiko kanker pankreas
3. Teh mengandung kafein (meski tidak sebanyak kopi), jadi bisa menyebabkan insomnia (susah tidur)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...