Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 28, 2011

Rindu






rindu, rinduuu!
cepatlah balik.
T__T


p/s : macam miang je image tu. pfft!

Earth Hour 2011

sejak dua tahun lepas, memang tak pernah miss to get involved dengan Earth Hour. jadi tahun ini, Earth Hour kelihatan bakal suram. bukan apa. tak dapat lagi mensambut Earth Hour bersama mama & Juju. biasa time Earth Hour, ayah memang takda di rumah. beliau perlu bekerja. T_T


the official logo.

Earth Hour 2011 will be held on 26th March 2011, and sharp on 8.30 pm, please please please tutupkan lampu anda. semua lampu ya. seronok. rasa macam nak sambut raya. satu dunia mensambutnya tahu? rugilah kalau tak join. this is for purpose of :

Through Earth Hour, WWF hopes to create political momentum for enacting national climate legislation and a global climate treaty.

Through Earth Hour, WWF will continue to educate and raise awareness about the climate crisis and offer ideas and solutions that people can merge into their daily lives.

Through Earth Hour, WWF aims to unify people’s voices from around the world who are demanding action form our elected officials to solve the climate crisis.



tinggi tahu cecita WWF kita. jadi jangalah mensia-siakan harapan mereka. bukan selalu pun. setahun sekali saja. T_T


let us togehter support the effort. bukan susah sangat pun. gelapkan rumah selama sejam je. tapi kan, mase kat Penang dulu. kami switch-off lampu saja. TV tak pun. sebab nak layan AF kot kalau tak silap.
HAHA.


di bawah ini adalah konon-konon gambaran masa Earth Hour berlangsung secara live.




macam cantik je. hmm.
pfft!


rasenye kalau digelapkan rumah dari 8.30 ke 9.30 pm, ade tak yang terlajak terus sampai sok pagi?
terlebih eksaited la pulak kann. hukhuk.




sekian.




p/s : dunia sekarang semakin panas akibat global warming. sedih bukan? this Earth Hour will also contribute to demand action for the climate crisis. jumlah membantu. ceh cehh. INGAT!! tup lampu 26 Mac ni tahu?

Photoshoot

pernah tak anda bermimpi-mimpi nak berphotoshoot macam yang model² buat tu? sangat pelik, tapi ia benar² berlaku. photoshoot sekarang bukan sekadar photoshoot. kadang² dah terbosan-bosan pun boleh buat photoshoot macam hobi. bukak blog ni ada sesi photoshoot, bukak blog tu ada sesi photoshoot. rajin betul mereka. banyak pulak masanya. aku yang kat rumah ni 24 jam pun tak reti nak cukup. T_T

kalau ada DSLR lagi la best. tak perlu pun rasa macam perlu untuk buat photoshoot. macam jeles pun ada. kalaulah aku selim, tinggi, comel², puteh gebu, dan yang penting belum berkahwin, macam teringin jugak aku nak berphotoshoot. sebab ramai member² yang takda background buat model punnn sekarang dah bukan main jinak lagi dengan bidang itu. ouh, sangat perasan nak jadi model la pulak aku ni. sekejap² Muslimah Photoshoot, sekejap² Bridal Photoshoot. jeles tahu, jeles! haha. tapi dah puas hati sikit sebab masa kawen aritu dah enjoy bergambar. sangat puas hati. next photoshoot nak kena tunggu DSLR jatuh dari langit pulak. T_T

anda tak perlu terlalu tinggi untuk menjadi model. cukuplah dengan muka fotostat fotogedik anda, muka comel, muka takda perasaan, pandai main mata, dah. complete set dah tu. guna Sony Ericcson pun boley jalan. pastu touch-up guna Photoshop sakan². blur kan jerawat, jeragat, semua cela kat muka. jangan lupa, posing semaut yang mungkin. tapi kadang² aku macam tak paham. I don't get it. kenapa nak kena berphotoshoot? apekah the main purposenya? kalau macam kat bawah ni macam mana? T_T


bikin guwe penasaran gitu. aww!



nampak dua pokok pinang sebatang.
HAHA.



no komen.

ermm. tinggal tanda tanya lagi.
hikhik.


sekian.

p/s : motif sebenar adalah untuk mensuarakan kejelesan melampau sebab tak dapat nak berphotoshoot macam mereka, boley?? pfft!

Kopi, Kopi, Kopi

baru nak buat muka seringget sepuluh sen. konon² dah bergaji nak lah membodek segelas dua Oldtown White Coffee dari si dia. tapi si hubby macam dapat membau niat buruk sang isteri. semalam dia telah bersoping sakan seorang diri kat Tesco Puchong, dan membeli Hazelnut White Coffee 3 in 1 Instant. so lepas ni, tak payah bermimpi nak membodek² lagi. gedik sangat tahu?

tapi tak sama lah. moment menikmati air tersebut di Oldtown dan di dalam bilik (sangat mengada, semua makanan pun nak dibawa masuk ke dalam bilik) adalah sangat berbeza. kat Oldtown macam mewah sikit. ehem. T_T


