followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label kek frozen. Show all posts
Showing posts with label kek frozen. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

KEK BATIK COKLAT LAYER


memang sedap kek batik ni... rasanya buat pun x susah mana.. akak buat bawa ke Pahang sepanjang di dalam perjalanan memang ia x cair coklatnya dan elok je bila sampai.. anak akak sukakan rasa coklatnya.. sayang nak habiskan katanya...
akak buat hingga 5 layer. 



Kek Batik Coklat 

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...



Sunday, February 13, 2011

ATVT KELAS JW - KEK MERIE

resipi ini diajar oleh pn Azizah U5 bandar U. glamer dgn panggilan Ju.juga salah seorang geng masak JIRAN WANITA di tempat kami.dia mengajar kek meri...sape yg nk belajar bt mari kita semak resipi ini; Layannn....!!

1 peket biskut meri -patah patahkan
1 1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn milo
1 1/2 cwn marjerin
1 tin susu pekat
1 /2 tin susu -Air
4 bj telur -pukul sedikit

cara:

panaskan kuali dgn api sederhana.
masukkan marjerin kacaukan dan masukkan susu pekat,serbuk koko serta milo.kacau sehingga sebati.
masukkan air dan biarkan mendidih selepas itu masukkan telur.masak sehingga sederhana pekat.
akhir sekali masukkan biskut meri dan kacau sehingga rata.
kemudian setelah siap  masukkan ke dalam loyang dan di tekan sehingga rata.sejukkan sekejab,selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk.
tunggu 2-3jam barulah di potong.

**sesuai di buat untuk majlis besdey anak anak,pasti dorang suka!

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...