Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 22, 2011

Wordless Wednesday





we've booked the tickets already. tak sabar nak tengok Edward Cullen. hohoho!


sedap!
masuk ketul yang ke-5, saya dah muak.
T_T


once was my favorite ikan.
sepanjang 24weeks ini pun selalu dipaksa untuk makan ikan ini.
tapi tadi, opismate makan ikan ni begitu saja sehingga menjilat jari membuatkan tekak saya kembang dan terus tak sedap badan. apekah??
bau satu opis okkei.
lepas ni tolonglah MIL & FIL, saya takmau lagi ikan ini.
T_T


erk? supposed 'wordless' kan? HAHA.

maternity check-up.
balik dari check-up this morning terus rasa tak best dan macam upset sikit. bukan sikit, banyak actually. :( huwahhhh! mintak yang tak baik itu semua dijauhkan. saya mahukan baby yang sihat macam baby lain. hati tak sedap. sedih. nak nangessss! even doctor cakap nothing have to worry about, saya masih worry. even this weekend will catch a movie, still, masih upset. saya nak shopping. coz shopping is always my soul therapy. cepatlah gaji. :( hmmmmmmm.



T_T

hari tidak selalunya cerah. that's true.


Saturday, November 19, 2011

Latest

salam. just wanna update. macam ada yang nak ambik tahu je bunyiknya. i don't give a shet!

happy.
I am happy for a reason! syukur alhamdulillah. Allah never failed to give me what I wanted most. really! He never. from what I have noticed, every wish that I wished so far, alhamdulillah, Allah perkenankan. might be ada yang tak tertunai, tapi, yang itu apalah sangat nak dibandingkan dengan yang lain². jadilah manusia yang bersyukur.

the gender.
the latest scan was surprisingly exciting! sebab, pucuk dicita ulam mendatang. hopefully memang benarlah apa yang di scan. sebab diriku sudah berharap terlalu tinggi untuk gender yang itu. 

the placenta.
I am quite worried as the doctor said that mine was a little bit low lying. tapi dia cakap, still can get upper than this. tapi still doctor, saya risau. this is my first baby, dan saya mahu semuanya berjalan lancar. T_T tapi according to her, my baby was constantly grow with the weeks of pregnancy and nothing have to be worried. mana tak risau. I took so much caffein, tapai, jeruk (balik penang wajib belasah jeruk) etc. pendek kata makanan tak berapa nak teratur that time. bila check up nak tengok baby, I get that gelabah ayam. grrr. tapi dah lama tak rasa gemuruh macam tu. last felt bila datang interview kat Blooming Florist ni. wuu. tapi baby, well done. sebab kuat untuk mama! :)

friends.
I have losa friends. ribu riban? it's just a number. a real friend, ciputtt sangat. tapi, as long as that friend baik dengan saya, saya baik dengan dia. kalau dia tak baik dengan saya, saya mungkin tak baik dengan dia. tapi saya tak baik kejap saja, sebab saya bukan jenis pemarah yang long-term. short-term. saya marah hari ni, esok saya cool semula. sebab saya memang species ini. happy-go-lucky. bila saya tak happy, murung, someone else will get sick of me sebab saya sangat jarang begitu. ok sekian. saya masih ingat, sekolah rendah dulu saya bergaduh dengan one boy. dalam sekolah. saya kejar dia. dia takut lalu melarikan diri masuk toilet. mentang² saya tak boleh masuk, dia masuk situ selamatkan diri. tapi malang, dia tergelincir. baju sekolah dia kotor. time rehat, mak dia datang cari aku. saya cuak. tapi nasiblah maknya faham. takkan lah saya yang innocent ni nak buat dia kan? tapi sebenarnye iya! ;p masuk sekolah menengah, pun bergaduh lagi. keje bergaduh je. tapi bukan lawan ape pun, cuma salah faham je tambah² masa tu berkawan 3-4 orang, mesti ada yang nak melaga²kan kita. tapi at the end of the year, dah last year kat sekolah tu, masing² say sorry and tetiba macam close pulak sekarang. masuk UiTM lagila. harus bergaduh ok. tapi masa tu saya jadi orang tengah. tengok je dua orang kawan baik saya ni bergaduh. gila sentap. bila kawan yang seorang ni panggil BF dia (tak macho aa bro masuk campur hal pempuan). kawan saya yang satu lagi ni (tak ber-BF) bawak saya je ke tempat kejadian. pastu si BF tumbuk meja konon macam macho. last² saya yang hati tisu ini yang menanges. T_T pastu keluar dari studio, masuk toilet. on the way nak ke toilet tu, sorang kawan menyapa, 'weh, ko buat Lin eh Sara?'. takkanla dayus sebegitu rupa si kawan baik nak pukul si kawan baik kan? caring sungguh mereka. ;p dalam toilet, Sara cakap, 'sorry Lin. aku tak tahan sangat dah. geram sangat. siap panggil BF lagi. sorry sangat².'. saya lagi touching lalu berderau lagi jatuh airmataku. sedih dan terharu. dia cakap macam tu sebab worried dan sedih bila buat saya sedih. hmm I sayang you Sara. :) actually semua kawan pun saya sayang. kalau kawan itu baik dengan saya, why should I harm her/him? dah tua² begini, saya tak mahu gaduh² lagi. hmm. my 'FS-to-MS' friend. :) yes, YOU. saya juga tak mahu ada persengketaan lagi. tapi, I just wanna clarify here, saya kecewa dan sedih dengan kamu. sebab? bila kamu hide wall kamu, saya tak tahu kamu hide dari saya or hide dari kawan lain tapi saya yang terkena tempias dan terasa. then, saya pun hide wall saya. sampai kamu tegur, saya unhidden balik. then saya tengok, kamu hide balik wall kamu. saya pelik. lalu saya pun hide semula wall saya. then, suddenly I got the gudnews, then I saw you on someone else's FB. I asked you, why you removed me? and the answer is, 'kecik hati.' sebab tahu that gudnews not from me. I was sad. that's not a really good answer. saya tak mahu panjangkan kisah ini. cuma saya nak bagitahu, kalau salah itu datang daripada saya, I would say sorry. saya mintak maaf. saya tak berdendam dengan kamu, saya tak benci kamu, dan kamu bukan lawan saya. :) so, peace. saya dah lupa semua itu. :)

