Hi There,

Latest Posts
Assalamualaikum..hallo. how are you doing? I hope all in a good shape. I means sihat-sihat semua ya.

Well yesterday i went to hospital. Yeah because i'm having backache yang sangat-sangat sakit. Dah hampir 3 tahun okey sakit nya. But not berterusan la.. kadang-kadang jer. At last! I went. Selepas beratus-ratus orang suruh pergi hospital buat check out. Ok tipu! Tak sampai beratus pun. Kau ingat kau artis?

Reason why aku tak nak sangat pergi buat check out kat hospital? Walaupun dari luar nampak aku nie calm, cool and acah-acah berani macam tu padahal tak tahu aku nie penakut. Takut nak hadapi kenyataan. Bayangkan kalau tetiba aku pergi check and then suddenly doctor cakap aku ada kanser ker, penyakit-penyakit kronik ker macam mana? Yup i know itu semua dugaan and ajal maut semua di tangan Allah. But aku tak boleh bayangkan if that happen to me. Dah la hari-hari pun buat dosa. Ngaaaa.😂

Okey, back to hari aku pergi hospital. Aku pergi juga sebab malam sebelum nya tue tahap sakit yang aku baring angkat kaki ke atas. Sakit derrrr. Pejam mata pergi je la. Aku pergi hospital kerajaan harap maklum. Dah daftar semua, aku masuk la jumpa doctor cakap lah aku sakit semua. Dia cakap sebab urat. Pastu aku cakap lagi yang aku letih semua bagai kan. Last-last dia suruh aku pergi test kencing manis. What the heck! Sepanjang hidup aku ini first time aku cek kencing manis tau tak.

Time tengah tunggu giliran aku untuk test kan, macam-macam aku fikir. Macam mana kalau aku betul-betul ada kencing manis. Kena kawal makan, tak boleh makan tak tentu pasal dah. Forget everything! Omg! Can i live like that? Time tu rasa macam nak cabut lari pun ada jugak. hahaha. Okey jangan la gelak. I know. Ridiculous jer semua fikiran macam nie. 

Lepas aku test kencing manis tu, aku masuk balik jumpa doctor tadi. Aku pun bebel la sakit aku nie bla bla bla bla and bla lagi. Last sekali dia hantar aku pergi buat fisio jer. Haa..ambik kau! Since aku ambil ubat farmasi dia dah tak nak kasi aku ubat lain dah. Just datang untuk fisio jer nanti. Dah habis tu aku pun tanya la doktor tu. "So macam mana dengan kencing manis saya?". Doktor tu boleh gelak dekat aku. Pastu dia tanya aku, breakfast tak pagi nie. Aku cakap la siap makan nasi goreng lagi. Rupanya kencing manis aku dalam 3.1 which means low sugar dalam badan aku nie. Kalau normal tu dalam 4-5 mcm tu. Since aku dah makan but still rendah means memang gula dalam badan aku rendah. Mungkin sebab tu aku macam tak ada tenaga sangat kot kan. Hahaha.





Part yang paling best aku mati-mati ingatkan 3.1 tu dah tinggi. Normal gula dalam badan should be zero la kan. Hahahaha. Nampak tak jahil nya aku bab-bab kesihatan nie. Heeewwwww.



okey tue jer yang nak cerita..baiiii