Click Once & I'll Click Yours Back!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 28, 2011

Pink

assalamualaikum.

saje gatei nak post. nak bagitau lagu P!nk best. tapi yang aku dengar skarang je la. yang sebelum ni so-so saje. pegilah dengar Fu**kin Perfect, Sober, Raise Your Glass dan sebagainya. yang ada dalam koleksi hanya yang ini. tu pun hasil pencarian si suami. mekasih suami. HEHE.

haa! yang dah vote mekaseh banyak-banyak ye. Allah saja yang dapat membalasnye. tak dapat menang pun takpe. serious I don't mind. ini sekadar suka-suka saja. :) thank you ye.



sekian. wassalamualaikum warohmatullahi wa barokaatuh.



p/s : letih meraih undi. persis wakil DUN wat muka tebal mintak rakyat mengundi je ni. T_T

Friday, March 25, 2011

Kalau Macam Ni, Memang Harus Bekerja

T_T

sila ke sini.
wah, aku sudah rambang tapi duit poket sangat tidak mengizinkan. jadi hanya mampu menutup mata rapat-rapat macam takda nampak apa-apa tadi. sobs.

untuk reason yang ini, aku memang nak bekerja lah. sebab utama, mahu shopping. sebab kedua, nak bantu suami dapatkan kereta baru. ceh ceh. bukan senang nak cari maxi dress like them. T_T

sekian.

p/s : harus mandi. lagho, lagho. T_T

Contest Hijab Fashionista

macam gedik. nak masuk contest konon. huh, we will see! HAHA. aku cube-cube je ni, sebab tahu. aku tak ramai peminat. sobs. aku nak shawl free je ni. boley? hehe.

aku telah bercadang ingin mempertaruhkan gambar yang ini :


ni kira gambar habes cun aku bley achieve ni. oh sangat nervous. gila gedik macam anak dara. muahaha.
pedulikkan!! tetap degey nak join contest ni. ;p

sape-sape nak join sila ke sini. shawls ayu cinta. HEHE.


sekian.

p/s : marilah ramai-ramai join. ada lagi 6 hari untuk submit gambar. sonang yo. masuk fanpage shawlsayucinta ini then share gambar anda ok. :) selamat mencuba!!

Para Jobless Sekalian

ehem.

layari laman sesawang ini untuk pre-register career fair tomorrow dekat PWTC.
marilah kita menamatkan riwayat 'penganggur' dalam hidup kita. sumpah aku sudah letih. HAHA.

actually career fair ni sudah bermula pun hari ini, sampai 27 mac (ahad) ni. tapi tapi tapi, tadi baru si hubby bagitau dengan lebih detail. hiks! nak harapkan aku huh, aku kan katak di bawah tempurung. T_T

terbuka kepada SPM holders, O Level holders, A Level holders, Fresh Graduates macam aku yakni tiada pengalaman atau ada la pengalaman setahun jagung dan sapa² lah yang tak bekerja tapi nak kerja. haish, nervous dah datang. HAHA.

OK.

sekian.



p/s : nasib hubby nak temankan, hilanglah sikit nervous di hati. hehee, chills!

Wednesday, March 23, 2011

Kopi Lagi??

salam tengah hari atau pagi buat aku. sebab kul 11.30 baru tahu nak celik mata. punyalah mengantuk, tak tahu kenapa. tapi sekarang kan musim hujan. jadi rasanya cuaca yang buat aku mengantuk. ceh ceh.

semalam untuk dinner telah masak asam pedas ikan cencaru. hmm, sedap. boleh tak puji diri sendiri? HAHAHA. dah kenyang dengan nasik & asam pedas tu, boleh pulak ajak hubby pergi mabuk-mabuk (minum-minum) kat mamak. pas solat Isyak aku pun siap dan tiba-tiba tak jadi pergi mamak. T_T am craving for teh tarik ok, selain jeles sebab malam esok and malam lusa dia nak mabuk-mabuk bersama rakan taulan dia. aku?? rakan taulan pun takda. sobs. tapi tapi tapi, ada offer yang lebih lumayan. hubby ajak pergi Old Town lah. wahh, pucuk dicita ulam mendatang. boley? HAHAHA.

kami pergi yang dekat dengan area Damansara saja. kira the nearest dengan rumah lah compared dengan yang kat Bangsar tu quite jauh, tapi tak jauh sangatlah. sebab kalau jauh pun berbaloi-baloi. pfft!

sampai saja terus order minum. mula-mula niat nak minum-minum saja kan. tiba-tiba teringat Javanese Mee yang dulu tu. slurppp! tadi kan dah makan? tapi tu tadi, ni soal sekarang. mesti makan. lantas mengorder Supreme Javanese Mee. pastu tengok ada yang lain, Javanese Mee biasa saja, lebih murah. aku pun order. cancel yang Supreme tadi. hubby order roti bakar dengan Chicken Curry. minum lak aku macam biasa, dengan kopi lagi. Hazelnut White Coffee, memang takkan jemu sampai bila-bila I swear!! HAHA. hubby plak order Red Bean ape ntah. macam blended Red Bean, sedap gilos. macam ice-cream potong. wahhh.


see, bersepah menu. aku yang dah kenyang dengan nasik tadi pun boley nak sumbat semua menu di atas ok. pfft! sesambil menunggu order sampai. si gadis pun memulakan aksi-aksi panasnya gediknya. posing sana, posing sini. macam cafe aku yang punya. eh tak tak. posing biasa saja. T_T


satu.


dua.


tiga.

ok. gambar hubby satu pun takda. sebab dia tak suka. dia siap cakap, "sudah-sudahla tu." kat aku. T_T

pada mulanya start bulan ni memang nak puasa dari minum coffee, tapi failed lah. hmm, sekali sekala takpa kot kan? tak mampu aku untuk bertahan menahan coffee. ceh.


mula-mula air sampai dulu.
macam tahu aku memang duk tunggu saat ini saja.
hohoo.


kemudian roti & chicken curry milik hubby
pun sampai. hmm, macam sedap.


boley tak?
Javanese Mee aku sampai last sekali??
hampeh.

