Nuffnang Ad

Sunday, 8 January 2017

Kecederaan

Main bola kalau tak cedera memang tak sah la kan. Ada sekali tu risau juga bila tengok jari kakinya bengkak semacam aje lepas tournament, katanya kaki kena pijak dengan boot orang lain. So menuju ke klinik la jawabnya untuk jumpa doktor.

Kenalah x-ray untuk tengok tahap mana kecederaannya. Harap sangat lah agar taklah teruk mana tahap kecederaan tu.

Me and Daddy Jack menunggu dengan penuh sabar di luar bilik x-ray sambil berdoa dalam hati agar tak serius mana.

Tulang cuma retak sikit aje, Dr cakap tak perlu bersimen atau any balutan, just sapukan dengan minyak panas aje sebelum tidur, no nothing to worry about la.

Tugas Daddy la tiap-tiap malam untuk menyapukan minyak panas pada kaki Danish sebelum tidur, lepas tu berpapah naik tangga ke bilik and tinggikan kaki guna bantal.

I meluahkan bakat yang ada di dalam buku pengajaran harian, saja aje buang masa lukis and conteng-conteng, tapi hakikatnya tangan melukis dah macam keras sikit, kena paksa melukis juga ni, mengajar Seni tapi lukisan haru biru, teruk betul Cikgu Seni nih.

Port Dickson

Memang cuti sekolah masa dipenuhi dengan berjalan and bercuti ajelah. Sementara ada peluang so jangan lah dilepaskan peluang keemasan itu. 

Lama sungguh tak pergi Port Dickson, dulu kecik-kecik rajin Ayah and Ibu bawa ke sini, tapi bila masing-masing dah bekeluarga semuanya macam tak ada masa. Insyallah, akan cuba untuk meluangkan masa bersama keluarga lebih kerap lagi.

Check in pukul 2 tapi kena tunggu bilik clear dulu so kita lepak la coffee house dulu sambil mengadap swimming pool tengok kanak-kanak mandi pool dengan riangnya.

Dah settle check in bilik,  berjalan-jalan tepi pantai la. Cuaca petang agak panas rasa sunburn la kejap. Mana sempat nak sapu losyen semua, tak kisahlah.

Dah lama tak bermain di pantai macam ni, dulu kalau duduk di Adelaide, bila summer aje semua pakat pi berkelah tepi pantai sebab duduk dalam rumah panas berdenting.

Malam, kita join bbq di hotel, semua nampak sedap aje especially lamb la kan. 

We all duduk tak lama pun, 2 hari 1 malam aje pun dah cukup bagi anak-anak happy aje. Lepas breakfast, dalam pukul 10 pagi bertolak balik KL. Sampai rumah, kemas-kemas, lepak tengok TV and santai-santai aje. Kalau dah datang malas tu, apa keje pun malasss aje nak buat walhal banyak aje kerja rumah nak settlekan.

Kan dah cakap, kalau datang kemalasan ya amat tu, nak masak pun malas so menuju NZ Curry House ajelah kita untuk makan malam. Sesiapa yang pergi NZ tu kena cuba Kerabu sotong, telur dada dan nasi putih. Sedap sangat-sangat. Selamat mencuba !!!

Saturday, 7 January 2017

Palace of Golden Horses

Sesekali kita pergi la bercuti-cuti dalam KL aje, tak sempat nak pergi jauh-jauh cuti sekolah ni so kita jalan-jalan dalam KL, then check in hotel. Itupun dah cukup menggembirakan anak-anak dah.

 
Kali ni we all nak duduk area pinggir KL pula. Check in kat Palace of the Golden Horses. Dulunya hotel ni macam gah sangat di tepi highway, tapi bila dah ada bangunan, agak tersorok juga la lokasinya. Sampai aje, we all disambut dengan kolksi bunga orkid yang sangat meriah deconya.

Dah macam zaman dulu-dulu aje deco biliknya. Lampu, kepala katil semuanya ada corak berunsurkan kuda semuanya menepati tema hotelnya.

Not only deco bilik, even barang-barang toiletteries pun sama juag berbentuk kepala kuda. Comel juga, lain dari yang lain.

Hari pertama breakfast, memang banyak pilihan breakfast, from amaericam style breakfast, asian style sampailah kepada kuih muih Melayu semuanya ada disini.


Cantik betul cuaca masa we all ke sini, langit terang benderang. Ingatkan nak mencuba feri yang menyusuri sungai sampai masuk Mines tu rupanya dah ditutup untuk penambahbaikan so malas la we all nak pergi naik kereta, lepak bilik ajelah.

Dah petang sikit, semua nak pergi swimming pool, berendam and main slide. Kebetulan orang tak ramai, so seronok la depa berdua beradik terjerit-jerit main.

Dah penat berendam, semuanya malas nak turun makan so kita makan di bilik ajelah. Order 2 menu and then share ajelah sesama, kang order banyak-banyak tak habis pulak.

Last day check out sempat breakfast lagi, then naik bilik kemas-kemas then dah nak balik rumah semula.

Insyallah, ada rezeki berpeluang lagi bercuti lagi. Maklumlah nak bagi Danish tak nak stress sangat nak exam tahun ini so kena rancang percutian sebaik yang mungkin.


Jalan balik ke rumah agak jem, maklumlah balik time orang balik kerja so memang tersengguk-sengguk la dalam kereta menahan ngantuk. Sampai rumah, bawa turun barang then terus cari kedai makan untuk makan malam pulak.

Monday, 2 January 2017

Persiapan sekolah dan juga sambutan birthday

This year, nak buat persiapan sekolah anak-anak macam agak malas sikit, maklumlah mcm tak bersedia and tak percaya aje bila tahun ni anak nak ambil UPSR, so masa Krismas lepas baru terhegeh-hegeh nak buat persiapan dari segi baju sekolah dan juga buku sekolah anak-anak. Pagi-pagi dah keluar rumah menuju ke one stop centre, Jalan TAR dimana semua keperluan sekolah ada di satu tempat.

Tak sahlah kalau ke Jalan TAR tak makan di Restoran Insaf, kan. Kali ni tak makan dah menu selalu, kita cuma menu lain, Ayam Masala pulak. Rasa boleh tahan sedapnya.

Kebetulan, 25 December adalah harijadi Ibu so petang tu bergegas ke Pan Pacific untuk majlis sambutan harijadi Ibu pulak. We all pergi high tea tapi perut masing-masing dah penuh gara-gara makan di Insaf tadi.

We all makan yang ringan-ringan aje, perut pun dah makin memboncit makan banyak-banyak nih.

Tak ramai orang di dalam coffee house, cuma yang ramai di kawasan sekitar sebeb kebetulan ada acara Mood Republik yang berlangsung di PWTC.

Pilihan makanan pun tak banyak,  tapi bolehlah. Suka seafood curry mee, kuahnya pekat and banyak pilihan seafoodnya.

Sayangnya we all dah makan sebelumnya so banyak makanan yang tak larat nak makan.

Seafood Curry Mee yang sangat sedap

Lepas makan, berjalan-jalan di mall sebelah, tak beli apa-apa pun. Tapi menyinggah la kejap kedai sukan, mencari apa-apa yang berkenan. Dah lama tak masuk kelas exercise, kena gigih bertraining untuk kurus ni.

Since dah nak masuk sekolah, masing-masing kena pandai mengemas biku and beg sendiri termasuklah katil sendiri. Walaupun ada bibik, tapi kenalah pandai buat sendiri juga, tak boleh nak harapkan makcik aje.

Tak cukup sambutan di hotel, sambung pula acara memotong cake di rumah, kali ni ada pizza menanti

Berebut all the cucus nak memotong cake neneknya, mana yang sempat pisau, yang menangis nak tiup lilin semua ada. Memang meriahlah hari jadi nenek setiap tahun kalau banyak adegan-adegan macam ni. 

Sunday, 1 January 2017

Keep fit and healthy

Sekarang ni kena rajin menjaga kesihatan, dah gemuk tahap melampau dah ni. Kalau mood baik, rajin la pergi gym. Dah berapa kali dah trainer telefon suruh training, tapi haram nak pergi. Bila tengok cermin, badan makin gemuk baru rasa nak pergi.

Kalau larat, sampai 6km boleh berlari dalam masa 1 jam. Tapi kalau malas, just brisk walk atas treadmill ajelah jawabnya.

Sementara menunggu anak-anak habis tuition lepak di area foodtruck BHP Melawati, sambil makan. Selalunya balik dari gym macam ni gayanya. Manlah tak gemuk...huhuhuhuhu.

Ada pulak truck yang menjual dessert dengan pelbagai jenis kek dan juga brownies. Aduhai, mengundang sungguh la.

Kadang-kadang ada pulak officemate yang begitu menggoda membawa serawa durian ke pejabat, makan dengan pulut ataupun roti. Tak nak makan tapi baunya sangat menusuk kalbu so rasa cuit-cuit sikit ajelah.

Hari Jumaat selalunya berjimba makan sushi express,  dapat makan 5 pinggan pun dah menggah dah nak masuk office balik pastu terus meeting. Mata pun mulalah ngantuk aje.

 Tapi taklah asyik makan aje, kan. Tiap-tiap petang I akan skipping sebanyak 100 steps and then jogging keliling padang depan rumah ni at least 3km per day.

Insyallah, dengan azam tahun baru ini hopefully dapatlah menguruskan badan dengan jayanya. tak tahu azam tahun yang berapa tapi tak salah untuk mencuba, kan.

Happy 2017


Selamat Tahun baru buat semua pembaca Sweet Like Candy
Terima kasih kerana membaca blog yang makin suram ini. Insyallah tahun 2017 nanti akan cuba mengaktifkan lagi cerita di dalam ini.

Tahun 2017 diharapkan dapat memberikan kemurahan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik serta kejayaan di dalam apa juga bidang yang diceburi.

Tahun ini juga, untuk pertama kalinya Danish akan mengambil peperiksaan besar UPSR. After apa yang terjadi dengan keputusan UPSR tahun 2016 telah membuka mata semua pihak betapa susahnua soalan untuk anak-anak tahun 6, so we all kenalah bersedia mental and fizikal pada tahun ini. Banyak aktiviti yang akan dibekukan buat sementara waktu sampailah habis exam UPSR dan juga PSRA.

Buat semua pembaca yang budiman, saya doakan agar anda semua sihat sejahtera, dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik pada tahun 2017 ini. Bersama-samalah kita doakan agar semua urusan kita dipermudahkan sepanjang tahun ini.

Amin