klik :: klik

klik :: klik

Monday, January 4, 2010

petra disember 2009

seawal jam 6 pagi kami semua bertolak ke Petra.. sampai tak sempat nak breakfast la.. perjalanan memakan masa hampir 3 jam setengah.. tapi tu sebab singgah minum chai kat tepi jalan.. hihihi.. kalo tak, 3 jam je kot. eyh?? hihii... bukan saya yang memandu! saya & nia.. zzzzzz jer kat belakang..

sampai ke Petra lebih kurang jam 9 pagi.. tak ramai orang mulanya sebab ingatkan hari kerja ni takde la orang.. rupanya sangkaan meleset.. punya la ramai orang datang lepas tu.. pukul 9 memang laaaa orang tengah tido lagik.. kuikuikui..

Petra adalah merupakan 1 of 7 wonders in the world.. bertuahnya rasa dapat ke sini.. lepas ni kita ke Pyramid Giza yer abi..

entry kali ni banyak sangat gambar.  harap maaf yer.. saya teruja lebih.. hehehe.. layannnnnz...

berjalan dengan penuh bergaya ke arah kaunter membeli tiket. tiket nak masuk adalah 21dinar.. mak ai mahal betul.. sama dengan rm105 ko.. tapi, rugi woooo kalau dah datang tapi tak masuk walaupun kedengaran ada khabar mengatakan perlu berjalan hampir lebih 1 jam perjalanan bagi menuju ke puncak.. saya tetap gigih nak masuk punya berkobar-kobar tak kira nia abi dukung.. hihihi.. gilir-gilir lah.. kudrat ummi bukan kuat sangat pun.. hihihi..

hah! ummi teruja nak bergambar dengan potret King Abdullah dan ayahanda beliau.. walaupun itu hanya gambar.. poyo lah ummi!
 
ok dah sampai, boleh beli tiket kat sini ye encik-encik..


oh sayang! gambar ini agak tidak jelas.. puan iza, kalo ada copy yang lebih jelas, saya nak yer...


nia memanjat-manjat abi. rimas la kurung nia dalam nih.. hahahha..
  
bergambar kenangan sebelum memulakan penjelajahan..

cute baby, please jangan buat muka sedih yer sayang...


eh eh tengok ape tu?

kak zu & anak-anak.. aiman suka duduk dalam stroller, tapi malangnya jalan berbukit bukau menyebabkan aiman rasa macam naik kuda..


ishk makcik sorang nih, tak habis-habis nak bergaya...


okey! mari memulakan perjalanan sambil meninggalkan abi & nia di belakang! ummi lupa diri sekejap! huhuhu.. adoi nampak macam jauh je lagi pejalanan.. ni baru 2.6%..





tetiba ummi macam perak/jakun tak penah tengok kuda.. hahahahha..




Obelisk Tomb

anak-anak sudah keletihan mencari tempat persinggahan sebentar..

Ummi @ As-Siq

Abi & Nia @ As-Siq

Nia ketiduran sudah..

Gambar ini dipercayai gambar 2 ekor gajah yang disumpah..

dukung nia kejap, sian kat abi..

As-Siq
 
berat beg kat belakang tu sama dengan berat nia hokeyyy!



posing ala-ala gedix dengan nia! nia mengibas hidung dah tersumbat tuh..
 
ok teruskan perjalanan menuju puncak..
 
berjalan dan berjalan lagi tanpa menoleh ke belakang..



batu ini dipercaya gambaran seorang gembala membawa 2 ekor lembu gemuk di belakangnya.

posing dari kejauhan berlatarbelakangkan batu batu yang macam-macam coraknya..
 
masih bersemangat waja walaupun kaki dah macam nak terpatah..

alamak! dah macam nak terbalik sudah..

akhirnyaaaaaaa... fuh! rasa macam nak menjerit je tau masa dah sampai ni..  teruja sungguh bila tengok Al-Khazneh di depan mata..

nia dah ketiduran, dia pun merasa letih macam naik kuda je jalan batu-batu..

sweet memory!! :) abadikan kenangan terindah depan Al-Khazneh

bergambar beramai-ramai depan Al-Khazneh

posing-posing sampai lebam! bukan senang nak sampai nyeee... bagitu banyak rintangan terpaksa dihadapi..
 
posing duduk pulak..



masuk sampai depan Al-Khazneh


bengang betul dengan encik polis yang merosakkan pemandangan gambar saya ni. ada ke g korek gigi masa ni? adui.. bengang sungguh!

tudiennn muka dah nampak letih sangat!

dah terduduk kepenatan..

muka budak letih..


MasyaAlah.. pandai betul diaorang ni mengukir.. tetap utuh sampai sekarang! Kagum!

posing bakal ibu dan ayah tak lama lagi.. posing sambil pegang perut.. hihihih.. cumilll..

ok ok mari kita teruskan perjalanan..

nia macam nak terbang je tu..

syiann ibu mengandung keletihan.. tapi masih mampu tersenyum.. cheeese! ibu mengandung pun boleh jalan sejauh ini, anda bila lagi?

indah ciptaanMu ya Ilahi..

banyak betul pintu-pintu yang di ukir. kawasan perumahan diaorang dulu-dulu kot ni..

macam-macam jenis dan bentuk yang di ukir dan dibina..




 
posinglah abi..kesian dari tadi kena dukung nia.. hihihi..

dahagaaaa.. kering tekak okey! okey okey cukuplah sampai sini..janganlah masuk lagi, saya tak larat sudah.... kalau nak diikutkan jauh lagi perjalanan ke dalam. ada lagi ukiran dan binaan yang menarik.. tapi, cukuplah setakat terdaya, Al-Khazneh pun sudah di jejak.. kira ok la tu kan..
 

