SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 29 Ogos 2010

KG. AIR LAHAD DATU

Salam. Akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki ke sini dengan beberapa orang teman. Namun tidak sempat untuk berbuka puasa bersama orang kampung di sini kerana perjalanan balik ke rumah di waktu malam menjadi keberatan untuk keluar dari tempat itu. Makanya saya ambil keputusan untuk bersolat zohor secara jemaah bersama jemaah kampung situ. Alhamdulillah, ramai pemuda dan warga emas yang turut solat bersama, tidak disangkai betul :)

Sedikit rasa syukur atas nikmat ALLAH yang diberikan kepada saya hingga saat ini walaupun hidup tidak semewah mana namun hatiku tetap riang bersama ingatan kepada-MU ya ALLAH ya Muhammad Rasul Allah.


Sekian

Surauku Syurgaku

Ini adalah sebahagian daripada aktiviti untuk mencantikkan dan menceriakan surau sekolah dengan cogan kata Surauku Syurgaku. Tahniah kepada semua murid yang terlibat. Namun di masa akan datang, akan mengambil cara yang terbaik dalam konsep pembahagian tugas dan masa.


GerakGempur BI 2010

Berikut merupakan sedikit analisis yang dapat saya buat untuk pencapaian Gerak Gempur BI selama 4 kali yang diadakan sebelum ini. Didapati peratusan untuk lulus, agak menipis walaubagaimanapun pencapaian murid ada sedikit peningkatan tetapi tidak memberangsangkan.

Banyak pembaharuan yang perlu dilaksanakan bagi tahun berikut. Dengan itu, Panitia BI S.K.Paris3 akan berusaha untuk memantapkan lagi akademik murid khususnya subjek BI ke arah 100% Lulus dan mencapai 30% A dalam UPSR dalam tempoh 2Tahun lagi. InsyaALLAH.

Kejayaan kita adalah milik semua

Bengkel Pedagogi SAINS


Pada Julai lepas, saya telah menghadiri Bengkel Pedagogi Sains Khusus Bagi Guru Tahun 4. Berikut merupakan hasil dan kerja yang mana kumpulan saya bentangkan. Ada juga mendapat pujian dan kritikan dari Puan Salmah... Tq Cikgu Salmah, banyak memberi tunjuk ajar.








Ini adalah suasana hari pertama ketika dalam bengkel. Tidak dijangka, kehadiran guru pada hari itu sangat memuaskan berbanding masa lepas. Tahniah kepada semua guru yang hadir mahupun guru lama dan guru baru seperti saya.

Sempat pula bergambar bersama teman lama sewaktu KPLI (sr) di IPTeknik Cheras. Seterusnya ialah penerangan tentang 4 langkah/cara PNP yang berkesan iaitu
  • Konstruktivisme
  • Konstektual
  • Inkuiri dan Penemuan (Discovery)
Hari kedua ialah pembentangan bagi setiap kumpulan mengikut pecahan kepada jenis & corak PNP yang cuba disampaikan dan diterapkan dalam kelas mengikut kaedah yang dipelajari dalam bengkel ini.

Kelihatan disana, Cikgu Salmah, amat telus dan serius dalam memerhatikan setiap konsep yang cuba diketengahkan oleh setiap kumpulan dalam sesi pembentangan mereka. Ini adalah kerana, Cikgu Salmah khuatir bahawa guru-guru lain yang hadir tidak dapat memegang dan memahami konsep yang cuba di berikan apatah lagi bahan yang dibentangkan akan dijadikan panduan bagi rujukan PPD Kinabatangan dan seterusnya menjadi bahan rujukan kepada semua sekolah dibawah naungannya.



Alhamdulillah, setelah selesai semuanya. Kami menanti ketua kumpulan yang akan berikan ucapan bagi wakil guru dalam bengkel itu namun Cikgu Christopher agak kelewatan dan saya diminta oleh Tuan Pengerusi majlis untuk mennyampaikan sepatah dua kata tapi malangnya, banyak pula yang saya katakan kerana saya berucap sambil merujuk kepada buku
UTAMAKAN YANG UTAMA....Ucapan sambil baca.. (saya cikgu baru belajar)



Pegawai PPD Kinabatangan menyampaikan cenderamata kepada semua Penceramah dan juga SIJIL penyertaan kepada setiap Ketua Kumpulan.

Sesi bergambar kenangan bersama rakan dalam bengkel!!!
Sekian

Kesimpulan: Setiap kejayaan memerlukan perngorbanan tanpa mengira rasa jemu dan tidak banyak memberikan alasan kepada ramai orang menjayakan diri lebih cekal untuk atasi setiap permasalahan!!!

Hidup Pengakap -Jamboree JOTA 2010-

Salam Pengakap 1Malaysia kepada semua. Sukacita dimaklumkan bahawa Jamboree ini telah berjaya menarik hampir kesemua ahli pengakap peringkat Negeri Sabah yang berlangsung dalam tempoh 3Hari. Berikut merupakan antara pengisian dan aktiviti yang dilaksanakan banyak berkisar tentang penggunaan radio dalam komunikasi.