Ya Allah, heavennya. T_T


tapi, seharusnya diriku pasrah.



minum ajelah yang instant di dalam bilik.
T_T

gambar adalah berlatarbelakangkan wallpaper handmade oleh si husband.
dia buat separuh je, separuh lagi kena bagi credit kat pakcik Sol.
HAHAHA.







emmmmm, dapnyee..
macam kat Oldtown jugak.


ceh ceh. mengada. pasal minuman pun nak kecoh. orang lain minum sky juice takda kecoh² pon!? pfft!


sekian untuk saat ini. tengah blur dengan perasaan sendiri. tadi makan secara berlebihan tak tau makan untuk sapa, sampai rasa macam nak explode semua makanan semalam pun ada. lepas ni tabley masuk pajeri lagi. sebab dah makan secara puas semalam dan emm, sebentar tadi. biasa kalau dah makan dengan buas puas, amik masa setahun jugak nak pulih. mungkin lepas setahun baru akan membuat pajeri terung lagi. errk.

Pajeri Terung

herhh! entah sempat ke idak nak update. jap lagi hubby dah nak balik. pfft! macam penting je nak update kan. hekhek.

ok. straight to the point. ni cara newbie memasak taw. kesian. berpeluh aku bila tengok mula² pajeri tu macam bukan pajeri. bila bau macam kari nangka pun ada. mulalah nak gelabah, lalu menghantar sistem pesanan ringkas ke mama dan meng-MMS gambar kari yang hmm, malas nak ulas. pfft!

bahan-bahan yang aku guna simple je. tak sangka pulak nak buat pajeri terung macam makan kacang je. isk!
ni haa. udang kering, bawang putih, bawang merah (kecik), halia, kulit kayu manis dan bunga lawang, rempah kari daging (gaul sekali dengan cili yang sedia di-blend mengikut tahap kepedasan yang anda suka), santan 1/2 cawan (yang pekat), terung/nanas (suka hati anda), kerisik dalam 2 sudu (tapi tadi aku balun sumbat sebungkus), gula dan garam secukup rasa. gula tu aku rasa guna gula merah lagi sedap kot. hmm.

cara-caranya.

* panaskan minyak dalam periuk. sambil nak tunggu panas tu pi tengok peti ais, makanan segera apa yang ada untuk dikudap².

* pastu tumis bunga lawang, kulit kayu manis, halis, bawang putih & bawang merah. haa, udang kering jangan lupa!


jangan lupa hiris dulu.


jangan sampai hangus, atau pajeri anda akan jadi pahit.

* lepas itu, masukkan rempah kari daging tadi ye.


rempah + blended chilli.


gaul ok. jangan biar begitu saja atau dia akan hangit.
dan pahit.

* lepas itu, bila sudah pecah minyak, masukkan kerisik. guna yang instant je. tapi kalau kat Penang, mama akan buat sendiri kerisik tersebut tahu? anaknya sangat pemalas.

* kemudian, masukkan santan pekat 1/2 cawan tersebut. pun instant jugak. guna je M&S Coconut Milk. bukan apa. tadi bila bau, bau dia ja yang macam santan asli. isk! harap² takda benda asinglah kan. hee~


terkejut beruk ok. warna macam tak sama.


ini rupa dia bila dah pecah minyak.
takpa, teruskan memasak dan berdoa supaya pajeri adalah menjadi.
aminn.

* last but not least, masukkan gula dan garam secukup rasa. kalau aku, aku suka macam manis² sikit. :)


tunjuk perasaan.
punyelah banyak gulanya. T_T


tadi kan macam dah terlebih gula. jadi, garam biar lebih sikit barulah balance.
hee.

* selepas itu, finale. masukkan terung, dan biar periuk tertutup sebentar untuk melembutkan hati terung² tersebut.


masa ni macam nak patah hati semangat je.
sebab tak macam pajeri mama langsung!


tapi last² macam nak jadi pulak.
pelik!

rupa²nya baru tahu. selagi tak letak gula, warna dia memang spoiled. lepas letak gula. alhamdulillah, cubaan berjaya. HAHA. pasni nak tunggu benda yang ditunggu². nak dinner same² lagi. harap² tak TERbuat perkara bodoh lagi macam hari tu. shit!

oh ye, kalau nak sedap lagi. sertakan bersama benda lain yang bergoreng contohnya :


memang peberet aku.
ikan kembong & terung goreng.
slurpp!







teaser.


Hana Tajima datang memasak dengan aku tadi.
pfft!


sekian.



p/s : boley tak? setiap hari apa yang aku masak adalah apa yang aku teringin nak makan. dan itupun selagi hubby tak bagitau apa yang dia teringin nak makan. nasiblah kann. hiks!


