Wednesday, July 30, 2014

Raya Pertama Tanpa Abah...

Sayunya hati tatkala takbir raya berkumandang.. Tahun ini tahun pertama kami beraya tanpa ABAH.. Memang jelas ketara perbezaannya.. Jika dulu, dialah orang yang paling sibuk menyiapkan segalanya untuk memastikan raya kami sangat sempurna... Tapi kini dia tiada lagi... Walaubagaimanapun, kami tetap berusaha untuk menjadikan raya kami tetap meriah sama seperti orang lain demi Mak. Mak nampak gembira, namun apa yang ada dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu. Berpuluh tahun hidup bersama, tiba-tiba dahan tempat bergantung itu tiada lagi... Tentu sukar baginya, tapi Mak tetap Mak.. Dia tetap menunjukkan yang dia kuat dan tabah... Cucu-cucu semua ni lah yang diharap dapat mengisi kekosongan hati TokMak...

Keluarga kami. 



Kesedihan kami agak berganda kerana Ayah turut tidak dapat beraya bersama kami. Kami di daratan, Ayah di lautan. Mengikut perancangan awal, Ayah memang dapat pulang beraya bersama kami. Tapi kami hanya merancang, dan Tuhan itu lah sebaik-baik perancang... 

Buah hati pengarang jantung.