Tuesday, June 7, 2016

Hong Kong Trip

Ianya percutian yang tanpa dirancang.. Pada awalnya ingatkan Ayah tak dapat balik time cuti sekolah pertengahan tahun... Tapi tetiba beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula, Ayah kata ayah dapat balik dan terus suruh Mummy book flight ke Hong Kong dan jugak hotel. Anak-anak bukan main suka la. 

Mummy pun terus buat itinerary dan book tiket masuk ke semua attractions yang kitaorg nak pergi. Guna aplikasi KLOOK memang sangat membantu dan sangat mudah. So sampai sana nanti tak payah sesusah nak beratur segala sebab semua tiket dah siap dibeli. Jimat masa. Almaklumlah berjalan dengan anak-anak kecik ni memang sangat mencabar dan menguji kesabaran kan.. Kang tetengah sibuk beratur, nak susu lah, nak gi toilet lah... ehehehhe....

Day 1
KLIA - HONG KONG

Flight kitaorg pukul 8.15 pagi, so seawal 4.30 pagi kami bertolak dari Muar. Disebabkan nak berjalan makan angin, sangat lah mudah budak-budak ni bangun dan bersiap..

Jom terbang ke HONG KONG
Kita breakfast dulu.

Muka dah tak sambar nak naik kapal terbang.
Sampai Hong Kong Airport, mula-mula kami beli Octopus Card dulu. So senang la kami nak guna public transport nanti. Lepas tu beli pulak simcard sana. Semua ni boleh didapati dengan mudah di airport. Kemudian baru cari public cab untuk ke Disneyland Resort. Public cab lebih murah dari Airport Transfer ke Disneyland. Kami check in di Disney Hollywood Hotel untuk dua malam.




Disney Hollywood Hotel 

Hotel Lobby

Dapat surprise dari hotel sempena birthday Mummy.

Peace yooo !!!

Sampai hotel, rehatkan badan sekejap dan kemudian terus keluar untuk Nyong Ping 360'. Dari hotel naik shuttle bus untuk ke Disneyland Station.  Naik Disney train dan turun di Sunny Bay. Kemudian tukar train dan turun di Tung Chung Station. Lepas tu jalan kaki je untuk ke sampai ke pintu masuk cable car. Tiket memang dah beli dari awal. Dan kami amik Crystal Cabin. So lantainya memang clear nampak bawah. Seriau jugak. eheheheh...











Day 2
Hari ni lah hari yang ditunggu-tunggu oleh budak bertuah tiga beradik ni. DISNEYLAND. Walaupun cuaca pada hari tersebut agak panas, tapi langsung tak bagi apa-apa kesan kat kanak-kanak ribena ni.. Tak kisah lah anak, janji kamu semua happy. Pastikan kita plan bebetul nak pusing kearah mana dahulu dan sentiasa alert dengan masa masa show. Rugi kalau terlepas. Dan jangan risau tentang makan kerana ada restoren halal di sini. So, dijamin kenyang.




























Day 3
Selepas kami check out dan sebelum meninggalkan Disney Hollywood Hotel, kami bersantai-santai dulu di sekitar kawasan hotel dan merakamkan gambar-gambar kenangan di sini.














Kemudian baru kami mengangkut semua bag bag naik shuttle bas sampai Disneyland Station, naik disney train hingga ke Sunny Bay dan tukar laluan untuk ke Tsim Sha Tsui Station. Dari Tsim Sha Sui kami berjalan kaki untuk ke Holiday Inn Golden Miles. Memang sangat strategik la lokasi hotel ni. Selesa pun selesa. So kami telah membuat pilihan yang sangat tepat.








Petangnya kami just berjalan-jalan di sekitar bandar Kowloon dan di sebelah malam dapat jugak kami tengok persembahan Symphony of Lights.




Day 4
Hari ni kami ke Ocean Park pula. Seperti biasa kami menggunakan pengangkutan awam. Naik MTR sampai ke Admiralty Station, Exit B2, kemudian naik bas 629 sampai ke Ocean Park. Ini adalah kerana MRT hingga ke Ocean Park Station belum siap lagi. 2017 kot siap, so nanti lagi senang la. Ocean Park ni memang sangat seronok dan puas hati dengan bayarannya. Puas lah seharian duduk dalam ni. Macam-macam ada. 



















Day 5
Hari ni kami nak melihat bandar Hong Kong dari nun jauh di atas bukit. Kami ke The Peak. Untuk ke The Peak, naik MTR dan turun di Central Station dan keluar melalui Exit K. Kemudian berjalan lah ke tempat nak naik tram untuk ke The Peak. Nasib tiket dah beli awal. Sebab orang yang nak beratur beli tiket memang ramai giler. Dah penat beratur untuk beli tiket kemudian beratur pulak menunggu giliran untuk naik tram. Mau patah pinggang. eheheheheh.. So, dinasihatkan supaya beli tiket online sesiap ye. Kat atas tu kami masuk ke Madame Tuassands. Amik gambar dengan patung-patung lilin. Kemudian masuk ke trick eye museum pula. Budak-budak ni memang excited nak amik gambar di museum 3D ni sebab jeles tengok gambar-gambar yang mummy amik masa gi Muzium 3D di Langkawi bersama rombongan sekolah aritu. So beria-ria lah tiga budak ni berposing sebab nak nampak real. Last sekali baru lah kami naik ke Sky Terrace. Menikmati keindahan bandar Hong Kong. Dah puas dok atas tu kami pun turun lah kebawah. Masa nak turun ni pun agak mencabar sebab beratur tersangat lah panjang nak tunggu giliran naik tram. Rayqal jugak yang syiok duduk diam dalam stroller. Sebelum naik train untuk balik ke hotel, sempat lah singgah ke tempat wajib seorang pelaut. ehehehhee. Mana lagi kalau bukan Hard Rock Hong Kong. 

























Day 6
Tamat lah edisi cuti-cuti Hong Kong kami kali ni. Tiba masanya untuk check out dari Holiday Inn Golden Miles dan menuju ke Hong Kong Airport. Sampai di airport kami ke kaunter octopus card dulu untuk tebus semula credit yang tinggal dalam card kita tu.


Dalam train menuju ke airport
Terminal 1

Bye-bye Hong Kong

Bye-bye HONG KONG.... Terima kasih kerana memberi seribu satu kegembiran pada anak-anak kami.