The Pampered Chef

memang pampered. sebab petang² begini masih berani mati nak menulis blog. sepatutnya dah menapak ke dapur waktu² macam ni. petang ni nak masak pajeri terung. dah dua tiga kali aku gembar gemburkan kat sini tapi duk tak nampak² rupa lagi. harap maaf. sekejap lagi kita buat ok. tapi kalau tak sedap mohon ampun saudara hubby. :) eh, dah nak masuk bulan baru. boley tak kita pergi Oldtown lagi? kan monthly basis, kan? boley tak, boley tak? belanja saya RM4.90 kali dua saja. boley tak? T_T saya mahu Hazelnut White Coffee. tu saja. tapi nak dua lah. boley? hee.

aku ada satu dua resepi nak kongsi. macam pro je la kan. HAHA. tapi ni warisan zaman-berzaman tahu. rugila kalau tak tahu. aku nak share cara² buat sambal untuk mee kari/ bihun sup atau segala macam makanan berkuah yang bersambal lah. tapi untuk soto aku tak recommendkan lah. hmm. nanti la. bila free naa. resepi dari mama. tapi jangan resepi ni aku adalah orang terakhir yang tahu sudah. dahla orang terakhir, tunjuk action pulak nak mengajar orang kan. HAHA. pastu nanti aku nak share cara² buat chocolate secara instant. tahan untuk tempoh 3 bulan. agak² kalau nak bagi kat kawan bertunang bulan 5 ni, sempat lagi tu.
khas untuk mereka² yang sama malas macam aku.


tungguuu. ( bajet je ) hadoi.



ayuh menserbu terung dan kayu manis. Jumaat lepas telah berlaku ketaksefahaman dengan MIL. MIL sebut bunga cengkih, aku pulak sebut bunga lawang. tapi aku yakin, benda ini adalah bunga lawang. kan?




dan ini bunga cengkih, kan?


haish, kompemlah betul. saudari Google dah sahkan pun. adei, inilah nasib orang muda yang jarang ke dapur. kau buat² pandai pasal rempah ratus kat dapur pun, orang tetap cakap kau newbie. HAHA.

p/s : sedar diri. aku memang newbie. T_T

Sunday, February 27, 2011

This Age

I am number four 24, will be 24.
umur macam aku masih boleh enjoy² lagi. berparty, berhuha-huha, pi sana pi sini. pi clubbing, oh tidak.
tapi aku, dah ada title lain. jadi semua tu simpan dalam poket diam².

Dalam umur² macam ni, biasalah. darah muda. tahu nak melenting je. dengan mak aku pun kadang² termelenting, ni kan pulak dengan orang lain kan? syukurlah aku tak melenting dengan MIL. makan penampor aku nanti. T_T

Aku bukanlah panas baran, bukan kepala hangin. cuma, kadang² bila simpan lama² dia macam nak explode. gunung berapi sekali explode macam mana? haa, mestila keluar lava. tapi aku keluar magma. pfft!
dulu masa bujang boleh buat keputusan sendiri, boleh buat semua ikut kepala sendiri. kalau orang bantah cakap kita, kita nak lawan balik sampai kita menang. sebab macam loser, kalau tak boleh menang dalam benda kecik macam tu. wahh.

Darah muda kan macam hot. panas lagi. kalau jadi bini orang takda hot dah darah tu. manis je, kot. dulu masa bujang aku nak orang yang ikut cakap aku. pastu bagi seribu satu alasan kukuh untuk betul² menang tanpa bertanding masa tu. aku payah nak terima perubahan. contohnya dulu meja duduk kat satu tempat tu. pastu tiba² diubah dan macam tak practical bagi aku, pun aku nak membebel dan nak buat kepala. teruk gila. HAHA
kalau aku dah kemas rumah, pastu si adik yang mulia pi buat semak, pun aku nak melenting. sebab saja je nak buat aku rasa macam orang gaji. kemas berkali-kali tapi duk macam tu jugak. tapi sekarang, mudah-mudahan boleh selalu tolerate dengan orang sekeliling. dan bertolerate dengan perasaan sendiri juga. ye la, asyik nak ikut kepala sendiri je, kepala orang lain macam mana??

Aku pun tak suka la marah². tambah² dalam keadaan sekarang (konon² mengandung HAHA), aku memang taknak marah² la. ia akan menyukarkan proses blablabla. jadi tak mahu marah², sumpah aku tak mahu. bad mood apetah lagi. sebab yang selalu notice aku tengah bad mood adalah hubby. kesian dia. kalau aku stress, bad mood, dia lagi la. triple! tak suka macam tu. sepatutnya pas kawen buat banyak pahala, ni dah melibatkan diri dalam dosa pula. tak mahu. T_T

Jadi sekarang, the best solution is.. senyum je. orang kata kita gila pun takpa. aku gilakan dia. ececeh.
haish, mudah-mudahan lepas ni boleh jadi lebih matang dan lebih bertoleransi tambah-tambah dengan budak kecik tu. dengan budak kecik pun aku nak bergaduh taw! tengoklah betapa hancurnya hati dan jiwaku tak matangnye aku. tapi dari dulu lagi aku memang geram dengan budak² degil ni. janganlah ada yang mencabar kesabaran aku. kang aku terbuat yang bukan² naya anak orang nanti. huhh, mintak simpang. HAHA adei, takut aa, kalau² terhilang sabar kan. tapi kalau tak sabar macam mana nanti? haish.

