Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan

Khamis, Jun 13, 2013

Spagetti Meatballs & Meatballs Carbonara

Assalamualaikum


Maaf lah ye ni manu sajian yg saya buat jumaat lepas...mmg cantik, kebetulan hari kelahiran saya jatuh pada hari jumaat tu ingat nak mkn luar aje..tu tup Mr.bos kata balik lambat sikit alah alasan lah tu suruh org rmh masak sendiri hahahha... pikir2 nak masak ape yekkkkk..last2 buat manu western lah..lg pun lama x buat...x aci kan b'day sendiri... sendiri yg masak wahhhhh sedisssssss :-( x pelah iklas dari hati....yg bestnye buat sampai dua jenis tu...masak lebih kuah baru puas mkn....pilih je mana yg suka...npk gaya mmg kedua2 kuah laku....mlm tu adik ipar dtg mmg langkah kanan le rezeki sekeluarga merasa.....mari2 kita negok resepi ..mcm nak buat lg lah pulak sabtu ni heeee :-)


sdp dimkn ..pilihan ada dua kuah


Resepi Spagetti Meatballs

Bahan-bahan
400 g daging cincang
1 biji ubi kentang
1 biji telur
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit tepung gandum

Sos spaghetti
1 cawan daging cincang
3 ulas bawang merah – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
Cendawan butang - hiris nipis
Karet - hiris nipis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
Untuk bebola daging (meatballs): potong ubi kentang, rebus sehingga empuk. Kemudian, tos dan lenyekkan dengan sudu.
Gaulkan daging cincang, ubi kentang, telur, bawang merah, lada hitam dan garam hingga sekata.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat dan salut dengan tepung gandum. Susun bebola daging dalam dulang yang disapu dengan tepung gandum.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng bebola daging dan pastikan bebola daging masak sekata.

Untuk sos spaghetti: tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan daging cincang kacau seketika, masukan tomato puri, sos tomato, buah tomato, stok daging, lada sulah, candawan butang, karet dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika perlu. Kacau hingga sekata.
Masukkan bebola daging dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
Untuk spaghetti: rebus dalam periuk, tambah sedikit garam. Angkat apabila spaghetti sudah lembut dan toskan. 
Gaul pasta dengan sedikit minyak zaitun atau butter.Siap untuk dihidangkan...untuk hiasa saya tambah dgn Capsicum dadu dan sosej

Resepi:  Meatball Carbonara ada di sini cubalah mmg sdp


Ahad, Disember 23, 2012

Meatball Carbonara


Assalamualaikum Hai semua....npknya ramai rakan2 menghabiskan cuti2 m'sia besama keluarga...dan x kurang juga ada yg sedara mare, rakan2 buat kenduri Kahwin...cuti lusa ni x'mas pun sy ada juga 2 jemputan insyaAllah kalau x kemana boleh le menghadirinya.....ok bebalik pada n3 dinner mlm ni...wauuuu sdp tau lama betul x layan Carbonara....kira ni 1st le sy menerai...tang rasa tu sampai x hingat lg maklum le lama dah mknnya masa di rmh kwn dulu2 kala :-)....apa kes heee smlm Dek Hana dok tayang...jadinya kempunan kita tau......masuk list bhn2 pergi beli siyang td....tp ada sedikit dehakanya...:-) kita x mkn same spaghetti tau...ank2 request suruh makan sama Dry Instant Noodles/Mee kering...hemmm boleh tahan sdp lembut.. curah kuah lebih2 mmg walaaaa....tang kuih pun sdp kepekatan dan rasa mmg sesuai nak pulak letak meatball lebih2....saya dah cuba..apa tunggu lg jemput le merajinkan diri buat ye hee tq Hana akk kongsi resepi yeee ....



RESEPI MEATBALLS CARBONARA
oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan300g spaghetti - celur dan toskan - Sheila gantikan dgn Dry Instant Noodles
1/2 biji bawang holand (kuning) - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 tangkai kecil cili kering - potong serong
2 sudu besar butter
1 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan susu segar
10 biji meatball
serbuk lada sulah @ blackpepper
1 tin sos carbonara mushroom - seperti gambar
1 sudu perahan jus lemon - utk kurangkan muak
garam dan air sedikit
Keju parut parmesan dan daun parsley - optional
Sheila tambah sedikit karet yg di sagat dan letak daun bay 2 kpg

Cara-cara
Goreng meatball sebentar, angkat dan toskan. (boleh juga bakar atau rebus agar lebih healthy)
Panaskan butter. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering. Goreng hingga naik bau.
Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula susu segar. Gaul.
Kemudian masukkan sos carbonara mushroom (tambahkan sedikit air jika terlalu pekat). Kacau mesra.
Masukkan sedikit serbuk lada sulah @ blackpepper, lemon jus dan perasakan dgn garam jika perlu.
Akhir sekali masukkan meatball dan biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Matikan api.
Gaul spaghetti dengan sos dan taburkan dgn keju parutan parmesan.
Hidangkan segera.


