Dah amik order semula, maaf kerana aku malas giler nak updated apa benda yang aku buat, kemana aku pergi. Apa yang menarik hari2 aku. Suka apam polkadot yang aku buat untuk sicomel Nurshuhada.....
P/S: Comelnya........he3x
Showing posts with label APAM POLKADOT. Show all posts
Showing posts with label APAM POLKADOT. Show all posts
Wednesday, May 4, 2011
Sunday, February 13, 2011
MARI BERKONGSI
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Letak sesudu kecil adunan dalam cup kertas
Kemudian intinya
Sesudu lagi adunan untuk menutup inti tadi
Buat dot2 guna bancuhan adunan yang diwarnakan dengan piping bag
Dah sedia untuk masuk pengukus
Rupa Apam polkadot setelah dikukus
APAM POLKADOT KE PENGUKUS LAGI.
Kali ni tempahan dari kak as 100pcs. Warna x kesah asal cantik katanya. Sekarang ne kak as batuk teruk dan teringin nak makan apam polkadot ni. Semoga akak cepat sembuh. (Tiru kak amflora untuk warna kali ni, tapi warna hitam dah macam kelabu plak) tq kak order ngan kita.
Tuesday, February 8, 2011
TEMPAHAN TERAKHIR
Macam nak tutup buku jer bunyi tajuknya. Tak der lah, orang kata alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke rebungnya. So, x jadilah nak tutup kedai. N3 bertimpa2 ne sebelum aku kena demam yang teruk iaitu pada 29/01/2011. Last buat apam polkadot untuk 2 customer. memang x larat giler, dengan kepala yang terhuyung hayang pening, badan seram sejuk, tu yang buat pun ada tertambah warna lain. Maaf, kak mila ya, minta warna pink+merah+putih. Tapi ada sikit terselit warna purple dan terlambat hantar. Kak hazren pulak maaf ya kak, diatas masalah teknikal.
150pcs order by kak Mila
70pcs Apam Polkadot & 20pcs BCT order by Kak Hazreen
Sebelum tu ada 700pcs BCT tempahan untuk tahun baru cina.
500pcs order by Ms.Ng & 200pcs order by Ms. Sia.
Nasib baik ada adik yang membantu. Dengan dia2 skali kena demam.....
Rasa macam dah tak mo lagi berkecimpung dalam dunia baking, tapi nak buat macam mana. Selagi ada permintaan, harus diteruskan........caiyok2x
(Banyak lagi tempahan yang x sempat bergambar sbb masa tu tgh mood demam)
Saturday, January 22, 2011
APAM POLKADOT KE HOSPITAL WAKAF LAGI
Ingat orang jer ke gi hospital. Apam polkadot pun pergi jugaklah. Tapi bukan sebagai pesakit...he3x...sebagai juadah untuk majlis kenduri. Tempahan dibuat oleh kak hanisah bagi pihak kawan sekerjanya.
Apam Polkadot, tema biru + putih. Inti: Strawberry & Blueberry. Terima kasih kak, kalau sudi mai ramai2 tempah lagi....
Apam Polkadot, tema biru + putih. Inti: Strawberry & Blueberry. Terima kasih kak, kalau sudi mai ramai2 tempah lagi....
Wednesday, January 19, 2011
APAM POLKADOT
Order dari Pn.izie 800pcs
Tema: Biru + Putih
Inti: Blueberry + Strawberry
Order dari Pn.Hanisah 50pcs
Tema: Merah + Putih
Inti: Blueberry + Strawberry
Order dari Pn.Hazreen 50pcs
Tema: Warna Warni
Inti: Blueberry + Strawberry
Terima kasih kerana sudi order dari noreen. Kalau sedap bolehlah order lagi. :)
Monday, August 2, 2010
MESTI CUBA ~~polkadot?~

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus -
150gm susu segar
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari
Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .
Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.
(air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih)
Credit to http://serojakitchen.blogspot.com/


Subscribe to:
Posts (Atom)