Betul la orang pesan. dah kawen² ni sabar tu penting. MasyaAllah. kalau dua² laki bini tak sabar abeslah rumahtangga. nasibla kalau aku moody dia diam je. tapi dia duk tanye² nape aku moody aku lak jadi sedih. haih, pempuan, pempuann. memang dasar perempuan lah! sikit² touching kann. HAHA.

InsyaAllah, lepas ni akan menjadi yang lebih baik dari semalam. dan semoga niatku ini dipermudahkan olehNya. :(

Tibe² teringat dekat mama. we used to fight to each other. setiap hari ye, setiap hari. we used to nagging² sampai dua² collapse. gile dasat. ayah boleh geleng kepala saja. HAHA. tapi kalau ada adik aku, best. memang best. sebab dia akan back-up aku sampai mama rasa down. ouh, gila jahat. tapi tu takda la lawan macam nak dia down betul². takda². saja seronok nak menang. HAHA. paling dasat bertekak dengan mama adalah time sibuk² nak buat preparation kawen. memang non-stop, bergaduh. ade je yang tak sekepala. dari pasal doorgift sampailah procedure nak bertukar² hantaran dengan pihak laki. kerepek apa, sweets apa, cupcake yang mana yang nak disumbat dalam goody bag pun jadi bahan. malam sebelum nikah sangatlah sedih. masing² nak menang kan. aku nak hantaran dibawa masa nikah, means bawak ke masjid. mama pulak nak hantaran bawak ke dewan. nak buat apakah? kang orang rembat Nina Ricci aku macam mana?? last² dia membebel pastu frust sebab terpaksa mengaku kalah. lagipun dia dah takda point nak lawan tu. hikhik. tapi pastu ok balik. gaduh² manja gitu. alaa, masakan melayu lidah boleh tergigit, inikan pula anak-beranak, boley? HAHAHA.

Tapi serius rindu. dah jauh² macam ni time gaduh² tu terasa manis sangat. rasa macam baru semalam je berpisah dengan mama. sangatlah tipu. semalam bukan kau berparty ke?? pfft!

Kalaulah dapat tinggal dengan mama lagi waktu ni, petang² macam ni aku setia tunggu mama balik dari sekolah. nyanyaw lak setia menanti bersama aku. ouh, rindu nyanyaw. T_T pastu mama balik je akan siap² bergegas ke pasar tani, ada orang jual² makanan sedap. dicipta khas untuk makhluk pemalas macam aku. kalau mama tak suruh, sumpah aku tak masak nasik sehari. sementelah memang tengah berdiet kan². selepas itu akan pulang dan menonton Benci Bilang Cinta blablabla sinetron yang panjang berjela tu. pastu malam pas isyak memang masing² buat hal sendiri dah sebab mama kan cekgu, jadi dia busy. tak macam aku. free. esok pun sama. pagi masak untuk aku dan nyanyaw je. Arghhh, rindu mama. T_T

she is the apple of my eyes. 
sayang mama.


ini Nyanyaw.
kucing tersayang aku, and it always be.


rest in peace Nyanyaw.
I always love you.


sekian.

p/s : si penulis sedang melayan perasaan sedih dan kemurungan beliau. sambil mendendangkan lagu Dendang Perantau.
rasa nak gigit jari je. T_T

Followers

saya nak mintak tolong ni. pada yang follow blog saya, terima kasih banyak-banyak. best, bley buat kawan. :) tapi kan kalau boleh, tinggalkan link untuk saya follow anda semula ya. atau saya akan assume anda sebagai anonymous. suka-suka hati aku je nak panggil orang anonymous kan. HAHA. kalau tak mahu perkara sedemikian berlaku, apa kata anda tinggalkan link anda di chatbox saya? bukan susah pun, senang jee.
ce letak, ce letak, ce ce letak.
ngee.



sekian.


p/s : Allah akan mempermudahkan urusan kita, jika kita permudahkan urusan orang lain. InsyaAllah.
( harap² ada kaitan dengan post aku ni. )

Birthday Bash

sangat bash, best! busy sikit semalam jadi tidak dapatlah nak meng-update.
bangun² tu lepas mandi memang nampak pisau, bawang dan perkakas dapur. T_T
macam horror je pisau² tapi potong bawang je pun. sampai nanges². macam kena paksa. T_T

usai majlis terus tertido sampai hampir² terlepas maghrib. lagho-lagho. tido memanglah amat sedap tambah² surirumah bekerjaya macam aku. 2 jam takkan cukup. kalau boleh nak 24 jam waktu tido. pfft!

bangun² solat dan tidak mandi. ops! sejuk ok. HAHA.
selepas itu menonton Khurafat yang macam takut tapi taklah berapa menakutkan. tapi agak pelik bila tiba-tiba ada scene hantu, macam terperanjat sikit. tapi tak takut pun. pfft!

scene paling menakutkan adalah bila takda hantu pun tapi hantu kat belakang (hubby) buat² macam ada hantu. gegegege~ terperanjat saya tahu??