husband.
this is a special thing of my own. special something. even selalu merajuk tak pasal², tarik muka tak kena tempat. dia masih sabar dengan saya. sometimes orang lain yang buat hal, dia jugak jadik mangsa. cian dier. lately rasa bahagia sangat² dan saya takde lagi marah², merajuk, emo, cranky, tantrum mengada² tak tentu pasal. tenang je rasa. sebab, dia pun sabar melayan saya. loving, tambah² tengah pregnant-kan anak dia. saya bersyukur sangat. dia adalah anugerah terindah bagi saya. niat nak berpantang kat Penang pun saya lupakan sebab saya tahu, dia tak boleh berjauhan dari saya. OT sampai jam 6 pun dah potpet² inikan pulak berjauhan 2 bulan?? tak mahu. saya pun tak sanggup. for husband. saya sayang awak sangat². I hope we can be a great parent, InsyaAllah. cuma saya nak pesan satu. tolong jangan jangan jangan manjakan baby ni nanti. nanti dia jadi degil dan manja. I jeless. hukhuk. :)

mama.
masin mulut mama.

sekian.

nak balik dah. hubby dah macam nak mengamuk aje balik tak on time. lagipun saya baru setel buat keje. huu. means, saya buat keje, lapang baru saya blogging. fair aite? bukan makan gaji buta ok. wakakkaka. ;p

Thursday, November 17, 2011

Kasih Ibu

http://rumahdantangga.blogspot.com/2011/11/assalammualaikum-selamat-malam.html


He is only 32days old.

salam.

kawan-kawan. mari kita sama-sama berdoa supaya adik Adam mampu survive dalam menempuhi dugaan dalam hidupnya. dia kecik lagi. baru nak kenal dunia. kasihan ibu yang mengandungkan dia, susah hati. bayangkan kita di tempat ibunya, melihat anak kecil kita bertarung nyawa. sayu rasa hati.

semoga dengan doa kawan-kawan, dapat beri kekuatan pada adik Adam untuk terus bertahan. doa dari kalian sangat-sangat diharapkan ibu dan bapa Adam. Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian.

muhasabah diri juga, jika kita di tempat ibunya.

Monday, November 14, 2011

Senyum

hmm. kadang² letih sangat dengan rutin seharian. keje lagi, balik rumah buat keje rumah lagi. letih memikior lagi. since pregnant, merata tempat aku nak kene pegi buat check up. semuanya macam tak semena² je. tapi takpe, maybe ada hikmahNya. as long as aku dengan baby sihat dah syukur alhamdulillah. dan yang penting, support dari hubby yang tercayang. syukur Allah kurniakan dia buat aku. semua check up aku dia tak pernah missed, malah dia siap temankan aku sampai dia terpaksa EL tak pergi keje. aku tak best la camtu. tapi dia pulak cakap, dia sanggup nak temankan aku, aku pulak yang taknak pikir pasal kesihatan diri sendiri. tapi seriously, aku penat gile ulang alik spital. bila pikirkan untuk baby and hubby, aku gagahkan jugak. hopefully lepas ni tak payah nak buat check up merata² lagi dah. tak larat nak bercuti dah. sian Wong Kah May. :(

minggu ni buat aku tak sabar sangat nak pergi check up. sebab this time, doc nak check details baby. jari² dia, semualah and hopefully dia boleh tunjukkan gender dia. sebab mama dia ni dah tak sabar² nak soping untuk dia. wuu.

