Nak percuma telekung??? hehehe.. iolls dah dapat dah. semalam pegi ambik. dah siap basuh dan sidai. esok nak buat pakai solat dah. weeeee... benda percuma memang sukeee! *wek*
Telekung ni ku dapat percuma kat Kedai Emas Rosst Jewels di PKNS, Bangi.
Alkisahnya, Jumaat kan pegi gold hunting katanya... terpegi la kedai ni dan tertengok la design-design yang tersangat la lawa, maka hati pun terus la terpaut.. dan esoknya ku pun terus terbeli.. hakhak..
Belian 1k ke atas dapat percuma telekung, tapi budak comei yang keje kedai emas tu cakap stok tak sampai lagi dan dia bagi beg telekung je dulu... nanti dah ada stok, dia call... masa tu dah tak berharap sangat pun.. kot-kot janji kosong je... hehehe... sekali esoknya dia call, ternyata diaorang memang ikhlas nak kasi telekung *ku yang jahat pikir begitu* heeeeee
Kedai emas Rosst Jewels ni buat promosi emas 1g=RM178 dan trade in dia ambil 15% @ RM151.30. Paling tinggi setakat yang di survey selama ini. So sesapa yang nak beli emas, boleh la pi terjah kedai emas ni. Promosi sehingga 8 April 2013. Selamat membeli emas!