Showing posts with label Aminah dan Jimmy. Show all posts
Showing posts with label Aminah dan Jimmy. Show all posts

20110215

Jimmy hampa.

Hari tu sangat bosan bagi Jimmy. Entah kenapa ringan tangannya untuk teks Aminah.
"Awak, dinner hari tu still on?"

Diam kejap. 15 miniit lepas tu baru Aminah balas.
"Hey awak, apa khabar? Yup yup, still on".

Makan malam tu paling romantik Jimmy rasa. Jimmy awkward. Mana pernah selama ni dia makan bertemankan cahaya lilin dengan suasana keliling restoran yang agak gelap.
"Awak, awak masih tiada rasa apa-apa lagi macam dulu?"

"Entah lah, awak, it takes some time kot to recuperate. Bagi lah saya masa".Aminah menjawab soalan Jimmy lantas disusuli hela nafas yang panjang. Lepas satu rasa beban yang dipendamnya, mungkin.

"Awak", kata Jimmy sambil memegang tangan Aminah. "Will you marry me?" sambung Jimmy.

"Awak ni kenapa, Jimmy? Gila ke?" marah Aminah seraya melepaskan pegangan tangan Jimmy.
"Dah la, saya nak balik". Terus dicapai handbag dan berlalu pergi daripada pandangan Jimmy. Langsung tak dijamahnya makanan yang dipesan.

"Awak!!"..jerit Jimmy kehampaan.




Ayam berkokok, bunyi alarm handphone Jimmy. Tanda sudah pukul 6.45 pagi. Masa untuk bangun bersolat.

Damn, nasib baik mimpi. Lega Jimmy, kerana romantic candle light dinner tadi tu hanya mimpi. Patutlah drama semacam je. Tak pernah pernah aku romantik macam tu. Jimmy capai handphone untuk matikan alarm juga untuk SMS Aminah. Mengajak Aminah keluar makan tengahari semperna cuti Maulidur Rasul hari ni.

Pagi tu, ketika sarapan, Jimmy terima SMS balas daripada Aminah. Ternyata apa yang ditunggu Jimmy sejak pagi subuh tadi menghampakan.

"Sorry wak, saya kat kampung sekarang. Rain check".

Jimmy terus hampa.

theblabber: Salam Maulidur Rasul, semua.

20110125

Orang kata, kalau kita rindukan orang itu, orang itu pun rindukan kita juga.

Dah lama Jimmy tak dengar khabar Aminah. Entah kenapa malam semalam tergerak hati Jimmy nak tengok twitter Aminah.

Terus Jimmy mesej Aminah bila dah tahu dari twitternya bahawa ayah Aminah diserang minor heart attack.

"Kalau ada apa-apa, am all ear-as always", ringkas mesej Jimmy.

Aminah say thanks. Rindu talking to you.

Jimmy happy Aminah tulis camtu.
Ye, Jimmy rasa betullah apa yang orang kata tu.

Orang kata, kalau kita rindu kat orang tu, orang tu sure rindu kat kita juga.

Tak banyak pun sikit, jadilah.

Haha.

Jimmy dan Aminah 1

20101218

Rasa Jimmy.

Aminah ajak Jimmy keluar makan.

Jimmy stumbled. Perplexed. Tak tahu nak react macam mana.

Sekali lagi Jimmy tak pasti apa yang dia rasa.

Apa yang pasti, kini Jimmy rasa mengantuk.

Dia rasa ingin tidur.

20101123

Entry si Jimmy yang berduka lagi lara.

Aminah cakap dia tak rasa apa-apa lagi. Katanya dia perlukan masa untuk ada balik rasa itu.

Jimmy kata, dia cool. Dia dah agak ini semua akan terjadi.

Jimmy kata dia cool, tapi dalam hati dia sakit. Ok, bukan sakit, tapi pedih. Tapi pedih juga satu sakit kot?

Jimmy tengok kat ym dia ada offline mesej Aminah. Dia malas nak reply beriya-iya. Jimmy pun tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni. Biarlah, ini semua keje Tuhan-monolog Jimmy menyedapkan hati.

Malam ini, bukan hati saja sakit, tapi gigi juga. Damn it. Jimmy nak tidur. Sebelum tidur, mungkin patut dia gosok gigi. Darlie white pun ada keluar iklan kat nuffnang ni. Mungkin gigi Jimmy akan putih selepas ini.

Ok, Jimmy betul-betul nak tidur. Dia tidur sambil pasang Mix FM. Motif Mix FM pun keluar iklan Nuffnang? No worries Mix, tak keluar Nuffnang pun Jimmy tetap pendengar setia anda.

Ok, now Jimmy nak ucap good night sebab selain hati dan gigi, otak juga agak sakit sekitar hari ini. Banyak perkara-perkara tak perlu yang berlaku dan banyak juga perkara-perkara tak perlu yang dia fikirkan.

Bye.

20101001

Puteri raja pujaan Jimmy.

Aminah call Jimmy. Aminah cakap dia rasa serba salah sebab terpaksa batalkan date dengan Musa, bekas colleague Aminah.

Aminah : Camne ni? Saya dah say sorry banyak kali. Pastu dia replied mesej pendek je.
Jimmy : Awak dah call Musa? Explain kat dia why you can't make it. Kata Jimmy berbahasa Inggeris.
Aminah: So not me nak call-call. Tapi camne eh? Sian dia.
Jimmy: Wak, hidup kita ni bukan untuk puaskan hati semua orang.
Aminah: Hmm.Betul apa awak kata. Sebab tu saya suka cakap dengan awak. Ok la wak, night.
Jimmy: Night.

Malam tadi, Jimmy tidur dalam senyum. Koman-koman, ada juga orang yang tahu menghargai dirinya yang serba kurang itu.

Dan bukannya calang-calang orang. Puteri raja pujaan ramai tuh!

theblabber : Belajar appreciate those can really appreciate you. Life is too short to waste your time on ungrateful people.