cerita tu tak best! sebab director hensem mesti nak jadi hero. hero yang tak mahu mati walaupun dalam cerita tu dia dah mati, tetap tak mahu tunjuk dia mati. malah nak jugak hidup dan melihat mayat sendiri dikebumi. ape tu? hmm, pening². pening dengan ayat sendiri. pfft!

cerita tu tak best! sebab hantu tak cukup thrill. kate best, tak best pun. siap bley tido lena lagi. tapi tak lena sangat sebab sharp jam 6.30 am, rase macam katil kena gegar. hantu ke hubby tu? HAHA.

tadi on PC. tengok desktop background dah berubah.

setiap hari ada cinta. 
 kihkih.

paragraph akan berubah ikut suka hati aku. takda salam² terus masuk cerita lain. tengah hari ni tak payah masak sebab sisa maggi goreng hasil gorengan bekal hubby pagi tadi ada lagi. sampailah lepas Zuhur, dalam jam 3.30 pm, baharulah akan mula memasak untuk dinner. macam awal sangat, tapi nak masak pas asar time tu aku dah separa lemau dan tak mampu lagi nak memasak. time tu rasa nak landing² dan menonton TV saja. mengikut perancangan 2 hari lepas, konon-konon nak masak pajeri nanas, tapi tak terlaksana sebab petang tu telah pergi ke pasar malam dan membeli nasi lemak + murtabak. tu pun tak cukup kenyang. patut beli dua bungkus nasi lemak, barulah balance. ye tak? ye tak? pfft!

jadi, acara memasak pajeri nanas akan dibawa ke petang ini. pastu esok, lusa, khamis, jumaat, sabtu, ahad, blur. tak tahu dah nak masak apa. blur blur blurrr. ni mesti nak kena pergi Giant, dan duit pasti akan lesap lagi. T_T

sudahlah. nak Google resipi sebentar. kalau takda ilham, mungkin akan masak Tom Yam, telur bungkus secara berulang² sampai bosan.

sekian.


plan-plan nak masak ayam masak merah la. slurpppp!


ini saya Google, dan ambil dari setelkahwin.com
santek header dia. wink*


Friday, February 25, 2011

Semalam yang Hangat² Najis Ayam

sangat hangat sampai aku rasa nak tido berbantalkan air-cond.
semalam sangat excited. nak masak untuk suami tersayang dengan harapan mendapat puji-pujian lalu dapat tido sambil tersenyum sepanjang malam tanpa terjaga² di tengah² malam.

pagi semalam dengan semangat mensediakan bahan² memasak. aku kuarkan ayam, udang, sotong dan semua lah  dari fridge. pastu ter-collapse. mula² niat murni nak landing² je, tak sangka boleh tertipu dek cuaca dingin petang² tu. boleh pulak tertido sampai 3.30 pm. memang dasar kuat tido. macam manalah tak gemuk kan. bangun² terus cari air nak amik wudhuk. boleh pulak tido tak solat dulu. HAHA. bukan salahku. niat aku nak landing je, TERtido, nak wat macam mana. ;p tiba² takda air. jadi agenda memasak macam dah tergendala sekejap.
pas solat buat² lengah lagi. 4.30 pm baru terhegeh² potong ayam dan sebagainya. mujur mak ade simpan air spare kat umah. kalau tidak harapan hanya tinggal harapan la. T_T

kelekung kelekang! kelekung kelekang siap!!!
tom yam pedas² dan masam² dan siap. ngee~
macam magic pulak tiba² dah siap. abeh takkan aku nak taip pepanjang cerita apa aku masukkan dulu, pastu masuk apa dan banyak mana garam nak guna??
panjang ceritanya tau.

pastu bertungkus-lumus mensiapkan telur bungkus pulak. time ni paling banyak cabaran sebab pahaman tentang telur bungkus aku dengan telur bungkus mak sangat berbeza. aku pun macam terkeliru sekejap yang mana yang betul, yang mana yang salah. aku hampir² nak terpedaya dengan kata² mak. nasib tak pi Google je secara tiba². kalau tak dah jadi satu keje lain pulak. nak pi search gambaran sebenar 'telur bungkus' tersebut. walaupun aku macam konfiden dengan pahaman telur bungkus versi aku, tapi kadang², manusia melakukan kesilapan jugak. apetah lagi mak lebih dulu makan garam kan. manelah tahu kalau secara tiba² aku terhilang ingatan dan mengalami halusinasi ke apa. nasiblah aku seorang yang teguh imannya pendiriannya ceh ceh. terus jugak melenserkan telur dalam kuali secara konfiden walaupun terdengar lagi kata mak, 'telur bungkus tu dia campur semua sekali ayam, mana ada bungkus²'. ok, teruskan perjuangan. HAHA. dengan keringat yang ada cuba membuat telur lempeng yang betul² ramping lah. dan fragile sikit supaya mudah dilentur² nak buat bungkusan. even macam hangit sikit. sebab sambil buat duk dengar ape mak cakap². aku hanye mampu ketawa seorang diri bagai nak gila kat dapur tu. cabaran, cabaran.
tu baru nak buat telur bungkus. belum nak buat ayam masak merah, nasik beriyani dan nasik hujan panas lagi, haa.

