Thursday, July 30, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah, keadaan abah semakin stabil dan insyaallah, dia akan keluar dari ICU dan ditempatkan di wad biasa pada petang ni..

Terima kasih atas doa semua..

^_____^

Berkenaan birthday party Bethrisya ahad ni, ada beberapa kengkawan yang bertanya samada akan diteruskan atau tidak.. Insyaallah ye kengkawan semua... Sambutan birthday Bethrisya akan diteruskan sepertimana yang telah dirancang.. Selain menyambut hari lahir Bethrisya yang ke 3, secara tidak langsung, ianya jugak sebagai tanda kesyukuran kerana Tok Bah dah selamat menjalani pembedahan bypass..

So, sebagai peringatan kepada semua, ni details party Ahad nanti :-

Tarikh/ Hari : 2 Ogos 2009 / Ahad
Jam : 11.30 pagi
Tempat : Mc Donalds Seksyen 3 Shah Alam (berhampiran dgn roundabout/ Uitm Shah Alam)
Tema : Kuning

Jumpa di sana ye .....

Monday, July 27, 2009

Dugaan datang kerana TUHAN sayangkan kita.

“Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (tanaman). Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jua kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk". (surah Al-Baqarah : ayat 155 - 157)


Minggu lepas merupakan satu minggu yang penuh dugaan buat keluarga kami.. Abah yang sentiasa nampak sihat secara luarannya, rupanya menanggung sakit yang tak pernah kami sangka.

20 Julai 2009, Isnin
Abah dan mak bersama Abang Man bertolak ke Kuala Lumpur setelah abah bersetuju menjalani pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara.

21 Julai 2009, Selasa
Abah menjalani pemeriksaan jantung di IJN. Doktor menyarankan supaya abah menjalani ujian Coronary Angiography. So abah perlu masuk ward on 22 Julai 2009. Memula masa Kak Molly, my sister in law yang jugak merupakan seorang doktor, call bgtau keadaan abah at about 5.30 pm, I okay lagi... Tapi bila abah sendiri call bgtau yg dia kene duduk wad.. kene buat itu ini... dan dia sebenarnya sangat takut.. Terus rasa tak sedap hati dan terus decide mintak emergency leave for tomorrow dan kelam kabut kemas baju, terus ke Melaka amik Kak Ana ( wife abang man) dan anak-anak dia dan terus meluncur laju ke rumah Kak Molly.. Sampai KL dalam kul 11 lebih.. Abah pun terkejut tengok tetiba kitaorg sampai.

22 Julai 2009, Rabu
Pukul 8 pagi keluar rumah untuk ke IJN.. Bethrisya n Rayyan pun ikut sekali coz tak bwk maid so diaorg kene ikutlah mana mummy pergi.. Abah ditempatkan di Day Care Ward.. Sibuk nak jumpa cucu-cucu dia, tapi mmg hampa coz kanak2 dibawah 12 tahun tak dibenarkan naik ke wad.. Pasrah je lah.. Cucu-cucu semua berkampung lah di bawah sahaja.. I pun terpaksa bergilir2... Sekejap jaga bebudak kat bawah, then bila my sister turun, dia pulak tolong jaga budak2 dan dapatlah I naik tengok abah. Sepatutnya abah buat Angiography tu pukul 2 tapi biasalah, hospital kerajaan kan... tup tap tup tap, last2 pukul 7 baru dia dapat buat angiography tu... Keluar dari OT dalam kul 8 lebih... Abah dah membebel2, dia kata tak yah lah buat semua ni, menyusahkan jer... Kalau nak mati, mati je lah... Aduh hancur luluh rasa hati... Memang dapat rasakan perasaan dia.. Mungkin dia rasa tersiksa dengan semua prosedur2 yang melecehkan tu.. Syian abah...

Keputusan dari Angiograph juga amat memeranjatkan semua orang ... Terutama sekali Kak Molly. Dia mmg tak sangka sangat2 yang keadaan Abah sebenarnya amat teruk.. Banyak salur darah dia dah tersumbat.. Sekarang ni dia hanya bergantung pada SATU salur darah sahaja yang mengepam oksigen utk seluruh badan dia... Hidup dia sekarang ni umpama time bomb.. Bila-bila masa sahaja, nyawanya bole berhenti... Doktor terangkan lah apa yang sepatutnya kami buat... Dia suggest utk clearkan salur darah yang tersumbat kat bahagian leher dahulu sebelum buat by pass... Tapi yang bahagian leher tu risiko utk dapat stroke/lumpuh amat tinggi.. Abah pun kata dia takut utk buat yang kat leher tu, kalau by pass dia bole terima lagi..