Isnin, Oktober 31, 2011

Spaghetti Tomato Pedas


Salam besiaran di pg isnin.....ceria selalu...mula lah rutin harian seperti biasa kembali.....ok pg ni n3 manu yg x sempat nak masuk semlm...biasalah smlm kan hari minggu so byk le kerja yg nak dibuat....ok pg semlm sebelum saya pergi ke kelas masakan, sempat le saya masak utk org2 di rumah ni...lagi pun dah lama x mkn spaghetti....ank2 pun dah betanya..budak2 skrg, dah pandai  nak request itu ini...hemmmm...kalau kita dulu apa yg mak masak itulah yg kita mkn hehe....x pelahhhh kita pun tumpang sekali heheheheh....sdp kuahnya daging cincang pun terasa..masam2 manis tomato tu yg buat sdp...nak pulak pedas pehhhh...kuah kalau letak lebih lagi byk syokkkk...ok resepi asal dari Kak Asma tp saya ambik dari dapur sahabat yg lama menyepi dek Hana.... miss u  Hana ..... yg ni dah habis yeee nak tahu sdp kena lah cuba tau ...


RESEPI SPAGHETTI TOMATO PEDAS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 300g spaghetti - rebus ikut arahan peket dan toskan
  • 200g daging cincang
  • 3/4 cawan tomato puri - bleh gune sos spaghetti
  • 1-2 biji tomato - potong dadu/baji
  • 1/4 batang carrot - potong dadu *optional
  • *4-5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2) - rebus dan toskan
  • *1/2 biji bawang besar kuning
  • *2 ulas bawang merah
  • 1/2 kiub pati kembu@ayam
  • sedikit oregano
  • air secukupnye - spaghetti nih berkuah
  • garam dan sedikit gula@perasa
  • Bahan sampingan - timun, sawi celur, bwg goreng dan daun sup
Cara-cara
  • Blend bahan yang bertanda *. Panaskan sedikit minyak... Tumis hingga pecah minyak.. Masukkan daging cincang dan juga carrot. Kacau hingga daging berubah warna.
  • Masukkan tomato puri dan juga tomato dadu. Gaul. Masukkan air secukupnya.. Masukkan garam, gula@perisa dan juga kiub ayam@lembu serta sedikit oregano. Didihkan hingga kuah agak pekat. Matikan api.
  • Cara hidangan, ambil spaghetti ke dalam mangkuk, tuang kuah dan taburkan dengan daun sup, bawang goreng, timun dan juga sawi celur. Sedia dinikmati.
 ikut cita rasa... saya taburkan kacang panggang & capsicum yg di dadu

Isnin, Jun 13, 2011

Makorani Bakar Becheese



Besiaran di hari isnin...mulakan tugas2 seperti biase kembali....bagun awal sikit...time cuti sekolah bukan x bagun awal cuma sikit aje lewat hehehe ok le jum layang dulu makorani bakar becheese...utk tgharini kita mmg x masak nasi pun...mkn je makorani bako..sdp gak ape pun tuan rumah yg merasa dulu ye..ank2 nnt balik baru ngap...hem menu yg menambahkan lagi lemak2 tepu di badan ku ini...ehhh apa salahnya sekali sekala..tp pemknan pun nak kena jaga gak kan...bila umur dah peringkat cam ni...mcm le kertu sagat kita ni heheheh..muda lg wayyyy hahaha...ok lah layan dulu resepi dari Kak Nannie eehhh lama betul x jumpa Kak Nannie.tq kak kita copy resepi yeee...


Resepi: Kak Nannie

BAHAN-BAHAN :
300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese monzarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

CARA MEMASAK :
1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.
2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.
3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.
4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.

Sdp sagat boleh buat lg...

Khamis, Jun 02, 2011

Upside - Down Pizza



Salam, betemu kembali di hari khamis..n3 mlm2 pulak bz sikit sejak dua menjak ni... mungkin juga bz sampai seminggu dua..ada le projek sikit......dah cadang dari kemarin mmg nak buat manu ni time cuti2 sekolah, kebetulan hari ni kita posa so leh le buat juadah utk bebuka sekali...upside - down pizza npk kat rumah adik kita tu Sari Yusa..sebelum tu Tun_telani pun dah buat juga...kita pun sempat le masuk list resepi ni hehhe.....betul le mmg mudah sagat - sagat buatnya...dan yg paling penting tersagat le sdp ke enakan rasa taburan cheese tu....suka dgn rasa dough nya inti pun sdp basah2 gitu.. mmg betambah..kita buat dapat dlm 2 tray..ambik ko...puasnya mkn.....tq pada tuan empunya resepi yeee perlu buat lg ni...izinkan copy resepi yeee


Upside-Down Pizza
loyang 9x9 inch


Dough
2 bj telur
1 c susu
1 c tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam

gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
sedia utk diguna

Filling
1 keping dada ayam - kerat2 (sy letak lebih)
3 sosej/hotdog - kerat2
1/2 tin cendawan butang - hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih - hiris halus
2 sb tomato puree
1 sb oregano
garam

Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
Masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
Masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
Gaulkan oregano dan perasakan garam
Keju secukupnya

Cara2:
Panaskan oven 180 degree
Letakkan filling dlm loyang (tgk gmbr)
Tabur cheese atas filling.
Cuahkan adunan 'dough' kat atas.
Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.


Selasa, April 19, 2011

Spaghetti Daun Kesum



Assalamualaikum...Taraaaaa dah siap masak leh rehat...sapa nak mkn dulu sila le ambik...bdk2 balik sklh nnt just panaskan kuah aje, lama juga x buat spaghetti ...kemarin masuk rmh Sofea jumpa le resepi yg menarik ini.... mmg ada kelainan dari segi rasa...sdp dan harum bau dari daun kesum tu mmg memikat selera kuah spaghetti ni..tambah dan tambah lagi..daun kesum diracik halus... letak byk lagi sdp tau....dlm kuah tu sy tambah buah tomato dan karot yg di potong dadu...tq sofea sy copy resepi ye....jemput mkn

SPAGHETTI DAUN KESUM
BY: Sofea@after6am

Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
sedikit garam
Olive oil @ minyakl jagung @ minyak masak
~rebus spaghetti hingga lembut, toskan dan renjiskan sedikit olive oil.

Utk kuah:
daging @ isi ayam~ cincang halus
3 ulas bawang putih
2 sb cili kering kisar
3 sb sos cili
1 botol sos spaghetti kimball@ Prego
1/2 tin cendawan butang~hiris nipis
garam & gula
sedikit serbuk lada sulah
1 sdb lada hitam tumbuk (yg ni sy tambah)
air
minyak utk menumis
Daun kesum~ utk tabur

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yg telah dicincang halus hingga wangi & masukkan cili kisar.
2. Masukkan isi ayam @ daging & kacau hingga air dari daging tadi kering.Tambah air jika daging masih keras.
3. Tuangkan sos spaghetti, sos cili dan kacau hingga mendidih. jika pekat boleh tambahkan sedikit air. Masukkan garam, gula & lada sulah secukup rasa. Kemudian masukkan cendawan butang dan perlahankan api, biarkah kuah reneh dalam periuk sbb lagi lama lagi sedap.
4. Cara menghidang: Masukkan spaghetti dalam pinggan, sendukkan kuah dan taburlah hirisan daun kesum. Selamat mencuba!

Ahad, Disember 12, 2010

Spagetti Mamamia Lagi

Salam..Hari minggu dtg lagi ohhh nak masak ape ye hari ni...kekadang buntu juga di buatnya, hem buat je resepi yg mudah dan cepat...spagetti lagi...x jemu ke? mmg x jemu sbb sdp heheh, kalau sdp mmg cepat le laku, resepi same je ada kat lebal western ye.. leh terjah silakan...
hemmmmm lembutnya......

Khamis, Disember 02, 2010

Spagetti Mamamia

Salam utk semua...hemmmm utk lunch hari ni ni pekena pula spageti mamamia hem sdp dan harum semerbak...tambah dan tambah lagi
 ringkas dan cepat dimasak..suka spagetti yg halus sdp rasanya lembut tau...
Bahannya
  • 1 paket Spagetti yg direbus
  • 500 gm daging cincang/kisar
  • 1 1/2 cwn santan/susu cair
  • 2 biji buah tomato - potong dadu 
  • (nak tambah sayuran lain pun boleh)
  • 1 labu bawang besar - kisar
  • 5 ulas bwg putih - kisar
  • 1 sd besar lada hitam - kisar
  • 2 sd besar rempah kari daging
  • garam, gula perasa
Caranya
  • Tumiskan bahan kisar dgn sedikit minyak hingga harum
  • Masukan rempah kari serta daging, grg hingga daging garing
  • Masukan santan/susu cair masak hingga agak pekat- kalau nak bekuah x payah masak pekat sangat
  • Masukan tomato cincang dan perasa
  • Bolehlah di tuang atas spagetti yg di rebus tadi atau di gaul sekali kedlm periuk