makan makan makan. then mendapat inferens. Old Town Bangsar lagi best kot. even sini macam tak ramai orang and lebih privacy tapi kat Bangsar lagi happening. coffee dia lagi mmph! dan Javanese Mee dia lagi pekat kuahnya. macam menyesal la pulak. I should order the Supreme one lah. yang tu ada sambal sotong dan sambal ikan bilis. arghhh, wish to go again the next month. boley? HAHA. memang takkan puasa coffee lah kalau macam tu. pfft!


hey, boley pulak pergi buat review pasal makan sedang perut berkeroncong hebat ni. dahla puasa. lapar tahu. pasni ada lagi 5 hari nak kena ganti. biasa memang buat puasa enam sejurus puas beraya, tapi last year pas raya terus kena masuk keje aku macam stress dan macam protes terus tak puasa, gila teruk. last-last diri sendiri binasa. orang lain menikmati nasik lemak pagi-pagi, aku sahur susu panas je tadi. sobs. takpa, malam kang nak kecek kecek hubby minum teh tarik pulak. macam kat rumah tabley buat sendiri. HAHA.

sekian.


p/s : sebab puasa lah kot, mata macam ada gam je. pfftt!

Terharu-haru

salam.

masyaAllah. terujanya diri bila disayangi on blog je tengok-tengok ada follower lain lagi. sangat tak percaya even baru sekangkang kera, baru 64 follower aku dah terasa bagai nak kembang sebab ye, sangat sangat tak percaya. dulu ada 2 orang je follower aku tahu? sedih sedih sedih. tapi syukur alhamdulillah. ber-blogging boley mengeratkan silaturrahim. oyeah oyeahh! eh, si husband dah balik. kena off. wakakak.

terasa macam nak demanding dengan dia. esok lusa dan sabtu malam dia dah plan nak tinggal aku sorang-sorang kat rumah bertapa tunggu dia sedang dia sedap-sedap mabuk-mabuk teh tarik plus satay dengan member-member dia. jadi, esok nak mintak dia belanja teh tarik gelas besar. kalau tak cukup, mungkin akan tambah kerang bakar. hmm. delicious tuh. rasa macam nak pergi malam ini juga. pfft!

ok. si husband sedang mandi. pasni turn aku mandi lak. sian dia. balik-balik tengok bini belemoih gila tak mandi. yelah, aku kan letih. berpeluh-peluh memasak di dapur. sobs. macam orang lain tak masaklah pulak kann.

ok ok sudah. lagi panjang lak type. nanti-nanti free aku update lagi ok. tu pun kalau ade yang sudi nak membaca blog sekangkang kera aku yang satu ini. sobs lagi. pfft!


p/s : nak buat online bussiness. err, bila nak launching aa? HAHAHA.

Tuesday, March 22, 2011

Semak Semak

 




1st picture : present time. :) sangat bahagia dapat bersama insan tercinta. tak sangka boleh cinta dia. sebab dulu layan macam tak suka dia ja. gila kejam kau leen.
2nd picture : zaman berdara. masa ni kat Penang lagi. memang suka buat karikatur tak kira tempat. dan yang ini, dijumpai pada bantal tidur aku. diMMSkan semula oleh mama semalam dengan teka-teki berbunyi begini. "pernah lihat objek ini? cuba teka di mana." oh.sedih.ok.
3rd picture : zaman berdara, remaja dan bergetah-getah. wahh. masa ni di UiTM. memang best. sebab kenal macam-macam jenis & ragam kawan. and the most tremendous is, sedikit seronok & enjoy melakukan kerja-kerja menconteng. :)) hohoo!


sekian.


p/s : ketiga-tiga gambar di atas adalah sangat bersentimen tinggi. dan tadi!! hubby cakap dia terlupa pakai wedding ring dia pergi office. cari dekat rumah tak jumpa so di manakah dia?? oh.tidak.com. bukan seringgit dua tu sayang. ):

Saturday, March 19, 2011

Online Business

assalamualaikum.

korang semua buat ape weekend-weekend nih?
aku macam biasa. buat muka sepoloh sen dengan hubby, nak pinjam PC beliau yang mahal dan macam berguna ini.

I need guide lah. aku nak buat online business. tapi tak tau nak jual ape la pulak kan. tapi aku rasa aku berminant dalam jualan shawls & aksesori. sebab aku suka benda-benda itu. tapi tapi tapi. aku sangat sangat naive la bab-bab business online ni. takda sapa sudi bagi guide tahu. T_T

kalau ada yang sudi bantulah diriku ini. bukan apa. aku macam tak suka la buat kerja di bawah arahan orang. aku tak suka diperintah. dalam kata lain, makan gaji. tak suka, tak suka, tak suka! macam mana tu??

hopefully as soon as possible dapatlah aku cedok sedikit sebanyak info pasal ni. sebab tengok orang berbusiness online macam best je. pfft!

sekian.


p/s : ini serius. memang serius sangat nak buat online business. hmm.

Friday, March 18, 2011

HB & Nuffnang

ehem.

assalamualaikum.

jumpa lagi di entry ke berapa aku pun tak tau. 3 kot. hmm.

setakat ini walaupun macam ciput tapi syukur alhamdulillah.

HB earning : RM0.40 (macam 40 hengget gitew!)
Nuffnang earning : RM1.50 (macam 150 hengget ok)

haa, jangan gelak ok. HAHA. tapi tanpa sedar aku dah tergelak sorang-sorang dah ni. macam hape je la kan. lambat beno nak naik jadi RM1k.

aritu usha blog orang (orang pemes) wallamak!! RM1k plus plus ok. huwahh. dasat!

mudah-mudahan akan bertambah lah. tapi itupun takmau berharap. HUHU.

eh, tadi petang. tertido, before zuhur. but then telah bermimpi ngeri. kalau dari Allah, syukur Alhamdulillah, tapi kalau dari syaitan, mohon dilindungilah dari Allah. hmm.

sekian dulu wat hari ini. Insyaallah, Isnin depan kita jumpa lagi. weekend ni kompem-kompem lah hubby akan conquer PC kan. sobs. T_T  ok ok ok. stop sekarang. sebab si hubby yang sedang duduk kat katil tengok aku macam tak puas hati je. yelah, tak dapat layan blog kegeramaran dia. HAHA.

p/s : tadi dinner sambal hati (hati lagi, huh!), kari ayam dan kubis goreng yang macam sedap. hee.