Ya Allah, berikan lah kami kekuatan menghadapi semua ini.

Disebabkan Khamis tu sekolah, nak tak nak, mlm tu terpaksa jugak balik ke Muar. Bertolak dari KL pukul 10 mlm. Sampai Melaka utk hantar Kak Ana dan anak2 dalam kul 12 lebih.. Disebabkan takut dan tak confident utk drive balik Muar sendirian dgn bethrisya n Rayyan je, so we decide utk bermalam di Melaka je...

23 Julai 2009, Khamis
Bertolak balik Muar dari Melaka pada jam 5.45 pagi.. Hantar budak2 balik rumah + bersiap ke sekolah... Kat sekolah pun sebenarnya tak bole nak concentrate.. Badan je ada kat sini, tp hati dah melayang jauh ingatkan abah... Last2 kul 11 lebih tu, cabut balik rumah, kemas baju, then terus ke KL semula....

24 Julai 2009, Jumaat
Kami adik beradik, cuba untuk dapatkan second opinion dari dr pakar jantung di Ampang Puteri.. Setelah berdiscuss dan mendengar penerangan yang panjang lebar dari Dr Samani, rasanya kami dah faham dan lebih jelas dengan keadaan abah. Dr Samani juga kata tak perlu melakukan pembedahan di bahagian leher tu, dia kata terus buat by pass sahaja... Dan peluang utk berjaya adalah 95% .. Ini amat menggembirakan kami..

Abah discarge dari IJN pada jam 6 petang.. Itupun dia dah membebel coz proses nak discarge pun mengambil masa yang amat lama... Dari kul 2 lagi dia dah siap packing baju utk balik rumah.. Hakikatnya dia mmg tak suka dan tak gembira di IJN..

25 Julai 2009, Sabtu
Bawak abah ke Ampang Puteri untuk jumpa Dr Samani... Dr explain kat abah dan kami semua ttg keadaan sebenar abah. Dan abah dengan yakinnya menjawap yang dia setuju buat bypass di Ampang Puteri. Khamis 30 Julai dia akan admitted di wad dan operation bypass akan dilakukan pada 31 Julai 2009 dari jam 10pagi sehingga 3 ptg.

Yup, it's a bit costly.. Jangkaan awal mungkin dalam RM30 000 ++.. Tapi duit itu hanyalah angka.. Kami mahukan yang terbaik buat Abah.. Kami mahukan dia selesa.. Kami semua sayang Abah.. Angka tersebut tak akan dapat menandingi semua jasa Abah membesarkan kami..

26 Julai 2009, Ahad
Balik Muar coz Monday sekolah... Abah berehat di rumah kak Molly sementara menunggu hari Khamis.

27 Julai 2009, Isnin
Pergi ke sekolah seperti biasa. Dapat call dari Kak Molly yang abah mengadu sakit dada pukul 4 pagi tadi.. KakMolly call Dr Samani utk minta pendapat beliau.. Dr Samani cadangkan untuk hantar abah ke hospital dan lakukan bypass secepat mungkin.. Abah enggan pada mulanya.. Dia kata dia nak buat hari Jumaat gak.. Setelah dipujuk,akhirnya Abah setuju... Sekarang ni Abah dah didalam wad Premier 13, Tingkat 4, Ampang Puteri.. Insyaallah, pagi esok dia akan menjalani pembedahan by pass.. I will also go to KL tomorrow morning...

YA Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah penyakit itu. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit, yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanmu. Dengan kesembuhan yang tiada ditembus penyakit lagi.


Saturday, July 18, 2009

Invitation to Bethrisya's Birthday Bash




Theme : Yellow


Jemputan ini ditujukan kepada semua yang tengah baca blog ni... Ye, kamu-kamu dijemput. Jangan malu-malu untuk datang sama memeriahkan majlis harijadi Bethrisya ni ye.. Maaf kalau ada yang terlepas pandang dan terlupa untuk di sms.. Ada jugak diantara kengkawan blogger yg no phone mereka tak de dalam simpanan ... Sorry sesgt ye...