weekend lepas pun not bad jugak boring nya. kena kerja, pastu dah letih² kena pergi Hospital Seremban pulak. sakit jugakla pinggang ni. betis pun sakit, sebab terpaksa turun tangga dari tingkat 6 ke bawah. ada lift pun tak guna, 10 minit sekali baru boleh naik. punyalah bersepah orang, tambah² skang ni nak melawat bila² pun boleh. 24 jam penuh dengan pelawat. haish! terkedek² turun tangga. baru 5m+, dah 7-8m nanti tak tahulah cemana. wuwuwuuu.

balik dari Seremban tu memang tido je. letih! lagipun ahad tu hubby kena kerja. jaga booth dekat PWTC. bini dia yang kat rumah ni bertungkus-lumus la siang daging Qurban sampai peloh². payah beno nak potong daging yang ada liat² tu. last² nah, masuk fridge balik lah kau. huhuu! semalam rasa macam panjanggg sangat masa. lame sungguh nak tunggu hubby balik rumah. sebab kite dah masak bihun sup ni. dengan sambal kicap. huhuhu. tak sabo nak dengar komen dia. nasib baik lulus! muahaha. taklah payah sangat buat bihun sup rupa²nya, yang payahnya kena siang daging tu. ahatoiii. tak larat den. sejam lebih siang daging saje. pfft! pasni nak try buat nasik ayam pulak. insyaallah. sebab weekend selalu letih. tambah² this week kena OT. kul 5 lebih baru sampai rumah. tu pun aku ingat kul 6 baru nak balik sebab nak ngelak kena masak. bukan ape. balik dah letih, mana nak masak lagi. kalau ikutkan aku, kalau aku dengan hubby je kat rumah, kompem² aku tapaw je dari luar. bukan nak makan banyak sangat pun. setakat dua orang seminggu sekali ape lah sangat. atoiii.

eh eh aku membebel panjang lak kat sini. lupa yang diri ada kerja. haip! kite pegi sambung buat keje dulu yeee. ;)

tataaa.

Thursday, November 10, 2011

Exciting Journey

wuu, tak puas balik Penang ! ingatkan tak dapat balik. tapi last² dapat jugak, naik kereta kancil warna merah. tipu tipu. warna putih je. ;)

suka! balik² even letih tapi seronok. seronok sangat dengan jam ! 4 hours perjalanan boleh jadi 6 hours. kematu bontot aku ni haa ! walaupun kematu, sempat lagi singgah Carrefour untuk beli fresh flowers untuk mama. sedih tahu. dari semalamnya lagi aku dah tapau carnations untuk mama, 5 stalks. dah wrapped cantik², dah sandarkan ke dinding dekatttt dengan beg² baju yang nak dibawak balik. tapi, sok paginya boleh lak terlupa. dengan gelak² tak berhenti, kononnya happy la nak balik Penang jumpa parents. sekali sampai Ipoh baru ter-notice. bunga tertinggal ! ya ampun. dah lama tak rasa bagaimanakah perasaan terkilan itu. tapi pagi itu, seriously, terkilan sangat. sepanjang perjalanan dari highway menuju Ipoh sampaila kat R & R Bukit (ke Gunung entah) Semanggol, aku tantrum. muka masam. aku rasa baby pun muka masam gak time tu. hubby tension je tengok. lalu mensedapkan hati aku, dia cakap takpa. nanti kita pergi beli lain eh? huuu, cair kejap. hilang dah perasaan geram tu. masuk je 'Penang', terus pergi Carrefour sebab seingat aku, sebelum kawen dulu aku ada beli daisies dekat dalam Carrefour tu. pergi² tengok takde. :( dah buntu tataw nak cari kat mana. last² tak jadi lak nak buat surprise, terpaksa sms mama tanya kat mana ada kedai bunga fresh dekat² area rumah tu. mencik tau ! lalu kitorang pun keluar dari Carrefour tu dengan perasaan hampa. tiba² ! terpandang kedai baby. memang dah bajet nak soping dekat Penang pun, sebab seperti yang kita semua sedia maklum, Penang lagi murah dari sini. seriously ! jadi aku pun men-soping segala macam benda tak sabar² sangat dah kan, lebuh la duit beberapa ratus. haiyoo ! demi baby, sanggup ! sebab hubby kata, this is the last time kita travel jauh². kesian baby dia kata. abes tu aku? tak kesian ke?? hmmmm. HUHUU. aku pun rancaklah soping. baju, cotsheet, barut, semua yang kecik² dah beli. sebab, time ni je aku sihat, sok lusa sapa yang tahu? dibuatnya jatuh sakit ke apa nau'zubillah. maybe time tu tak daya nak soping dan berdiri lama². hubby pun cakap awal lagi, tapi darai apa yang aku tahu, better beli sikit² even macam awal lagi. tapi going to 6 months tak awal sangat dah. tambah² aku ni hujung² tahun bakal busy dengan order. sungguh takda masa untuk diri sendiri lagi. keje, balik rumah solat, makan, tido. letih ! dah ada kesempatan, aku beli. sikit². next month nak soping lagi. tapi aku prefer beli online je. senang, kaki boleh rileks.