Sempat juga bergambar dengan Dato Zaini.
Terdiri dari pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan kelana turut menjayakan Jamboree ini.
Posing sikit bersama Pengakap dari Kinabatangan. Kami datang juga beb walaupun jauh. Tapi saya sekadar menjadi pemerhati sahaja. Maklumlah, banyak lagi yang belum dipelajari. Namun saya tetap berpuas hati dapat hadir ke sini pada hari Sabtu & Ahad ketika penutup rasmi.

Acara perasmian disudahkan oleh Bekas Tentera :)

Ini adalah modul latihan dan tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang jamboree ini yang membolehkan ahli pengakap menerima lencana.


Best betul lihat kawan-kawan ketika bermain Game Nerf ni. Saya difahamkan hanya boleh diperolehi di Ibu Pejabat Negeri Sabah sahaja. Jika kawasan daerah nak bermain sama, kena lah datang sini buat 'booking' agaknya :)


Majulah pengakap mengikut Undang-Undang Pengakap!!!

Ahad, 15 Ogos 2010

PKI (Part-1)

Assalamualaikum...lagi seminggu nak puasa, saya bersama isteri (ELLY) pergi ke Kota Kinabalu. Sedikit perkara yang dapat dikongsikan disini...

Muzium Islam di Negeri Sabah ini agak kecil dari yang ada di KL. Walaubagaimanapun, tempat ini menarik kerana struktur bangunan yang agak unik dan ruang dalam yang teratur malah lebih ditumpukan kepada pameran untuk bakal jemaah haji. Rasa tak sabar nak pergi haji pula. Duit kena kumpul dulu =)


Sepanjang di kawasan Kundasang, sempat pergi ke sini bersama dia yang istimewa. Suka sangat dengan bunga. Warna yang segar dan menggamit jiwa. Sedap mata memandang sayu perasaan tercipta.








Berkunjung ke Balai Cerap Al-Biruni kawasan Putatan. Selepas itu, pergi makan kat Buger King...hahaha...Alhamdulillah, sedapnya tekak merasai sebuah kehidupan dunia yang semantara dimana nikmatnya tidak kekal lama...Moga setiap perkara yang kita lakukan diberkati...AMIN








Kawasan ini tiada dalam rekod buku sejarah sekolah di Malaysia.




Wau...wei...dapat juga makan Double Cheese..nyum nyum nyummmiiiiiii

Perbezaan antara masjid di sekitar Sabah yang sempat dikunjungi. Keunikan struktur binaan menjelaskan peranan kehidupan masyarakat SABAH.



Mengadakan lawatan perkenalan di sekitar kawasan ini. Sempat pergi ke S.K.Mesilou tetapi tidak sempat menemui Guru Besar. Walaubagaimanapun kedatangan saya dan Elly disambut dengan mesra oleh PK 1 sekolah tersebut.




Suasana sekolah amat mendamaikan.
Jauh dari jalan utama dalam 18km dari simpang SMK Kundasang.
Bangunan sekolah ini adalah yang baru dan telah dirasmikan pada
bulan Mei 2010 sebelum cuti sekolah.
Guru seramai 12 orang dan seorang sahaja dari semenanjung iaitu Ustazah dari MPI Bangi.



Kelihatan kantin sekolah yang berwarna kuning agak kecil dan ruang RMT yang zink itu hanya untuk bilangan murid yang sedikit sahaja. Sangat damai dan sejuk di sini dapat dirasai. FuhHHhhhhhhhHHHHhhhh...




Terdapat pergerakan mahasiswa IPT hadir ke sini dalam pelbagai program yang di adakan termasuklah untuk Bakti SISWA.




Seketika di PINE =)



Lawatan seterusnya ke S.K.Kundasang, melihat dari luar sekolah kelihatan ruang kolam ikan sekolah yang sangat luas dan corak binaan air terjun buatan yang unik menarik perhatian saya untuk pergi jauh lebih dekat.
Alhamdulillah, guru besar agak terkejut dengan kehadiran saya yang menyangkakan pegawai kesihatan berdekatan untuk membuat tinjauan bagi menangani denggi dan aedes.
Saya menyatakan tujuan untuk belajar bagaimana sekolah mengurus dan menyediakan kolam yang cantik berserta air terjun buatan. Lantas beliau (guru besar) menerangkan satu persatu. Rupanya beliau juga baru sahaja berpindah ke sini dan kini beliau lebih menumpukan dalam bidang akademik murid-murid sekolah tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada Guru Besar yang sangat peramah orangnya.



Berehat seketika di




Perjalan ketika dalam Taman Kinabalu banyak membuka mata saya untuk mengenali khazanah yang ada di kawasan negeri SABAH ini.



Saya sempat bergambar bersama orang tempatan Ranau yang bekerja sebagai membawa barangan bagi mereka yang hendak mendaki gunung Kinabalu.



Rehat-rehat di sini melihat matahari yang terbenam....
Umur kita juga seperti sudah senja cuma kita yang sentiasa lalai dengan dunia.
Sedangkan mati itu umpama pendang dibelakang leher sahaja.





Tak sabarnya nak balik....
Mus-TT-Lahad Datu-Ranau-Kundasang-Tamparuli-Kota Kinabalu-Petagas-Putatan.
[7,8&9 Ogos 2010]
Disediakan oleh;
Mus 2.47p.m. 15-Ogos-2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails