Assalamualaikum wbt...seronok nengok gambo raya kawan2 di facebook maupun di blog.
Raya kali ni banyak perkara2 yang menyayat hati.
Raya ke 6...dapat panggilan dari kakak kul 4.10 pagi...24hb. Ogos mengatakan ayah sakit dan dimasukkan ke wad. Aku datang ke HSA (hospital tun aminah jb) dalam kul 8.00 pagi dan mengantikan tempat abang aku yang jaga dari dia masuk wad...
Dalam kul 12.30 tengahari ayah mengadu sakit perut...aku pun terus panggil nurse. 12.45 terus masuk kebilik bedah.
Kami berkumpul adik beradik di tingkat 1...risau dibuatnya sebab orang yang masuk kemudian dah keluar..yang ayah lum keluar2 lagi.
Macam2 persoalan yang berfikir dikepala otak masa itu sebab faktor usia ayah...
Pukul 6.30 ptg barulah ayah keluar dari bilik bedah...alhamdulillah ayah selamat. Doktor kata hempedu ayah pecah dan ada batu karang. Itulah puncanya ayah selalu mengadu sakit tapi tak mahu pergi hospital.
Sebelum tu..suami aku dapat panggilan dari ayahnya mengatakan suami sepupu nya meninggal dunia sebelum subuh semasa tidur..tarikh dan masa yang sama ayahku sakit.
Bukan itu saja...kakak sepupu suamiku kini koma...selepas muntah darah akibat dari pembedahan saraf. Pergi melawat di wad ICU...kesian nengok penuh dengan wayar2 dibadan dan muka....
Selepas keluar dari bilik bedah.
hari ke 3...tetap sembahyang berdiri.
Ayah keluar wad hari selasa (28hb Ogos)...5 hari di Hospital. Segala kos perubatan FOC sebab ayah kerja gomen...:)
Inilah Duniaku,