fuhh ! dah, setel soping. on the way nak balik rumah, singgah florist nak beli bunga. tapi, takda carnations lah. aku beli je daisies dengan entah apa nama entah. dah 5 bulan kat kedai bunga tak pernah terlintas pulak nak pergi hapal nama² bunga dalam kedai ni. total alahaii, tak sampai 50RM pun. gila murah. compared dengan Blooming ni, aku rasa basket arrangement tu mau nye 2-3 ratos. hmph!

dah soping bunga sempat lagi tengok barang baby kat sebelah kedai bunga tu. haish ! instinct ku kuat mengatakan yang ini bayi perempuan. fuhhh! (aminkann aje). sebab, aku lagi interested nak soping baju baby girl dari baju baby boy yang kena ada poket² printed design army, design kotak². ayoomaa ! tak minat. HAHA. tapi kalau diberikan Allah baby boy, aku terima seadanya. tak kisahla laki ke pempuan yang terpenting-penting sekali, biarlah dia sihat, cukup sifat dan jadi anak yang soleh/solehah. memang itu pun impian setiap parents kan? :) tak sempat nak belek lama², kaki letih, terus ajak hubby balik rumah. tak sabar nak jumpa mama. huhuuh, happy mama bila dapat bunga. sukaa! aku pun tanpa lengah² terus solat and makan. hubby tak sempat salin baju lagi dah kena paksa makan nasik. wakakak. nasibla. kalau duduk rumah aku memang mama & ayah takkan henti² jamu makan. ;)

pastu, terussss serbu bilik mama. tengok Boo and baby² dia. gila comel. bila teringatkan Boo lah buat aku terkenang²kan rumah. sebab last year, hari pertama Boo sampai kat rumah aku, aku dah nak bertolak ke PJ. time tu aku baru dapat keje. sedih gila. kalau boleh nak berkepit je dengan parents sebab doranglah dunia aku. hmm. :)

malam tu, ayah bawak kitorang pergi beli jeruk. opkos lah kan,. pemes sangat jeruk tu sampai aku nak balik Penang orang dah pesan jangan lupa beli jeruk. haaa, nak taknak kena beli. sebab bab² makan ni aku tak boleh buat main. sebab takut terkilan. parents aku pun macam tu. nak makan apa dia akan usahakan cari, takut kempunan, mane lah tau tiba² pendek umur ke apa, terkilan tak sudah kang. nau'zubillah. hukhuk.

dah beli jeruk, kitorang pergi makan sup dekat sup Hamid. sup kat situ adalah yang ter-pemes sekali di Penang. kalau ada orang Penang yang tak tahu, maybe orang tu belum abes jelajah Penang lagi. mueheheh.
macam lah aku abes jelajah kan? tu pun sebab ayah aku. atas tuntutan kerja, dia dituntut untuk tahu semua tempat (kot).

dah makan kitorang pun balik. esoknye Hari Raya, aku kat rumah je. sebab pinggang sume sakit² sebab travel jauh. baby pun takmo gerak² macam selalu. risau aku! :( memang seharian tu kitorang duduk rumah je sebab memang nak spend masa dengan mama and ayah kat rumah. malamnye pulak ade lah melayan tetamu sikit, bukan orang lain, kawan² adik aku je. sedara-mara mostly balik kampung mertua bagai. tak beraya ke mana pun. kitorang kat rumah masak & makan sendiri² je. uhuhuu.

esoknye (Isnin) suppose pas Zuhur dahbertolak balik. tapi saje lengah²kan masa sampai sempat ayah aku balik rumah and jumpa aku sebelum aku balik PJ. sayang ayah sangat. huhuu. ni kalau ayah baca blog gila anak dia ni kompem dia sayang lebih neh! kihkihkih. sharp kul 4pm kitorang bertolak. jalan dan jam dah time ni. pasrah je la. bajet memang akan sampai rumah kul 11-12 mlm. naah, memang pun. kul 11 baru sampai umah. time tu la nak iron suar hubby, suar aku, nak lipat baju, asingkan baju² kotor. sesampainya di rumah memang cari carnations dulu, sebab risau sangat dia layu. sayang sangat sebab niat di hati nak bagi pada mama. maklumlah, 3-4 bulan sekali baru jumpa. tapi luckily, next year akan beraya di Penang dulu. yahoo! aku nak raya puas² pastu baru nak ajak hubby balik Pilah. time tu insyaAllah, kalau diizinkan Allah, ada rezeki, kami akan beraya bertiga. wahh. next time nak pulun bagi dapat kembar pulak la. mueheheh.

itu je la coretan cuti aku yang lepas. nak list sikitla la ape yang aku beli kat kedai baby tu :

* newborn suit (jangan tanya berapa pasang aku beli, sebab aku beli mengikut hati dan mata.) HAHA
* barut (aku beli 3 helai, tu pun satu, satu. aku cuba cari yang orang cite jual banyak² sekali dalam 1 pack, tapi takde.)
* mittens & booties (aku beli sepasang je sebab mengikut perasan aku ni, dia kata, nanti akan ada yang lagi comel. cuba sabar kejap.)
* manual breast-pump (yang ini aku paling blur nak beli. sebab mengkiut hati, kalau beli yang mahal, berkualiti dan tahan lama lebih bagus. tak rugi. tapi I just give it a try, aku beli Pureen manual breast-pump. aku cuba dulu. agak² tak larat guna dan kononnya busy, aku beli electric or battery generated. terpikir jugak, kalau ada masalah producing milk, rugi pulak beli mahal² tapi nau'zubillah lah. benda tu la yang paling² aku mintak dijauhkan. kalau boleh nak BF sampai dia masuk 2 tahun. ikut sunnah. hmm.)
* cotsheet (beli sebab alang² menyeluk pekasam, biar sampai abes duit terus.)
* napkin (aku beli yang ada 12 pieces. kain lebih tebal. mahal sikit takpa, janji aku boleh ganyang puas² tapi tak koyak.)
* baby wipes/wet tissue (beli twin pack which each contains 200sheets. Pureen brand.)
*  towel (twin pack jugak. macam yakin akan dapat baby girl, aku pilih pink+orange. kalau terr-dapat baby boy, korang jangan ketawakan aku. semangat keibuan ni!)
* nappy cover (yang plastik. aku pun tak tahu in English apa nama dia, tak ingat pulak.)


membazir? I don't care. sebab kalau ditanya tahap keterujaan aku macam mana, memang takda jawapan. sebab aku memang dah teruja tahap cipan. hukhuk.

next week, 16th Nov, boleh pegi scan gender. hopefully dia tak sorokkan lagi dia punya ehem kali ini. HAHA. yang best dan menterujakan lagi, dia nak scan details. aduiyai. yang ini aku nervous sikit. hmm.
berdoa yang baik² je untuk aku dan baby. hee! excited. sebab in this 22nd weeks, hubby tak pernah missed temankan aku pergi check up and the baby should know, how the father was exciting! tak sabar nak menanti saat itu. tapi, tak mahu jugak this 9++months flies so fast. :( aku pasti akan rindu saat² ini. hmmm.

tacing lagi.

Caffein, Baby & Baby Lagi

all goodness of coffee. itu tipu! kalau good kenapa tak boleh minum selalu?

malas dah nak kupas pasal caffein sebab dah pernah cerita pasal caffein. cuma masalah problem dia sekarang ni, payah beno nak lepaskan caffein pergi sepanjang tempoh 19weeks akan datang? sebab selama ini aku hari² pun mau. teh mau, kopi O (macam orang tua²), nescafe. dah immune sangat sampai tak boleh lepas². sehari wajib segelas/sebungkus.

untuk mengelakkan rasa bersalah ke atas bakal baby, aku pun paksa diri minum segelas Friso. demi keadilan, maka terpaksalah. sebab, nanti sampai opis, aku akan minum teh tarik, tak pun petangnya mesti nak nescafe ais. tu belum termasuk kalau pergi mabuk² dengan hubby lagi. kompem aku order 3-layer-tea.

memang tak baik untuk kesihatan, tapi at least aku dah minum segelas pagi & segelas malam untuk 'dia'. aku harap ia fair. harap² jugak baby paham ye? hmm.

fuhh! sekejap sangat masa berlalu. sekarang dah di week ke 21. 19 weeks left. macam mana this 5 months flied, macam tu jugak the other 19 weeks will. ouh, tacing kejap!

Tuesday, November 1, 2011

Salahkah Mengandung?

tak salah. kalau secara haram salah laa. tapi, aku tak paham satu perkara. kenapa majikan payah sangat nak hire  orang yang tengah pregnant. syukurlah, masa aku apply kat Blooming Florist ni, aku belum pregnant. memang dah takda berharap sangat akan pregnant, tiba² lepas seminggu keje kat sini, positive. alhamdulillah.

dah positive tu, aku terpaksa la bagitau dia aku masuk half-day for maternity check up. at first place memang dia macam tak puas hati sikit. ade ke dia tanya gini dengan aku. ' kenapa you tak bagitau I yang you mengandung masa interview itu hari?'. 'nak buat macam mana ma'am. almost 8 months I tunggu tak pregnant², seminggu bau bunga kat sini terus pregnant, mana I tahu I akan pregnant.' terdiam dia di situ, lalu berseloroh men-cover malu dengan berkata 'ha'ah, ya laa. dia bau bunga tu. terus lekat la.'. HAHAHAH. kelakar sangat ma'am. pecah perut I tahu??

mengapa Boss payah nak terima staff yang pregnant?

MC.
MC sebab sakit tak apa. ini Minta Cuti. siap pergi beli MC bagai. sebab nak berehat. lepas tu bagi alasan morning sickness dan tak larat nak bangun. kepala sakit dan macam² lagi. ini namanya take for granted. untungla kalau boleh bagi MC. macam aku, Boss dah pesan awal². kalau check-up for pregnancy, no MC. kecuali kalau sakit. jadi sekarang aku ingat, setiap kali pergi check-up for pregnancy, aku nak MC. Minta Cuti. alang² menyeluk duit, biar sampai ke dalam poket. ini baru nama dia take for granted.

EL.
tetiba pulak EL. semalam elok je. bangun Subuh tadi elok je siap bersenam bagai. lepas bersenam dah mengah pulak. letih. terus mintak EL. Emm Letihh. pastu orang lain pulak tiba² kena buat kerja dia. kerja sendiri tak terbuat ada hati nak tambah kerja. banyak cantik??

Maternity Leave.
lagilah. Boss mana yang nak bagi gaji free²?? gaji sebulan pun seboleh²nya nak deduct. kalau lambat seminit, tolak jugak seposen dua. berkira! apetah lagi nak bagi gaji bersih tanpa kerja?? duduk rehat² kat rumah, bertungku, tempek daun² ape entah kat dahi, berbengkung, makan, minum, tido, bersanggul tiba² hujung bulan masuk 1-2K. wahh! aku pun nak!!

tapi, majikan kadang² lupa. pekerja punya hak milik kekal. antaranya :


b) Ibu bapa anak itu berkahwin secara sah
c) Pekerja itu telah bekerja dengan majikan itu sekurang-kurangnya selama 90 hari 
sebelum kelahiran anak itu.

dengan syarat² yang aku bagi dua ketul je kat atas ni, staff yang pregnant layak untuk mendapat maternity leave selama 2 bulan dengan gaji tanpa henti. lagi bagus kalau boss boleh buat nursery dekat2 dengan opis. boleh para ibu menyusu anak sesuka hati. takda lah nak risau anak jauh ke, anak lapar ke. agak² risau tu boleh jenguk anak kat nursery. tapi, kalaulah kannnnn.

nak tahu?
ada yang sanggup sorok perut dengan file atau segala macam benda alah sebab taknak bagi boss tahu kata dia pregnant, sedangkan mengandung itu adalah sesuatu yang sangat membanggakan bagi seorang isteri. tapi kalau mengandung tanpa title 'isteri' I have no idea. (hee). lambat laun perut akan membesar jugak. ibarat sepandai² tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. tapi seabb takut boss masam muka dan macam² lagi yang pelik², terpaksa la sorok. tapi, kalau kita bijak berdebat, pertahankanlah hak anda wahai wanita!

jadi, bukanlah salah ibu mengandung. kena pandai cakap, dan debate dengan boss. kalau boss pempuan lagi best nak debate. kalau bos laki, hmm aku tak rasa ada problem. tambah² staff yang pregnant tu cun pulak. kompem dia cair aaa. tak kisah la setakat cuti 2 bulan tu. MC sepuluh hari pun boleh. hoho!

tapi nak dapat boss yang betul² paham ni susah sangat. hari tu pun aku jenuh la melawan boss aku ni. siap mintak opismate back-up lagi. dan disebabkan dia buat aku begitu, aku ingat lepas bersalin, aku nak keje lagi sebulan dua, pastu nak benti aa. sedih. huhuhu. awal² dah niat tak baik. tapi bukan apa. ada satu benda yang company ni jual buat aku terpikir, halal ke haram duit aku selama ni. adeilaa.

tak apalah. yang penting kita kerja secara ikhlas. halal haram tu aku serah pada Allah. tapi niat di hati memang aku nak keluar dari sini. bila pikirkan baby ni, terpikir jugak. kalau aku tak keje, nak harapkan hubby sorang memang aku taknakla. sebab dia masih menanggung mak dia sama. adik lagi. jadi aku sangat tak sampai hatilah nak berhenti. selain dari sebab duit dan tanggungjawab, aku pun bosan nak duduk rumah mengadap FB dan blog je. bosan!

tak mengapalah bayi. kita bertahan sekejap lagi ok. sebab kalau amma berhenti sekarang, 7 bulan mama takde duit. oh tidak!

oh, hubby sudah sampai!! daaa.

