30.3.09

Any Good News???

bile nk dpt kerja permanent nie??

its already 30th of March.. i heard that new intake will be on the 1st April...but i havent receive any letter...wic means ...no good news for me....oh ALLAH...please make me strong...
give me patience...


at least i have a job...alhamdulillah( ayat nak pujuk hati sendiri.. ... ) :(
at least? yes...sekurang2nya aku ada kerja...berbanding kawan2 aku yg belum ada kerja..ada juga yg baru tamat kontrak (n cari kerja lain), ada yg nak cari kerja lain sbb keadaan ekonomi memaksa mereka bertukar profession...oh......

buktinya hari ni saja ada dua tiga orang member aku tanya aku soalan yg sama kt YM...
1)" cik wani ada keje kosong tak kt USM ??".........
2) "weh, kt tmpat hg ada tak nak pakai RO (Research Officer) ke RA( Research Assistant)?"

..hahah....nampaknya aku kene lebih bersyukur sebab lbh bernasb baik sikit dari mereka ni...ye tak?? dalam erti kata lain, jodohku dgn "i-teacher" dan "e-educator" masih lagi panjang....(entah sampai bila...hehehehe)

kekadang pening nk jawab soalan2 yg macam tuh....macam aku pulak yg berauthoriti nk ambil orang kerja...hehe...tp sedaya upaya aku tolong mereka...apa yg termampu....bg cadangan apa2 ker...bagi khidmat nassihat pon ada jugak...bagi harapan ker...

"nanti kalu ada kosong atau lecturer mana2 nak pakai RA aku bg tau...."


hakikatnya??? insyaALLAH kalau ada rezeki...ada la kerjanya..ye tak??yang penting mereka usaha cari kerja....bukan duk saja2....ingt ALLAH takkan sia2 kan usaha kita...kalau takda hari ni...insyaALLAH besok2 ada lah tu...dulu lagi ramai yg bertanya kt aku soalan yg lbih kurang sama cam kt atas tu(sejak aku grad)....tapi sekarang dah berkurang sikit sbb dah ramai yg 'berkarier' walaupun karier tu untuk sementara waktu saja (same jugak macam saya...) sementara nak dapat kerja yg btul2 stabil n permanent....

maka dengan itu doakan la aku berjaya mendapat berita baik sebelum 1 April nie( hope so)...
Andai ditakdirkan ALLAH aku belum berpeluang mendengar kabar gembira itu ya ALLAH...jadikanlah aku hamba yg sentiasa REDHA dengan ketentuanMU...begitu jugak untuk sahabat2 ku....

yg baik itu dari ALLAH... yg serba kekurangan itu dari hamba....waallahua'lam...


wasssalam..

27.3.09

Usrah Rasa Hati..

salam to all..

tiba2 hati jadi sayu...baru tadi hantar abah depan opis..abah nk p aoutstation...kat johor jer..sampai isnin ni..tiba2 jer hati sayu..x tau nk cakap camne dah...adeh..sayu sangat..x le nak tulih..baca jer petikan nie...

hari nie aku x de usrah...ramai yg x dapat hadir...maka dengan itu aku berusrah je la kat sini..ini pon sebenarnye ada orang yg bagi sbb tengok aku sayu sangat hari nie... dari blog lain...moga bermanfaat tuk semua...

Usrah Rasa Hati - 4 : Hati Yang Sakit

Hati yang sakit mengakibatkan pandangan dan tanggapan hati terhadap sesuatu tidak betul. Hati yang sakit menyebabkan kebenaran tidak dapat dilihat walaupun ianya merupakan satu kebenaran, hati yang sakit melihat kebatilan sebagai satu kebenaran, atau ia melemahkan pemahamannya terhadap sesuatu kebenaran lalu mematikan hatinya untuk menerima kebenaran.

Hati yang sakit menyebabkan hati membenci kebenaran yang memberi kebaikan kepadanya. Hati yang sakit menyukai kebatilan sedangkan kebatilan itu akan memudaratkannya. Hati yang sakit juga tidak tahu memilih antara kebenaran dan kebatilan, akhir cenderung kepada kebatilan kerana mengikut hati dan perasaan.

Justeru orang yang hatinya sakit sukar untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan. Apabila melihat sesuatu dia akan melihat manusia yang melakukan atau kejadian semulajadi, lupa bahawa Allah swt yang sebenarnya menjadikan tiap sesuatu. Apabila ditimpa bala dan bencana, mereka melihat manusia yang menyebabkan bala bencana tetapi mereka tidak nampak ia merupakan qada' dan qadar dari ilahi.

Berbeza dengan orang yang hatinya sihat dengan cahaya keimana, mereka melihat semua perkara ada hikmahnya dan ditentukan oleh Allah swt, pasrah dan redha menjadi hiasan hati, kehidupan yang bahagia sentiasi dimiliki.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن

Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusannya baik, apabila mendapat nikmat kesenangan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.

