♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆
Showing posts with label ♥Macam2♥. Show all posts
Showing posts with label ♥Macam2♥. Show all posts

Friday, June 15, 2012

♥ Tamat Sudah Riwayatmu ♥

Tajuk bukan main lagi ala² macam tajuk novel saster jer bunyi nyer ngeeee. Microwave weols dah rosak kemarin, tak perasan bila rosak bila nak panaskan lauk tetiba bila tekan ON dia tak berfungsi...puas darl check sana sini tataw punca last terpaksa buang la. Ituew microwave kaisha/company yang kasi...dah 3 years weols guna but ai rasa microwave tue dah lama sebab ada kohai/junior datang dulu guna microwave yang sama gak. Macam tahu² jer bulan ni dapat bonus musim panas /summer bonus ada jer yang buat hal nak rosak bagai hukhuk.


dah letak kat balkoni microwave ni...nak buang benda ni kena bayar taw bukan boleh buang sesuka hati jer....nangesss uwaaaaa (o^^o) 


But nasib baik gak weols ada microwave oven steam (MOS)*ni pun beli masa bonus gak tahun 2010 ngeeee* MOS ni function nyer 3 in 1 boleh panaskan lauk, bakar, kukus. Selalu ai guna kukus or bakar jer panaskan lauk tak pernah sebab dah ada microwave yang rosak tue dulu. So semalam darl kena baca manual balik la macam mana nak guna hikhik....nasib baik ok so save ¥ weols hahaha *dasar kedekut khennnn* Bukan apa summer bonus ni memang simpan nak balik cuti kat mesia...balik masa raya harus la pakai duwet yang bukan sikit.. nak guna buat baju raya. kuih raya & duwet raya plus nak sunat si adam lagi memang budget 4K kat situew dah la weols ni sedara mara ramai.m(._.)m  


microwave steam oven weols....ai suka pakai yang ni ...even mahal sket tapi berbaloi sebab banyak function boleh guna...now rasanya dah murah around 2man gurai dah boleh dapat kot....weols beli masa memula kuar dulu 4man gurai juga la.




nota ibu jari manis ai:: ni scheduled n3 waktu uols baca ni ai sedang on da way ke immigration kat Utsunomiya nak buat visa extension...next week ai story mory k...nanti balik ai BW kat umah uols k hugs ketat² ♥♥♥








Monday, January 30, 2012

♥ OMG Predator Addicted ♥

Sapa  kat sini pernah tengok movie predator??? owh ai citer ilusi gini tak berkenan sangat but selalu if darl download (DL) selalu dia ajaq teman tengok sekali so mau tak mau kena tengok gak...ai suker action but part ugly face predator tue memang ai selalu tutup mata...tak sanggup nak tengok teramat geli dan menakutkan...yalah gegurlz selalunya gituew la...penerimaan boboy & gegurl lain ngeeee!


taraaa tinggi dari pintu bilik tue....patung ni actually rega 60man but sebab gigi tak cukup 2 batang so kasi less 50% dapat la 30 man plus duwet hantar 3 man...pitammmmm! rega tue boley dapat Chanel handbag taw...rugi2!!! hentak kaki nangesss 


Dalam hidup ai rasanya 1st time ai jumpa orang yang addiction tahap dewa dewi ngan predator ni iaitu Kumakura san staff darl kat kaisha. Darl ada citer pasal kumakura san ni yang suka buat predator ni sebagai collection so semalam dia invite weols gi umah dia tengok collection yang dia kumpul selama ni kebetulan patung predator yang dia order from Hokaido sampai pagi semalam. OMG masa masuk dalam umah dia my heart stop 3 second seriously terkejut tengok patung tue kat kat dalam umah dia. Tinggi almost 2 feet dah nak sampai kkat siling umah dia. So darl tolong angkat masuk dalam "predator museum room" OMG OMG lagi macam nak pitam masuk bilik ni macam-macam ader. Tak berani nak duduk lelama kat situ SERAM semacam jer ngeee. Total duwet yang dia perbaih beli semua tue dah almost 500 man (RM198,000) siler buat muka terkejutttt ngeee boleh beli honda type R cash kat mesia tue. Mampu geleng kepala dengar dia citer nasib la dia bukan islam so pepatung tue boleh la dia simpan dalam umah.


antara collection kumakura san...yang paling mahal senapang yang limited edition tue...ader series number yang di register atas nama dia dah.


yang paling scary uwaaaaa tak suker....predator pakai mask ok lagi dari buka nampak ugly face ni...DUSH!!


si Adam jer yang relax suda tengok benda alah ni.....dia cakap kenapa mama takut bukan betul ni...ngeee dia tak paham apa yang kiter rasa...nak muntahhhhhhhh hahahaha.


set bento semalam.


Masa terjah umah kumakura san ni sempat ai buat bento untuk lunch ada nasi carrot, ayam masak merah, daging masak hitam berempah dan jelatah . Kumakura san cakap karai /pedas but oishii last dia yang meratah ayam & daging lepas nasi dah habis hahaha...siap suruh masak lagi lepas ni auwwww! level karai ai ngan nihonjin jauh bezanya ngeeee! then Iwanuchi san join sekali sebab last day kat Oyama lepas ni kena transfer ke Chiba plak sempat lunch sesama sekali.............nihonjin yang paling baik hati yang pernah ai kenal selalu jer beli omiyage/souvenir kat weols lepas ni jarang la nak jumpa. Dia biasa makan Mesia food sebab pernah tinggal kat Mesia selama 6 tahun BM pun tahu sikit2. Last day dia kasi weols hard disk, Adam plak dapat pooh from disney. 


darl, adam, iwauchi san & kumakura san....pak cik 2 orang ituew still single & available oke








Friday, January 27, 2012

♥ Eskrem Di Musim Fuyu ♥

Salam Jumaat buat uols semua, ni nak citer pasal last weekend lagi weols terjah baskin robbins (BR) beli eskrem...ada orang cakap makan eskrem waktu fuyu/winter ni sedap but not for us. Adeh hilang NIKMAT eskrem la sebab kat luar sejuk makan plak benda sejuk haiyoooo! Urmmm terjah beli guna voucher yang Hanis kasi kat Adam masa fukubukuro  new year hari tue...arigatou ketat-ketat babe.


weols beli makan kat umah....dah macam beli cake ngeee

beli jenis ni...actually weols lucky masa terjah tue sehari b4 habis promosi yang ni. ...terlupa dah set ni nama apa DUSH!


flavour pilihan weols....

Untuk set ni weols beli small jer totally just ¥1280 so weols guna voucher then plus ¥280 jer....hikhik saja tak pilih eskrem yang letak dalam cone tue nak try something new....so beli set ni dapat free something taw..


jeng 


jeng


jeng


jeng


gelas snoopy wootz wootz


But ikutkan tekak ai ni ai prefer Haagen Dazs punya eskrem compare BR but kat sini tak de kedai yang boley gi makan macam BR ni...but ai loike crepe BR tue oishii! rega lebey kurang macam crepe biasa yang jual kat kedai jer.







Wednesday, January 18, 2012

♥ Beza Contact Lenses @ Nihon ♥

Sepatutnya buat WW tertiba mood nak type terjah tetiba so n3 mengarang jer la ekkk. Well bezanya nak buat contact lenses (CL) kat nihon ni yang penting kena jumpa doctor mata dulu. Uols tak boleh beli suka hati macam kat mesia tue. Sebab apa kena jumpa sensei dulu??? sebab kat sini theyols memang jaga bab mata ni....aset utama, rosak mata hilang la sinar gituew.....(wah madah berhelah tetiba jer ngeee DUSH)


model yang super kawaii.....


If jumpa sensei nak buat CL min caj ¥8000 (RM327)...(baru perasan tingginya rate sekarang) ituew hanya jumpa sensei without check etc....dan di sebabkan bukan sakit so insurance tak cover untuk CL ni. Jumpa sensei kat clinic mata ...sensei akan check saiz mata, curve etc...base on data ituew baru leh gi buat CL.....kira CL ituew nanti dibuat memang untuk acuan mata kiter.  Kat sini boleh pilih nak buat kat clinic tue or gi kat kedai yang khas untuk CL jer....if nak gi kedai CL kena bawa surat dari sensei tue baru leh buat without data from sensei memang theyols tak akan buat punya sebab takut kena infection thyeols kena saman plak. 






CL kat nihon ni banyak pelik....macam-macam pesen ada, just berani or tak jer nak pakai ngeeee. Ai tak biasa buat CL lagi kat nihon ni sebab sayang nak buang duwet jumpa sensei ituew selalu order from mesia... power ikut spek jer hikhikhik....maybe lepas ni leh try CL nihon plak if stok CL ai dah habes ngeeee....just spek jer ai biasa buat kat sini ...dah 2 kali ngeee @_@!








Wednesday, December 14, 2011

♥ WW (6):: Be Careful ♥

Be careful when uols received candy from Santa Claus etc!!! 












Wednesday, November 30, 2011

♥ Penahan Haba Sejuk ♥


Dah berapa minggu tak buat WW maybe next week la. Last week weols gi Besia terjumpa 1 benda yang kira ok if beli waktu fuyu ni. Ai penggey kertas penahan haba sejuk...hikhikhik tataw guna ayat yang proper sket ngeee. Function nya untuk mengurangkan haba sejuk dalam umah.


ikut saiz...ada from S until LL


If dekat ken/negeri yang yuki/snow lebat memang theyols buat tingkap 2 lapis so kurang sket sejuk tu....weols punya punya tingkap sekeping jer...selalu waktu fuyu akan ada air yang macam peluh melekat kat tepi border cermin tu...ituew maknanya memang sejuk la. So if pakai benda ni dia kasi kurang skit kot hikhikhik....bagi ai dah 4 hari guna ni oklah nak kata bagus sangat tak juga. But angin from tingkap dah tak rasa since letak benda ni. Sapa yang guna tahu la macam mana rasa....theyols buat half jer sebab tak nak umah gelap if buat full.


baca pelan-pelan na....mari mengeja dulu ngeeee


oke dah siap pasang....taraaaa!


So ada kat sini yang dah biasa pasang benda ni kat umah tak?




nota ibu jari manis ai::ni update laju-laju  sebab nak keluar gi youchien  sebab ada majlis buat mochi plak....nanti free ai terjah umah uols oke....hugs ketat-ketat yunk!





Tuesday, November 29, 2011

♥ Susahnyer Nak Cari Tudung Saji ♥

Hola uols ketemu sekali lagi (apa la motip cakap gini ngeeee) well today nak nak citer pasal tudung saji. Ai dah tahun ke 3 kat nihon but last month baru sempat beli tudung saji. Bukan apa susah giler nak cari tudung saji kat sini last-last jumpa kat DAISO masa belek-belek barang hari tue....Dulu tanya darl kat mana nak beli tudung saji...dia cakap tataw (baek punya jawapan) then ai tanya dah tu study kat 4 kat nagano menang tak der tudung saji ekkk....dia jawab masak bila lapar jer so tak perlu pakai tudung saji bagai.




Ai pun lupa nak tanya tomodachi kat sini pasal tudung saji ni....so last-last masa jumpat kat daiso tue punya la best sebab sekurang-kurangnya lepas ni makanan yang lebih boleh tutup guna tudung saji yang proper sket. Just keciwaaaaa sebab tudung saji ni kecik sangat....lebar 30cm...yalah rega pun just ¥100 jer khen. Bentuk macam kelambu baby....if tahu macam ni bawa kelambu adam masa baby tak per dah la besar muat 1 meja ni ngeeee....dush!