Thursday, March 17, 2011

Blurness

wujud ke blurness dalam vocab? ayoo. HAHA.

assalamualaikum.

hmm, serious blur. suddenly feeling so small. rase kecik je diriku ini. they are gorgeous, smart, intelligent. wow! they're making me down down down lols. tapi macam entah ape-ape la pulak.
masing-masing kan ada kelebihan & kekurangan tersendiri. isk isk. takpa takpa abaikan.

memetik kata-kata kawan aku yang seorang itu.

"hanya family yang faham perasaan dan situasi kita. orang lain takda peduli pun. hidup mati ko atas kaki sendiri.".

yeah he's right. hell right!
and I found, mama & ayah understand me much. ): I just miss them. kalaulah dapat diputarkan masa. nak je menepek bawak ketiak mereka puas-puas. dulu kan masuk hostel,masuk UiTM. aku rasa tak puas lah. then tiba-tiba kawen. lagilah tak puas. sedih pulak tu. tak boleh suka-suka nak balik kampung sebab ada family yang nak dijaga. rasamacam nak bina satu rumah. boleh sumbat both families dalam rumah tu. hari-hari pun boleh jumpa. oh.tidak.com. sobs.

eh eh. malam ni final Raja Lawak eh? nasiblah badan. ada jugak hiburan.

eh eh. esok Sabtu eh? wah, best lah kan. ada hubby kat rumah. boleh attend kenduri. lupakan kesedihan-kesedihan ini. T_T

sekian.


p/s : nak tido sekejap boley? ):

Momento




























beliaulah yang romantis itu. T_T

sekarang ada kucen baru di rumah. BOO nama dia. dengan mama bukan main manja lagi. jeles lak aku kan. kalau aku marah dia, aku pulak yang dimarahi mama. sampai hati.




see, terserlah kemengadaan dia. huwaaaa!! dia takmau jinak dengan aku. tak macam NYANYAW aku yang romantis itu. panggil je terus datang. even takda habuan pun kalau dia datang. siap tunggu dekat gate lagi tiap kali aku kuar dari rumah. sangat loving. kalaulah dapat jumpa NYANYAW lagi. sedih mengenangkan saat dia mati dulu. 4 hari before wedding aku. sedih sangat. sobs.

sekian.

p/s : rindu dengan kemanjaan NYANYAW. macam baby tahu. ):

Gembira, Happy, Seronok

ku gembira di sampingmu.. tiap hari disayangi blablabla..

assalamualaikum. hah, lupa bagi salam lagi. isk!

saya gembira. melihat blog sekangkang kera saya ini makin maju. ceh ceh. bukanlah maju. tapi di sini saya mahu berterima kasih sebab kalian sudi mem-follow blog saya. sekali lagi, blog sekangkang kera saya. saya sangat terharu-haru. hmm. T_T

tapi tapi tapi. saya harap kalian tidak tersinggung dan tidak kisah jika ada post saya yang membahasakan diri saya aku-kau-ko-hang atau apa-apa perkataan yang macam kesat. saya pun tak suka orang berbahasa kesat dengan saya. tetapi, ketahuilah. dalam BLOG  SAYA ini, saya bercakap dengan diri saya sendiri. macam membebel sorang diri lah. sebab tu guna aku-kau bagai. nak cakap sorang-sorang kang MIL lari pulak melihat menantu dia yang macam gila ini. untuk mengelakkan diri didiagnosiskan sebagai gila, saya mengambil jalan singkat untuk menubuhkan blog (sekangkang kera) ini untuk saya membebel puas-puas.

kalau lah ada di kalangan kalian yang merasakan bahasa yang saya gunakan adalah kesat, kasar atau bertexture. maafkanlah saya. tapi saya tetap akan menggunakan bahasa kasar tersebut kerana ini adalah blog saya. kalau tak suka nak buat macam manalah kan. asyik nak menjaga perasaan orang saja, perasaan saya bagaimana? ewah ewah. kalau tak suka, emm, takpalah. HAHA.

saya sedang merindui sesuatu lah. saya rindu sangat akan bunyi beliau. rindu dengan belaian, ciuman dan kemanjaan beliau. tapi beliau takkan kembali lagi. T_T

sedihlah. hari ni asyik sedih je. mencik taw! macam mana emosi nak stabil kalau cenggini hari-hari?? you tell me how. HAHA.


sekian.

p/s : beliau sangat romantis. perginya tiada galang pangalila pengganti. sobsobs.

Wednesday, March 16, 2011

Sakit Hati

HAHAHA.

eh, assalamualaikum.

selalu lupa lah nak bagi salam. haish!

tadi pagi. aku telah pergi ke Kurnia Insurance. dengan takut dan nervous tak hingat. memang aku rasa nak pitam pun dah kann. 1st time nih, pergi interview without pom-pom girl (mama). biasa memang mama temankan. mama memang the best supporter lah! sayang mama. teringat dulu-dulu. ada interview di Alor Setar. padahal aku tak beriya sangat pun nak kerja kat situ. jauh ok. tapi mama tanpa bersungut pergi bawak anak dia ni pergi interview. bagi sokongan moral. memang terharu sangat. tapi mesti korang kate mengada, dah besar-besar pun nak berteman. ahh, suke hati akulah. sebok jew! HAHA.

memang takda selera lah nak makan. sungguh. sejak balik dari Penang ni. asyik rindukan mama je. dah tu gelabah ayam dengan interview pagi tadi. memang takda selera dengan makanan dah. T_T

the interview went well. but! on the way nak balik tu telah mengundang airmata bagi aku. sedih. HAHA.