last² siap jugak telur bungkus aku. fuhh! memang letih. sebab kena berperang dengan perasaan. T_T

dah siap semua. tunggu hubby balik. lepas maghrib memang akan makan bersama-sama. tapi kadang² tertewas jugak. akan dinner sebelum maghrib. lagipun kalau makan over than 7 pm, orang cakap orang kurus boleh jadi gemuk. yang gemuk ini macam mana pula??

usai solat maghrib. kami pun menuju ke meja makan. ececeh, dengan berlagak dan actionnya, pergi mempanas dan mensendukkan tom yam buatan tangan tadi ke dalam mangkuk. surprise la konon.
letak di meja, dan dihidang bersama telur bungkus tadi. telur bungkus adalah lebih menselerakan dari tom yam. hmm. kenapa kenapa kenapa?

aku menpelawa-lawa mak untuk makan sekali. tapi macam bisa, mak akan tunggu isyak dulu baru dia akan makan. jadi, kami makan berdua saja. alah, jadilah. makan malam cahaya lilin di rumah pun not bad ape. asalkan berdua.



sambil makan. aku pandang dia, dia pandang aku. dia pandang aku, aku pandang dia. romantik la konon. padahalll, diri ini sedang mengharap pujian dari dia. HAHAHA. nasiblah dia macam paham. dia pun memulakan puji-pujian dia. aku di sini apetah lagi seronok bagai nak gila. yolah, bukan senang nak masak sedap². aku kan newbie? T_T bila dah dapat puji-pujian sebegitu, sangatlah menginspirekan aku untuk terus berjuang dalam dunia masakan ini. eceh!

tung tang tung tang bunyik sudu dan garfu (kononnye macam makan di restaurant mewah lah)
bosan.

asek pandang² je meh aku buat satu show. semalam entah kenapa macam ribena sungguh aku ini.
atas meja makan tu ada satu tray kayu yang boleh pusing². berbentuk bulat pulak tu. memang best la men pusing². macam main ape tu? pusing² botol tu. haa, camtu la. aku pun pusing se-round. yeah, ok lagi. masih normal. macam best pulak. lalu mempusing se-round lagi. slow². yeah, masih ok. tapi macam tak thrill la slow². si suami hanya memandang dan tersenyum ketawa² tak ikhlas gitu.

hmm bosan. aku pun meng-up kan halaju tray dan mempusing laju² sampai terlupa dulu aku pernah pusing tray bulat macam tu jugak sampai terpelanting pinggan mangkuk atas tu dan ouh, no!! seketul mangkuk telah terpelanting!!


alamak! mangkuk tom yam terbalik suda. mujur terbalik atas meja, kalau atas lantai?? aku yang berkecai gamaknya. T_T

si suami ketawa terbahak², bukannya nak tolong ke apa. nasiblah tak terpelanting ikan sambal yang mak buat, kalau tak aku nak jawab apa dengan dia?? mujurlah ada seekor kucing yang innocent dan tak boleh bercakap benar menselamatkan nyawaku. adik ipar yg berumur 2 tahun ni buat² cerita. pandai pulak dia. 'mangkuk terbang sebab anak kucing melompat atas kak long. kak long terkejut, abeh tumpah kena meja.' sangat playsafe bunyi nya bukan? satu hari nanti, harus membalas jasa kucing tersebut. kesian. terus dia di bawa keluar dari rumah. terasa sangat bersalah terhadap dia. oh.tidak.com.

selepas itu dengan muka tebal merayu pada si suami supaya tidak emnceritakan perkara sebenar kepada sesiapa. sebab takut nanti orang akan kasihankan dia. maklumlah, berbinikan wanita ribena. rasa nak tido pakai kuali saja. tak jadilah nak berbantalkan air-cond. tsk tsk.

dan semalam. yang tido senyum sampai ke telinga adalah si suami. sebab perut kenyang dapat makanan sedap. aku ni jap² terjaga, jap² terjaga. sebab rasa macam ada orang tengah ketawakan aku. apekah? HAHAHAHA. jadi, moral of the story. jangan nak buat thrill action untuk mendapatkan attention. sangat memalukan tahu??



sekian.



P.S : tray bulat tu sangat tak practical.
(dah, salahkan tray pulak dah.)

Tak Puas Hati

title yang entah hapa².
tapi ada kena-mengena jugaklah. HEE

bila kita update pasal makanan, ade je suara sumbang kata aku gemuk dan kuat makan. padahal memang betul pun. HAHAHA

TAPI!

bukanlah aku masak semua. aku masak sikit² je. gambar yang berderet tu adalah sebagai inspiration atau dengan kata lain, it's a teaser. wakakak.

kalau tengok makanan sedap, semangat nak menghentak senduk sangat berkobar-kobar walaupun aku hanyalah newbie di dapur. memang newbie la sebab sebelum kawen tengah hari baru nak menjengah dapur. dan itupun hanya memasak sawi goreng atau sup sawi. kalau rajin (sikit) akan memasak spaghetti. yang lain² seperti kari, masak lemak, sambal tumis, bihun sup ke apa, memang totally mama yang buat. haa, dah terbuka pekung di dada.

ouh, BUSUK!

walaupun demikian, ade la jugak tengok² mama memasak. walaupun malas di dapur, di tempat lain aku tak malas tahu. aku suka mengemas. tapi time takda orang la. sebab kalau ada orang, kang aku kemas sini, dah clear aku pegi tempat lain, tempat tadi dah berhabuk balik. sia-sia tahu? fuhh!