Kebiasaannya orang yang hatinya sakit tidak merasa tenang, tidak merasa bahagia walaupun dikelilingi berbagai nikmat dan kemewahan, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, kebiasaannya membuat sesuatu diluar dari kewajaran dan rasional. Hatinya penuh dengan macam-macam penyakit hati menyebabkan sakitnya bertambah parah.

Sebab-sebab hati sakit;

1.Lupakan Allah, lupa dari mengingati Allah, lupa bahawa Allah tidak alpa dari apa yang dilakukan oleh manusia, lupa bahawa Allah lah yang menentukan segalanya, lupakan Allah kerana kurang mengingati Allah, dan hati lebih terikat kepada perkara-perkara yang disukai selain Allah.
2.Lupakan perintah-perintah Allah kerana tidak suka kepadanya, mengutamakan keseronokan dan hatinya sentiasa terikat dengan dorongan nafsu syaitan.
3.Lupakan hari kiamat, tidak mengingati mati, kurang mengingati dosa dan pahala, kurang mengingati hari pembalasan, syurga dan neraka

Apabila ketiga-tiga sebab tadi terangkum dalam hati manusia maka beratlah untuk melakukan ibadah, sebaliknya ringan pula untuk melakukan dosa dan maksiat, mengutamakan urusan dunia dan meninggalkan urusan berkaitan akhirat, mendahulukan keinginan nafsu dan mengambil ringan perintah Allah, melampaui batasan-batasan agama, menjadi orang yang zalim dan mendahulukan keinginan diri dari kehendak Allah

Perkara-perkara yang boleh merosakkan hati;

1.Jahil agama.
2.Pergaulan dengan orang-orang yang hatinya sudah rosak, hatinya mati dan menjadikan mereka sebagai teman.
3.Suka berangan-angan dan berkhayal tentang sesuatu yang tak kan dapat dicapai.
4.Bergantung dengan selain daripada Allah swt.
5.Banyak makan dan sentiasa memikirkan tentang makanan, tidak menghiraukan halal haram dalam urusan makanan.
6.Banyak tidur, orang yang banyak tidur mensia-siakan masa, pelupa dan pemalas


sekian..wassalam..

23.3.09

Bengkel Penulisan Remaja

terbuka kepada remaja tingkatan 3 dan ke atas dan pelajar IPT...anak2 ahli JIM diberi keutamaan....please contact me for more info... ;)

22.3.09

21 March 2009


semoga kekal bahagia dalam rahmat ALLAH hingga akhir hayat..

assaalamualaikum...


semalam telah pun selamat bernikah...hari ni pula kami sibuk melayan tetamu yg daaatang...tak ramai yg dari jauh..paling jauh pon dari kedah je rasanya...alhamdulillah majlis kenduri hari ni (bagi pihak perempuan(sepupuku) berjalan lancar tanpa sebarang masalah....tapi penat..adui sakitnya kakiku tak terkira...mana taknya...sibuk ke sana sini ambil gamba pengantin dan gamba sendiri...dan jugak sanak sedara yg lain lah.....bukan senang kami nk berkumpul dan merakam kenangan bersama keluarga bersama....

gamba kt sebelah tu adalah sepanjang kenduri hari ni di tingkat atas pasar Bayan Baru dan majlis akad nikah d masjid USM semalam......Selamat Pengantin Baru Nini n Azmi...till we meet again...wassalam..

20.3.09

Cerita Inai...



















opsss!!! inai di jari siapa yer tu?hehehe....
orang lain yg nak kawen..orang lain pulak yang sibuk2 pakai inai dulu...
masa aku pakai inai ni...si pengantin belum lagi berinai...padahal besok dah nak akad nikah dah....
start besok aku cuti lagi....(tapi kerjaku kt opis dah SETEL, diulangi lagi, dah SETEL...alhamdulillah...ALLAH permudahkan kerja ku...) boleh la bercuti lagi dengan senang hati..tapi penat jugak cuti kali ni...

maklumlah kami sume sibuk dgn masjlis perkahwinan sepupuku Bazlini dengan pilihan hatinya , en Azmi....esok lepas solat Asaar di masjid Bayan BaruUSM , selamatla mereka menjadi suami isteri yg sah.....hari sabtu dan ahad pulak kenduri kedua2 belah pihak....dah tentulah kami yg rapat ni kene tolong apa yg patut...adat la tu kan....gotong royong dan tolong menolong dalam masjlis perkhawinan...hope everythings going welll....sihat sejahtera semua ahli keluarga...baik dari pihak lelaki mahupon perempuan...ameen....

orait guys...till we meet again....gamba masa kenduri pastinya ada nanti....buat masa ni...tengok dulu hasil inai asli....dari pokok inai yg diambik dari mana entah...yang pastinya dah lama aku x menghias jari dengan inai asli yg baru lepas digiling ni...inai fresh la katakan...hehe...



















suke warna camnie...tak suka kalu inai jadi merah hitam, x cantik....