Anemia & Pregnancy

erk, tak payah nak poyo sangat artikel dalam English. Anemia dalam Kehamilan. dah macam skema sangat pulak. takpa, yang penting isinya biar padat!


anemia itu seperti apa yang aku tahu, kurang darah yang disebabkan lack of iron. anemia ni tak bahaya for baby, tapi kalau si mummy tu mengalami anemia yang kronik, bahaya lah bagi baby. baby mungkin akan dapat anemia jugak. tak mahulah, tak mahulah. jadi pulun lah makan makanan yang ber-iron tinggi as iron memang nutrisi penting semasa anda mengandung. macam aku, memang low blood. kesian. makan apa pun low blood jugak. jadi tak peduli pun pasal iron ni, asal baby okay. doc suruh makan iron tablet pun, no no no! degil. sebabnya, bila makan after Subuh prayer, pastu tido dan bangun semula jam 8 am untuk pergi keje, iron tablet itu akan terngiang² di tekak. boleh? memang macam selfish si mama ni tapi nak buat macam mana. bila kat tekak rasa pelik, masa nak gosok² gigi tak sempat nak gosok lidah aku dah uwek² keluar angin takda keluar apa. aku pulak naik goli. haish! tapi sejak dah benti makan iron tablet tu, syukurlah. Colgate tu kalau nak telan pun boleh.


macam mana nak tahu kalau² kamu terkena anemia??

  • cepat Letih
  • rasa tidak bermaya
  • pucat
  • berdebar-debar
  • sukar bernafas
  • pengsan 
cepat letih.
cepat letih ni contohnya kalau makan sepinggan nasik dah rasa nak tido. haa, tu bukan. itu tipu. letih tu adalah sejenis perasaan. bila jalan setapak dua, dah letih. taknak jalan lagi. nak duduk je. takpun, baru sapu kawasan satu meter persegi, dah letih. rasa macam nak patah pinggang. haa, tu letih. anda mungkin kena anemia. mungkin ye, mungkin.

rasa tidak bermaya.
dah cuci  muka, mandi, sauna, sabun wangi², korek² bijik mata, punn masih mangantuk, malas semacam, bermakna anda memang seorang yang tidak bermaya. macam aku. HAHHAHA. dah mandi² dah mekap santek² boleh sambung tido lagi sementara tunggu si hubby siap. take him for granted. tido bawah air-cond pulak, ditemani bantal masam yang dibenci suami. perghhh! gila sedap tido. muahahahah! haa, tak lain. memang kemungkinan dah terkena anemia.

pucat.
dah nama pun kurang darah, memang la pucat. tambah² kalau dah buat HB test pun, terang²an 7.2, kompem anemia. masa tu doc akan paksa korang makan iron tablet takpun suh sumbat air jambu batu banyak². nah, sabo je laa.

berdebar-debar.
berdebar² bukan berdebar² menanti dilamar. ni berdebar² pelik punya. dia datang secara tiba². contohnya tengah santai² belek FB, tiba² rasa mengah macam baru lepas buat baton passing. kadang² tengah santai² sedut bau bantal masam pun boleh mengah. wakdehek?

sukar bernafas.
rasa macam dah tarik napas sepanjang-panjangnya tadi. tapi still rasa macam tak masuk oksigen dalam badan. haa, itu mengah jugak namanya. cuma rasa payah sikit nak sedut oksigen. kadang² masa bernafas, rasa macam bunyik² kat tekak. jangan risau, bukan sakit paru² ke apa, cuma kurang darah saja. jantung tak cukup bahan nak pam. caranya mudah. duduk diam2, dan kalau boleh tinggikan bantal.sapu white tiger balm. urut² sambil selawat. insyaAllah lega. syukur tahu kita sebagai Muslim. ada penawar ajaib yang kaum lain takda. selawat memang ubat yang paling mujarab!

pengsan.
ni memang di tahap kronik. dia terlalu kurang darah, jantung pulak berdebar² laju dek kekurangan darah untuk dipam. darah tak dipam tak masuklah oksigen. mengah² sampai dah rasa macam dunia ni gelap, pening² bagai, tuppp! pengsan. bahaya kalau pengsan tiba². sebab, just imagine, anda tengah mengandung, suddenly jatuh. bahaya tahu. kasihan mummy & baby. tambah² kalau di awal pregnancy. kalau boleh avoid kan dari pengsan. boleh, kita boleh avoid! agak² macam nak kelabu mata, lutut macam lemah, cepat² duduk. eg : satu petang tu kitorang keluar pergi Carrefour. weekend, opkos la bersepah manusia. kat counter lagi la bersepah. aku dah berpeluh² ni. mengah lagi. tunggu hubby tengah beratur panjanggg nak bayar duet. aku dah berpinar mata ni. peluh² lagi. cepat² aku duduk kat lantai Carrefour tak peduli dah mata sapa yang pandang aku. the question is, ade ke yang pandang? muahahah! ade!! sorang pakistani. dia jual tudung kat depan counter cashier tu. dia pun bagi aku kerusi suh duduk. aku tak peduli dah mak mertua aku berdiri ke apa, aku duduk butakan mata. ngahaha. gila letih. pastu jalan pun terhoyong². pastu gi check up nah, HB low! pastu kena ambik blood sample berkali² sampai pengsan. ciss!