TAPI!
kalau takda orang pun belum tentu aku mengemas. mungkin time takda orang, adalah waktu terbaik untuk membuka kilang.
hmm.

banyak pulak lah alasan kan. dah malas tu malas jugak.
hukhuk.

lepas ni kalau punya kerajinan nak belajar guna mesin jahit la. mak ada satu mesin jahit electronic untuk si pemalas macam aku. memang kaki dasar pemalas. malas nak gedik² kaki bagi mesin bergerak. mesin electronic mungkin sangat practical. mungkin. banyak benda nak dijahit. nak jahit sapu tangan, kain batik, apron dan sarung bantal empatsegi. nah, semua yang simple. memang dasar pemalas. HAHA.

takde sebab nak menggunakan mesin jahit secara tiba-tiba. bukan tahu jahit baju kurung pun. T_T
tapi, percayalah. kalau anda sudah punya a baby, menjahit sangatlah menseronokkan. boleh jahit baju baby yg comel² untuk dia. boleh jahit barut bercorak Pooh, boleh jahit setokin pinky², dan boleh jahit kain lampin bercorak Tweety. lalalala, over-imagine la pulak. tapi teringinlah nak jahit langsir baru. langsir bilik aku ni belum bertukar sejak hari berkahwin kali kedua aritu. hmm.

saya semakin malu untuk mengahadap suami. sangat malu. ouh tidak!
macam mana nak tengok muka dia bila dia balik nanti? T_T


sekian.

Thursday, February 24, 2011

Tata Blog

dunia blog bukan prioriti lagi selepas ini. sbb aku punya hobi lagi best dan menseronokkan dari memblog. saye suka memasak. fuh, ni kalau mama baca mesti terkejut beruk dia. HAHA

serius. sejak dua tiga hari tiba-tiba macam best pulak. sbb ada bantuan dari saudari Google. nak masak ape search je. kalau agak-agak rindu dengan masakan mama, mintak kat mama resepi. pastu try buat. seronoknye!
oyeah! oyeahh!

petang ni nak buat tom yam & telur bungkus. Insyaallah.
bahan sume dah ada. tunggu nak masak saja.
esok tgh hari tak masak (kot), sbb hubby ade keje. budak kolej tempat dia keje ade konvo. jadi masak petang je. petang sok nak goreng ikan kembong dengan pajeri terung.

sumber dari saudari Google.


hmm, dapnyeee. rase macam na masak arini jugak. nasib takde terung je nih. T_T

boleh tak? tadi pegi Giant kusyuk merenggut semua barang, lupe nak pi amik harga. kan ada stiker harga tu kan? haa, terlupa suda. sampai kat cashier terpinga-pinga aku bila terpaksa cancel terung 2 batang dan err, roti garlic! meleleh air liur aku. T_T
mmg tak praktikal lah. kena scan harga gitu. kalau letak harga siap2 kan senang. dari nak beli terus tak jadi beli. kan dah rugi.

tapi takpe lah. esok kalau rajin pegi lagi. T_T macam rajin sangat. risau betul nak pi Giant. bukan apa. setiap kali pi Giant mesti burnt banyakkkk duit. hmm.

lagipun mmg tak dapat nak berblog sangat. weekend kan? husband akan conquer PC. malam je dia ajak tengok muvie sama-sama dengan dia. sbb dia jeles. aku kul 10 dah nak tido. HAHA

lusa, tulat, peon, piut, nak masak macam ni jugelah ayam masak merah, masal lemak udang, kari daging Penang. perghh! tinggi cita-cita aih. kesian mama. tak senang duduk. kena taip panjang-panjang resepi turun temurun dia. ngeeee~ love u mama, mama lah yang terbaik!

ok, sekian.

Wednesday, February 23, 2011

Larleen Ku.

Bagaimana mahu mensembunyikam perasaan tanpa membuat memek muka lalu menggores hati mereka yang memandang? Kalaulah boleh.

Terima kasih sebab memahami. Maaf kerana terpaksa menghadap muka ini sampai terkucil hati.
I love you. I never meant to scratched your heart.

I am just helpless. ( :

Add a Title

Jangan buat saya sedih dengan pertanyaan 'kenapa'. Kerana kalau saya menghuraikan selanjutnya, saya akan mengguris perasaan orang di sekelililng saya. Jadi, diam adalah lebih baik. Saya percaya, perasaan-perasaan itu akan hilang di bawa waktu. Mudah-mudahan.