Pada sesiapa yang tahu tue jangan gelak ekkk ai ni jakun lagi bab ni. So di sebabkan kecik sangat terpaksa la beli dua!




2 jenis yang berbeza design sebab dah last stok....selalu nihonjin pakai waktu natsu/summer tak nak kasi lalat hinggap gituew....


Rasa ok gak jenis ni sebab senang nak simpan dan tak guna space yang besar.....lepas ni if balik cuti-cuti mesia nak cari la jenis ni if ada yang besar menang beli punya la....anyone know kat mana nak beli tudung saji jenis ni kat Mesia ekk? yang besar gedabak tu tak nak la sebab susah nak bawa balik sini.









Friday, November 18, 2011

♥ Mai Dengaq Cheq Guna Loghat Kedah ♥





Woot Woot AsSalam di hari Jumaat yang sejuk ni....makin samuii sebab tak der matahari + berangin tak sanggup nak kuar gerrrrrr. N3 kali ini just untuk suka-suka jer. Sapa sini orang kedah??? right click cepat ngeeeee. Ai memang orang kedah dari lahir sampai dah kawen ni tak pernah kuar dari kedah....issyyy sayang sungguh nak tinggai bumi jelapang padi tue but now sekali tinggai dah beribu-ribu batu...auwwww!


Dan kat mana pun ai berada loghat kedah tetap ai guna tak caya tanya la kawan-kawan yang biasa sembang ngan ai kat phone etc....hahaha lawak sometime thyeols terikut nak cakap loghat macam ai gak. Ntahlah ai tak reti nak cakap key ell even sebelum ni ai pernah keja ngan Datuk Aza selalu out station kat Selangor ngan Johor tapi loghat kedah gak ai cakap...sampai terkebil-kebil theyols cuba paham ngeeee. Bagi tak biasa dengaq orang kedah cakap sure cakap issyyy awat kasaq sangat bahasa ni....but reality nyer ituew memang loghat weols...sama ngan loghat kat negeri-negeri lain juga. Ada beza loghat perlis, kedah dan penang. 






Words yang selalu di guna ::

lapaq(lapar), 
ayaq(air),
sua(hulur),
tibai(pukul), 
loqlaq(tak senonoh),
ciwi, 
segan(malas/malu),
cheq (saya), 
nyok(kelapa),
hangpa/depa (mereka),
tidoq(tidur),
menyebai (merajuk),
sat(sekejap, gerek(basikal),
merap (manja), 
kebuloq (lapar),
kelippoq2 (pejam celik),
menyorok (sarapan), 
cemuih (bosan), 
habaq (bagitahu),
beletiaq/pot pet pot pet hahahaha
cabai besaq (cili besar)
cabai melaka (cili padi)
qheyau (menangis)
gheti (reti)
kupang (sen)
mamai (mimpi)



Actually ada banyak lagi dan ada yang ai jarang guna tapi kebanyakan loghat kedah selalu ada Q kat belakang....kena pronouns betui-betui taw. Dulu masa arwah tok ai ada dia selalu cakap loghat kedah pekat giler. Contoh adek hang dah menyorok ka belum (adek dah sarapan ke belum). Awat hang nak pi tanjung plak (kenapa awak nak pergi penang lagi) selalu orang tua-tua sebut tanjung tu merujuk kepada sebelah pulau....sebelah tanah besar plak di sebut bagan contoh kat area butterworth, seberang perai etc. Dalam filem anak mami pun ada dialoq ni issyyyy ayaq apa ni?? manis meleciah aiiii (air apa ni manis sangat la) lori gula pecah ka or else ayaq apa ni tawaq hebiaq (air apa ni tawar giler) ?? Selalu juga orang tua-tua ni refer makan sama ngan minum ya...jangan confuse.