To those yang belum bagi pengesahan kehadiran, diharap dapat membuat demikian secepat mungkin ye... ^____^ ... Tak sabar nak jumpa kamu, kamu, kamu dan kamu semua..

Award from Linda


Tq Linda for this award.. Luv u dik ....

1. Sila copy paste award ini di blog anda:
Done


2. Sila copy paste award ini di side bar blog anda.
Done


3. Paskan kepada 5 rakan anda: (5 je ker ?? :( )
- Anis,adikku yg syomell
- Hanin, mummy Kyra yg vogue
- Illah, mummy Hana yg ayu
- Kak Mas, wife cik syam yang cantik jelita.
- Ety, ibu Rizqy yang sentiasa mengancam..

Friday, July 17, 2009

Beauty Is Pain


Inilah yang dikatakan tak de sakit, cari sakit..

Hari ni, dua batang gigiku dicabut.. Uwaaaaaaaaaa.. Selamat tinggal gigi sihat. Minggu depan dua lagi gigi bakal dicabut.. Tahan je lah kan.. Nak cantik punya pasal...

Ini semua gara-gara Mr Hubby yg insist me to wear braces.. Demi suami tercinta, ikut je la kan.. Walaupun hakikatnya gigiku ini bukan lah dikategorikan 'jo' sangat, cuma terkedepan sedikit sahaja.. Tapi dah dia suruh, lagipun dia yg bayarkan... Sakit pun sakit lah Bang...

Sebenarnya dah lama dah dia suruh buat.. Tapi byk sgt halangan nyer.. Memula nak pakai before kahwin, tapi disebabkan tak sanggup nak tengok gambar kahwin dgn berbraces, postponed dulu.. Then lepas kahwin, pregnant kan Bethrisya.. Postponed lagi.. Then, lepas Bethrisya lahir, dia menetek lah pulak..Tak bole buat jugak.. Ingatkan bila Bethrisya dah setahun dan dah cerai tetek, bole buat, rupanya kene postponed gak lagi coz pregnantkan Rayyan pulak... Dan sekarang ni lah rasanya masa yang paling sesuai.. Doktor kata kene pakai dalam masa 2 tahun Kira just nice lah tu kan, kami pun merancang nak menambah ahli keluarga pada tahun 2011... So by that time, dah bukak lah braces tu..

Memula ingatkan nak buat kat klinik kat Muar ni je..Senang untuk dapatkan rawatan susulan kan. Tapi Mr Hubby kata tak confident pulak... Dia suh cari doktor pakar.. So last2 pergi ke Mahkota Medical Centre. So,bermulalah rutin mendapatkan rawatan gigi di sana.. Ok lah kot, Orthodontist dia pun baik..


*Abang oiii...sakitnyer gusi ni bila dah hilang kebasnya... uwaaaaaaaaaaaa......*

Sunday, July 12, 2009

Tag From Kak Mas

Ni hutang tag dari Kak Mas yang dah berkurun lamanya.. Ehehehe.. Sorry Kak Mas, but it is better late than never kan kak..


5 fakta menarik mengenai pemberi award, Kak Mas

1. Suaminya seorang pelayar yang bergelar Kapten.
2. Pernah mengikuti suaminya belayar (..7 bulan tu dok atas kapal...)
3. Pasangan yang syomell / sepadan / lomentik... ehehehhe...
4. Pandai jahit baju... Pas ni boleh lah ena upah kak mas ek...
5. Sedang berusaha bersungguh-sungguh utk dapatkan little junior. Insyaallah kak, semoga usaha dan doa akak dan suami terhasil. Amin.

10 fakta atau hobi penerima award.

1. Seorang guru di Sek Men Sains Muar. Tahun ni masuk tahun ke 6 bergelar pendidik.. Seronok melihat kejayaan anak-anak murid tercinta. Alhamdulillah.

2. Masih menanam hasrat untuk menyambung pelajaran keperingkat Sarjana TESL.. Bila ler agaknye ye..

3. Amat gemarkan aktiviti membeli belah... baju, baju, baju... kasut, kasut, kasut... handbag, handbag, handbag .... ehehehe.. Perempuan mana lah yang tak suka shopping kan... But now, lebih byk membeli belah utk Bethrisya n Rayyan jer...

4. Mempunyai sepasang cahayamata dan berhasrat untuk menambah seorang atau dua lagi tapi paling terdekat pun tahun 2011 kot...

5. Amat percayakan kehebatan susu ibu... Rayyan sampai sekarang ni masih breastfeed.. Pagi, time mummy kat sekolah je dia terpaksa minum susu botol..

6. Tinggal sebumbung dengan ibu mertua sejak dari kahwin.. Apa yang penting.. KERJASAMA... ahahhaha... Walaupun dugaan adakalanya melanda, (adat lah kan, duduk dengan mertua. sedangkan dengan ibu sendiri pun kadang2 kita terasa, inikan pulak mertua) .. Apa yang seharusnya kita buat adalah, MENGALAH... dan sentiasa fikir yang mertua kita tu orang tua, kene lah hormat kan dia kan.. Kalau kita sayangkan mak mertua kita, tentunya suami kita akan lebih sayangkan kita.. Insyaallah..

7. Suka manjakan diri di SPA... Buat full body package ( scrub, steam bath, milk bath, massage, facial ) ... oh bestnyerr.... Cuba untuk jadikannya rutin bulanan... Tapi sejak anak dua ni, bulan ni pergi, bulan depan tak pergi ... eheheh... bila sempat je pergi ... Opps : abang dah nak balik bulan depan ni, kene gi gak ni before dia balik....

8. Suka membaca .. Dulu masa anak dara rajin beli novel.. Sanggup tak tido coz nak habiskan baca novel.. Now, dah tak sempat dah.. satu buku pun amik masa berbulan2 nak habiskan... Baca majalah je lah... Tapi habit pergi ke MPH setiap kali keluar membeli belah masih ada, cuma kali ni belikan books for Bethrisya ngan Rayyan je..

9. Sukakan kecantikkan, kekemasan dan kesempurnaan.. Kalau bole nak buat semua benda tu mesti cantik dan sempurna.. Bethrisya pun dah terikut rasanya, setiap kali nak keluar walaupun setakat gi GIANT mesti dia akan tanya, "Nak pakai baju apa mummy?" Kalau Mummy kata pakai baju apa-apa jer, nanti dia tak nak, dia akan kata nak pakai baju cantik .. Sebab dia dah terbiasa, kalau keluar, mesti kene pakai kemas dan cantik. Kalau buat apa2 kerje pun, selalunya mesti ada list ... ehehehe... barulah semuanya sempurna dan teratur.. Tak suka buat benda kelam kabut..

10. Ingin menjadi isteri yg solehah buat suami tercinta dan ibu yang mithali buat anak-anak tersayang.. Amin.

**********************************************************

Now, tag yang baru je Kak Mas bagi...

1. the rules of the game get posted at the beginning.
2. each player answers the questions about themselves
3. at the end of the post, the player then tags 5 peoples and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged & to ask them to play & read your blog.

  • starting time : 9.37 pm
  • name : Zurena Zakaria
  • shoe size : 5
  • height : 158cm
  • where do you live : Lorong Hj Md Dom, Parit Keroma, Muar
  • have you ever been on a plane : Yup
  • swam in the ocean : Tak pandai berenang..
  • fallen asleep @ school : Macam tak pernah je.. Betul tak Cikgu ???
  • broken someone's heart : Definitely
  • fell off your chair : Nope
  • sat by the phone all night waiting for someone to call : Selalu
  • saved emails : Semestinya
  • what is your room like : Exclusive
  • what's right beside you : File data sekolah
  • what is the last thing you ate : Macaroni soup
  • ever had...chicken pox : Masa form 1. Dah ler time tu bulan puasa.. aduhaiii...
  • sore throat : Lama dah tak kena... Suara adalah aset seorang guru.. hahahha... So, nak kene jaga suara, kalau sakit tekak, macam mana nak mengajar.
  • stitches : 2 kali ceaser
  • broken nose : Oh, Tidak
  • do you believe in love at first sight : Entah..
  • like picnics : Suker
  • the last person you danced with : Bethrisya. Menari lagu Hindustan dgn dia petang tadi.
  • last made you smile : MMS dari Capt Mazly
  • you last yelled at : Jerit kat Bethrisya yang tak nak keluar dari bilik air. Berjam-jam main air.
  • today did you...talk to someone you like : Yup, Capt Mazly
  • kissed anyone : Hari-hari kiss Bethrisya ngan Rayyan
  • get sick : Baru lepas baik dari selsema...
  • talk to an ex : We are still friend.
  • miss someone : Capt Mazly
  • who do you really hate : Tak baik benci orang.
  • do you like your handwriting : Mestilah. Tulisan sebijik-sebijik. Hubby kata macam tulisan budak sekolah.
  • are you toe nails painted : Tidak
  • whose bed other than yours would you rather sleep in : Katilku di rumah Abah.
  • what color shirt are you wearing now :Pink
  • are you a friendly person : Ye kot.
  • do you have any pets : Ada. rabbit Bethrisya.
  • do you sleep with the tv on : Ada kalanya. Tapi jarang sgt.. sebelum tido akan pastikan yg TV di switch off dulu.
  • what are you doing right now : Siapkan data sekolah sambil buat tag ni.
  • can you handle the truth : Harus.
  • are you closer to your mother or father : Mak.
  • do you eat healthy : Kadang-kadang. Selalunya makan je semua..
  • do you still have pictures of you & your ex : Ada kot. Kat dalam album kat umah Abah.
  • if you're having a bad day, who are you most likely to go to : Capt Mazly. He is my shoulder to cry on.
  • are you loud or quiet most of the time : Depends
  • are you confident : Depends.
  • 5 of my bad habit : Addicted to internet, jarang masak coz ada maid yg dah tolong masakkan, selalu ikut perasaan dan emosional, kadang2 cepat naik angin jugak...
  • 5 people tag :
  • Sesiapa lah yg rajin.




Thursday, July 9, 2009

A'isy Iskandar Bin Muhd Zainee

My younger bro- Ebby with his wife-Su
and their newborn baby- A'isy

Saje je nak share pasal anak buah ku yg syomell sorang ni.. Geng Rayyan ni... Sekarang ni A'isy masih kat rumah my mum, tapi tak lama lagi dah nak balik KL dah, mama dia dah start keje.. Sure Bethrisya ngan Rayyan rindu A'isy nanti... Sepanjang dua bulan ni tetiap hari nak ajak gi umah tok bah coz nak main dgn A'isy..

Ni gambar2 masa majlis potong jambul A'isy di rumah Abah aritu..

Tok Abah dengan cucu ke 26

Jemputan lelaki

Jemputan perempuan

A'isy dah botak.....

Adibah, Rayyan, Iqraq n Bethrisya.. Sedondon


Tuesday, July 7, 2009

Pre-Preparation for Bethrisya 3rd Birthday

Tak sampai lagi sebulan princess mummy dan ayah ni akan celebrate birthday dia yg ke 3.. Hmmm... Cepatnya masa berlalu yerk, diam tak diam dah besar dah si Bethrisya ni..

Tahun ini sekali lagi, ayah tak dapat bersama2 menyambut hari jadi Bethrisya. Tapi tak pe, walau apa pun, mummy akan cuba jadikan 3rd birthday Bethrisya ni sesuatu yg paling istimewa buat dirinya.

Preparation setakat hari ini :
1. Princess snow white fondant cake : DONE ( order with Kak June, Cupcakekasih)
2. Cupcakes with Bethrisya edible photo : DONE ( order with Mama Lea Oven)
3. Goodies bag : DONE ( order with partythemepack.com )
4. Junkfoods/snacks/ untuk goodies bag : Dah dekat nnt baru beli.
4. Tempat party : DONE ( McDonald's Sek 3 Shah Alam)
5. Guest : In progress.


p/s: Buat kengkawan semua, jgn lupa block kan 2 august 2009 ni dlm calender masing2 ye... Kita jumpa dan bergembira bersama2 ye.. Dan jangan lupa prepare baju KUNING !!!!! ... Anak raja nak sambut birthday ni... eheheheh.. Tempat, masa dan segalanya mengenai party ni akan di update dari semasa ke semasa.



Monday, July 6, 2009

Congratulations to Nuar n Lia

Nuar n Lia

Sekalung tahniah buat Nuar dan pasangannya Lia yang telah selamat mengikat tali pertunangan pada 4 Julai 2009 yang lepas... Majlis berlangsung dalam suasana yang amat meriah..

Lia look so beautiful that day as well as Nuar yang sentiasa mengkontrol macho... Selamat menempuh alam pertunangan ye.. ehehhe..

Di majlis itu jugak, mummy berjaya bertemu dgn si dia ni yang juga merupakan cousin Nuar.. Dia datang bersama Jazz barunye... :) .. Semangat dan ketabahan dia mengharungi hidup tanpa suami memang amat dikagumi. Jika kita, setelah 4, 5, 6 ataupun 7 bulan menunggu, chenta hati kita pasti akan pulang ke dalam dakapan kita.. Tapi tidak bagi dia, walau selama manapun dia menunggu, suaminya tidak mungkin akan kembali... Terus tabah ye Anne demi Aqeel tersayang... Kami semua ada untuk terus memberi semangat buat Anne...

With Ann / Rayyan n Aqeel

To Nuar : Jangan gado2 ye ... Alam pertunangan ni banyak dugaannya... Laju skit kayuh kapal tu nanti supaya cepatlah dapat mengayuh bahtera sendiri... :p

To Lia: Welcome to the seafearers club....


Seisi Menyarung Cincin


The Hantaran... ooohhhh, I love the fresh flowers!!!


Kami bersama pasangan yang baru bertunang.


Kami yang sentiasa memeriahkan suasana...


Smileeeee......


Sunday, July 5, 2009

UiTM ooo UiTM

Last Friday we sent Nina ke UiTM Shah Alam untuk register sebagai mahasiswi tahun pertama bg kursus TOEFL... Walaupun hakikatnya dia masih berharap untuk bertukar ke kursus TESL, tapi tak mengapa, yang penting register dulu, proses pertukaran kursus akan diusahakan kemudian... Dan yang pasti, Uitm Shah Alam adalah lebih baik dari UNIMAS... eheheh... Kalau ke UNIMAS, terpaksa lah dia naik belon tu sengsorang.. Tak leh nak buat rombongan Cik Kiah dah... ehhehhe..

Secara kasarnya, proses pendaftaran agak kelam kabut dan tidak diurus dengan baik.. Pukul 10 pagi mendaftar di Uitm Puncak Perdana, kemudian Nina bersama kawan2 sekursus dengannya diberi bilik sementara.... (tp Nina tak masuk pun bilik sementara tu, dia ikut gi shoping). Pukul 6 petang mereka diarah berkumpul dan menaiki bas utk ke UiTM Shah Alam(kampus induk) ... Ingatkan bole terus daftar dan dapatkan bilik.. Rupanya mereka perlu tunggu sampai kul 8 malam.. Terpaksa lah menunggu... Pukul 8 mlm, kaunter pejabat kolej Mawar dibuka, kene isi borang yang bukan sedikit, then baru dapat kunci bilik..

Sampai kat bilik, tgk2 dah penuh, semua katil dah berpenghuni... Pelik gak.. Rupanya sorang dari penghuni bilik tu dah dpt tawaran ke maktab dan dia dah pulang kunci dan sepatutnya dia kene lah cepat2 kemas barang2 dia tu kan... So Nina tak dapat lah nak letak barang2 dia yg banyak macam orang nak pindah tu... ehehhe... Akhirnya Nina ikut balik semula rumah ayah dia kat Shah Alam...

Esoknya baru dia bole masuh bilik tu... nasib nasib.....


Semua fresh dan semangat di pagi hari.

Dah jadi penunggu tembok di malam hari... Kak Chica pun dah pakai baju tido

Nak pindah ke Nina oii.... Penuh satu boot Stream ...

Apapun, selamat menempuh alam baru..Selamat menjadi mahasiswi ... Best of luck !!!


Thursday, July 2, 2009

Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sekiranya aku yang bersalah, Kau tunjukkanlah kepadaku cara untuk ku perbaiki diri ini.
Kau permudahkan lah segalanya bagi ku.

Tapi,

Sekiranya semua ini fitnah buatku, kau tunjukkan lah perkara yang sebenarnya dan pulangkan lah kepada mereka.
Semoga mereka mendapat kebenaran dan petunjuk dari-MU.


AMIN.

p/s: Tiada manusia yang sempurna di bumi Allah ini.