Ahad, Jun 20, 2010

Bread, Sosej Grill & Black Peper Souce

Salam...manu utk lunch..kesibukan melanda dah ni...manu yg sempat dihidangkan kira oriet tu..kenyang dibuatnya....esk dah buka sekolah semula, mmg biz le...ank2 buah semua dah balik..projek megemas bilik, membasuh cadal, kemas rmh yg beserabut ni pehhh byk tul kerja ku, nka megosok satu hal...malasnyaaaa..ape pun mkn dulu perut dah lapar ni...
simple and sdp..grill je senang cuma ff tu je grg bagi garing




Isnin, Mei 03, 2010

Eggs Sandwich & Sosej Saled

Salam..ceria di pg isnin..hemm pastinya bf dulu..weekend 2 day kureng turun ke dapur..so ape lg pg2 ni dah kelentang kelentung kat dapur.. mari bf besame dgn resepi yg simple lg behasiat...jgn berebut utk sorg satu ni..dah 2 hari ni ank dara x berapa sihat, dpt mc satu hari so kongsi je gan dia punya bukan habis pun mkn... lepas mkn bf boleh ambik ubat and rehat ye adik sofea...
ape pun pg2 kena ambik bf yg behasiat lg megenyangkan...
manu ni boleh juga di sajikan time dinner, pasti ank2 suka




Jumaat, April 23, 2010

Egg, Beef Burger, Bread, Salad

Salam utk semua , sejuknya hujan lee di sini...dah bf , pg ni kita pekena menu yg simple lg sdp heheh last utk minggu ni, sajian yg pasti ank2 suka...peh mlm tadi dah pekena western food pg ni pun same..sat lg mata ku tukar calor biru hehehe ok siap mari bf dulu...
roti yg di bakar sekali...
sbb tu pg ni bf dgn yg ringkas2 je nnt lunch dah nak masak yg lain pula...
fridaykan ank2 balik cepat dari sklh..



Khamis, April 22, 2010

Chicken Chop

Hai semua n3 manu dinner mlm ni..hem memandangkan pg tadi dah bf gan nasi lemak so masing2 request nak makan yg lain x nak ambik nasi so snng lah sggt x payah nak memikirkan nak msk lauk ape.....kira dah lama juga x buat chicken chop bhn2 salad pun just potong2 je tinggal grg ayam, french fried & buat souse black pepper..hem mkn konyang2 ye...
hemm oren tu just buat tambah seri ...kenyang le pulak pekena sepingan ni..



Isnin, April 19, 2010

Roti, Sosej,Telur

Kacang panggang, telur mata, roti, sosej dan salat2..pati ank suka...

Hai semua manu bf pg ni...hemm amboi ko seorg sepingan bg kenyang...pg lg dah kerocong perut maklum le semlm pun dapur ku x berasap lg dua hari weekend ni...so pg ni berat sikit le juadah sarapannya..dan yg pasti semua habis licin, utk tuan rmh karang2 boleh mkn... dulukan yg mane nak kedestinasi masing2 ni... ok selamat behari isnin dan besarapan yeee hehe


Rabu, April 14, 2010

Macorani Chicken Gurata

Hai semua besiaran di ptg rabu jeng jeng masih panas lg ni...lega le Mr.laling coling2 kata mlm ni x yah msk ye ye...nasib sy dah buat manu utk minum ptg boleh le alas perut haha dan smlm jejalan npk kat rmh geng kita yg dok di negara matahari terbit tu E-na Zarina -Lovely Kitchen sdp le pulak resepi ni....bhn2 mmg sah ade dlm simpanan so ptg ni ape lg membakar le kita...dapat buat dua try aluminium bulat..pehhh kenyang ... semerbak bau cheese..x leh selalu sgt mkn cam ni nnt debab hahha
rupa dlm selepas di bakar sdp tau perlu cuba resepi boleh dpt kat rumah E-na Zarina- nalovelykitchen.blogspot.com ye..bila bahan semua dah masak saya gaulkan sekali dgn white sause separuh bg ade rasa kemudian tuang dlm bekas pembakar, lebihan white souse tu curah kat atas dan taburkan cheese
ni pic yg sebelum di bakar...
nak rasa pedas mkn mkn boleh lah tambah tabaco or chilli sause.
E-na thank's ye resepi yg sdp ni


Isnin, Mac 22, 2010

Spagetti


Hai..tghari lunch yg simple-simple jeee nak pehabiskan ade setengah peket spagetti yg belum di rebus..bhn2 pun kebetulan ade, so ape lg siap lee utk di mkn, mlm nnt pandailah2 nak mkn ape ..seperti sedia maklum kat rumah ni kalau lunch nak manu lain, mlm pula nak manu lain... mane taknya .....jadi kita ni muka kat dapur jee hehehe, x leh jadi nak juga muka di depan hahaha...ape pun ank2 ku lunch ni kita mkn spagetti dulu yeee yeee jemput mkn

spagetti sdp..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More