Mukalu nak confuse lagi dengaq ayat ni plak...awat hang dok heiwan sangat ni (heiwan...tak sure eja betui ka tak ni...refer ke bersuka ria...macam dengaq lagu ka menari ka...) selalu kena ngan arwah tok ai juga ngeee. But jenis loghat ni ikut juga dearah taw....sometime tu if pekat sangat ai pun tak berapa nak paham hihihihi.


Dulu masa terjah umah ayah angkat kat kg simon penggerang johor ....mak angkat ai suruh  tolong ambilkan lada nak letak dalam kari ni.....yes cheq ngan confident nyer pi ambil lada hitam la....lepas tu mak angkat cakap la ni bukan lada....terkebil2 mata ai masa tu...dalam hati kata nak lada ni la lada...lepas tu dia gi ambil cili padi....terus ai tepuk dahi...lepas tu ai cakap la ....mak cheq panggil lada ni cabai ngeeee...lepas tu dok pakat gelak berjemaah.


Rasa dalam loghat dalam Mesia ai kurang faham if guna loghat kelate, tganu, sabah & sarawak....yang sebelah borneo tu lagi la loghat lain benar kan...sebab dulu masa ai study batch ai banyak from sabah dan sarawak biler thyeols duduk dalam group cakap loghat negeri masing-masing ai mampu dengaq jer tak mampu nak paham ngeeee....so lepas ni boleh belajaq kot sebab bakal abang ipaq orang sarawak ngeee. So uols plak macam mana??? masih ingat ke loghat negeri masing-masing or semua dah jadi orang key ell cakap pon kena key ell la????




nota ibu jari manis ai::semua gambaq cheq cedoq(copy) kat pak cik gugel~





Tuesday, October 4, 2011

♥ Sasuke ♥

Semalam ada special 3 hour sasuke extreme games ni, every year thyeols buat 2 kali dalam setahun waktu fuyu/winter dan natsu/summer. Special kali ni nihonjin buat kat Mesia if tak salah di Putrajaya. Seramai 100 yang join buat yang lepas or menang sasuke mesia cuma sorang jer....then dia bertanding ke second stage kat nihon plak.


Tajuk atas sasuke in Malaysia.


Kali ni memang nihonjin buat sebab kementerian mana ntah request but ai tertarik sebab highlight kat paper jepun ni dia kata 50% orang mesia yang berumur bawah 30 tahun adalah golongan GEMUK uols....perhhh maluuuuuuuuuuuuuuuuuu. Sebab bagi ai age begitu muda sangat dah separuh dah jadi gemuk. Bagi ai yang almost 3 year kat sini salah satu faktor kiter mudah gemuk sebab tak ada waktu tetap untuk makan mean bila perut lapar kiter telan jer khen? Nihonjin tak gituew dan theyols sangat displin soal makan ni....macam kedai makan juga banyak buka waktu lunch and dinner jer. Second kiter tersangat malas nak exercise so macam mana badan nak bakar lemak di badan? (ini peringatan untuk diri sendiri gak ngeeee). Third makanan kiter terlalu banyak minyak,garam,gula dan lemak....kena ubah cara makan if nak sihat just susah nak buat sebab budaya makan kiter since kecil-kecil dah gituew. Jangan kiter kena jadi macam Denmark yang kenakan tax kat makanan berlemak sebab rakyat thyeols banyak gemuk. (terasa macam ai tengah baca buletin utama jer uols....siler gelak berjemaah ngeee)


100 orang yang join....PM pow sempat singgah...ai tak sure benda ni masuk TV or paper kat mesia tak?