Semoga tiada anasir-anasir luar, yang cuba menggugat dan meracun fikiran saya tentang benda yang bukan-bukan. Bukan apa, saya sangat mudah terpengaruh. Risau si penghasut menang tanpa bertanding.

Dan cukup-cukuplah. Sikit lagi boleh jadi gila. Saya tidak mahu menjadi gila.




  ihsan Google.
Google : sangat memahami hasrat setempat.


sekian.


Tuesday, February 22, 2011

Hehehe

follower ke 38 ini adalah pujaan hati saya.

tahniah! kerana bertuah mendapat tuan punya blog ini.
kihkihkih.


oyeah²!!

P/S : baca saja, jangan mengata. taw?

Bubur Pulut Hitam

meh sini kawan². saya ajar bagaimana cecara nak masak bubur pulut hitam. saya sangat pro. saya bekerja di The Pampered Chef.

mudah saja. aku guna apa yang ada kat umah.
kalau tahu petang ni nak kena masak bubur pulut hitam ni, dari semalam lagi seharusnya aku rendam pulut² tersebut. punyelah lama aku menunggu dia sampai empuk.

ni bahan² untuk orang macam aku je taw.

* pulut hitam (sebaiknya rendam dulu semalaman, sbb kalau tak rendam, kematu nak menunggu.)
* santan (kalau boleh guna yang asli ye. santan kotak adalah was². mungkin ada campuran tepung atau..)
* daun pandan (kalau takda, vanilla essence pun adalah ok. tapi aku dua² pun takda.)
* biji sago (basuh dulu.)
* gula merah / gula putih / gula melaka (ikut suka mana² pun boleh. tapi aku tak suka gula merah.)
* garam secukup rasa.

cecara :

* didihkan air dalam periuk. ikut suka la size periuknye.

 boleh buat wine nih.

* dah empuk, masukkan santan dan kacau. kacau jangan tak kacau ye. kang berketul tak tahu. mama cakap, kalau belum betul empuk si pulut tu, JANGAN sesekali berani memasukkan santan lagi. bahaya!

tadi telah menggunakan santan cap ayam.

  harap² takda campuran asing dalam ni.

 janganlah masukkan sejemput tu. agak² la sampai achieve rasa lemak yg diidamkan.
saya telah memasukkan sekotak santan cap ayam sebentar tadi.

* masukkan daun pandan. (aku tak tahu the exact time untuk mencampak daun tersebut.)

 sumber adalah dari Google.


kalau takda, guna vanilla essence, ok.


 contoh je, kalau takde gunalah Blue Key brand. ;p

* masukkan gula secukup rasa.

gula cap apa pun takpa. kalau di Penang, gula Prai lah yang terbaik.
ada manis² blablabla.

* masukkan sedikit garam. sedikit saja tau. agak² dalam kurang secubit. mama kata, masukkan garam ni boleh menambah lemak pada masakan atau minuman. kalau nak tahu, mamak² pure di Penang kalau buat teh tarik pun kadang² letak garam. betul, yang ni tak tipu.

* masak la seberapa lama yang anda mahu. tup api dan hidang kan.
secara sedihnya. beginilah rupa sepinggan bubur hasil buatan tangan beginner seperti saya. )8


macam sedap. jap nak try test makan.


SEKIAN.


p/s : sedap, sedap, sedap!!



Monday, February 21, 2011

Resepi

* kari daging mamak (memang tak dapat dipisahkan)



* ayam masak merah



* sup ayam special 



* sos steamboat



* tom yam



* rendang daging (pebret)



 * whipped potatoes




yummyyy!!!!
siap!






siap di copy paste.


SEKIAN.


Sibuk

buat² sibuk. sedang khusyuk mengoogle resipi. google je, belum sempat copy. bukan apa. menanti husband pulang sampai rela digigit nyamuk. haish. esok je la aku copy & paste macam biase.


err, bagaimana? tadi telah memasak udang rempah. konon² nak buat macam yang aku buat guna daging dulu, tapi salah bikin daa. takut lak nak bagi hubby makan, tambah² nanti makan depan MIL.
takut diketawakan lagi. )8


mase² macam ni la rindu kat mama. mama adalah chef dan pakar pengkritik terbaik dalam hidup aku.


dan sekali lagi..





SEKIAN.

Hana Tajima

ok. dah berpuloh kali dengar & baca pasal dia, kali ke brapa puloh ni baru aku tahu sapekah dia.
sangat kataklah aku. Hana Tajima is a fashion designer. mati² aku ingat dia penyanyi ala² Yuna ke apa.
skang tengah hot, orang nak ikut style dia pakai tudung. ok, fine. aku pun nak ikut pasni. HAHA.


Nama penuh dia Hana Tajima Simpson. Tajima nama Jepun ayahnye, Simpson is for her English mum & Hana tu nama Jepun untuk dialah. Dia memeluk agama Islam for about 4 years ago dan beliau sangat active dalam urban muslimah fashion. best².


ingatkan Yuna nak duet dengan dia ke apa. tapi aku takda peduli pun, aku bukan peminat tegar Yuna.
wuuwu!

SEKIAN.