Selamat petang dan salam merdeka...petang ni Diana nak join giveaway dari blogger Aeinna Musa.Ini adalah giveaway sempena sambutan ulangtahun perkahwinan Ena yang ke 5 pada 23 Ogos baru2 ni.
Selamat menyambut kemerdekaan semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai selalu....Hujung minggu ni Diana tak ke mana-mana,duduk rumah sambil tengok tadi siaran langsung perarakan hari kemerdekaan kat tv3...
Sambil layan tv di hujung minggu ni Diana sempat buat juga menu untuk sarapan pagi ni iaitu jemput-jemput kubis...Jom tengok apa bahan2 yang Diana perlukan....
Dah siap...boleh di makan bersama sos cili ataupun sambal....
Selamat pagi dan salam berhujung minggu untuk semua sahabat blogger dan pengunjung yang Diana sayangi dan hargai....Salam Kemerdekaan juga kepada semua....#Sehatisejiwa
Salam semuanya sahabat blogger dan pengunjung blog yang di sayangi dan hargai...Hari ni Diana join GA pertama dari 2 orang blogger yang berkawan baik...iaitu blogger Meeya Techik dan juga blogger Cik Hani.
Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.
Selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog yang sudi singgah kat blog Diana ini....bersua lagi dengan entri masakan kaum bugis...Kebanyakkan masakan kaum bugis ini simple dan tidak banyak menggunakan bahan2,ada secukup rasa pun masakan boleh jadi sedap...hihi...
Pernah tengok tak sayur ni....Kalau sahabat nak tau orang kat tempat Diana ni panggil sayur ni "Daun Killor"....sayur ni pun senang nak masak,boleh di masak bersama kacang hijau,buah betik muda,kacang panjang ataupun terung..Semalam menu sayur Diana adalah sayur "Daun Killor" campur dengan buah betik muda....
Sebelum sayur "Daun Killor" ni nak di masak,kita kena asingkan daun-daun dari tangkai dia sebab kita nak guna untuk buat sayur hanyalah daun dia...
Haaa...ini dia betik muda yang Diana dah siap potong-potong dan cuci,tinggal nak masak bersama sayur "Daun Killor"....
Rupa sayur "Daun Killor" campur betik muda...simple jak kan tapi ini ada makanan sayuran yang paling feveret kat tempat Diana sebab senang nak dapat...hihi...Masakan jenis macam ini jarang kita jumpa kat kawasan bandar,selalu masakan ni kita dapat makan kat kampung-kampung dan estate-estate.
Selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pengunjung blog yang sudi singgah dekat blog Diana ini...Pada minggu yang lalu dalam entri Diana di sini yang Diana nak shopping online shawl.Shawl yang Diana oder dah pun sampai minggu lalu tapi baru hari ini Diana nak update....hihi
Ini dia shawl yang Diana oder dekat Hasnah Sytieh @ VRhijab.....Untuk pengetahuan semua shawl yang Diana oder hari tu ada 2 yang dah kehabisan stok jadi Diana oder stok yang baru sampai..Diana sangat berpuas hati dengan shawl ini dan hari ahad lepas Diana oder lagi sebanyak 10pcs shawl plain warna hotpink,1pcs warna hitam dan 1pcs jenis bercorak...Nak tau untuk apa Diana oder sampai 10pcs shawl plain warna hotpink tu jangan lupa nantikan update berikutnya pada 27/09/2015...
Pagi tadi Diana buka IG Diana yang jarang-jarang terupdate...kalau ada pun paling gambar2 jer dan pagi tadi tak sangka blogger Zumal terus bomm IG Diana....Terima kasih yer Zumal.....
Selamat petang untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai...Petang ni nak sambung cerita hari Diana dan kak ketua bahagia pergi menghadiri sesi taklimat dan dialog bersama dengan ketua Pengarah Imigresen Sabah,Ketua Pengarah Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Asing Negeri Sabah ( PAPPAS ) di Sabah Hotel pada 21/08/2015 bersamaan hari jumaat yang lalu...
Sesi soal jawab antara Majikan,wakil majikan dengan ketua pengarah Imigresen Sabah.
Majlis sesi taklimat dan dialog ini berakhir pada jam 5.00 petang...
Selamat pagi untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai..pepagi taip entri boleh jadi kosong sebab Diana tersilap enter....maaf kat sahabat yang dah singgah komen tadi yer....
Terima kasih kepada semua sahabat blogger dan pembaca yang sudi singgah dan komen blog Diana dan terima kasih juga kepada sahabat blogger yang baru follow blog Diana....pagi ini Diana berkesempatan blogawlking ke blog sahabat dan Diana terjumpa kat blog Dari Hati Nazirah ,Diana salah seorang pemenang keychain mini#8....terima kasih dik...tak sabar nak tunggu hadiah keychain sampai...
Kepada sesiapa sahabat yang belum kenal blogger ni jangan lupa jemputlah singgah ke blog Dari Hati Nazirah sebab dia selalu menganjurkan segmen keychain mini...Ini dah kali ke 2 Diana menang keychain dari blogger Nazirah.