So semalam ai excited nak tengok mamat yang menang sasuke kat mesia tue bertandingan ngan 100 yang lain nihonjin,america (8 orang) dan taiwan (sorang). Tertiba tak sempat nak bersorak dia dah jatuh kat part no 3 tu owh sungguh keciwa uwaaaaaaaaaaa.


ini lah orang nyer cuma dia sorang jer yang menang sasuke Mesia tue...nama penuh tak ingat just Muhamad yang ai tahu ngeee....gomen ne...sapa2 kenal ngan this person? dia fofuler kat TV nihon semalam hikhikhik~


Last final stage 2 orang nihonjin juga....winner tukang kasut from tokyo ngeee...ai teringin nak join tapi ai tahu kemampuan diri so cancel la lagipun kena ada stamina yang tinggi...kaki ngan tangan kena kuat. Ada sesiapa berani join tak next year???



nota ibu jari manis ai::pagi ni ada hal sket n3 ni actually auto post so nanti ai BW umah uols plak na...hug ketat-ketat *____^







Thursday, September 22, 2011

♥ Typhoon-football-GA ♥

Woot woot yeahhh esok cuti lagi... cuti nak masuk aki/autumn so boleh merasa 3 hari cuti...best giler sebab tak payah buat bento kat Adam ngeeee. Semalam saat cemas buat semua yang berada di nihon sebab typhoon 15 meredah semua ken/negeri kat sini. Simpati sangat ai sebab tahun 2011 merupakan tahun bencana paling teruk buat nihon...dah la jishin/earthquake plus tsunami ni datang typhoon plak....rasanya since ai tinggal di sini dari tahun 2009 ini lah tahun yang paling teruk kena bencana.Cuma nasib baik angin tak kuat sangat but still rasa bumbung rumah ngan pintu dan tingkap nak tercabut sampai si adam nak gi toilet pun takut.



typhoon semalam....yang x tu pusat dia... then yang merah laluan typhoon...area kanto kena malam semalam..tempat ai pukul 7pm then tokyo sebelum tu la...banyak densha/train kena stop...suasana dah macam kena jishin kat area eki/train station.



Semalam dalam dok kalut pasal typhoon sempat juga tengok Japan VS Malaysia aka wasabi vs belacan gituew....finally wasabi menang macam yang semua agak. Apa yang pasti player mesia paling bz ialah Mr apek goalkeeper mesia yang muka ala-ala nihonjin tu....player yang relax plak goalkeeper japan ngan striker mesia. Half hour nampak macam main sebelah padang jer...uwaaaa ai sungguh sedih tengok cara player kiter main....waduhhh coach plz do something lol...jangan main style lama lagi semua orang dah improve cara main tapi kiter di tahap lama lagi. Eh chup ni reality taw jangan kata ai tak patriotik plak....Kena belajar terima kritikan baru boleh improve. Maybe boleh tiru cara Barcelona main...(tetiba jer kuar barcelona ngeee sebab nampak Messi jer ).



masa game lupa snap ni highlight waktu news.....



Commentator nihonjin ada puji apek dia cakap gol keeper mesia  ni tak der la tinggi sangat tapi cekap safe goal. Dan ai perasan yang player kiter pendek la uols uwaaa....ai rasa yang tinggi pun striker mesia 182 kot....yang lain alahai rendang tak berbuah. Tinggi pun penting bila masuk part bola ni.(lazer sangat tak comment gini ek??? eh ni seriyess taw tak main-main...lepas ni pilih yang tinggi lebih 175 so nak tanduk bola pun senang ngeeeee....AMPUNNNNN). Pujian ai pada mr apek saja yang lain kena improve lagi...sorry to say!



Okies ini part nak masuk part GA...setakat hari ni baru 3 orang join...owh ai so happy sebab ada juga yang nak join GA nan hado ni khen...ingatkan tak der langsung...be positive about it. So if yang join GA ni tak sampai 5 orang insyaAllah ai akan kasi jer kat theyols header yang design tanpa perlu buat cabutan....(pompompom syok khen dengar sebab semua boleh dapat ngeee) but jika lebih terpaksa buat cabutan gak. So ada 5 hari lagi sebelum tarik tutup so if ada yang nak join GA ai tu terjah SINI oke.....



nota ibu jari manis ai::banyak plan menanti waktu cuti ni...hope weols cihat if not duduk buhsan secara berjemaah di rumah la jawabnyer.。。。。happy holiday uols ~.






Tuesday, September 20, 2011

♥ Owh Ai Terharuuuu ♥

Salam uols dah pun hari Selasa khenn...kejap jer masa berlalu. Dah 3 hari tak update blog kesayangan hamba ini sebab sabtu lepas ada sports day kat sekolah Adam di jemput oleh senpai/senior untuk join sesama dalam acara lumba lari....yang ni sekolah rendah bukan youchien/kindergarten, kejap jer next year dia nak masuk darjah satu dah uwaaaa terasa diri makin tua dah ni.


Lepas tu hari Ahad weols tak sihat....adam kena high fever 39.1 masa kena tu memang stress sangat sebab semua clinic dah tutup cuma tinggal bahagian emergency kat hospital jer....ai memang plan if makin naik suhu tue memang nak call ambulans la jawabnyer....nasib baik ai jelum (paham tak jelum tu apa??? ni bahasa kedah jelum itew ala-ala letak air kat kepala la...ngeee) ai guna air asam jawa yang banyak...ini memang petua orang tua-tua, finally berguna guna di saat genting gini. Semalam nasib baik public holiday, celebrating the elderly  so adam sempat rest 1 day...now dah gi youchien sebab dah sihat...alhamdulliah tq atas doa-doa kengkawan semua...sayang ketat-ketat taw. So cuti 3 hari weols tak jejalan mana sebab tak sihat...sedeyyyyyyyyyyyyyy~




But semalam dalam dok stress ada juga benda yang mampu ai tersenyum lebar. Nak tahu sebab apa? jeng jeng jeng....nak say arigatou to Asrul Ihlam Sany sebab sudi guna watak Lady Ayu dalam E-Novel nyer ituewww....Lady Ayu di beri nama sebagai sebuah salon manakala watak ai sebagai AYUMI ngeee (sebab ai peminat ayumi hamazaki boley gituew?) ai pilih sendiri nama tue. Owh sangattttttttt terharu ....lap ayaq mata sat sebab tak sangka kehadiran ai sebagai blogger di rasai....ouchhhhh



MyEm0.Com



Ai ni bukan lah blogger yang pemes amos tengok jer la angka follower baru 200 ratus lebih bukan 2 ribu noks sebab tue rasa sangat touching bila terselit sedikit watak dalam novel tue....actually bukan ai sorang jer bloggger yang terpilih dalam E-Novel ni ai rasa ada 20 blogger yang bertuah terpilih sebagai watak pembantu dalam e-novel ni.So if uols nak baca part ai terjah sini ek....! Kena baca pelan-pelan sebab part ni agak rumit sebab banyak berkaitan ngan fashion but i LUV fashion ngeeee. Novel ini agak kontroversi dan howt gituew....kenapa ai kata gituew? uols kena baca dari awal so uols akan tahu kenapa ai cakap gini...bagi ai Asrul seorang penulis yang berani sebab ambil risiko untuk terbitkan e-novel sebegini. Terpulang kepada setiap orang menilai karya beliau (tertiba kuar ayat skema giler ni ...dush).


Ok setel bab novel ni,ai nak citer pasal header plak....lepas ai buat N3 ini ramai juga request suruh buat so ai plan nak buat GA dan hadiahnya akan dapat header baru ikut tema yang uols pilih sendiri...agak-agak ada tak yang sudi join nanti? sebab ai pun tak pernah sekali join GA or segmen yang blogger lain buat sebab tak minat ngeeee boley gituew? Dan ai rasa bab luck ini ai kureng sket ...(sila la simpati) sebab lucky draw pun tak pernah dapat uwaaaaa...hentak kaki.




nota ibu jari manis ai::kejap lagi ai tawaf ke umah uols ek...tak sempat nak terjah b4...tq pada yg sudi terjah ke sini even ai tak update new n3 pow....sayang ketat-ketat uols  ♥ ♥






Thursday, September 15, 2011

♥ Hilang Nyer Macho Sorang LELAKI ♥

Salam uols today ai not feeling well flu tetiba attack (ya ampun ayat tak hingat) plus cough & sore  throat kira pakej yang complete nasib baik check temperature tak demam....semalam tak boleh tidur loya-loya gi toilet muntah habis segala isi perut....adeh seksa jiwa raga but syok plak bila tengok perut slim menyelim (fengsan) ..ai bila sakit ni makan memang kurang makan just banyakkan minum air. Gini la jadi nya bila nak bertukar musim...tak suka part gini. Itew dia mukadimah dah ke laut ...lari dari tajuk ni ngeeee.


Bagi uols if first time jumpa seorang lelaki part mana yang uols tengok memula sekali???? if ai mesti la kening dan mata sebab bagi ai itew adalah ASET yang paling bernilai buat sorang lelaki. Bak kata perpatah dari mata turun ke hati...sebab itew jangan pandang mata lelama kang jatuh hati plak larikkkkkkkkkkk. But lately kat Japan trend baru...nak kata baru tak baru gak la.... Lelaki trim bulu kening jadi benda biasa di sini...even school boy pow dah buat benda ni. Urmmm ok la bagi seorang nihonjin but bagi ai if seorang lelaki trim bulu kening dah HILANG MACHO sebab kening antara tarikan antara mata....ada yang tengok kening theyols kecil giler siap  macam gegurl rupanya. Owh maybe ai ni terlalu jakun dalam erti kata lain ai ni orang kampung kot sebab still tak boleh terima benda ni. (hentak kaki nangessss)


Retis Japan pow almost cukur bulu kening ni but ada yang ok ada yang fail bagi ai......but rasanya kat Mesia tak merebak lagi trend ni but ai rasa skit masa lagi akan sampai juga. 


Kimura Takuya,Matsumoto Jun,Fujiwara Tatsuya & Miura Haruma ...uwaaa if theyols tak cukur kening ai rasa theyols akan bertambah macho dan ensem khen....who agree with me????


Arashi....ai suka gak even semua cukur kening ngeeee boley gitew???? pewitttt....dush dush...GEDIXXX!


Retis Korean pow ada buat juga pasal kening ni but tak obvious sangat macam retis Japan. But uols jangan ingat retis Mesia tak buat taw...masa ai gugel semalam terjumpa pic ni...... 


jeng 

jeng 

jeng 

jeng



Fazli Zanial uols...kenal tak??? dia ada lagu pames tajuk harapan kot ....auwwww tak sesuewii hocay dah la islam....:((


But ini just pendapat ai jer...mana tahu uols suka jenis lelaki yang kening nipis ni hukhukhuk.....but yang paling ai suka yang ni...always in my heart gitew....







siapa lagi darl ai la....harus puji laki sendiri ...giler nak puji lelaki lain khennn...kening ala-ala ahkak ZZ uols...jelez betul ai...terangkat gitew auwwww...banyak ♥♥♥ kat mata ai now ngeeee....gedizz lagi (tahan muntah yer uols)



nota ibu jari manis ai::maap la if sesiapa terasa hati pasal n3 ni ek.....ni cuma n3 buhsan + orang sakit macam ai ni ngeee...peace yo! (lupa nak cakap to k.ieda ai tak boleh terjah blog akak gara-gara blog akak kena virus...akak kena clearkan dulu dan tangkap berekor2 virus itew na)







Wednesday, September 14, 2011

♥ Wordless Wednesday 5 ♥





nota ibu jari manis ai::biler dah kaya beli t-shirt 5k tak heran khen (tengok la brand apa ngee) ...ai tak mampu uwaaaa..uols mampu?? ...crdt kt tuan punya baju ai dapat email yang di forward oleh my fren ...oppsss Wordless lol *_______^






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...