ade petanda² ni?? haa, beware-lah.

ehem. sapekah yang berisiko mendapat anemia? ayoomaaaa! lagi mau tanya ka? opkos lah ibu mengandung. psst! no no no. orang tak mengandung pun boleh dapat tahu?? asalkan korang :

  • mengalami masalah kurang zat makanan
  • mengandung kembar
  • mempunyai anak yang terlalu rapat
  • sering muntah dan mempunyai masalah penghadaman
kurang zat makanan.
dah nama pun kurang kurang zat, iron pun mesti kurang. vitamin, folate. sume kurang.

mengandung duo atau trio berkumpulan.
kalau sorang pun dah anemia, inikan pulak 2-3 kucing berlari orang?? lagi lah kurang zat. masuk ibu lagi. kan?

anak terlalu rapat.
senang cakap. setahun sorang. (contohnya) HAHA. kalau setahun sorang memang payahlah. bila masa nak kumpul zat untuk diri sendiri? pas deliver baby dah kena BF (mensusukan baby) pulak. macam machine dah ni. hmph!

muntah² dan masalah penghadaman.
atau dalam English Education-nya, indigestion problem. kalau ada masalah yang satu ini, lagilah membawa masalah. bukan kurang zat je, you might be suffer penyakit usus atau kolon atau apa² yang seangkatan dengannya. haa, sakit usu ni bahaya tahu. betul, ini aku tak tipu. kalau dah bermasalah penghadaman, camne zat² dari makanan yang anda makan tu nak diproses? macam mana nak diserap ke dalam badan? haa, you tell me this. HAHA.

berapa kuantiti zat besi yang kome² kena sumbat?

  • Sebelum kawen kome² kena makan 15mg zat besi. bukan makan besi, cuma makan makanan berzat besi. pandai²lah kome ye.
  • Semasa hamil, kome² memerlukan double cheese burger dos zat besi. konon² makan untuk dua orang. kalau pregnant triplet, sila triple-kan pengambilan iron tersebut.

mengikut kajian Dr Google, orang yang alah dengan zat besi memang akan muntah² dan sembelit. jadi, no wonder lah makan ubat gigi pun nak termuntah. pfft! kalau alah dengan tablet Iron, makan lah :
  • Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
  • Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol
  • Makan seketul besi sehari pun boleh.
nak tahu apa yang boleh galakkan penyerapan zat besi?? haa, korang kena ambil vitamin C sama untuk galak²kan lagi zat besi tu serap dalam badan korang. ape susah?? korang beli je yang ada orange flavour tu. Flavette ke hape entah nama dia. tadi aku ade makan seketul. sedap! tapi tapi tapi. bahaya kalau terlebih zat besi, tambah² bagi dorang yang nak berdiet. makan zat besi boleh galakkan selera anda jugak. hap hap happp!
satu lagi! konon²nya anda dah pulun makan vitamin C, pastu pulun minum caffein jugak, sia²lah usaha anda. caffein akan mengurangkan penyerapan zat besi dalam badan. jadi, anda makan vitamin  memang untuk naikkan selera lah nampaknya. HAHAHAH. haa, muntahkan balik caffein tu. bak kata orang, makan minum berpada², tak makan langsung jangan sekali. hmm.

OK-lah. cukuplah sedikit penerangan pasal anemia ni. kalau tak cukup kena pergi cari Dr Google. aku ni explain macam pakar je. tapi seriously, dulu aku nak jadik doctor. suka sangat Biology. tambah² bab² Form 3. sume bab agenda selepas kawen. gila gatal kan? tapi aku tak hipokrit. memang betul pun aku suka Bio. ;) tapi rezeki aku dalam bidang lain. ade sape kesah? ngahaha. aku bercerita bagai nak rak macamlah korang bertanya kan?

sudahnya lebih baik aku berhenti di sini sahaja sebelum aku huraikan topik² Biologi Form 3 tersebut. nak pergi menghadap Illahi sekejap. semalam gila dasat! staff tak cukup, kitorang tak boleh rehat. sampai rumah je qada direct. bersauna sekejap aku kat dalam bilik. HAHA. ok tawan². saye pergi dulu. :)

assalamualaikum & selamat bekerja. hikhik.