kat sini shooting filem Transformers: Revenge of the Fallen dan jugak Indiana Jones and the Last Crusade.

sian iza dah sakit pinggang..soryyy terletak jugak gambar ni.. sebab macam romantikkk sangat..hehehhe..

 
nia bermanja-manja dengan bakal ayah tak lama lagi..
  
kelihatan abi membawa diri berjalan untuk patah balik.. tabah ye abi tabah okey.. kejap jer dah sampai nanti..

 
singgah berehat kejap, rehatkan kaki..

eh eh ummi pulak kendong sebab nia nak tido lah..
 
kejap je ummi kendong sebab ummi rasa macam nak tumbang, tu abi jalan lelaju sebab pipi nia dah jadi humaira..
 
kesian tengok iza.. tabah betul dia berjalan.. ikutkan hati mesti nak didukung kan? macam rania.. hihihi..


lebih banyak gambar lagi di sini. enjoy the day.. kagum dengan ciptannMu ya Ilahi..



Friday, January 1, 2010

happy birthday..


Happy Birthday Babaku yang ke-53 tahun!
Semoga panjang umur, sentiasa murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..
Terima Kasih Allah S.W.T kerana memberikan daku Baba yang terbaik di dunia & akhirat.
We all love u Baba! Forever..




Happy Birthday to Kak Husna!
Semoga ceria dan bahagia selalu, dipanjangkan umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di dalam limpahan kurniaan yang Maha Esa..
Thanks for being my kakak!
Love you & Nur..


Friday, December 18, 2009

sejukkkkk...

harini berangin je kat luar. bukan berangin satu badan yer! macam nak terbang jer masa balik meeting tadi.masa nak pegi meeting punyalah sejuk, mujur nia tido. kalau tak, mesti nia buat mata kelip-kelip dia tu.. nia baik harini masa meeting, tak menangis pun, suara pun tak dengar.. nia confuse berada dimanakah saya???

oh! pada meeting kali ini ummi dah lepaskan jawatan lama. LEGA. dapat jawatan yang ringan sikit. bukan taknak bagi kerjasama, tapi ummi perlukan lebih masa untuk nia. untuk jaga nia. perlu fikirkan siapa nak jaga nia bila ummi berpersatuan. lagipun nak menaip dan buat kerja-kerja berkaitan asyik terganggu bila nia mula merengek! lalu kerja ummi pun terbengkalai. esok sambung dah lupa buat sampai mana ek semalam?? terlalu sukar untuk ummi tinggalkan nia pada orang-orang yang tidak dikenali. ummi susah sikit nak percaya pada orang, nanti apakah dilakukan kepada nia sepanjang ketiadaan ummi?? tapi bila ummi dah percaya orang, ummi siap melebih-lebih lagi layan orang tu la pulak. selama ni ummi tinggalkan nia pada mama julia bila ada reception time malam atau ada perkara-perkara persatuan yang perlu dihadirkan diri ummi ni. tapi kalau meeting biasa ummi biarkan nia dengan abi di rumah, masa tu abi dah balik kerja. kalau malam ada function yang memerlukan semuanya warga Malaysia hadir, ummi tinggalkan nia bersama abang syabill bersama aunt lily yang baik. buat masa ni, ummi cuma percayakan lily.. even veronica yang selalu datang cuci rumah 2 minggu sekali tu pun ummi belum percaya dia boleh jaga nia dengan baik.. entah kenapa yerr..? mungkin sebab veronica selalu nampak penat.. takut tertido kot! nanti tak jaga nia..hahahaha.. kelakarlah pemikiran ummi nih.. ummi melalut la pulak.. nak cerita pasal cuaca patutnya..

masa tengah menaip bait-bait blog ni (eh,eh, ada plak masa menaip blog? hihihihi) hujan kat luar.. fuhh sejuk! kesian nia.. dia bukannya boleh bagitau dia sejuk ke panass.. apa la yang nia rasa yer.. ummi gigil-gigil sambil menaip ni.. nia macammana?? hmmm...


check kat iPhone suhu 10darjah. dah bukak heater tapi kenapa macam sejuk lagi? haishhh.. nak kena pakai 3 helai baju pulakkah?? tak larat nak basuh/jemur/lipat/sangkut dalam almari. setiap hujung minggu pasti bertimbun baju kena uruskan.. haish...

membebel.. membebel.. bila nak habis? ok! dah habis..


terimalah gambar budak baik yang teman ummi pegi meeting harini.. daaaa... sayang anak ummi!!

Tuesday, December 8, 2009

today's special!



ceh tajukkkkk tak hingat!! special ke masalahnye? hahaha.. dah lama tak masak beria, ni kira speciallah kan.. tak gitu? kalo tak special bagi anda semua tapi ianya tetap special untuk suami tercinta.. uweeekk! hahahaha.. lama betul xmakan nasi ayam.. terliur pulak bila teringat, tu yang terus buat. kalo kat mesia boleh order je.. "kak, nasi ayam satu!" kat sini?? saya pulak yang menerima order yer! tapi takde bayaran pun.. kuikukui..


huhu... konon-konon macam makan kat kedai lah ni

 
sup kosong ajer.. ahaks!

ni lah dia ayamnya..

dari atas: kuah kicap & sambal nasi ayam
timun & tomato.. ada yang tak kenal ke?

hidang tak hengattttt!

kiwi si pencuci mulut!

tester saya.. 5 bintang! hahahah

Friday, December 4, 2009

Rabbani @ Amman, Jordan







Rabbani perform 3 lagu termasuk lagu raya memandangkan masih mood Aidiladha.