aku tersesat ok. sebab 2 hari lepas, malam, hubby tunjukkan jalan pergi dan balik dari rumah nak ke Kurnia Insurance tu. tapi malangnye pagi ni ada polis lak yang menjaga kat situ. dia suruh aku masuk highway dan lepas tu kau pandai-pandailah balik. this is my second time being sesat ok. the 1st time masa nak balik dari kerja on my 1st day working in Subang. aku ni dahla buta jalan kan, payah lak nak ingat jalan sebab ini bukan tempat aku. T_T but then telah meredah sampai kat jalan mana aku pun tak tahu. last-last macam surrender, dan telah menelepon si hubby, dengan harapan dia boleh bagi consolation ke apa la kan. tapi dia hanya boleh kata "tanye orang, kang duk sesat gitu je la. tanye orang k.". si anak manja ni dengar si hubby cakap begitu terus rasa sangat loser, dan sedih. menitis-nitis airmata macam kena marah, padahal si hubby bagi nasihat dah betul dah tu. HAHA. aku tetap bergedil eh berdegil, tak tanye orang. sebab aku tak percaya sangat orang-orang sini ceh ceh. tak, memang tak tanya sebab aku tengah ride the motor so macam menggelabah ayam sikit nak tahan-tahan orang suh benti sebab aku nak tanya jalan. so, aku redah je sampai la terjumpa jalan besar. takda choice, kena ikut jalan jauh jugak. syukurlah telah berjumpa jalan keluar. haish, harap ini adalah yang kedua dan yang terakhir. letih weh. nasib jumpa jalan besar balik, kalau tak jumpe cemana? dahlah mengantuk. semalam tido tak lena. dengan hubby yang kejap-kejap bangun minum air. kasihan hubby. dia demam, semalam. today dia cakap cuma selsema sikit je. adoyaii. semalam sebab nervous yang entah ape-ape, terus tido awal, takda pun nak manje-manje dulu sebelum tido kan. HAHA. kasihan. janji, selepas ini tak buat lagi. betul!

pasal interview tu, within one week dia akan call back kalau dapat job tu. tapi aku malas la plak nak berharap. kalau dapat syukur alhamdulillah sebab kat Kurnia Insurance tu setiap kali lunch, dapat makan free. wah wah. sukaa!! kalau tak dapat pun takpa sebab kat rumah pun aku bukannya makan sangat pun kann. eh hadei. sumpah mengantuk. nak pergi tido sekejap lah. petang karang nak memasak pulak. T_T

haa, apesal viewers conuter aku tu countdowm balik dari bawah haa? takda lagi viewers aku yang beribu tu. ceh ceh. ):

sekian.

p/s : mata letih. sebab menangis tadi. uhuh!

Pedih

semuanya pedih. pedih sebab sedih, satu hal. pedih sebab tadi bergelumang dengan cili kering pun satu hal. ni semua gara-gara semut yang merayap-rayap kat tengkuk tadi la ni haa. abeh pedih tengkuk aku. huh!

eh, assalamualaikum. :)

emm, I masih rindu kampung halaman I ok. memang biasa macam ni. It takes time to heal. YES, time will heal it. ceh ceh. seronok balik kampung. even hanya 5 hari 4 malam. sumpah heaven. sampaikan telah sampai hati terlintas kat kepala hotak ni, nak suruh hubby balik PJ sorang-sorang, sedangkan telah datang secara duo berkumpulan meredah hujan, hutan dan belantara bersama-sama, last-last paksa hubby balik sorang. I am so mean!  HAHA. tapi, tetap balik bersama juga. bukankah telah berjanji mahu sehidup semati? ceh ceh lagi.

semasa on the way mahu pulang hari itu, kami telah singgah ke rumah atok si hubby kat area² umah aku jugak. lepas itu, menjamu perut dengan butir-butir kacang menglembu cap apa tak tahu la pulak, kat rumah atok beliau. selepas selesai makan dan minum, kamu mahu pulang terusss ke PJ, dan tak berniat mahu balik ke rumah aku semula. tiba-tiba, dengan tidak semena-mena ayah telah menelepon aku dan bertanya aku "di mana". "dah nak pulang ka?". "minyak kereta ada?". "ayah baru abes keje, ingat nak balik la tengok intan & Farid sebelum hampa balik". tiba-tiba, airmata pun macam nak menitis, tapi aku tahan. kena lah tahan, nanti hilang kemachoan aku. T_T hubby duk memerhati nih, haa.

hubby tanya siapa yang call tadi, aku pun berceritalah dengan lanjut dan..
airmata pun menitis. aku memang tak boleh nak buat flashback² ni. nak cerita or explain balik perkara yang sedih akan mensedihkan aku. percayalah. si hubby yang melihat titis² airmata aku tadi pun telah membuat tawaran hebat. dia ajak patah balik ke rumah dan jumpa ayah sekejap. oh, itu memang tidak logik. sebab ayah baru selesai pekerjaan dia jam 3. nak balik merentasi Jejambat Pulau Pinang pun satu hal. makan masa jugak tu. abes, pukul berapa mahu pulang? aku tak mahu merentasi kawasan Ipoh pada waktu malam, time jalan gelap gelita. sangat bahaya ok. last², harapan tinggal harapan. takpalah, lenkali aku balik lagi. T_T

hey, memang dasar anak manja lah. aku memang tak suka nak berjauhan dengan parents. parents aku cool je, aku je ni haa sadis lebih. bukan apa, aku memang dari dulu akan bagi seribu satu alasan kat parents dengan harapan dorang paham dan takkan paksa aku hidup berjauhan dengan mereka. tapi dah kawen ni, takkan nak bagi alasan lagi? dah tentu² lah kena bersama dan membuntuti ke mana saja hubby pergi. itu adalah kenyataan yang sangat pahit even stay dengan hubby adalah heaven. T_T

sedih sebab tak sempat hilang rindu pun tak abes lagi, ni aku dah sedih lain pulak. sok ade interview. aku dah lama tak pergi interview sampai aku takut tak boleh all out time interview tu esok. aku pun dah malas nak berharap untuk dapat job tersebut. sekadar mencuba je ni. untung kalau dapat bolehlah menshopping setiap bulan. tambah pulak tempat keje alahai sekangkang kera je pun. rugilah kalau tak dapat. T_T
takpa. pray, pray, pray.

hari Jumaat lepas telah menziarah opah dekat SP. sebelum pergi tu dah order dengan kezen, aku nak laksa mee. dan, setibanya di rumah beliau, eh eh memang ada laksa mee lah. MasyaAllah, punyelah teringin sebab kat PJ memang jangan bermimpi akan jumpa makanan tersebut. orang kampung kami saja yang familiar dengan makanan itu. siapa di sini warga Pantai Remis, Perak, haruslah tahu akan makanan ruji yang satu ini.

eh, mana datang semut² ni?? rimas akulah! haish!! (sambil menggentel perut semut yang mungil-mungil belaka ni. sape suruh merayap-rayap sehingga menimbulkan kemarahan aku?? haa.) - selingan.

sambungan.

aku pun membelasah dua pinggan laksa mee dan hubby, jangan tanyalah. sebab aku pun tak bilang berapa kali dia makan. dan berita baik, aku telah mentapaw raw laksa mee untuk dimasak di PJ ni. ada laa dalam 4 ketul. cukup la kot. dah tu, tak sangka tahu. kezen sanggup mempecahkan peluh membuat kek pelangi untuk aku. tu memang specialty dialah kan. tak suruh buat pun memang dia kan wilingly buat sebab dia memang suka buat. terharu sangat. layanan dorang sangat special. bila balik rumah, cerita dekat mama, mama dengan nada jeles berkata "alaa, depa bukan apa tu. depa ingat hang berbadan dua kot.". oh.tidak.com. kasihan. aku telah mempermainkan perasaan mereka. si Juju (adik) lagilah kejam. dia mintak anak menakan dengan aku. T_T mana nak cari??

hari Sabtu.
pagi² telah bangun. hubby je bangun lewat sikit. kasihan dia. macam baby. hiks! sudah mandi je aku menepek kat depan rumah tengok TV. mama je buat muka pelik. pastu suruh pergi bersiap. wajib attend kenduri rumah Principal sekolah tempat dia mengkaunselorkan student dia. ok, aku & hubby pun bersiap lalu membuntuti (suka plak dengan buntut² ni tak tahu la kenapa HAHA) mama & ayah dari belakang (menaiki kereta. jadi, buntut keretalah maknanya.). kat sana ada roti canai, char kuey tiaw dan macam² lagilah. tapi tapi tapi, perut macam dah kenyang sebab malam semalam balik dari makan laksa mee, pergi membelasah nasik dengan gulai ketam + nanas la pulak. so, perut macam nak senak dengan makanan. dah tu lepas ni nak pergi rumah pengapit pempuan aku yang hari tu pulak. kakak dia kawen. aku pun cepat² membelasah nasik kenduri dengan cendol yang wallamak memang sedap. dan memang takda kat PJ. ah, semuanya takda kat PJ. bosan!

selesai makan, cepat² gerak sebab mama pun kena attend kenduri umah orang lain pulak lepas tu. kami straight ke SP dan ke rumah Fad. wah wah wah. cantik ok. purple theme. tapi malang, semua gambar ada dengan Fad lagi. nanti dia publish, aku dah copy, InsyaAllah aku tempek kat sini ok.

sudah kenyang. maka kami pun mintak permisi mahu pulang. tapi hubby takmaw pulang. dia ajak pergi melepak. aku yang murtad SP & Penang ni macam blur memikirkan tempat lepak yang best lalu bertanya kepada Fad. "Fad², kat mana bley lepak²?". Fad dengan selamba ya ya menjawab "masuklah dalam rumah, kita lepak kat dalam naa?". eh budak ni. salah paham la pulak. HAHA. ok fine. kami masuk sekejap dan snap² dengan pengatin perempuan yang mak aiii, tingginya macam galah. adoi, kami yang rendah diri ni terasa sangat segan silu lah. adoiyaii. tapi rasa macam pemes sekejap bila OP dorang pun sebok² nak ambik gambar kami berempat. ceh ceh ceh.

kemudian, kami pun bergerak. pergi ke kereta dan memecut laju. kononnyelah. dengan cuaca yang panas terik, yang takda kat PJ tersebut, aku usulkan kepada hubby supaya pulang saja. boleh tido, dan spend masa bawah ketiak mama puas-puas. tapi hubby cakap, rugi je balik jauh-jauh nak duk umah je. baik pergi berjalan-jalan. ok, fine. jum, pergi Penang. takda tempat yang aku tahu jalan melainkan ke Queensbay Mall, sebab turun Penang Brigde boleh ambik kiri terus dan akan ada signboard tunjuk jalan nak ke Queensbay Mall tersebut, memang mudah. aku memang suka benda yang mudah saja. kang sesat aku jugak yang akan dimarahi. T_T

dah sampai Queensbay, kami pun pose² gedik. aku lah yang paling gedik sekali sebab gambar aku yang paling banyak. wuu~

selepas itu kami pun menyusul masuk ke Queensbay Mall. tadi kami kat tepi pantai. Queensbay Mall ni berhampiran dengan persisiran pantai. sumpah best! cuma panas je. cair puteri lilin ini. T_T

masuk mall je terus pergi menserbu cinema. kami nak tengok Rango. hubby terpaksa ikut demi niat murni si isteri yang rindu akan suara si Johnny Depp. memang ciput je pun suara dia dalam movie tu. malaslah nak cerita sinopsis dia, kang ada yang frust pulak. tapi memang hangin dengan sorang penonton tu. gelak tak hingat dunia. rase nak balik je lidi chicken meatball tu masuk mulut dia. haish!

khatam movie tu jam 8 malam. ingat nak balik terus lah. tapi tiba di entrance, tengok² hujan macam lebat. so masuk balik dan buang masa mensakitkan kaki jalan² tanpa tujuan. last² surrender dengan hujan dan kami pun reddah jeee.

sepanjang perjalanan nak balik rumah tu alhamdulillah tiada kesesatan berlaku. oyeah, oyeahhh! then dah nak sampai rumah telefon tanya mama kalau-kalau dia nak makan ke apa. sebab tadi perut macam kenyang, ni tiba-tiba lapar pulak. kami pun pergi membelasah nasik ayam malam yang keluar dengan ayah tu, dan nasik goreng istimewa untuk hubby yang istimewa. ceh ceh. sudah kenyang balik rumah solat² tidooo. eh, rasa macam tak tido lagi kot. kitorang tengok citer Firestarter kat tv. sampai habis.

pagi esoknya (Ahad), awal² mama dah potpet² kat luar pintu bilik ajak pergi Perak pekena nasik kandar terbaek kat sana. memang terbaek pun, sebab ayah memang sanggup drive jejauh demi nasik kandar tersebut. dan kadang² tujuan balik Perak memang semata-mata nak membelasah nasik kandar tu saja. tapi aku ada niat lain. aku suka nak mensoping make-up stuff kat kedai Best Buy Shop sebelah Billion tu. HAHA. macamlah korang tahu lokasi dia kan. T_T

tapi sebelum melantak nasik kandar tersebut, kami jalan-jalan di Lumut & Pulau Pangkor. sedih. semalam baru hubby cakap yang gambar dia takda satu pun kat Pangkor tersebut. kasihan. lepas ni dia takda buktilah menyatakan dia pernah menjejakkan kaki dia kat Pangkor. lalalala~

selepas dah puas mensoping kami pun balik. sempat lah aku mensebat sehelai dress labuh konon-konon macam insaf lah. nak berpakaian berciri ladies sikit lepas ni. tapi bila try kat rumah alahai, persis seorang ibu mangandung lah. T_T

pagi Isnin.
telah bangun tido dengan sedih. bangun awal pulak tu. then mandi² dan kemas baju² mana yang masih bersidai kat ampaian. ambik dan lipat masuk dalam bagasi honey, atau lebih manis, dalam luggage. English Education pun penting tawww! pfft!

mama masak nasik lemak. sebab hari tu merungut teringin nak makan nasik lemak mama, rindu. complete dengan kari daging pekat lagi. sedih. bila mama pakai celana pack kan sikit untuk dibawa balik ke PJ. pastu balik dari sekolah dia, dia singgah beli cendawan. nak gorengkan bagi aku makan. pun siap tapaw jugak. alahai, baiknya mama ku. rindu tahu, rindu. agak² lepas semusim baru aku akan pulang ke Penang lagi. bak kata Juju (adik), "3 bulan sekali baru aku nampak hang." "elok aku dah patah merata baru hang balik.". dia accident. tapi macam dah lali dah. dia memang rajin accident, tak tahulah dia memang suka ke apa. degil pun ada. haish!

sebelum balik telah mensalam mama. siom pipi bagai. time ni airmata bergenang dah. duk pikir bila lagi boleh balik. kalau tiba-tiba dapat kerja ingat senang² ke bos nak bagi cuti balik kampung?? tiap kali cuti sekolah, ingat senang ke hubby nak apply cuti?? time ni memang rasa chances untuk selalu pulang memang tiada. melainkan aku balik sorang. kalau balik sorang kasihan hubby. dia kena buat laundry sendiri, makan minum tido semua pun sendiri. manalah sampai hatiku ini. T_T

sekarang cuma berpegang pada kata-kata orang je. orang kata kena give and take. then , kena grab satu je dalam satu masa. sebab kita takkan dapat semua yang kita nak. kalau nak parents, kena lepaskan hubby (sekejap). kalau nak hubby, kenalah tinggalkan parents (sekejap). dan itu adalah kenyataan yang pahit ok. macam yang telah disebutkan tadi. moga-moga dengan kesibukan rutin harian lepas ni, bolehlah aku slow² menstabilkan emosi dan perasaan sedih aku ni. hmm, mudah-mudahan.

eh eh. hubby telah pulang. awal lah pulak. selsema kata dia. kasihan. lagi kasihan bila pulang² tengok bini tengah sedap² berblog. belum masak pun lagi. tu lah. nak balik awal tak bagitau. tengok, softcopy resume aku pun dia lupa nak print. sobsob. T_T


sekian.

p/s : tiba-tiba macam gelabah. masak belum. solat pun belum. haih, lagho, lagho. HAHA.

Thursday, March 10, 2011

Ooo..

indahnya hidup di Penang bersama family tercinta. rasa macam heaven. taknak balik ke PJ lagi. boley?
hiks!


assalamualaikum.

sudah aku jangka. nombo tersebut adalah nombo dari agensi pekerjaan. Kurnia Insurance. hoho! lupe plak. that day memang ada apply job kat situ. sebagai clerk saja dan InsyaAllah Khamis ni akan menghadirkan diri untuk sesi interview. sesi yang aku paling malas dan gerun gila nak attend. pfft! malam sebelum interview tu for sure memang takkan dapat tido. uwahhhh! nebes nih nebess. aku malas la nak berharap sangat. nanti akan attend saja, dapat ok, tak dapat pun ok. kalau tak dapat tu maybe sebab takda pengalaman banyak dalam clerical jobs. takpe. HAHA. kalau takde, alamatnya akan bertapa lagi kat umah. oh.tidak.com. biarpun macam sedih nak tinggal mak kat rumah sensorang, tapi lama-lama dalam rumah melakukan kerja yang sama, aku pon bosan juga. tapi perkara yang sama mungkin jugak berlaku bila aku dah keje nanti. akan bosan melakukan kerja yang sama kat opis. tapi tu len cite.tu pun kalau dapatlah kann. memang taknak berharap sangat pun. hmm. hukhukhuk!

sekarang jam 11.30 am. kepala pening. macam nak migrain. tapi selalu kalau gelabah ke, tension, marah, panas ke apa memang selalu migrain. huhu. petang ni ayah keje. jadi aku dengan hubby ada banyak chance untuk berdua-duaan. ceh ceh. semalam tido dalam bilik pengantin 3 bulan lepas rasa macam baru first night bersama je. ops! rindu-rindu-rindu. HAHA. mujurlah suamiku masih insan yang sama macam mula-mula kenal dulu. syukur alhamdulillah. hmm, sekejap. pergi tandas.

...

petang ini jam 3 Insyaallah akan ke Sg Petani, Kedah. nak melawat opah. dia rindu aku kata dia. ceh ceh. cucu kesayangan lah katakan. ehem! esok pun nak ke Sg Petani lagi. rajin betullah nak ke sana dua tiga kali kan. tapi esok kenduri kakak pada pengapit aku dulu. jadi, wajib pergi. disebabkan esok hubby yang nak drive ke sana, jadi today aku yang willingly nak drive pergi tengok opah. sangat thrill. sebab aku masih bergemuruh nak pegang steering. oh.tidak.com. tapi jalan nak ke sana aku tahu. mudah-mudahan takda masalah. muahaha. kena mintak hubby mengucap panjang sebelum aku drive nanti. ayooo.

...

eh, tadi ayah pesan. suh masak nasik 2 pot, dan masaklah apa-apa guna apa yang ada dalam fridge tu. ewah, ni yang rasa nak tunjuk skill newbie nih. nak masak masak lemak ketam lah. kehkeh. tapi takut dorang fobia lak nak makan masakan ketam dari aku. sebab dulu pernah buat sup ketam untuk ayah time dia demam. aku lupa nak buang cengkerang dia so benda kecik tu dah jadi bahan untuk dorang gelakkan aku. hmm! tapi sekarang aku dah pandai kopek ketam ok. HAHA.

...

sorrylah entry kali ni banyak sangat cerita tergantung-gantung. al-maklumlah, menaip sambil takut-takut hubby datang secara tiba-tiba. nanti dia ketawakan aku. aku malu tahu. adoyaii.

...

nak pergi memasaklah, then nak settle-kan laundry yang dari pukul 9.30 tadi tak siap-siap lagi. asyik ber-FB je kerja aku. sekarang masa untuk berdua-duaan. ceh ceh.



sekian.

p/s : nak pergi berjalan round Penang, kesian pulak kat hubby dapat bini yang tak tahu jalan ni. buta jalan ok. susah betul nak ingat jalan. semalam jalan nak balik rumah pun jenuh tanye ayah. teruk punya warganegeri!! pfft!

Wednesday, March 9, 2011

Pobia

hei, nombo sapa lah dari pagi duk call aku nih. haish!

ops!

assalamualaikum. hiks!

ada dua nombo pelik call aku dari pagi tadi. aku mcm biasa mmg takkan berani nak jawab nombo yang aku tak kenal unless dia noted kat situ sapa nama dia. sejak-sejak tuka nombo 2 tahun lepas mmg macam ni. dulu tuka nombo pun memang untuk menselamatkan diri dari para boifren dan sebab nak jaga hati tunang (pada waktu ini is legal husband ok.) sama. tapi takut jugak kalau-kalau nombo tadi tu nombo dari agensi carik jodoh pekerjaan ke apa. dah melepas la pulak aku. huhuh.

takpa. let bygone be bygone dan biarkan si penelefon itu terus menelefon sampai berjanggut.

hari ini sangat happy setelah berduka sepanjang hari semalam. tapi bila malam tengok wajah hubby semua duka pun hilang apetah lagi setelah bergurau senda secara pelik yang mana kalau diingat balik memang macam super ribena lah. HAHA. ok. esok akan pulang ke Penang dengan hubby, setelah hampir 3 bulan kawen. baru 3 bulan kan? tapi macam 3 tahun woo. tu pun siap ugut lagi. kalau hubby tak boleh balik in case tak dapat cuti ke apa, aku nak balik sorang. bajet macam bujang. tapi syukur alhamdulillah hubby dapat cuti. esok sampei selasa depan. balik kali ni memang aku nak balun makan je. TAKNAK diet ok, TAKNAK. diulangi, TAKNAK, TAKNAK, TAKNAK diet. haa. sebab dari 2-3 hari lepas lagi asyik terbayang nasik ayam, char kuey tiaw, buah-buahan segar, kari ikan pari, sambal tumis dan peberet, laksa mee. aiyoo. memang tak dapat nak set dalam kepala untuk terus berjuang berdiet. baik lupakan buat 3-4 hari ni. sebab kat sini nasik ayam & char kuey tiaw dia so-so saja. dah tu buah-buahan segar mahal nak gila. meleleh je air liur saat melihat buah kiwi kat Giant tu. ranum-ranum belaka. oh.tidak.com.

lepas tu sabtu ini akan menghadiri kenduri kawen pengapit aku di Penang side aritu. bukan dia kawen, tapi kakak dia. lepas tu nak melencong pergi umah kezen. nak melawat opah sama. sebab sejak dua menjak ni asyik teringat kat opah saja. dulu kecik-kecik dia manjakan aku gila-gila sampai berlemak. rindu air milo yang paksu buat untuk aku. tapi sekarang dia dah tua. dah tak berapa sihat. tak dapat bermimpi lagi untuk menikmati makanan dari air tangan dia. air basuhan tangan boleh. tu pun kalau sanggup lah. HAHA. terima kasih mak (panggil opah 'mak' sampai macik-macik pun sering hangin dengan aku. jeles lah tuh!) sebab sudi datang time Intan kawen aritu. pastu spend masa lama kat umah sebab nak bersama dengan Intan. tapi mak datang lewat sangat. sempat tido dengan mak semalam je (malam sebelum nikah). malam esoknya tu Intan dah tido dengan lelaki lain. ops!

rindu. dan terkadang sedih. sebab masa lampau takkan berulang lagi sama sekali. sekarang hanya mampu bersandar pada kenangan saja. harap-harap sampai bila-bila pun aku akan ingat mereka. dan kenangan-kenangan sepanjang mengenali atau hidup dengan mereka. dan syukur. aku rasa aku seorang yang appreciate akan satu-satu hubungan tu. dan kamu-kamu jangan risau. kalau saya cakap saya sayang, I really mean it. bukan nak ambik hati ke nak mengampu ke apa. sumpah aku sayang. dan kenangan-kenagan apa pun yang pernah dilalui bersama, InsyaAllah, selagi saya belum hilang ingatan, saya akan ingat. oh.tidak.com. sedih lagi. ini boleh mengundang marah pada hubby. dia memang pantang kalau aku bersedih ke moody ke hangin ke apa. ok. HAPPY! esok nak balik kampung. yeay!

oke. nak kena masak. nanti hubby balik kau nak jamu apa??

sekian.



p/s : malam ni dinner dengan sambal hati saja. aku dah kureng dengan sambal hati, tapi tumpang dah ada dlaam rumah gunakan ajelah. kang terbuang lagilah sayang. T_T kerana sayang kuturutkan.

Monday, March 7, 2011

Kerek Kerek

mood dahlah tak baik. tiba-tiba bukak page orang dia poyo hide wall dia dari kita pulak. ok fine. I'll hide them too. masing-masing buat hal sendiri je ok. aku pun malas dah nak amik tahu pasal dia. dan dia pun tak payah dah nak sebok-sebok tahu pasal aku. haish! farewell lah!


sekian.


p/s : beliau memang poyo pun. HAHA. wall post pun poyo. nasiblah, mood tengah tak baik.

Happy Women's Day

today we, women are officially celebrate our own day, the Women's Day. huhuh, tetiba dah masuk alam woman la pulak. terasa tua diriku.

hari ini mood tak berapa nak stabil. sebab, sebab itu. tapi takpa. baca sendiri lah kalau nak baca ok.
klik link 'Women's Day' di atas.


...


my best women in this world for sure lah my beloved mama. and she will always be.
know that I love you mama, poreber.


mumuwahhhhx!




sekian.


p/s : semalam dapat MMS dari Maxis, then baru tahu today is the Women's Day. kalau tak, haram lah aku nak tahu. HAHA.

3rd Time

baeklah. tiada rezeki. aku harus pasrah. next time akan mencuba lagi. tapi bila cuba asyik failed je sometimes rasa macam sedih pun ada bila takda. letih. takut pun ada. takut aku tergolong dalam golongan orang yang akan dapat selepas setahun, dua tahun atau bertahun-tahun. adeilaaa, nau'zubillah. moga aku boleh terus bersabar sampai aku dapat. tapi nak menunggu sebulan lagi tu, MasyaAllah. lamanya macam setahun. T_T


sedih.

sedih.

sedih.




sekian.



p/s : sedih, but by the way, Happy Women's Day to every women out there.

Semalam

assalamualaikum.

jawab jawab jawab!


semalam pagi² hanya served Hazelnut White Coffee Instant saja untuk husband. tapi tapi tapi. telah memasak spaghetti dengan jayanya. aku rasa kalau suh aku masak kari memang failed. tapi disebabkan spaghetti ni makan ruji dan juga specialty aku, maka tidak hairan dan terkejut sangatlah kalau tiba-tiba berjaya memasak. HAHA. belagak!


macam biasa. rebus spaghetti tersebut sampai lembut. jangan lembut sangat nanti tak sedap. letak beberapa titis minyak to avoid mee² tersebut dari melekat. bila melekat tak best, dan mungkin akan ada yang tak sempurna masaknya. bila dah siap, tos dan letak ditepi dulu.
ambik kuali, gorengkan garlic yang dipotong dadu dengan sedikit minyak. dah hampir garing, tuangkan minyak garlic tersebut ke atas mee² tadi dan gaul rata. ini untuk kesedapan tahap maksima.


macam biasa jugak. guna Prego Traditional, sebab yang itu adalah sedap. tumis bawang besar & bawang putih yang telah dipotong dadu sampai naik bau. lagi banyak bawang putih lagi sedap. bila dah terbau-bau bau bawang, masukkan isi ayam atau dalam English Education nya minced chicken, dan masak sampai agak² ayam dah masak. sila masukkan sebotol kecik Prego Traditional untuk separuh bungkus mee. kalau buat sebungkus mee aku syorkan guna sebotol besar Prego Traditional sebab aku suka banjir². orang Penang memang macam ni. T_T selepas itu, masukkan sos tomato sampai achieve rasa masam yang diidamkan. tak lupa juga, tomato yang dah dipotong nipis² & garam secukup rasa. kalau di Penang dulu, wajib memasukkan hirisan button mushroom dan chicken meatball supaya spaghetti nampak kaya dan mewah. tapi di sini tak boleh nak makan sorang² ye, tak elok. jadi aku tak masukkan cendawan. MIL alah dengan cendawan. chicken meatball pun tak letak sebab emm jimat jimat jimat. nak sedap lagi, taburkan sikit serbuk black pepper. kalau agak² macam mewah dan nak nampak macam Secret Recipe punya spaghetti, bolehlah menabur cheese di atas spaghetti anda. mudah bukan? bukan mudah. pecah peloh jugak nak buat ni. maap ler kalau termasen ke apa. awok kadang² terbuat salah jugak. T_T

dari tengah hari tu sampai lepas asar, kerja aku adalah membalun spaghetti tu. tak ingat pulak brape mangkuk dah. T_T sampai muaklah. sobsobs.

pastu terbosan-bosan tak tau nak buat apa. husband pun bosan. pastu dia ajak pergi tengok wayang. (yeehaaa!) beliau lalu menggoogle movie² terlatest & waktu tayangannye. last² decided untuk tengok Black Swan saja. pas maghrib kitorang keluar umah. punyelah awal sampai. show pukul 10pm, sampai sane jam 8.30pm. sekali lagi terbosan-bosan tak tahu nak merempat mana. last² pergi belasah McD. walaupun tadi macam muak, tapi bila nampak McD rasa macam belum breakfast pun lagi. T_T haa, haa. kitorang jumpa Diana Danielle woo. gile jakun lah kan. HAHA. pastu baru terperasan. dia dengan si parid kamil rupanya. masa tu jalan macam slow² sebab duk teragak². nak pi pose² gedik dengan dia ke taknak. yang hubby duk saiko suruh pergi. tapi takmolah. kang si Diana perasan aku minat gila dengan dia pulak. no no noo! HAHA.

ok. Black Swan memang best. cuma ending dia macam buat aku penasaran sikit. dia mati ke apa? isk! memang tak suka cerita tergantung macam tu. hmm.
takpa-takpa. lepas ni nak menonton Rango pulak. ada Johnny Depp. yeeeehaa!!      



sekian.


p/s : nak memasak Maggi. diet, tapi tak sanggup menahan kelaparan. T_T malam karang time lepak² dengan member hubby pun mungkin akan membelasah makanan lagi. uhuhuh.